DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Disember 28, 2011

BFK 172. Abang dan Solat

Bismillah.
Assalamualaikum.

Bulan hijrah telah meninggalkan kita. Kita telah memasuki bulan kedua Islam iaitu bulan Safar. Hari ini 3 Safar 1433H bersamaan 28 Disember 2011.

Ikut kalendar masihi, semalam 27 Disember 2011 adalah hari lahir anak sulong kami. Dilahirkan pada waktu maghrib.

Selamat hari lahir kami ucapkan. Semoga Allah memberikan abang kebaikan di dunia dan mengurniakan abang kebaikan di akhirat. Amin.

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan Safar. Begitu juga empat bulan berikutnya iaitu Rabiul Awwal, Rabiul Akhir, Jamadil Awwal dan Jamadil Akhir.

Cuma amalan fardu dan sunat yang biasa-biasa sahaja.

Memulakan bulan Safar ini, jom kita ‘explore’ sedikit rukun Islam yang kedua.  

No1595

Di negara kita, rukun Islam yang kedua ini lebih dikenali dengan panggilan sembahyang.

Sembahyang atau solat adalah perkataan yang diambil dari bahasa arab iaitu ‘Solah’. Di segi bahasa bermaksud doa. Manakala dari segi istilah atau syara’, bacaan-bacaan dan perbuatan-perbuatan yang tertentu yang bermula dari Takbiratul Ihram dan diakhiri dengan ucapan salam. Dengan syarat-syarat dan cara-cara tertentu.

Ada syarat-syarat wajib, syarat-syarat sah dan rukun-rukun sembahyang yang kita perlu perhatikan.

Ada perkara-perkara yang membatalkan dan yang makhruh dalam sembahyang yang kita perlu ketahui juga.

Dengan sembahyang atau solat kita mengabdikan seluruh anggota tubuh badan kita menyembah Allah SWT.

Banyak kelebihan yang perolehi oleh kita umat Islam yang istiqomah menunaikan solat dan memeliharanya.

Kami ingin berkongsi satu poin sahaja kelebihan menunaikan solat dan memeliharanya iaitu mencegah perbuatan keji dan mungkar

Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Firman Allah Taala didalam surah Al-Ankabut: ayat 45 yang bermaksud:

”Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Allah SWT telah memerintahkan supaya mendirikan solat dan Allah juga telah menerangkan kesan solat kepada mereka yang mendirikannya (solat) iaitu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji (perbuatan-perbuatan) yang haram dan mungkar (kata-kata). Dan perbuatan-perbuatan keji (haram) dan perkataan-perkataan yang mungkar, kedua-duanya himpunan dosa-dosa.

Ambil perhatikan kepada rukun sembahyang yang keempat iaitu membaca surah al-Fatihah.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak sah sembahyang bagi sesiapa yang tidak membaca surah Fatihah”.

Didalam surah al-Fatihah, termaktub munajat antara hamba dan Allah SWT.

Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda, “Allah telah berfirman, ‘Aku telah membahagi (kandungan makna) surah al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.’

Apabila dia membaca, ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam’, Allah akan membalasnya dengan berfirman, ‘HambaKu telah memujiKu.’

Apabila dia membaca, ‘Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’, Allah berfirman, ‘HambaKu telah memujiKu.’

Apabila dia membaca, ‘Yang menguasai di Hari Pembalasan.’ Allah berfirman, ‘HambaKu telah mengagungkanKu’, lalu Allah berfirman sekali lagi, ‘HambaKu telah memasrahkan urusannya kepadaKu.’

Apabila dia membaca, ‘Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan’, Allah berfirman, ‘Ini adalah urusan antara Aku dan hambaKu, dan Aku akan mengabulkan apa yang hambaKu pinta.’

Apabila dia membaca, ‘Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat (iman) kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat’. Allah berfirman, ‘Ini adalah untuk hambaKu, dan dia akan mendapatkan apa yang dipinta.’”
[HR Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah]

Kita telah mengetahui sembahyang umpama perisai mencegah kita dan mereka-mereka yang menunaikannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Dan kita juga ketahui ketika membaca surah Fatihah didalam sembahyang kita sebagai hamba, bersessi munajat dengan Allah Taala.

Itu seperti yang difirmankan oleh Allah Taala dan disabdakan oleh rasulNya.

Tetapi realiti dunia terkini, umat Islam terjebak didalam pelbagai kategori jenayah. Mengalami keruntuhan akhlak dan moral dan paling membimbangkan kerosakan akidah.

Dari tidak berkata benar hingga menuruti jejak langkah kaum Nabi Lut.

Adakah solat umat Islam di zaman serba canggih ini tidak menepati dan tersasar dari piawaian yang ditetapkan oleh Allah dan rasulNya?

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, terimalah daripada kami akan solat kami dan permohonan kami. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin.

Wassalam.

(Sumber dari Panduan Sembahyang Fardu dan Jenazah, Keistimewaan Umat Muhammad dan Tafsir Quran Per Kata – terima kasih)

Selasa, Disember 20, 2011

BSK 265. Simbolik mahasiswa dan orang politik

Bismillah.
Assalamualaikum.

“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak.

Muka Najib

Tindakan mahasiswa menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu demonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempoh hari menimbulkan reaksi yang cukup menarik dari kalangan orang Umno dan juga sebuah NGO Melayu.

Mereka cukup teruja dengan tindakan ‘simbolik’ sekumpulan mahasiswa itu.

Rata-rata mereka mengutuk tindakan itu dan mahu pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas meminta maaf.

“Perkara itu berlaku di kawasan awam, dan di luar kawasan universiti, oleh itu, saya serahkan kepada pasukan polis untuk mengambil tindakan selanjutnya,” kata  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah pada sidang media di bangunan Parlimen.

Pemuda Umno menggesa agar siasatan dilakukan dan pada masa yang sama mendesak pihak penganjur,  yang terdiri daripada Solidariti Mahasiwa Malaysia dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), memohon maaf kepada Najib, presiden parti, dan Umno keseluruhannya.

"Biarpun mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu tidak ramai namun ia cukup untuk menggambar imej buruk mahasiwa secara keseluruhannya. Tindakan menurunkan bendera semata-mata mahu menunjukkan bantahan terhadap AUKU tidak sepatutnya dilakukan kerana tidak rasional dan tidak bertamadun," kata Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

“Pelajar ini tidak mewakili majoriti mahasiswa di menara gading yang memang mempunyai sikap dan pegangan perjuangan idealisme mahasiswa yang sewajarnya bertindak secara matang dan berakhlak mulia, apatah lagi mewarisi budaya Melayu yang beradap dan mengikut ajaran Islam. Budak ini kurang sopan, tidak beradap, kurang didikan agama oleh keluarganya,” kata Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi.

"Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau... Berani kau kurang ajar dengan kami?

"Ini semua panglima perang tahu?," kata bekas ketua pemuda PERKASA yang juga ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha.

Tak luak sedikit pun atau mendatangkan kecacatan pun pada keadaan fizikal mahupun ketampanan PM.

Tak ada kerosakan atau kecacatan sedikit pun pada bendera wajah PM tu.

