DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Oktober 30, 2011

BSK 252. Kekalutan laporan audit negara

Bismillah.
Assalamualaikum.

Laporan Ketua Audit Negara 2010!

Laporan yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara hasil audit terhadap perbelanjaan tahunan kerajaan.

Highlight untuk tahun 2010 adalah dikhabarkan bahawa  sembilan kementerian dan jabatan berbelanja melebih had sehingga mengakibatkan penggunaan peruntukan tambahan berjumlah RM3.73 bilion.

Dikatakan antaranya adalah Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertahanan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Masih banyak kekalutan yang berlaku dan dilakukan kerana peruntukan tambahan RM3.73 bilion itu 1jumlah yang sangat besar.

Setiap tahun dilaporkan penyalahgunakan peruntukan serta tidak mengikuti prosedur dan penyelewengan.

Setiap tahun rakyat disogokan dengan kenyataan bahawa kerajaan tegas mengamalkan konsep akauntabiliti dimana tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan kementerian dan agensi yang menyalahgunakan peruntukan serta tidak mengikuti prosedur ditetapkan.

Setiap tahun rakyat mendengar kenyataan yang kerajaan juga menyediakan sistem semak dan imbang iaitu tindakan akan dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam penyelewengan.

Setiap tahun juga rakyat diberikan keyakinan bahawa kerajaan sedang mengambil tindakan susulan dan akan bertindak mengikut peraturan bagi memastikan kesilapan-kesilapan lalu tidak berulang.

Tetapi jika diamat-amati dengan teliti laporan yang dikeluarkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara itu seolah-olah tidak memberi apa-apa makna kepada CEO Malaysia Inc. dan anak-anak buahnya.

Kekalutan demi kekalutan berlaku setiap tahun. Tahap kualiti, integriti dan kredibiliti yang dipamirkan semakin merundum.

Seperti komen Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pembaziran yang dilakukan:

“Basically, it is the same every year. People never learn.”

Mantan Perdana Menteri itu lebih mengetahui kerana beliau mentadbir Malaysia hampir 22 tahun dan selama hampir 22 tahun itu kerajaan pimpinan beliau dibentangkan Laporan Ketua Audit Negara.

Manusia tidak mengambil pengajaran dari kesilapan. Kesilapan diri sendiri dan juga kesilapan orang lain.

No1570

Surah Ali’Imran: ayat 161 yang bermaksud:
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

Surah al-Maaidah: ayat 62-63 yang bermaksud:
Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami. Wahai Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan rahmatMu kami memohon pertolongan. Maka jangan biarkan kami bergantung kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata dan perbaikilah segala urusan kami. Amin.

Wassalam.

Khamis, Oktober 27, 2011

BSK 251. Muammar Gaddafi menemui janji Allah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

220px-Muammar_al-Gaddafi_at_the_AU_summit

Itulah sahaja yang dapat dikatakan apabila terdengar berita kematian Kolonel Muammar Gaddafi. Pemerintah Libya selama 42 tahun.

Mati kerana tembakan 1das di kepala. Terbunuh atau dibunuh masih menjadi persoalan kerana beliau ditangkap hidup-hidup.

Jenazah beliau diletakkan didalam bilik beku sejuk sebuah pasar lama di Misrata sebelum dikebumikan di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu dalam satu upacara ringkas.

Seorang anak lelaki beliau, Mo’tassim turut dikebumikan pada upacara yang sama.

Surah al-Mu’minun: ayat 15-16 yang bermaksud:

Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Berakhir kehidupan yang sementara di dunia. Akan mengecapi kehidupan baru di akhirat. Bermula dengan kehidupan alam kubur dan berakhir samada di syurga atau neraka.

Kolonel Muammar Gadaffi telah memilih cara kehidupan beliau di dunia. Cara kehidupan dunia yang mencorakkan kehidupan beliau di akhirat.

Di dunia, samada beliau seorang pemimpin yang baik atau sebaliknya cuma boleh disebutkan oleh rakyat beliau.

Kita tidak perlu membincangkannya.

Yang pasti beliau akan berbicara dengan Allah Taala berkaitan dengan tempuh 42 tahun beliau memerintah Libya.

Beliau akan dibicarakan di mahkamah Allah SWT berkaitan dengan kuasa yang Allah Taala pinjamkan seketika kepada beliau.

Saksi-saksi yang akan ditampilkan termasuklah adalah anggota-anggota badan beliau sendiri.

Maksud surah an-Nur: ayat 24-25:

Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.

Di akhirat, samada beliau seorang pemimpin yang adil atau sebaliknya akan ditentukan di mahkamah Allah SWT.

Di dunia berkemungkinan ada yang menyokong dan ada yang membangkang seseorang pemerintah.

Di akhirat mahkamah Allah SWT yang membenarkan atau menidakkan perkara itu.

Kolonel Muammar Gaddafi telah menemui janji-janji Allah Taala kepada hamba-hamba Nya.

Janji baik atau sebaliknya didalam genggaman Allah Taala. Dan ketika ini Kolonel Muammar Gaddafi sahaja yang mengetahuinya.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, wahai Tuhan Yang Penyayang dari segala yang penyayang. Ya Allah, berlemah-lembutlah kepada kami dalam memudahkan segala yang susah. Kerana sesungguhnya memudahkan segala yang susah bagiMu adalah mudah. Dan kami memohon kemudahan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ya Allah perbaikilah sifat beragama kami yang menjadi puncak segala urusan kami. Perbaikilah urusan dunia kami yang kami hidup didalamnya. Perbaikilah urusan kami di akhirat kelak yang menjadi tempat akhir kembali kami. Amin.

Wassalam.

Rabu, Oktober 26, 2011

BSK 250. Perdana Menteri bukan takut cuma malu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Benarkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sanggup untuk berdebat, bersemuka atau berhadapan dengan lawan beliau?

Beliau tidak memberikan respon kepada jemputan untuk berdebat dengan ketua umum PKR berhubung dengan bajet 2012.

Beliau juga tidak akan menjadi saksi didalam kes ketua umum PKR yang sedang dibicarakan.

Beliau dan isteri telah di sapena tetapi telah mendapat ‘restu’ mahkamah untuk tidak menjadi saksi. Kami difahamkan mereka dikecualikan atas dasar ‘tak relevan’.

Terkini beliau dikatakan takut berdepan dengan mahasiswa dalam isu seorang pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Dalam satu kenyataan pagi ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata, SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan malam ini adalah atas dasar takut untuk bertemu dengan mahasiswa.

“SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari,” kata beliau merujuk kepada isu menyelubungi Aziz.

Benarkah PM takut?

Well….. kami diberitahu yang PM kita adalah seorang yang pemalu.

najibrazak400px_5

Itu sebabnya beliau lebih selesa bercakap didalam majlis-majlis anjuran pihak-pihak yang hampir dengan beliau.