Adakah PM dibaling dengan kasut atau selipar atau botol air mineral atau botol air berkabonate atau tomato atau telur busuk?

Adakah bendera wajah PM dikoyak-koyak jadi lunyai atau dipijak-pijak jadi hamparan kaki atau dibakar jadi pencucuh rokok?

Bukankah Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diumum akan dimansuh.

Sama juga keadaannya dengan luahan ‘simbolik’ mereka-mereka yang mengutuk dan menggesa mahasiswa memohon maaf.

PRU13 menjelang tiba dan mereka-mereka ini perlu ‘secure’ kerusi masing-masing. Satu cara ialah dengan mempamirkan kepada Presiden parti bahawa mereka sanggup berbuat apa sahaja demi  menjaga maruah PM.

Dan juga mengkhabarkan kepada orang lain bahawa mereka akan termasuk didalam senarai calon-calon ‘boleh menang’.

Seperti juga kata-kata ‘simbolik’ PM kepada warga Pekan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Beliau umpamakan diri beliau pokok yang rendang yang buahnya gugur ke bawah.

Kata-kata penuh simbolik, memberi isyarat kepada pengundi-pengundi Pekan agar mengenang budi dan membalas jasa dengan mengekalkan beliau sebagai ahli Parlimen mereka.

Dan juga sebagai amaran kepada orang didalam parti yang cuba ‘potong jalan’ agar tidak menggangu-gugat kawasan beliau kerana beliau adalah calon ‘boleh menang’ kawasan itu.

"Saya harus sifatkan analogi atau ibarat saya macam pokok yang rendang dan bila pokok yang rendang ini mengeluarkan hasil dalam bentuk buah maka buah itu akan gugur ke bawah.

"Tidak ada buah yang gugur ke atas atau gugur ke tempat lain... ia mesti gugur ke bawah. Bila ia gugur ke bawah maknanya orang Pekanlah dapat rahmat dan manfaat daripada kepimpinan saya sebagai ahli Parlimen atau atas apa jua jawatan yang saya sandang.

"Sama ada sebagai timbalan menteri dulu, lepas itu jadi menteri besar, menteri dan kini sebagai ketua kerajaan. Saya berasa amat bersyukur, bukti sokongan ini dalam pilihan raya yang lalu berkat sokongan tuan-tuan saya telah mendapat undi majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional yang tertinggi iaitu 26,464 undi," kata Perdana Menteri yang juga ahli parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Well….. simbolik mahasiswa dengan perlakuan manakala simbolik orang politik dengan perkataan.

‘Simbolik’ terbaik yang dipamerkan oleh sebilangan besar orang politik parti ini adalah berdiam diri, buat-buat tak tahu atau buat-buat bodoh ….. bila dikalangan mereka merembat dan membazirkan wang rakyat yang diamanahkan kepada mereka.

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. Amin.

Wassalam.

Sabtu, Disember 17, 2011

BSK 264: Sayonara Datuk Dr Hasan Ali

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kita masih lagi dalam bulan Muharram, bulan hijrah Nabi SAW dan teman setia Baginda Abu Bakar dari Mekah ke Yathrib.

Baginda dan sahabat-sahabat berhijrah dari cabaran dan dugaan yang besar di Mekah kepada cabaran dan dugaan yang lebih besar, lebih mencabar dan lebih berbahaya di Yathrib.

Setiap mereka yang mendukung Islam akan menerima cabaran dan dugaan dari Allah SWT. Cabaran dan dugaan yang datang dan pergi, silih berganti.

Tetapi kita akan dapati, pada setiap saat ada sekelompok manusia yang istiqomah menyahut cabaran dan dugaan tersebut. Mereka-mereka ini datang dan pergi, silih berganti juga. 

Bila menyentuh tentang cabaran dan dugaan terlintas di fikiran kami kepada bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Kedudukan beliau didalam Pas kelihatannya cukup kritikal.

Apa dah jadi?

No1735

Kehadiran beliau umpama duri dalam daging kepada kerajaan Pakatan Selangor.

Beliau juga dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan yang hangat satu ketika dulu.

Perpaduan Pas dan Umno.

Usaha menyatupadukan dua parti politik yang tidak sebulu. Satu berteraskan Islam, satu lagi Melayu.

Sehingga kini Datuk Dr Hasan Ali masih mengimpikan dan masih berusaha kearah itu.

Walaupun Pas telah menetapkan pendirian bahawa parti itu tetap  bersama Pakatan. Kerjasama dengan Umno bukan agenda dan matlamat Pas. Malah Pas dikatakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Umno di PRU13 nanti.

Apa dah jadi?

Datuk Dr Hasan Ali memilih untuk berjuang bersama parti yang berteraskan Islam.

Selain mempertahankan prinsip Islam, beliau juga bermatlamat mempertahankan hak Melayu dan juga institusi raja.  

Begitu murni matlamat Datuk Dr Hasan Ali yang mahukan agar prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja menjadi teguh dan kuat di negara kita.

Sehingga kini beliau berpegang teguh dengan matlamat itu.

Kami petik laporan dan kata-kata beliau:

beliau akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.”

"Saya sudah lama dalam PAS, tidak akan mudah untuk meninggalkannya begitu saja. Banyak rakan-rakan yang saya perlu bincang, mufti-mufti, penasihat agama dan juga orang lama dalam politik yang selalu saya bincang. Akan saya guna semua itu (dalam membuat keputusan).

Datuk Dr Hasan Ali menyatakan kesanggupan  memikul tanggungjawab menyatukan orang Melayu seperti label "penyelamat" Melayu dan Islam yang diberikan akhbar Utusan Malaysia minggu lalu.

Katanya, sekiranya beliau dianggap mampu berbuat demikian, beliau rela memikul amanah itu kerana perpaduan sentiasa menjadi misinya sejak berada dalam kerajaan dan sebagai pakar motivasi sehinggalah menjadi ahli politik.

Cumanya, perjuangan Islam melangkau batas bangsa. Fokus yang diberikan untuk mempertahankan satu bangsa tidak seiring dengan ajaran Islam itu sendiri.

Perjuangan hak Melayu yang Datuk Dr Hasan Ali sanggup menjadi ‘champion’ samada disedari atau tidak adalah hanya untuk mempastikan kekuasaan (dan kemewahan) satu puak elit Melayu tertentu tidak diganggu-gugat.

Kita hayati maksud surah Yunus: ayat 88-89:

“Dan Musa berkata, “Wahai Tuhan kami, Engkau telah memberi kepada Firaun dan para pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Wahai Tuhan kami, (akibatnya) mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Mu. Wahai Tuhan, binasakanlah harta mereka, dan kuncilah hati mereka, sehingga mereka tidak beriman sampai mereka melihat azab yang pedih.”
Dia Allah berfirman, “Sungguh, permohonan kamu berdua telah diperkenankan, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus, dan jangan sekali-kali kamu mengikut jalan orang yang tidak mengetahui.”

Adakah Datuk Dr Hasan Ali akan berhijrah?

Berhijrah atau tidak, kami tetap ucapkan ‘sayonara’ kepada Datuk Dr Hasan Ali.