Kita juga boleh mendengar kata-kata bernas beliau diperhimpunan dan majlis-majlis yang  dipenuhi oleh pengikut-pengikut beliau.

Mungkin atas sifat malu itu yang membuat beliau segan untuk  berdepan atau berdebat secara terbuka.

Sebenarnya Perdana Menteri dikatakan terpaksa membatalkan kehadirannya di UIA kerana berada di Riyadh semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Arab Saudi yang mangkat.

Putera Mahkota yang berusia lingkungan 80-an itu, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan Arab Saudi, mangkat di luar negara pada Sabtu lepas setelah gering.

Kami andaikan TPM Malaysia tidak dapat memberi penghormatan kepada rakan sejawatnya yang mangkat.

Apa pun, tabik spring kami kepada Datuk Sabri Chik.

So….. ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu dari penyakit malas dan nyanyuk. Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu dari dosa dan hutang. Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu dari fitnah Masih dajjal yang sangat kuat menipu. Amin.

Wassalam.

Isnin, Oktober 24, 2011

BSK 249. 10 Resolusi HIMPUN selamat aqidah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kita hayati 10 resolusi Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN):

  1. Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.
  2. Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
  3. Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebeagai kandungan utama.
  4. Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.
  5. Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
  6. Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
  7. Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.
  8. Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.
  9. Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
  10. Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Kita mahu memelihara dan menyelamatkan aqidah umat Islam tetapi masalahnya kita masih enggan menerima Islam dengan sepenuhnya.

No1566

Setiap masalah yang melanda umat Islam di negara  ini kita  yakin dengan sepenuhnya  bahawa penyelesaiannya ialah dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada iaitu perlembagaan ciptaan manusia.

Kerana jauh didalam jiwa kita masih mempunyai kepercayaan menebal dan cukup yakin bahawa hukum Islam tidak dapat menyelesaikan masalah umat Islam dan masyarakat majmuk di negara kita ini.

Secara tidak langsung kita juga selari dengan pemikiran golongan orientalis dan anak-anak didik mereka yang tidak memperakui kenabian Muhammad S.A.W.

Pihak orientalis dan anak-anak didik mereka memberi pendapat bahawa Nabi Muhammad S.A.W mencipta undang-undang dan Islam itu sendiri. 

Tetapi pihak-pihak ini buntu untuk menemui jawapan bagaimana Muhammad S.A.W hanya dalam masa 23 tahun berjaya melaksanakan suatu undang-undang yang begitu syumul dan mencakupi dalam semua bidang kehidupan manusia.

Suatu peraturan yang sesuai sepanjang zaman dan di segenap tempat serta perbagai bangsa di dunia ini. Peraturan yang tidak perlu penggubalan semula.

Kerana penafian mereka itu menyebabkan mereka kehilangan kunci untuk merungkai kebuntuan mereka iaitu hubungan Allah Taala dan Rasul-Nya. Iaitu wahyu yang diturunkan kepada Nabi S.A.W melalui malaikat Jibrail. 

Oleh kerana itu, kita sebagai umat Muhammad perlu memastikan samada benar di akhir zaman orang Islam akan mengikuti teladan pihak-pihak yang tidak memperakui kenabian Muhammad S.A.W itu.

Atau adakah telah terbukti kita sudah pun menerima pakai teladan-teladan mereka?

Untuk bacaan: Pemuda PAS: Himpun bukti Umno wajib terima hukum Islam termasuk hudud.

So….. ya Allah matikanlah kami dalam islam dan hidupkan kami dalam islam. Kumpulkan kami bersama orang yang soleh tanpa rasa sedih dan juga tanpa difitnah. Amin.

Wassalam.

BFK 163. Ikatan kasih di Taman Meru Makmur 2

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami sekeluarga ke Meru tengahari semalam.

Bukan sengaja berjimba-jimba ke sana tetapi menerima undangan En Rusli bin Abu dan Pn Pairus binti Haji Hussein sekeluarga dari  Taman Meru Makmur 2.

Undangan dari sahabat yang kami hormati  bagi menyerikan majlis ikatan kasih puteri sulong mereka Zuren Safinas binti Rusli dengan pilihan hatinya Shahrulrizal bin Zakaria.

Majlis menerima menantu yang pertama bagi mereka. Yang kedua? Insya’allah kami setuju. Hmmm…..

Cukup meriah dan tersusun majlis yang diadakan.

Well….. kami nak share beberapa gambar yang sempat kami ambil di majlis itu.

No1641Pasangan pengantin berjalan menyusur dicelah-celah tetamu menuju pelamin yang disediakan. Comel flower girl kat depan tu.

No1643Dah pun selamat sampai di singgahsana. Seperti di zaman raja Melaka, ada tarian dari dayang-dayang untuk menghiburkan raja sehari ini.

No1644 No1647 Berseri-seri kedua-dua pengantin. Macam pinang dibelah dua.

  No1649No1650
Bapa pengantin perempuan menepung tawar. Sempat mengusik dan juga memberi nasihat kepada menantu. Terima kasih father-in-law!

No1651

Ibu pengantin perempuan pula menepung tawar. Biasa-biasa sahaja. Tenang hati menantu.

No1652Flower girl dah penat lepak-lepak kat pelamin. Bila nampak ibu yang menepung tawar terus bangun menerkam. Nak ikut ibu!

Itu sahaja gambar-gambar yang dapat kami kongsikan.

Kepada En Rusli sekeluarga kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga dengan kehadiran menantu menambahkan keceriaan dalam keluarga.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu-bapa kami, serta kasihanilah ibu-bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Oktober 21, 2011

BSK 248. HIMPUN, perlembagaan dan sirah nabi

Bismillah.
Assalamualaikum.

himpun_logo

Esok, Sabtu, 22/10/2011 akan diadakan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Shah Alam.

Perhimpunan besar ini dikatakan mendapat sokongan banyak NGO Melayu.

Perhimpunan yang akan disertai oleh ramai rakyat Malaysia beragama Islam dimana penyertaannya pesertanya dijangka lebih ramai dari Bersih 2.0 dulu.

Jika diikutkan dengan namanya dijangka mencecah sejuta peserta dan berkemungkinan besar melebihi sejuta.

Perhimpunan yang bertujuan bertujuan membela Islam dan mencegah murtad di kalangan Muslim.

Umumnya untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.

Persoalannya?

Wajarkah perhimpunan itu diadakan?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semasa menolak perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dilaporkan berkata:

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Bukankah PM sendiri mempunyai penuh keyakinan bahawa undang-undang yang sedia ada iaitu perlembagaan Malaysia boleh dan mampu mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda.

Jika perhimpunan yang diadakan bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.

Agama, nyawa, akhlak dan harta benda siapa sebenarnya yang dikatakan oleh PM kita itu?