So….. ya Allah sesungguhnya kami ini adalah hambaMu, anak kepada hambaMu. Diri kami berada dalm genggamanMu, telah berlalulah hukumanMu keatas kami, telah adillah Engkau keatas ketetapanMu kepada diri kami. Ya Allah, kami memohon kepadaMu dengan segala nama yang telah Engkau namakan keatas diriMu atau nama yang telah Engkau ajarkan kepada hamba-hambaMu atau nama yang telah Engkau turunkan didalam kitabMu atau nama yang Engkau memilikinya bersendirian didalam ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran Yang Maha Agung sebagai cahaya hati kami dan penghapus rasa sedih kami, dan rasa susah hati kami. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, perteguhkan hati-hati kami diatas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Amin.

Wassalam.

Selasa, Disember 06, 2011

BSK 263. Hari Asyura dan kelebihan bulan Muharram

Bismillah.
Assalamualaikum.

Masjid

Hari ini 10 Muharram 1433H lebih dikenali dengan nama hari Asyura.

Amalan utama di bulan Muharram terutama pada hari ke10  ialah berpuasa.

Kami ingin berkongsi beberapa hadis yang kami ambil dari laman Jakim mengenai keistimewaan berpuasa di bulan ini. Mari…..

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan).

  • Puasa sunat yang sangat dituntut kepada umat Islam mengerjakannya selepas daripada puasa fardhu (Ramadhan) ialah puasa pada bulan Muharram, sama ada di awal, di tengah atau di akhir bulan.
  • Islam menganjurkan kepada semua umatnya agar memperbanyakkan ibadat sunat termasuk solat sunat di mana sembahyang sunat yang paling mulia dan banyak kelebihannya di sisi Allah ialah sembahyang sunat di waktu malam, lebih-lebih lagi di waktu malam di bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat daripada Allah.

Sejarah puasa puasa hari Asyura seperti hadis dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".

Kita perhatikan kepentingan bulan ini terutama hari ke10nya. Jom….. 

Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

  1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
  2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  3. Dicipta Adam a.s.
  4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  7. Selamatnya Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
  8. Selamatnya Musa dan pengikutnya.
  9. Lemasnya Firaun.
  10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  11. Diangkat Nabi Isa ke langit.
  12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
  13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas Bukit Judy.
  14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
  17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  19. Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."

Perlunya umat Islam membuat perbezaan!

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharram) itu adalah untuk :

  • Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (sepuluh Muharram) sahaja.
  • Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
  • Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat.
    Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu`a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram.
    Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.
    Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura'. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301)

Kenapa kita perlu merebut peluang beramal di bulan ini terutama pada hari ke10?

Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Hal ini termasuklah peluang-peluang melakukan amal ibadat yang diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda berbanding dengan amalan-amalan yang dilakukan pada waktu-waktu biasa.
Contohnya Allah memuliakan bulan Muharram dan menggalakkan kita berpuasa sunat.
Peluang ini mungkin dipandang remeh bagi orang yang tidak mengetahui akan kelebihan yang ada padanya tetapi hakikatnya itulah nilai yang menentukan sejauh manakah kepekaan seseorang Muslim itu dalam mencari keredhaan Allah SWT dengan cara yang terbaik iaitu ia tidak mensia-siakan nikmat sihat dan kelapangan waktu yang dikurniakan padanya kerana apabila seseorang itu sudah ditimpa sakit ataupun sibuk barulah mereka terasa akan kekurangan diri dalam mempersiapkan bekalan di hari akhirat kelak.
Oleh itu marilah kita bersama-sama menyahut seruan Rasulullah ini mudah-mudahan ketaqwaan kita kepada Allah SWT semakin meningkat.

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang".
Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".

Puasalah mengikut keupayaan yang ada pada kita. Pada kami bukan mudah untuk berpuasa diluar bulan Ramadan. Godaan yang datang pun besar rasanya.

Tapi jangan sampai tidak berpuasa pula. Rugi!

Dan jangan pasang niat yang lain pula. Nak diet dan sebagainya. Rugi juga.

1 hari, 2 hari, 3 hari, 10 hari atau genap 1bulan terpulang. Yang penting ikhlas mencari keredhaan Yang Maha Berkuasa.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, campakkanlah kepada kami rasa cinta kepada iman dan hiaskanlah ia di dalam dada kami. Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu dari penyakit malas dan nyanyuk. Ya Allah kami memohon kenikmatan yang tidak akan hilang. Dan ya Allah kami memohon perasaan redha keatas ketetapanMu. Amin.

Wassalam.

Khamis, Disember 01, 2011

BSK 262. Projek lembu: Siasatan awal polis tiada bukti CBT

Bismillah.
Assalamualaikum.

Siasatan awal polis terhadap projek lembu Perbadanan Feedlot Corporation (NFC) menunjukkan tiada bukti berlakunya jenayah pecah amanah (CBT).

Lembu
Itu adalah kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

NFC, yang mana pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, adalah suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. terbabit dalam kontroversi selepas Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan ia berada dalam keadaan kucar-kacir dan gagal memenuhi objektifnya.

NFC telah menerima peruntukan RM250 juta untuk mengendalikan projek lembu di Gemas, Negeri Sembilan.

Ada pihak yang mendakwa peruntukan RM250 juta berkenaan telah disalahgunakan oleh keluarga Shahrizat.

Antara dakwaan yang dilemparkan:

  • Pembelian kondominium berharga RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar.
  • NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasi dan anaknya menunaikan ibadah umrah.
  • Membelanjakan lebih daripada RM800,000 untuk lawatan ke luar negara suami dan anak-anak seorang menteri kabinet, pemegang saham serta  ahli lembaga projek.
  • Pembelian sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622.
  • Pembelian dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pada hemat kami keputusan siasatan awal polis menyatakan tiada CBT berlaku walaupun NFC berada dalam keadaan kucar-kacir dan gagal memenuhi objektifnya, adalah diatas andaian bahawa wang yang dibelanjakan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah hak mereka dalam kapasiti ketua pegawai operasi dan pihak pengurusan NFC.

Persoalannya, adakah tindakan mereka menggunakan dana rakyat untuk pembelian dan perbelanjaan itu untuk kebaikan dan kemakmuran rakyat?

Adakah dana rakyat yang diperolehi dari titik peluh dan kerja keras rakyat itu dibelanjakan diatas landasan yang betul?

Wallahualam!

Kita renungi maksud surah Al-Israa': ayat 13-15:

Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).
(Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)".
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

Tepuk dada tanya iman!

So….. ya Allah ya Tuhan kami, campakkanlah kepada kami rasa cinta kepada iman dan hiaskanlah ia didalam dada kami. Ya Allah, campakkanlah kepada kami rasa benci kepada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, perteguhkan hati-hati kami diatas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Amin.

Wassalam.

Rabu, November 30, 2011

BSK 261. Mak Oren

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kita sering terdengar atau terbaca laporan kes bunuh membabitkan ibu-bapa. Pembunuhan ibu-bapa oleh anak-anak sendiri. Terbaru kes seorang anak mengelar leher ibunya yang membawa maut.