Umat Islam?

Rakyat kata Islam dan akidah umat Islam perlu diselamatkan, PM kata undang-undang sedia ada boleh dan mampu mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda umat Islam.

Nampak sangat ketidak sekataan keadaan sebenarnya yang berlaku kepada umat Islam di Malaysia dengan apa yang dikatakan oleh lidah PM kita.

Nampaknya orang Melayu menyanggah kata-kata PM.

Melayu mudah lupa.

Cuba kita hayati dua perenggan tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini:

  1. Sebab itu antara tujuan mempelajari Sirah Nabawiyyah itu ialah untuk mengamalkannya dengan memadankan apa yang disebut di dalam al-Quran dengan apa yang telah ditafsirkan dalam kehidupan Nabi S.A.W. Supaya Islam ini tergambar dengan lengkapnya berpandukan contoh yang ada pada diri Nabi S.A.W, apabila kita melaksanakan Islam dalam kehidupan hendaklah tidak lari dari contoh yang ada dalam gerak-geri Nabi S.A.W. Ibarat masakan, maka al-Quran itu adalah resepinya, sedangkan Nabi S.A.W itu adalah guru yang menerangkan cara mengadun dan memasak serta menghidangkan resepi itu sebagai suatu sajian yang amat diperlukan oleh umat manusia. [Sirah Nabawiyyah: ms 3]
  2. Nabi S.A.W menyampaikan amanat Allah SWT bahawa Tuhan menghendaki supaya manusia selamat dari segala godaan syaitan dan hawa nafsu, dan terselamat dari ancaman bahaya api neraka. Allah SWT melalui lidah Nabi-Nya s.a.w. menyeru manusia supaya menyelamatkan diri dengan memasuki Islam secara keseluruhannya, setiap individu perlu memastikan dirinya yang bakal menghadapi Allah SWT hanya dengan hati yang sejahtera. Hanya itu yang bakal menyelamat manusia dari ancaman azab, sedangkan harta kekayaan, pangkat kedudukan serta sanak saudara tidak akan mendatangkan sebarang faedah apabila mereka dibangkitkan dari kubur masing-masing. [Sirah Nabawiyyah: ms 98]

Fikir-fikirkan.

So….. wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, perteguhkan hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Amin.

Wassalam.

Selasa, Oktober 18, 2011

BSK 247. Tidak selamat pemberi maklumat

Bismillah.
Assalamualaikum.

Rupa-rupanya pemberi maklumat polis tidak selamat. Dilaporkan, seorang lelaki didakwa membunuh seorang pemberi maklumat polis tiga tahun lalu iaitu pada 5 petang 28 Ogos 2008.

MaklumatTidak dimaklumkan apa sebenarnya kaitan yang terbunuh dan yang membunuh. Bagaimana identiti pemberi maklumat itu boleh diketahui umum  tidak juga dilaporkan.

Persoalannya? Tidakkah identiti dan maklumat pemberi maklumat polis diklassifikasikan sulit? Bagaimana boleh terdedah? Siapa yang mendedahkan?

Lelaki didakwa bunuh pemberi maklumat diarah bela diri
1:25PM Okt 17

Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini memerintahkan seorang pekerja sendiri, K Marimuthu, 37, membela diri terhadap tuduhan membunuh seorang pemberi maklumat polis tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim mengeluarkan perintah itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atau tiada keraguan munasabah terhadap tertuduh semasa pendakwaan dijalankan.

Ketika membacakan keputusannya, Zakiah berkata mahkamah tidak sangsi mengenai keterangan lapan orang saksi dalam kes itu dan jelas Marimuthu berniat membunuh Md Rashid Mahmud, 48, walaupun pistol yang digunakan untuk menembak mangsa tidak dikemukakan sebagai bahan bukti.

Marimuthu dituduh membunuh dengan menembak Md Rashid di Jalan Batu Kelikir-Ladang Kelapa Sawit OSK Properties Sdn Bhd berhampiran pasar raya Econsave Jalan Kuala ketil, Sungai Petani, pada 5 petang 28 Ogos 2008.

Zakiah menetapkan 20 November ini untuk mendengar perbicaraan pembelaan diri Marimutuhu, yang diwakili peguambela, Burhanudeen Abdul Wahid, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud.
- Bernama

Mungkinkah dengan timbulnya kes sebegini akan menghakis dan melemahkan semangat rakyat yang prihatin untuk membantu polis membenteras jenayah di negara kita ini?

Sama-sama kita fikir-fikirkan.

So….. ya Allah, jauhkanlah kami dari kejahatan-kejahatan kami sepertimana Engkau jauhkan timur dan barat. Ya Allah, ilhamkan kepada kami kecerdikan dan kewarasan dan lindungilah kami dari kejahatan diri kami. Amin.

Wassalam.

BFK 162. Bersyukur untuk haji mabrur

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ternampak keceriaan di wajah sahabat-sahabat kami berdua iaitu En Rauf dan En Idrus.

Mereka telah mendapat berita yang menggembirakan, Tabung Haji telah memberikan butiran penerbangan dan tarikh melaporkan diri di Kelana Jaya.

Sabtu, 22/10/2011 adalah tarikh yang diberikan.

Mereka akan masuk ke Mekah terlebih dahulu dan setelah selesai semua kerja haji baru mereka akan berziarah ke Madinah.

Kawan

Pada kami situasi sebegini lebih selesa.

Berikan tumpuan dan sepenuh hati menyelesaikan rukun Islam yang ke5 terlebih dahulu.

Bila berziarah ke Madinah terasa lebih relak kerana kerja haji telah kita bereskan.

Semoga sahabat-sahabat kami suami isteri diberikan kesihatan yang baik, ketekunan dan kesabaran dalam menjalani ibadah haji mereka.

Bila pergi jadilah tetamu-tetamu Allah yang bersyukur agar pulang  dikurniakan haji yang mabrur.

So….. ya Allah bersihkanlah dari kami dosa-dosa kami dengan air salji yang sejuk dan sucikanlah hati-hati kami dari sebarang kesalahan sepertimana Engkau menyucikan kain yang putih dari sebarang kekotoran. Amin.

Wassalam.

Isnin, Oktober 17, 2011

BSK 246. Transformasi UNITAR ke UMTECH

Bismillah.
Assalamualaikum.

MS12MM

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah meluluskan pada 04/07/2011 penukaran nama Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Kampus PINTAR kepada University of Management and Technology (UMTECH).

Dikatakan nama baru ini (Dari UNITAR ke UMTECH) memberikan lebih kejelasan dan keterangkuman institusi ini, di mana ia secara ringkasnya dikenali sebagai UMTECH (dengan sebutan uem-tech).

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), dikenali dengan nama singkatan UNITAR dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham YAB Tun Abdul Razak.

Najib

Universiti Tun Abdul Razak dimiliki oleh Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (Yayasan PINTAR) yang merupakan yayasan diketuai oleh Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam dan juga anak sulong Allahyarham YAB Tun Abdul Razak.

Kerana jasa Allahyarham YAB Tun Abdul Razak membawa banyak pembangunan kepada negara, beliau diberi gelaran Bapa Pembangunan Malaysia sementara Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pula Bapa Transformasi.

TunAbdulRazak

Pada pendapat kami Universiti Tun Abdul Razak atau UNITAR lebih banyak membawa erti.

Mengambil sempena nama orang yang membawa pembangunan dan banyak berjasa kepada Malaysia.

Bila di transformasi dari UNITAR ke UMTEC terasa seakan-akan hilang kekuatan, seri dan gahnya.

Tidak ada keunikan pada nama baru, macam universiti biasa-biasa sahaja. Hilang ciri-ciri kemalaysiaannya.

Universiti Tun Abdul Razak or Tun Abdul Razak University is named after the second prime minister of Malaysia, Abdul Razak bin Hussein, known as Bapa Pembangunan or Father of Development.

Ada juga perasaan bangga bila sebut macam kat atas tu. Kata le kalau-kalau ada orang luar negara tanya kat kita.

Yang sibuk sangat tu kenapa?

Yayasan tu nak tukar nama atau tidak, itu hak mereka, kita tidak ada kena mengena dalam urusan itu.

Tau takpe!

Bahasa jiwa bangsa.

So….. ya Allah, tambahkanlah ilmu kami dan kurniakanlah kepada kami kefahaman dengan berkat rahmatMu. Ya Allah, terangilah kami dengan cahaya ilmuMu dan jauhkanlah daripada kami kelupaan dengan berkat rahmatMu. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Oktober 14, 2011

BSK 245. Hudud dan pendirian pemimpin agama bukan Islam

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pemimpin-pemimpin agama dikalangan bukan Islam telah menzahirkan pendirian sebenar mereka terhadap Islam.

Mari kita dalami kenyataan dari Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao:

“Pelaksanaan hukum hudud memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan akan memberi kesan ke atas hak asasi bukan Muslim, yang sedia terjamin di bawah Perlembagaan.

“Fabrik perundangan perlembagaan tidak seharusnya diganggu,” kata enam pemimpin majlis itu dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh presidennya Daozhang Tan Hoe Chieow, timbalannya Sardar Jagir Singh, tiga naib presiden Venerable Sing Kan, Rev Dr Thomas Philips dan Mohan Shan, setiausaha agung Prematilaka KD Serisena.

Cuab kita fahami juga pendapat majlis itu:

Majlis itu juga berpendapat bahawa disebabkan majoriti rakyat sebuah negeri - Kelantan - memihak kepada hudud dan oleh itu rakyat keseluruhan negara seharusnya menerima perubahan tersebut, adalah satu tanggapan yang mengelirukan.

“Perlembagaan tidak boleh dibuang disebabkan oleh pandangan popular,” kata beliau.

Malah menurut majlis itu, hak fundamental yang dijamin dalam perlembagaan tidak boleh diubah oleh majoriti rakyat.

“Setiap warganegara seharusnya diberi hak untuk mencabar bagi mempertahankan hak mereka,” kata beliau lagi.

Majlis itu menambah, langkah mengubah sifat fundamental perlembagaan hanya disebabkan kehendak majorit juga satu keadaan yang bahaya.

Oleh itu menurut majlis tersebut, kesemua agama seharusnya menghormati sensitiviti dan hak agama komuniti lain, dan cuba untuk hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

“Sebarang perubahan mesti dilakukan mengikut perlembagaan, bukannya bertentangan dengan perlembagaan,” kata majlis.

Laporan penuh: Hudud: Jangan ganggu fabrik Perlembagaan, kata majlis bukan Islam.

Masjidil Haram

Hukum hudud adalah hukum Islam, dilaksanakan kepada orang Islam sahaja.

Bukan Islam tidak ada kaitan langsung dengan hukum hudud  dan mereka kekal tertakluk di bawah undang-undang Lord Reid atau lebih popular, perlembagaan.

Bagaimana sesuatu yang tidak ada kena mengena atau tidak ada kaitan langsung dengan mereka dikatakan boleh memberi kesan ke atas hak asasi mereka?

Meghairankan!

Orang Islam yang mahukan hukum hudud dilaksanakan kerana mereka mahu mempertahankan hak agama yang mereka anuti.

Siapa sebenarnya yang tidak menghormati sensitiviti dan hak beragama? Dan dalam isu ini Islam dan hak orang Islam di Malaysia?

Dan siapa sebenarnya yang tidak menghormati perlembagaan yang terang-terang menyatakan Islam agama Persekutuan?

Persoalannya?

Kenapa orang bukan Islam terlampau taksub membangkang perlaksanaan hukuman yang tidak ada kena mengena walau sedikit pun dengan mereka atau kehidupan mereka?

Kenapa mereka memandai-mandai mencampuri urusan agama Islam dan menyatakan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilaksanakan oleh orang Islam?

Kenapa mereka membuat kenyataan yang boleh menyinggung institusi Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi ketua agama dan payung kepada agama Islam di Malaysia?

Mungkinkah jawapannya?

Kerana pemimpin dan orang Islam sendiri menerima pakai bahkan lebih selesa dengan perlembagaan Lord Reid!

Well….. apa perbezaan kita dan mereka?

Maksud surah Al-A’raaf: ayat 36-41:

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar.

Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka". Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui".

Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya).

Seolah-olahnya umat Islam di zaman moden yang serba canggih ini telah terlupa atau memandang remeh  janji-janji Allah Taala.

Nauzubillah!

So….. ya Allah, sucikanlah hati-hati kami dari kenifaqan, sucikanlah amalan-amalan kami dari sifat riya, sucikanlah lidah-lidah kami dari sifat dusta, sucikanlah mata-mata kami dari sifat khianat. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui segala mata yag berkhianat dan apa yang disembunyikan didalam dada. Amin

Wassalam.

Rabu, Oktober 12, 2011

BBK 51. Sirah Nabawiyyah-terima dakyah barat kerana dangkal ilmu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami ingin berkongsi beberapa perenggan dari buku “Sirah Nabawiyyah – Insan Teladan Sepanjang Zaman” hasil nukilan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Masjid NabawiBab 25: Terima Dakyah Barat Kerana Dangkal Ilmu (Ms 85-86)

Sesungguhnya orang-orang yang lekas terpesona dengan dakyah Barat sehingga mudah terpengaruh dengan jarum-jarum yang menyentuh keutuhan asas agama, semata-mata kerana mereka mengkagumi kemajuan sains dan teknologi. Mereka adalah ibarat manusia terkejut dari tidurnya disebabkan pancaran cahaya yang kuat. Kerana cahaya yang amat menyilaukan itulah menyebabkan sebahagian dari umat Islam terjerlus dalam jebak penjajah Barat, mereka lupa bahawa Barat telah mengheret mereka sehingga terlepas dari pegangan agama Islam yang sebenar.