Kita juga sering terdengar dan terbaca kes-kes buang bayi oleh remaja-remaja. Ada bayi-bayi yang terselamat dan ramai juga yang kehilangan nyawa.

Kita juga sering terdengar dan terbaca kes-kes pecah amanah, rasuah, pembaziran dana rakyat dan sebagainya. Apa akan terjadi kepada anak-anak yang makan dari hasil tersebut?

Kami tidak mahu menyentuh isu-isu berkenaan, tetapi kami sebenarnya ingin berkongsi cerita mengenai seekor ibu kucing bersama anak-anaknya.

No1732

Kami gelar ibu kucing ini Mak Oren. Kucing ini telah melahirkan sembilan anak dari tiga kes mengandung.

Dalan kes pertama kucing ini melahirkan seekor anak berwarna oren. Kebetulan dilahirkan semasa musim bolasepak Piala Dunia 2010 dulu. Kami namakan anak kucing ini Oranje, sempena team kegemaran kami, Belanda. Comel anak kucing ini.

Sebab itu ibu kucing ini kami gelar Mak Oren.

Malangnya Oranje tidak hidup lama. Mati tidak berapa lama setelah Belanda tewas kepada Sepanyol di Piala Dunia 2010 itu.

Dalam kes kedua, anak-anaknya dilahirkan kalau tidak silap kami, rasa-rasa kami pada awal tahun 2011. Empat ekor kesemuanya.

Anak-anak dalam kes kedua ini memang comel kerana keempat-empatnya tidak berekor.

Kemana pergi kesemuanya  tidaklah kami ketahui. Mati atau diambil orang, wallahualam.

Yang pasti Mak Oren bersendirian tanpa keempat-empat anaknya.

Yang terkini dilahirkan, tak silap kami dua atau tiga bulan lepas. Empat ekor dan semuanya berekor kontot.

1Perkara yang common tentang anak-anak kucing ini ialah, dilahirkan di tempat yang sama. Kesemuanya comel-comel belaka.

Dicelah-celah periok-periok besar dan besen-besen besar. Di utility area disebelah belakang rumah kami.

Kebiasaan, setelah sebulan dua dilahirkan, anak-anak ini akan dipindahkan ke tempat lain.

Bukan sekali dua dipindahkan tetapi berulang juga. Sekejap kat rumah sebelah. Sekejap di rumah hadapan. Begitulah rutin Mak Oren ini.

Utility area di sebelah belakang rumah kami cuma macam klinik atau hospital sahaja. Anak-anak yang baru terketar-ketar berjalan sudah didischarged dan diangkut ke tempat lain.

Pada hemat kami disebabkan oleh faktor keselamatan dan untuk kemudahan. 

Kedudukan rumah kami lebih tinggi dari rumah sebelah dan semestinya utility area yang dipisahkan oleh pagar dibelakang rumah lebih tinggi dari rumah sebelah.

Sudahlah tinggi, kami bina  dinding menggantikan pagar yang ada, lagi tinggilah Mak Oren perlu melompat untuk masuk dan keluar dari utility area  berkenaan. Untuk mencari makan dan memberi susu pada anak-anak yang baru dilahirkan.

Kami bina dinding kerana tidak mahu terpandang kebawah dan terlihat jiran sebelah memasak atau membuat tugasan di dapur.

Berbalik kat keluarga terkini Mak Oren.

No1733Yang pasti dua ekor sudah tiada. Yang hidup itu dari penelitian kami adalah dua ekor yang paling aggresif diantara empat ekor yang dilahirkan. Dan lebih besar.

Tetapi kami tidak pasti samada yang dua ekor ini juga mampu bertahan.

Kami masih terdengar bunyi mengiau anak-anak kucing ini. Dan masih terlihat Emak Oren mengangkut anak-anaknya kesana kemari mencari tempat selamat.

Tidak pasti sampai bila.

Yang pasti, selagi anak-anaknya masih bernyawa  naluri ‘keibuan’ dalam dirinya akan mempastikan keselamatan anak-anak.

Well….. manusia, makhluk istimewa dan sempurna ciptaan Allah Taala diminta untuk mempastikan keluarga mereka terhindar dan terselamat dari fitnah dunia dan terlebih penting lagi diminta agar menjaga keluarga mereka dari terjerumus kedalam neraka.

Adakah kita melaksanakan saranan dan permintaan dari Allah SWT itu?

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari kejahatan-kejahatan kami sepertimana Engkau jauhkan timur dan barat. Ya Allah, ilhamkanlah kepada kami kecerdikan dan kewarasan dan lindungilah kami dari kejahatan diri kami. Amin.

Wassalam.

Ahad, November 27, 2011

BFK 171. Malaysia 2 Bahrain 3

Bismillah.
Assalamualaikum.

Malaysia kalah lagi di Stadium Bukit Jalil.

Malam ini Malaysia kalah kepada Bahrain. Malaysia 2 Bahrain 3.

Bahrain menjaringkan 3 gol dalam masa 6 minit. Di minit-minit terakhir perlawanan.

bola

Lebih malang Malaysia yang mendahului dengan 2 gol tumbang kepada pasukan Bahrain yang bermain dengan 10 pemain sahaja. Huhu.

Banyak alasan yang diberikan. Kepenatan adalah faktor utama. Kepenatan kerana menumbangkan Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan Sea baru-baru ini.

Valid atau tidak alasan yang diberikan, terpulang.

Persoalannya?

Masih adakah harapan Malaysia ke Olimpik?

Nampak gaya tersangatlah tipis!

Wassalam.

BFK 170. Selamat Tahun Baru 1433H.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Bukit

Hari ini 01 Muharram 1433H bersamaan 27 November 2011.

Umat Islam menyambut tahun baru berbeza dengan sambutan tahun baru bukan Islam atau tahun masehi.

Sambutan untuk menyambut tahun baru 1433H diadakan semalam, 30 Zulhijjah 1432H. Kebanyakan sambutan diadakan di surau-surau dan masjid-masjid.

Dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib. Bacaan doa awal tahun pula setelah masuk waktu Maghrib. Ada juga yang membaca setelah selesai solat Maghrib.

Bacaan doa akhir dan awal tahun ini diamalkan secara meluas di Malaysia.

Tetapi ramai juga yang mengatakan bacaan doa ini amalan bidaah.

Kedua-dua pihak memberikan hujah masing-masing.

Pada kami doa merupakan senjata ampuh orang mukmin. Kita meminta dan memohon direct kepada Allah Taala. 

Well….. sebelum Maghrib semalam kami menyertai ahli-ahli kariah taman kami menyambut sambutan tahun baru 1433H di surau.

Selamat menyambut Tahun Baru 1433H dan semoga Allah Taala memberi rahmatNya kepada kita semua.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, bentangkanlah kepada kami sebahagian daripada keberkatanMu, rahmatMu, kelebihanMu dan rezekiMu. Ya Allah, kami memohon nikmat yang berterusan yang tidak akan hilang selama-lamanya. Ya Allah, kami memohon kenikmatan pada hari kesusahan dan keamanan pada hari ketakutan. Amin.

Wassalam.

Sabtu, November 26, 2011

BFK 169. Majlis sana sini Disember 2011

Bismillah.
Assalamualaikum.

November 2011. 1Bulan yang padat dengan majlis bacaan Yassin. Majlis bacaan Yassin selalunya akan diiringi oleh tahlil, doa arwah dan doa selamat.

Majlis diadakan pada malam Jumaat dan kekadang malam Ahad. Ada yang diadakan di surau dan ada yang di kediaman sendiri.

Pada perkiraan kami majlis terakhir untuk November 2011 adalah pada malam ini.

Hari ini 30 Zulhijjah 1432H bersamaan 26 November 2011.

Akan diadakan majlis sambutan tahun baru 1433H kat surau. Bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. Diadakan juga bacaan Yassin untuk memenuhi waktu menunggu Isya.

Selepas itu ada 1lagi majlis bacaan Yassin di rumah salah seorang bilal surau kami.

Majlis itu rasanya menutup tirai tahun 1432H dan bulan November 2011.

Disember 2011. Padat juga bulan ini.

Dimulakan pada 03 Disember 2011.

Ada 2 jemputan majlis perkahwinan. 1 di PD dan 1 kat taman kami ini. Di PD rakan se haji. Kat taman, memang jiran le.

Hari tu juga kena rewang kat kampong wife. Adik ipar buat kenduri majlis berkhatan 2 anak lelaki dia. Besar-besaran ni. Berkampong dari hari Jumaat, 02 Disember 2011. Majlis pada hari Ahad, 04 Disember 2011. Wong jowo ni! Hmm…..

Malam pula ada majlis bacaan Yassin kat rumah bendahari surau.

Pening juga 03 Disember 2011 ni! Boleh terkejar sana sini. Haru dibuatnya.

No1672

11 Disember 2011 majlis perkahwinan anak perempuan jiran setaman. Sebelah malam majlis pernikahan dan majlis bacaan Yassin.  11 Disember 2011 majlis persandingan.

18 Disember 2011 majlis perkahwinan anak lelaki jiran (sipi-sipi) depan rumah.

22 Disember 2011, majlis bacaan Yassin di rumah imam 1.

Selepas tarikh tu tak pasti lagi.

Cumanya kami sudah menerima jemputan mulut dari jiran corner lot kami.

Majlis perkahwinan anak perempuan dia pada 01 Januari 2012.

Itu kira pembukaan untuk tahun 2012.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon sebab-sebab untuk mendapat kerahmatanMu dan keazaman yang banyak untuk mendapat keampunanMu. Kami memohon Ya Allah keuntungan dari segala kebaikanMu dan keselamatan dari segala jenis dosa. Ya Allah, jangan biarkan diri kami berdosa melainkan Engkau ampunkannya, jangan biarkan diri kami susah hati melainkan Engkau lepaskannya, jangan biarkan diri kami berhajat melainkan Engkau tunaikan, dengan berkat rahmatMu. Amin.

Wassalam.

Khamis, November 24, 2011

BFK 168. Ok? OK!

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ini hari ke7 anak bongsu kami menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Anak bongsu

Dari hari pertama hingga hari ke6, kami bertanya soalan yang sama kepada anak bongsu kami yang seorang ini.

Macamana periksa? Ok?

Jawapan yang kami perolehi, padat dan ringkas. OK!

Tapi hari ke6, jawapannya sedikit berlainan. Susah!

Semalam hari ke6, kertas matematik tambahan atau add maths.

Kami memahami perasaan si bongsu tu.

Kami sendiri pernah mengambil kertas itu dulu. Dah lama sangat dah, semasa peperiksaan itu dinamakan Malaysia Certificate of Education (MCE). Tahun 1978.

Hari ini, 24 November 2011, hari ke7, satu lagi subjek yang cukup mengujakan. Fizik!

Setiap hari kami berdoa memohon Allah SWT memberi ketenangan dan kefahaman kepada anak bongsu kami. Ketenangan semasa membaca soalan dan memahami kehendak soalan. Terutama sekali ketenangan semasa memberikan jawapan.

Insyaallah boleh.

Selain fizik hari ini, kertas lain yang anak bongsu kami belum duduki ialah untuk subjek kimia, perakaunan dan ekonomi.

Berat juga rasanya. Hmm…..

Well….. kita boleh meminta dan memohon. Semoga diperkenankan oleh Yang Maha Penyayang.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, berlemah-lembutlah kepada kami dalam memudahkan segala yang susah. Kerana sesungguhnya memudahkan segala yang susah bagiMu adalah mudah. Dan kami memohon kemudahan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amin.

Wassalam.

Isnin, November 21, 2011

BSK 260. NFC Projek Lembah Daging Gemas

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam kami menghantar anak ke3 balik ke UiTM Segamat. Kami mengikut jalan biasa. Seremban-Simpang Ampat-Gemas dan terus ke UiTM.

Semasa memandu, tidak pasti dimana, tetapi sebelum sampai Gemas kami terlihat sebuah papantanda disebelah kiri jalan yang terpampang NFC. Dah comot papantanda tu.

NFC….. NFC….. NFC….. macam familiar je. 

Dekat semint dua baru teringat.

National Feedlot Corporation! Pusat Fidlot Kebangsaan! Projek Lembu!

Tajuk terhangat kebelakangan ini. Banyak isu yang ditimbulkan.

National Feedlot Corporation (NFC) atau Pusat Fidlot Kebangsaan ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara.

lembu 2

Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian.

Ada pihak mengatakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menetapkan sasaran supaya Pusat Fidlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu fidlot setahun.

Dakwaan itu dikatakan boleh dilihat melalui kertas dasar projek berkenaan yang diletakkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Mengikut RMK9, projek itu perlu ternak sekurang-kurang 60,000 ekor lembu, bina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga bina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun (setiap ladang)," kata pihak itu lagi.

Tambah pihak itu lagi, jumlah sasaran bilangan lembu itu juga selari dengan jumlah sasaran bekalan daging yang ditetapkan untuk Pusat Fidlot Kebangsaan – sebanyak 50,000 tan daging menjelang 2009 atau 40 peratus daripada permintaan daging Malaysia.

Menteri yang berkaitan dalam jawapannya di Dewan Rakyat semalam berkata projek berkenaan tidak menemui kegagalam memandangkan syarikat Agro Science berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang 2008 hingga 2010.

National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengan suami dan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Sasaran membekal sebanyak 276,000 ekor lembu setahun. Jumlah sebenar yang dibekalkan 8,016 ekor lembu sepanjang 2008 hingga 2010.

Memang tersasar jauh dari sasaran. Amatlah jauhnya.

Dalam kekalutan isu projek lembu tersebut ada gesaan dari Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.

Namun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan  berkata:

“Seruan Bung itu saya fikir tak perlulah sangat. Soal-soal sebegini khusus di kalangan kita sama kita (sesama Umno) kerana ia tidak secara langsung menyatakan Shahrizat terlibat.

"Sebenarnya, ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga tetapi Shahrizat sendiri tidak terlibat," katanya.

Dilaporkan juga Muhyiddin adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika projek lembu itu diserahkan kepada keluarga Shahrizat.