Mereka adalah golongan yang dangkal cara berfikirnya sehingga begitu rapuh pegangan hidup mereka terhadap agama, mudah terpesona dengan perkara-perkara baru yang dikemukakan oleh golongan penjajah dan orientalis. Mereka berfikiran suntuk sehingga tertipu dengan kata-kata manis, terpesona dengan dakyah dusta serta janji-janji kemajuan yang hanya boleh dicapai sekiranya cara berfikir cara lama mesti dirubah dengan pemikiran terkini, mengenepikan kepercayaan terhadap perkara-perkara yang dianggap ilusi seperti yang telah dijelaskan diatas.

Sebab itu tercetus dari lidah umat Islam sendiri kata-kata yang menggambarkan pegangan agama mereka yang semakin longgar. Justeru itu ada yang sanggup berkata; bagaimana hendak mencapai kemajuan kalau itu haram ini haram? Kata-kata itu menggambarkan bahawa manusia tidak perlu terikat dengan peraturan Allah SWT, mereka membebaskan diri dari terikat dengan syariat Islam.

Timbul juga kata-kata dari lidah umat Islam; bahawa agama tidak boleh dikotori dengan politik, agama suci bersih sementara politik itu kotor. Justeru itu tidak boleh agama dicampur aduk dengan politik. Orang yang dangkal pemikiran dan ilmu agamanya termakan dengan ungkapan yang sekular itu.

Golongan itu melaungkan kemajuan dan pembangunan tanpa memikirkan bagaimana pembangunan itu dicapai. Mereka kononnya menentang rasuah, sedangkan rasuah itu adalah gaya hidup orang yang tidak memikirkan halal haram, malah mereka menganggap riba sebagai suatu kemestian dalam pembangunan ekonomi, sebab itu riba tidak diperangi sebagaimana mereka memerangi kemiskinan.

Semua itu adalah kesan tusukan yang dalam, dari jarum penjajah dan juga orientalis yang sudah membenam di dalam hati orang-orang yang telah diasuh oleh Barat. Sebab itu terdengar kata-kata yang secara terang menolak hukum Al-Quran kononnya demi perpaduan antara kaum dan pembangunan masyarakat.

Samada setuju atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Guru,  terpulang kepada diri kita sendiri. 

Hakikatnya, kita sendiri yang tahu samada kita ini termasuk didalam golongan mereka-mereka yang disebutkan diatas.

Dan kita sendiri juga yang boleh mengenal dengan pasti kelompok-kelompok yang disebutkan itu di negara kita ini.

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah kami memohon kepadaMu kecintaanMu dan kecintaan orang yang cinta kepadaMu dan cinta kepada amalan yang mendekatkan kami kepada cintaMu. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan-kebaikan yang diminta oleh nabiMu Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan denganMu dari kejahatan yang nabiMu meminta perlindungan darinya. Amin.

Wassalam.

Selasa, Oktober 11, 2011

BSK 244. Kita rampas tanah orang seberang

Bismillah.
Assalamualaikum.

Laporan dari seberang menyatakan tanah seluas 1400 hektar di Camar Bulan di wilayah Sambas dan juga 80,000 meter persegi di Tanjung Datu (yang dikatakan  ada simpanan minyak dan gas) boleh diambil oleh Malaysia.

Itu menurut pengerusi Suruhanjaya Dewan Perwakilan I, Tubagus Hasanudin.

Kawasan yang dikatakan itu terletak di sebelah barat Sarawak dan melibatkan perjalanan kira-kira 400 kilometer melalui jalan darat sedia ada.

(Laporan legkap: Indonesia dakwa Malaysia ‘rampas’ lebih 1,400 hektar dekat Sarawak.)

Tanah seberang

Seingat kami, dulu-dulu ketegangan sering ditimbulkan atau tertimbul dengan negara jiran terkecil kita.

Seingat kami juga, isu jet pejuang melintasi ruang angkasa negara dan isu air adalah sebahagian dari ketegangan yang ditimbulkan.

Ditambah dengan komen kurang menyenangkan dari pemimpin negara kenit itu.

Bila timbul ketegangan, tertutup dan terus dilupakan isu-isu semasa yang lain.

Seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum digesa dan diminta bersatu dan berdiri teguh dibelakang pemimpin, menyokong segala tindakan kerajaan menghadapi ketegangan dengan negara kecil kenit itu.

Rakyat yang sememangnya sayangkan negara menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan.

Dalam kekalutan diiystiharkan PRU.

Lebih 2/3 majoriti yang diperolehi!

Sunyi sepi isu ketegangan yang tertimbul.

Berbalik kepada isu tanah berdekatan sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat itu.

Laporan dari negara jiran itu juga menyatakan dakwaan itu dilihat akan membawa kepada satu lagi krisis diplomatik selepas siri insiden sejak beberapa tahun lalu.

Seolah-olahnya ada provokasi yang disengajakan dari pihak seberang.

Pada hemat kami isu itu tak perlu di perbesarkan kerana ianya tidak akan berlaku, ianya cuma andaian sahaja.

Tetapi, sekiranya provokasi dari seberang itu disambut, didendang dengan berkesan oleh pihak-pihak tertentu dan mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat, maka petanda besar kita  akan turun mengundi dalam sedikit waktu lagi.

Sememangnya PRU13 semakin hampir!

Malaysian! Transform!

So….. ya Allah campakkanlah kepada kami rasa cinta kepada iman dan hiaskanlah ia didalam dada kami. Ya Allah campakkanlah kepada kami rasa benci kepada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Dan jadikanlah kami dari golongan orang yang cerdik. Amin.

Wassalam.

Isnin, Oktober 10, 2011

BFK 161. Risiko minta perubahan saat akhir haji

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ini masuk hari ke12 jemaah haji Malaysia berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji.

Masjid

Seperti yang kami khabarkan dahulu, 3 pasangan suami isteri dari taman kami termasuk didalam kelompok yang memohon untuk perjalanan Madinah – Mekah.

Satu pasangan telah menaiki penerbangan pada 30/09/2011 lepas.

Dua pasangan sehingga kini mereka masih belum menerima pengesahan penerbangan mereka.

Mereka telah ke Tabung Haji untuk membuat pertanyaan. Tetapi belum mendapat jawapan yang positif.

Kesian juga bila melihat kelibat mereka di surau. Tak pasal-pasal stress berkemungkinan memikirkan pergi ke tidak pergi aku ni.

Mereka telah mendapat surat tawaran untuk menunaikan rukun Islam ke5 ini.

Yang menjadi masalahnya, setelah menerima tawaran, apa yang kami fahami, 2 pasangan ini telah membuat permohonan kepada Tabung Haji agar mereka berada di dalam penerbangan, maktab dan bilik penginapan yang sama.

Salah satu pasangan ini ditemani oleh seorang anak. Jadinya jumlah yang terlibat adalah 5 jemaah.

Kami dapat rasakan jumlah jemaah ganjil menimbulkan masalah. Berbanding dengan jumlah genap yang boleh dikatakan lebih mudah untuk dibuat pertukaran pada saat akhir. Wallahualam.

Sebaiknya pegawai tabung Haji yang ditemui oleh 2 pasangan ini  menasihatkan mereka agar tidak membuat sebarang perubahan di saat akhir.

Beri penerangan terperinci mengenai risiko atau kesulitan yang boleh dialami. Risiko atau kesulitan pada jemaah dan juga pada Tabung Haji. Jika jemaah masih mendesak, well….. jemaah kena lah tanggung.

Melainkan ada sebab yang sememangnya tidak dapat dielakkan, tetapi permohonan jemaah janganlah ‘over’ pula.

Tabung Haji perlu kerap memberi peringatan kepada bakal-bakal haji berhubung dengan permohonan pertukaran atau perubahan saat akhir.

Pada setiap sessi kursus haji bersiri ianya perlu diwarwarkan, agar perkara itu tidak mendatangkan kemurungan dan stress kepada jemaah nanti.

Hakikatnya Allah Taala yang memilih siapa yang akan menjadi tetamuNya. Bukan manusia yang menentukan.

Semoga sahabat-sahabat kami banyak berdoa dan bersabar. Insya’allah akan dikabulkan.

Kami pun mendoakan dan meminta yang terbaik untuk sahabat-sahabat kami itu.

So….. Kami memohon ya Allah keuntungan dari segala kebaikanMu dam keselamatan dari segala jenis dosa. Ya Allah, jangan biarkan diri kami berdosa melainkan Engkau ampunkannya, jangan biarkan diri kami berhajat (yang Engkau redha padanya) melainkan Engkau tunaikan, dengan berkat rahmatMu. Amin.

Wassalam.

Ahad, Oktober 09, 2011

BSK 243. Sertai perjuangan negara berkebajikan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dua laporan yang ingin kami kongsikan, untuk kita sama-sama hayati dan fikir-fikirkan.

No1564

Laporan pertama:

PAS negeri Perak menerima bekas Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan Laksamana Pertama (B) Mohamad Imram Abd Hamid menjadi ahlinya.

Datuk Adnan Ibrahim berkata , beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Laksamana Pertama (B) Mohamad Imram Abd Hamid pula berkata, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.

"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.

"Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.

"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.

Laporan kedua:

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan tiga asas utama Negara Berkebajikan.

"Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. …..

"Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

"Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua.

Beliau memberi penjelasan kerana  Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan dilihat tak faham apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.

Kami rasakan kedua-dua laporan itu ada titik pertemuannya.

Well….. fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, sucikanlah hati-hati kami dari kenifaqan, sucikanlah amalan-amalan kami dari sifat riya, sucikanlah lidah-lidah kami dari sifat dusta, sucikanlah mata-mata kami dari sifat khianat. Ya Allah tambahkanlah ilmu kami dan kurniakanlah kepada kami kefahaman, dengan berkat rahmatMu. Amin.

Wassalam.

BSK 242. Bajet transformasi 2012

Bismillah.
Assalamualaikum.

Jumaat, 07/10/2011 TV menyiarkan pembentangan belanjawan 2012 kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Masih belum terlambat rasanya untuk memberi komen.

Tema bajet tahun 2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional — Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

‘Bapa Transformasi’ telah mengumumkan pelbagai insentif kepada rakyat termasuk kakitangan awam, warga emas, ibubapa, peneroka dan pesara kerajaan.

Bajet ganjaran tunai

Pekerja sektor swasta menikmati juga apa yang disifatkan oleh PM  sebagai ‘belanjawan transformasi semua rakyat Malaysia’ melalui kenaikan caruman KWSP dengan sumbangan majikan naik 13 peratus daripada 12% ketika ini. Majikan kena akur.

Umur persaraan penjawat awam dilanjutkan sehingga berumur 60 tahun. Masih adakah tenaga untuk memberi yang terbaik?

Pada kami sehingga 56 tahun sudah mencukupi. Berikan sahaja peluang kepada tenaga muda membina keluarga bahagia dan membalas jasa kedua ibu bapa yang sudah begitu lama dan penat bekerja.

Beri kepada ibu bapa peluang untuk berihat dan beribadah.

Ramai pemerhati dan penganalisa memberi sokongan kepada belanjawan yang dibentangkan.

Kita hayati kata-kata seorang pensyarah bertaraf professor seperti dilaporkan:

“Kalau kita lihat bajet Pakatan Rakyat telah diumumkan tapi bukan guna duit mereka, jadi mereka boleh buat yang lebih baik tapi pembentangan Najib lebih realistik dan Najib umumkan perkara-perkara yang mampu diberikan kerajaan kepada rakyat.”

(Laporan penuh: Bajet 2012 boleh bantu BN tapi bukan penentu sokongan mutlak.)

Yang bertaraf professor juga boleh terkeliru dengan status wang yang diamanahkan kepada kerajaan yang memerintah.

Itu wang rakyat!

BN memerintah, BN yang menguruskan wang rakyat. Pakatan yang memerintah, Pakatan yang menguruskan.

Wang yang dibelanjakan untuk merealisasikan belanjawan atau bajet 2012 nanti bukan wang sedekah, wang derma atau wang saguhati BN atau Pakatan.

Wang rakyat tu!

Kenyataan perlu setara dengan jawatan yang diamanahkan kerana ditakutkan nanti disebabkan kenyataan yang bersifat sedemikian akan memberi kesan negatif kepada universiti-universiti Malaysia.

Itu sebabnya kami tidak gemar dengan gelaran “professor kangkong” yang timbul  dewasa ini.

Tetapi, adakah kehadiran segelintir “professor kangkong” salah satu sebab utama yang membuatkan universiti di Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik?

Ya atau tidak? Wallahualam!

Soalan, kawan-kawan para pembaca budiman mendapat kebaikan atau menafaat dari ‘belanjawan transformasi semua rakyat Malaysia’ ini?

Kami? Huhuhu.

So….. Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu dari dosa dan hutang. Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu dari kejahatan fitnah kekayaan. Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu dari fitnah kefakiran. Ya Allah kami memohon keadaan pertengahan di antara kaya dan kefakiran. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Oktober 07, 2011

BSK 241. Polis langgar SOP di Bersih 2.0 lepas bebas

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah dilaporkan berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggotanya yang didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha cuba menyuraikan peserta perhimpunan Bersih 2.0, 09 Julai 2011 lalu.