Mungkin benar Shahrizat tidak terlibat secara langsung dalam menguruskan projek itu. Suami dan anak-anak beliau yang menguruskannya. Tetapi itu projek keluarga.

Beliau tinggal sebumbung malah sebilik dengan pengurusan atasan projek berkenaan. Adakah beliau tidak diberikan feedback terkini mengenai status projek itu?

Sebagai seorang pemimpin negara yang berintegriti tidakkah beliau peka dengan status dan halatuju projek yang menggunakan dana rakyat?

Sebagai ahli keluarga, tidakkah beliau memberi pandangan dan nasihat bahawa mereka perlu berhati-hati dengan perbelanjaan yang digunakan dengan dana rakyat kerana ianya 1amanah yang telah disanggupi oleh keluarga beliau?

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah At-Tahriim: ayat 6)

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam
kitab-kitab Zabur dan Injil) melaui lidah nabi Daud dan nabi Isa ibni
Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan munkar ( derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk-nya apa yang mereka telah lakukan”. (Surah Al-Maidah, ayat 78-79)

“Demi diriku di bawah kekuasaan Allah, hendaklah kamu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran atau ditakuti bahawa Allah akan menurunkan ‘azab dan bala’. Kemudian kamu berdoa kepada Allah dan Allah tidak akan menerima (permohonan) kamu lagi ” . (HR at-Tirmizi)

“Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, jika dia tidak mampu hendaklah dia mencegahnya dengan lidah, jika dia tidak mampu hendaklah mencegah dengan hatinya. Namun yang demikian ini adalah selemah-lemahnya”. (HR Muslim)

Sebagai seorang ahli keluarga dan terlebih lagi seorang pemimpin beliau seharusnya lebih memahami bahawa menjalankan amar ma’ruf dan nahi mungkar itu perlu, terutama kepada keluarga dan kaum kerabat.

Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. (Surah Asy-Syu’araa’: ayat 214)

Pembaziran dana rakyat semakin berleluasa. Dilakukan oleh segenap lapisan, dari peringkat bawahan sehingga peringkat tertinggi. Terbukti dari laporan tahunan Ketua Audit Negara.

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu kecintaanMu dan kecintaan orang yang cinta kepadaMu. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan-kebaikan yang diminta oleh nabiMu Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan denganMu dari kejahatan yang nabiMu meminta perlindungan darinya. Engkaulah tempat kami meminta, Engkaulah yang menyampaikan dan tiadalah sebarang kekuatan melainkan kekuatan dengan pertolongan Allah. Amin.

Wassalam.

Rabu, November 16, 2011

BFK 167. Selamat datang 1433H

Bismillah.
Assalamualaikum.

Rasanya entry ini tidak terlalu awal.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 1433H atau Awal Muharram.

Di Malaysia kita akan menyambut 01 Muharram 1433H pada hari Ahad bersamaan 27 November 2011.

Cuba imbas kembali perkara-perkara penting tahun 1432H.

Sebelum itu. Sebagai umat Islam, kita berikrar dengan lidah dan kita yakini dalam hati. Dan dibuktikan dengan perbuatan. Jadinya…..

Solat! Sudah mampu solat berjemaah?

Puasa! Sudah cukup berpuasa sebulan Ramadan?

Zakat! Sudah mampu untuk mengeluarkan?

Haji! Sudah mampu dari segenap aspek untuk pergi?

Tahun 1432H sudah hampir sangat nak berlalu. Jangan kita terlalu banyak berfikir mengenainya lagi.

Fikirkan pula apa yang perlu dilakukan diambang tahun baru dan tahun 1433H itu sendiri.

Pada hari Sabtu, 30 Zulhijjah 1432H bersamaan 26 November 2011, beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib hendaklah dibaca  doa akhir tahun 1432H.

Doa akhir tahun:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pemerintah sekelian alam. Rahmat dan kesejahteraan Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-laranganMu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepada ku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah Ya Karim Ya Zal Jal Al Liwal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda juga para sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Pada hari Sabtu, 30 Zulhijjah 1432H bersamaan 26 November 2011 juga, setelah menyempurnakan solat fardhu Maghrib hendaklah dibaca  doa awal tahun 1433H.

Doa awal tahun:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pemerintah sekelian alam. Rahmat dan kesejahteraan Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan memohon perlingungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda juga para sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Di tahun baru tingkatkan sedikit kemampuan.

masjid

Sudah mampu untuk berjemaah. Mungkin tidak dapat untuk bersolat berjemaah pada kelima-lima solat fardhu. Usahakan agar dapat bersolat Isyak dan Suboh berjemaah. Fadilatnya seolah-olah bersolat sepanjang malam. Boleh juga try bangun malam dan bersolat sunat.

Sudah berpuasa genap sebulan Ramadan. Cuba sambung untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Fadilatnya seumpama  berpuasa setahun. Cuba-cuba puasa sunat Isnin dan Khamis. Banyak kebaikannya. Bertekad untuk bersolat terawih genap sebulan Ramadan. Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhirnya.

Jika sudah cukup syarat-syaratnya keluarkan zakat. Tunaikan ibadah haji jika sudah berkemampuan dari segala aspek.  Kudrat muda lebih mudah untuk mengerjakan haji.

Perbanyakkan bersedekah, membaca Quran dan berzikir.

Cuba-cubalah.

Berkaitan dengan bulan Muharram, banyak amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan di bulan itu.

Disunatkan berpuasa Tasua’ iaitu hari yang kesembilan Muharram dan ‘Asyura iaitu hari kesepuluh Muharram.

Ada yang berpuasa 9 dan 10 Muharram. Ada juga yang berpuasa dari 1-10 Muharram. Tidak ada masalah.

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

Dalam bulan ini juga disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin, melebihkan perbelanjaan untuk keluarga, membuat kebaikkan kepada anak yatim, berzikir, berselawat dan banyak lagi amalan lain.

Insyaallah, cuba membuat yang terbaik dan ikhlas melakukannya.

Selamat tahun baru 1433 Hijrah dari kami sekeluarga.

So….. segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah kami memohon sebab-sebab untuk mendapat kerahmatanMu dan keazaman yang banyak untuk mendapat keampunanMu. Kami memohon Ya Allah keuntungan dari segala kebaikanMu dan keselamatan dari segala jenis dosa. Ya Allah, jangan biarkan diri kami berdosa melainkan Engkau ampunkan, jangan biarkan diri kami susah hati melainkan Engkau lepaskannya, jangan biarkan diri kami berhajat (yang Engkau redha padanya) melainkan Engkau tunaikan, dengan berkat rahmatMu. Amin.

Wassalam.

Isnin, November 14, 2011

BSK 259. Rakyat diingat waspada fitnah terhadap Hj PM dan hajjah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ingatkan sudah reda perihal ibadah haji yang dikerjakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri tercinta beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Terbaru Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin mengingatkan rakyat agar berwaspada dan rakyat diingat tak terpengaruh fitnah yang dilemparkan oleh pelbagai pihak yang ingin meraih simpati untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 dan seterusnya memerintah negara.