Anggota polis berkenaan memakai bandana (kain tutup muka) tidak mempunyai nama atau nombor keanggotaannya yang disulam pada pakaian seragamnya.

PolisTetapi kerana ketiadaan saksi tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap anggota polis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah dalam kenyataannya berkata:

"Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini.

Walau bagaimanapun, pegawai yang ingkar itu akan tertakluk kepada tindakan tatatertib kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menyuraikan orang ramai.

Dilaporkan gambar-gambar dan video berhubung penyalahgunaan kuasa polis  membanjiri internet, terutamanya pada laman web rangkaian sosial popular Facebook.

Antara gambar yang dirakamkan menunjukkan seorang anggota polis yang memegang sepasang gari dalam genggaman beliau dengan mukanya ditutup dengan sehelai sapu tangan yang besar, atau bandana.

[Bacaan selanjutnya: Tiada saksi, polis langgar SOP dilepaskan.]

Dalam insiden ini rakaman video tidak dijadikan bahan atau bukti saksi. Kami andaikan kerana bahan bukti itu didapati daripada besi atau plastik yang tidak bernyawa.

Kami ingat-ingat lupa kata-kata seorang pemimpin parti politik bahawa rakaman video tidak boleh dijadikan bukti. Kami lupa kesnya.

Perlu juga diselidik terlebih dahulu pegawai atasan mana yang membenarkan anggota-anggotanya yang tidak mempunyai nama atau nombor keanggotaannya yang disulam pada pakaian seragamnya menjalankan tugas.

Jika pegawai yang memberi kebenaran itu melanggar SOP, kenakan tindakan tatatertib.

Kita tidak mahu melihat seakan-akan pihak polis cuma mahu mengenakan tindakan terhadap pegawai bawahan sahaja, pegawai atasan lepas tangan.

Kerajaan dilaporkan membelanjakan RM2.0 juta kepada polis untuk menyuraikan peserta perhimpunan Bersih 2.0 itu.

Dengan jumlah peruntukkan yang boleh dikatakan “mewah” takkan pakaian seragam anggota sendiri pun tidak menepati syarat.

Kita tidak mahu ada pihak-pihak yang mengatakan anggota polis sengaja dibiarkan memakai seragam yang tidak menepati syarat agar tidak boleh diambil tindakan, tidak boleh didakwa dan tidak boleh dibicarakan di mahkamah.

Jika ianya memang disengajakan, well….. wallahualam.

So….. Ya Allah, kami memohon rasa takut kepadaMu, baik dalam kami bersendirian atau bersama orang ramai. Ya Allah, kami memohon kata-kata yang benar dalam keadaan kami redha atau kami marah. Amin.

Wassalam.

Khamis, Oktober 06, 2011

BSK 241. Tak cool, tak sempoi, tak sporting maa…..

Bismillah.
Assalamualaikum.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  dikatakan sedang   berusaha mentransformasi  diri untuk tampil  “cool” atau “sempoi” di mata golongan muda Malaysia.

Beliau ke konsert muda-mudi. Ke stadium bolasepak. Ke radio. Semua untuk mempromosi dan menunjukkan beliau cool dan sempoi.

Tetapi usaha beliau menampakkan imej cool dan sempoi berkemungkinan musnah dengan keputusan beliau dan isteri untuk tidak turun ke mahkamah apabila menerima sepina untuk berbuat demikian.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi ini, dilaporkan memutuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan itu mereka tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi peguam bela dalam kes berkenaan.

Sebelum ini secara terbuka suami isteri itu menyatakan akan hadir jika disepina oleh mahkamah.

Laporan penuh: Fitnah II: Mahkamah putuskan Najib, Rosmah tidak akan jadi saksi.

ular

Well….. 1tindakan dan 1keputusan yang akan menghakis kepercayaan dan keyakinan golongan muda negara terhadap beliau.

Apa nama tu….. cakap tak serupa bikin!

Tak sempoi! Tak cool!  Tak sporting maa!

Seorang ahli parlimen pernah mengungkapkan perkataan ‘bacul’ kepada lawan yang tidak mahu dan enggan berbahas dengan beliau.

Minta-minta janganlah sampai golongan muda meminjam atau menerima pakai perkataan itu terhadap Perdana Menteri kelak.  

So….. Ya Allah kami memohon kepadaMu perlindungan dari sifat nifaq dan perpecahan dan akhlak yang tidak baik. Ya Allah jadikan kami orang yang selalu bersyukur. Ya Allah jadikanlah kami orang selalu bersabar. Ya Allah jadikanlah kami kecil di mata kami dan besar di mata orang lain. Amin.

Wassalam.

BSK 240. Taufiq, hidayah, takwa dan hudud

Bismillah.
Assalamualaikum.

x KP Ikim

Kami ingat isu hudud ini sudah pun reda dari dikomen oleh mereka-mereka yang berada diluar PAS.

Bekas ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim memberikan pandangan beliau berkenaan isu itu.

Sedikit dari kata-kata beliau seperti yang dilaporkan:

Ismail yang juga bekas duta Malaysia ke Arab Saudi berkata, selama ini banyak pihak mengambil mudah bahawa undang-undang ini telah difahami oleh semua orang, terutamanya orang Islam.

“Sebab itulah apabila disebutkan undang-undang hudud, maka orang akan terbayang hukuman potong tangan bagi yang mencuri, rejam atau sebat bagi yang berzina dan sebagainya sedangkan isu-isu yang berkaitan dengannya seperti isu berhubung dengan pendakwaan, kesaksian, hikmah dan budi bicara hakim serta kesaksian utama atau pengakuan pihak tertuduh dalam kes-kes ini tidak difahami dengan baik.

“Oleh itu, apabila disebut hudud, maka perasaan dan pemikiran yang timbul dalam kepala orang ramai ialah takut dan gerun, ngeri malah kadang-kadang membawa kepada kejam dan sebagainya yang dilabelkan dalam hukuman hudud ini,” kata Ismail lagi.

Sehubungan itu kata Ismail, beliau berpandangan bahawa isu hudud “janganlah menjadi isu monopoli antara golongan politik kepartian.”

(Laporan lengkap: Bekas KP Ikim: Jangan lihat hudud isu politik kepartian.)
[Terbaru: Beri Kelantan peluang ‘uji’ hudud, Mufti Perak nasihat Putrajaya.]

Kami tidak mahu menyentuh pandangan yang diberikan oleh Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim diatas.

Tetapi disini, kami ingin berkongsi beberapa perenggan didalam buku yang berjudul “Sirah Nabawiyyah” hasil tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kita hayati tulisan beliau:

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami…..”
[Surah al-Ankabut: ayat 69]

Apabila seseorang itu tidak mendapat taufiq dan hidayah Allah SWT nescaya mereka tidak akan menemui jalan-jalan menuju keredaan-Nya. Justeru itu sebagai orang mukmin, mereka mesti menyedari perkara yang teramat penting dalam kehidupan mereka ialah berjihad dengan sepenuh upaya untuk mendapatkan taufiq dan hidayah dari Allah Taala.

Apatah lagi sebagai seorang pemimpin yang diamanahkan mentadbir negara, dengan tanggungjawab yang besar itu sekiranya mereka tidak mendapat taufiq dan hidayah Allah Taala, nescaya mereka mentadbir negara mengikut pandai sendiri, malah mengikut hawa nafsunya.

Mereka hanya percaya dengan kebolehan sendiri, dengan mengagungkan undang-undang dan hukum ciptaan manusia. Sebaliknya mereka seolah-olah meragui keupayaan Tuhan, apabila undang-undang dan hukum Allah yang didatangkan melalui Rasul-Nya telah tidak diberi tempat selayaknya dalam pentadbiran negara, kecuali dalam perkara-perkara yang menguntungkan dari segi kebendaan.

Jika pemimpin tidak mendapat taufiq nescaya sukar bagi mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran yang boleh menjejaskan keimanan mereka. Mereka boleh melakukan apa saja terhadap harta negara yang diamanahkan kepada mereka untuk mentadbirnya, malangnya apabila tiada taufiq dan hidayah Allah SWT beserta mereka maka perbendaharaan negara seperti miliknya.

[Bab 2: Peranan taufiq dalam kehidupan Nabi S.A.W. ms 7-8]

Halangan utama untuk melaksanakan hukum hudud bukan dari orang bukan Islam tetapi dari kalangan kita juga.

Bila yang mengaku Islam terang-terangan membuatkan pengakuan bahawa mereka tidak akan melaksanakan hukum hudud (walaupun mereka berkuasa untuk berbuat demikian) bahkan berikrar untuk berpegang dengan hukum ciptaan manusia dengan pelbagai alasan diantaranya:

  • masyarakat majmuk bukan 100% Islam.
  • orang Islam sendiri tidak faham undang-undang Islam.
  • tidak ada negara yang melaksanakan hukum itu sepenuhnya.

Bila orang Islam sendiri tidak mahu menggunapakai undang-undang agama sendiri dengan berbagai-bagai alasan, makanya orang bukan Islam pun turutlah berani memberi tentangan.

[Terkini: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita.]

Adakah semasa diberi kemerdekaan rakyat Malaysia mengetahui dan memahami undang-undang ciptaan Lord Reid yang mahu digunapakai?

Persoalannya, selepas 54 tahun di beri kemerdekaan, adakah masyarakat majmuk di Malaysia lebih mengetahui dan benar-benar faham undang-undang itu?

Cuba ingat-ingatkan dalam kehidupan kita ini, sudah berapa kali kita mendengar seruan ini:

“Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.”

Adakah kita tidak memerlukan keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat?

Letakkan perlahan-lahan telapak tangan kanan kat dahi dan fikir-fikirkan.

So….. Ya Allah bentangkan kepada kami sebahagian daripada keberkatanMu, rahmatMu, kelebihanMu dan rezekiMu. Ya Allah, kami memohon nikmat yang berterusan yang tidak akan hilang selama-lamanya. Ya Allah, kami memohon kenikmatan pada hari kesusahan dan keamanan pada hari ketakutan. Amin.

Wassalam.

Rabu, Oktober 05, 2011

BSK 239. Buah diperam dengan carbide tidak selamat dimakan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ingatan Presiden CAP SM Mohamed Idris kepada pengguna yang gemar memakan buah-buahan:

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal. Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan. Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ianya selamat.

Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan.

Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah. Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.

Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.

Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi. Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential oils, dan komponen perisa serta aroma. Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.

Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

(Sumber: Harakah Daily)

Kita sendiri yang perlu memastikan kita dan keluarga memakan makanan yang baik lagi halal.

BetikTetapi kita tidak dapat memastikan samada pengusaha-pengusaha telus menggunakan bahan yang selamat untuk memeram hasil buah-buahan mereka.

Pihak berwajib perlu proaktif seperti di negara jiran Asia kita. Untuk kebaikkan dan kesejahteraan rakyat.

So….. ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, banyak, baik dan berkat, tanpa ada kekurangan dan kesusahan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Amin.

Wassalam.

Selasa, Oktober 04, 2011

BSK 238. Kerajaan belanja RM2.0 juta untuk Bersih 2.0

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kerajaan membelanjakan RM2.0 juta untuk  perhimpunan BERSIH 2.0.

Itu adalah jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat:

Bersih2Menteri: RM2j untuk polis tangani himpunan BERSIH
Salhan K Ahmad Okt 4, 11 10:53am

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM2 juta untuk mengerahkan lebih 11,000 anggota polis untuk bertugas ketika perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan pada Julai lalu.

Hishammuddin dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat berkata, perbelanjaan bagi menangani perhimpunan tersebut termasuk untuk menugaskan anggota dari kontinjen seluruh negara bagi membantu polis kontinjen Kuala Lumpur.

Menjelaskan perbelanjaan sebanyak RM2,018,850 itu, Hishammddin berkata PDRM terpaksa membuat "persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain."

"Jumlah pegawai dan anggota polis yang telah dikerah untuk bertugas untuk menjaga keselamatan di kawasan Lembah Klang seramai 11,046 orang termasuk seramai 2,600 orang yang dikerah," katanya.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) dalam soalannya bertanya kepada Hishammuddin jumlah elaun yang dibayar untuk tugas anggota dan pegawai berkenaan dari 6 hingga 9 Julai lalu.

Mudah sungguh kerajaan membelanjakan wang rakyat. RM2.0 juta habis begitu sahaja.

Kami dapat rasakan yang RM2.0 juta itu seolah-olah jumlah yang kecil sahaja kepada pemimpin-pemimpin kerajaan ni.

Kerajaan yang berintegriti seharusnya peka dengan perbelanjaan yang dibayar dari poket rakyatnya.

Berjimat cermat itu adalah amalan yang mulia.

Manusia yang boros pula adalah saudara syaitan.

Manusia yang boros dengan wang sendiri bermungkinan masih boleh diterima oleh masyarakat tetapi manusia yang boros membelanjakan wang yang diamanahkan oleh rakyat, tiada kemaafan rasanya.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu perbuatan yang banyak kebaikan dan meninggalkan perbuatan-perbuatan mungkar. Ya Allah kami memohon kepadaMu supaya kami mencintai orang yang miskin. Ya Allah kami memohon kepadaMu ampunkanlah dosa-dosa kami dan rahmatilah kami dan apabila Engkau ingin memfitnah sesuatu kaum, matikanlah kami dalam keadaan tidak difitnah. Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India