Beliau juga dilaporkan berkata pihak yang ingin memenangi pilihan raya kini semakin terdesak hingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Terbaru katanya pihak-pihak berkenaan membuat tuduhan dengan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang pulang awal selepas selesai mengerjakan wukuf di Arafah sebagai tidak sah dan gagal mengerjakan haji.

Bila sesuatu isu itu telah reda, janganlah pula kita selongkar dan bangkitkan semula.

Rakyat mungkin sudah menerima penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai isu haji PM dan isteri.

Bila dibangkitkan semula terasa semacam ada sesuatu yang tidak kena.

Renungkan kata-kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin seperti dilaporkan:

“Katanya, terbaharu pihak-pihak berkenaan membuat tuduhan dengan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang pulang awal selepas selesai mengerjakan wukuf di Arafah sebagai tidak sah dan gagal mengerjakan haji.”

ArafahPulang awal selepas selesai mengerjakan wukuf di Arafah. Pulang ke tanah air?

Pulang tanpa:

  • Mabit di Muzdalifah dan berangkat ke Mina
  • 10 Zulhijjah melontar jamrah Aqabah dan tahallul awal
  • 11, 12 dan 13 Zulhijjah mabit di Mina dan melontar jamrah Ula, Wustho dan Aqabah
  • Tawah ifadhah dan sa'i (sudah sa'i ketika tawaf qudum tidak perlu sa'i lagi)
  • Tahallul tsani

Wallahualam.

Yang baik dari Allah dan yang serba kekurangan dari diri kita sendiri.

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon rasa takut kepadaMu, baik dalam kami bersendirian atau bersama orang ramai. Ya Allah, kami memohon kata-kata yang benar dalam keadaan kami redha atau kami marah. Ya Allah, hiasilah diri kami dengan hiasan iman dan jadikanlah kami orang yang memberi petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk. Amin.

Wassalam.

Ahad, November 13, 2011

BSK 258. Tugas mudah guru di experimen bekerja sembilan jam

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sessi persekolahan 2012 yang bermula Januari tahun depan menyaksikan guru-guru dan sekolah-sekolah terpilih di empat negeri iaitu Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak melalui experimen projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Experimen dijalankan berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

Kenapa perlu diadakan experimen tersebut?

Jawapan seperti yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong ialah “bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah”.

Jika diperhatikan, waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Sembilan jam termasuk waktu 1jam waktu rehat pada perkiraan kami.

Sekarang ini guru-guru sessi pagi memulakan tugas jam 7.30 pagi dan tamat sekitar jam 2.00 petang. Durasi masa enam setengah jam termasuk waktu rehat.

Jika experimen berjalan dengan lancar bermakna tambahan waktu bekerja guru-guru sebanyak dua setengah jam.

Menyamai durasi masa bekerja sektor lain. Dan pada hemat kami durasi dua setengah jam itu tidak dikira OT kerana ianya waktu kerja biasa.

Dilaporkan terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.

(Laporan penuh: Ka Siong: Guru tak perlu risau dasar kerja sembilan jam.)

Pendapat kami!

Jika satu pihak dari orang ramai menyuarakan pendapat bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah, maka jawapannya pun mudah juga.

Yoda

Pilih beberapa sampel dari pihak berkenaan. Buat penilaian keatas tahap akademik mereka. Buat juga penilaian kepada kekuatan lain yang ada pada mereka. Contoh – kebolehan berpidato, aktif bersukan, mahir berbahasa Inggeris dan sebagainya.

Masukkan mereka dalam kelas express mengajar di UPSI atau maktab-maktab perguruan selama enam bulan.

Jadikan mereka guru-guru sandaran selama enam bulan atau genap 1sessi persekolahan di sekolah-sekolah yang bersesuaian dengan tahap akademik dan kebolehan mereka.

Biar mereka menjalani tugas-tugas guru yang sebenar. Mengajar, menguruskan koko, menguruskan pelajar-pelajar dan tugas-tugas guru yang lain semasa di sekolah dan diluar waktu persekolahan.

Mereka yang menyuarakan pendapat makanya mereka sendiri yang perlu membuktikan bahawa pendapat dan kata-kata mereka adalah benar.

Malangnya guru-guru yang menerima tuduhan pula diexperimen untuk membuktikan bahawa sememangnya tuduhan terhadap mereka dan rakan-rakan guru mereka adalah benar.

Malang! Amat malang nasib guru-guru dan cikgu-cikgu kita.

Simpati kami kepada kakak dan abang ipar kami yang mengajar di Tanjung Malim dan Slim River.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan kelupaan. Terangilah kami dengan cahaya ilmuMu dan jauhkanlah daripada kami kelupaan dengan berkat rahmatMu. Dan jadikanlah kami dari golongan orang yang cerdik. Amin.

Wassalam.

Sabtu, November 12, 2011

BFK 166. Iman dan pentingnya pemimpin yang diredhai

Bismillah.
Assalamualaikum.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang sempurna dan di muliakan.

Manusia juga adalah makhluk yang dilebihkan oleh Allah atas banyak makhluk-makhluk lain ciptaanNya.

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Surah Al-Israak: ayat 70)

Walaupun dimuliakan dan diutamakan namun iman manusia sentiasa turun naik. 

”Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.”
(HR Ibn Hibban)

Turun naiknya iman disebabkan oleh faktor dalaman diri dan juga luaran manusia. Malas mencari ilmu dan mengikut pujukan syaitan sebagai contoh.

Sebab itu kita perlu mencari pendinding atau perisai untuk melindungi diri kita agar sentiasa berada dilandasan yang benar.

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi SAW, bahawa Baginda bersabda:

"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (SAW].

Hadis yang agak panjang dalam Berita Harian Online di ruangan Agama bertarikh 11.11.2011. Diriwayatkan oleh Ali.

KATANYA, ingatlah aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar. Aku bertanya: Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, ya Rasulullah? Baginda menjawab: (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah SWT, ia mengandungi kisah perihal umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah SWT Al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa juga dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya) akan dibinasakan Allah SWT dan sesiapa yang mencari petunjuk dari yang lainnya akan disesatkan Allah SWT; al-Quran ialah tali Allah SWT yang teguh kukuh dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus).

“Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan.

“Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukumnya, adillah keputusannya, dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus.” 

Dunia yang serba canggih menjadikan kehidupan manusia lebih celaru dan kalut.

Manusia perlu kepada pemimpin yang diredhai Maha Pencipta yang  berada diatas landasan agamaNya untuk melepaskan diri dari kecelaruan dan kekalutan.

Kepentingan mencari pemimpin yang diredhai Allah amat penting.

(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun. 

Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.
(Surah Al-Israak: ayat 71-72)

Kerana di hari kebangkitan kita akan dihimpunkan bersama mereka-mereka yang kita ikuti dan taati. Bahkan kita akan saling berbalah dan salah menyalahkan antara satu sama lain.

Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya". Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman". 

Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa".

Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: "Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. (Surah Saba: ayat 31-33)

perkuburanKita juga diperintahkan untuk melindungi diri serta keluarga dari terjerumus kedalam neraka.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah At-Tahrim: ayat 6)

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang melepaskan dari sebarang kesusahan dan kesedihan, Tuhan yang mengabulkan segala doa orang susah, Tuhan yang Maha Pengasih di dunia dan akhirat dan Maha Penyayang, sayangilah diri kami dengan rahmatMu yang mana kami tidak perlu lagi kepada rahmat selain dariMu. Amin.

Wassalam.

Khamis, November 10, 2011

BFK 165. Beberapa hari sebelum Aidil Fitri 1432H lalu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dalam posting terdahulu ada kami sebutkan yang peti derma surau kami telah dirembat kali pertama beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri 1432H akhir Ogos 2011 lalu.

Rupanya ada cerita berkenaan dengannya sebelum ianya berlaku. Kami pun baru je mengetahuinya.

Seminggu sebelum peti derma di rembat surau kami mengadakan majlis berbuka puasa.

Seorang ahli kariah telah sudi untuk menaja makanan untuk majlis itu.

Pada sebelah petang abang ini telah ke surau untuk mengambil periuk besar dan lain-lain peralatan untuk persiapan memasak dan hidangan.

Setiba disana didapati ada seorang hamba Allah ini sedang mengelilingi surau. Diperhatikan hamba Allah ini seolah-olah sedang mengukur kaki lima surau.

Abang ini pun bertanya pada hamba Allah tu apa je yang sedang dilakukannya.

Hamba Allah ni menjawab yang dia sedang mengukur kaki lima surau. Katanya lagi dia bercadang untuk memasang jubin kat kaki lima surau tu.

Mendengar jawapan itu abang ni memanggil imam dan setiausaha surau.

Hamba Allah itu pun menerangkan kepada ketiga-tiga mereka yang dia baru renovate rumah. Ada berbaki jubin lantai dalam 1ribu keping dalam simpanan dia.

jubin

Sampel jubin pun ditunjukkan.

Teruja ketiga-tiga mereka mendengar kata-kata hamba Allah yang bermurah hati itu.

Sebabnya baru sehari dua karpet surau ditukar baru. Seorang ahli kariah kami juga yang sponsor.

Karpet baru. Kaki lima berjubin. Kira orait le.

Hamba Allah tu berjanji akan datang pada keesokkan hari untuk memulakan kerja-kerja pemasangan.

Well….. tidak ada apa-apa yang berlaku keesokannya. Macam biasa je.

Seminggu selepas itu surau dipecah masuk, mangga peti derma di gergaji dan wang sedekah dirembat.

Mendengar dari yang empunya cerita, hamba Allah ini tidak dikenali. Dari mana? Wallahualam. 

Kami sendiri tidak pasti samada orang yang sama melakukan aktiviti rembat-merembat itu.

Tapinya, jika dia yang melakukannya, seolah-olah dia telah biasa berbuat demikian.

Lokanan dan aksi, pita pengukur serta siap dengan sampel jubin lantai untuk mengelentong (ahli kariah yang kebetulan ke surau diluar waktu solat) memperlihatkan dia mempunyai kemahiran dan keyakinan yang tinggi.

Berkemungkinan besar boleh menjadi juara program Pilih Kasih jika di terima Rosyam Nor. 

Tetapi jika bukan dia yang melakukannya, kami berdoa agar dia cepat bertindak dan melunaskan janji yang dibuat.

Kehidupan manusia di zaman serba canggih-manggih memang sentiasa sibuk.

Ada sahaja perkara atau benda yang hendak disibukkan. Kerana kesibukkan sampai terlupa. Terlupa perkara dan benda yang hendak disibukkannya.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu perbuatan yang banyak kebaikan dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang mungkar. Ya Allah ilhamkanlah kepada kami kecerdikan dan kewarasan dan lindungilah kami dari kejahatan diri kami. Amin.

Wassalam.

Rabu, November 09, 2011

BFK 164. Sehari sebelum Aidil Adha 1432H

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pada Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah 1432H bersamaan 10 November 2011, jemaah taman kami mengadakan ibadah korban. 8 ekor lembu dan 3 ekor kambing.

Terus terang kami katakan memang kami tak berkesempatan nak merakam gambar-gambar semasa ibadah korban itu.

Jadinya kami tak naklah bercerita mengenai hari itu.

Kami nak berkongsi kisah sehari sebelum Aidil Adha 1432H ia itu pada 09 Zulhijjah 1432H bersamaan 05 November 2011.

Jemaah haji sedang bersiap sedia untuk berwukuf di Arafah dan kita kat Malaysia sedang bersiap sedia untuk menyambut Aidil Adha.

Selepas Subuh, semasa jemaah hendak beredar dari perkarangan surau didapati seekor dari lembu korban tersembam ke bumi.

Kami dan jemaah lain mendapati kepala lembu itu berada dibawah kaki hadapan dalam keadaan tidak dapat bergerak. Tali memang dah terikat dengan ketat keliling leher lembu tu.

Keadaan macam orang bersenam yoga.

Kedua mata dah terbeliak.

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah pergerakkan yoga lembu itu dapat kami semua meng’unlock’kan.

Tetapi nampak macam sudah tidak berdaya lagi. Tak dengar pun bunyi nafasnya.

Dikatakan lembu sekor ni memang dari dalam lori dah ganas berbanding dengan yang lain.

Nak menurunkannya dari lori pun sukar.

Berbalik kat lembu yoga tu, kelihatannya seolah-olah tak berupaya hendak bertahan hingga esok.

Lembu ini yang akan disembelih paling awal. Lembu nombor 1 diperuntukkan kepada 5 bahagian aqiqah dan 2 bahagian korban.

Dipersetujui, jika didapati haiwan itu tidak dapat bertahan sehingga ke petang dan perlu disembelih petang itu juga maka 2 bahagian korban perlu dan akan ditukar kepada aqiqah.

Jam 7.45 pagi kami dan wife singgah kat surau, nak lihat keadaan number 1 tu.

No1663Alhamdulillah, kelihatan OK je. Tak perlu disembelih. Nampak boleh bertahan hingga esok.

Petang kami ke surau, nampak dah segar number 1. Dah meragut rumput.

Kebetulan setiausaha surau dan siak ada kat sana. Sedang membuat persediaan untuk solat sunat Aidil Adha esok hari.

Kami bantu serba sikit sambil berbual-bual dengan kedua mereka.

Nama pun buat kerja. Berbual dari satu tempat ke satu tempat sehingga sampai kat tiang dimana kotak derma berada.

Ketika berbual, tuan setiausaha ni pegang mangga kat peti derma tu, secara spontan ditarik-tariknya mangga itu.

Terbuka pintu peti derma tu!

Terperanjat kami dibuatnya.

Didapati pemegang mangga dah tertanggal dari badan peti. Ada seperti bekas ketukan kuat di pemegang tersebut yang menyebabkan paterinya tertanggal. 

Isi peti memang dah tiada.

Tuan setiausaha bergegas ke tempat solat wanita.

Bila dibuat penelitian kat tempat peti derma bahagian wanita, didapati pemegang mangga digergaji dan isi peti sudah wassalam.No1664Peti derma kat tempat solat lelaki. pemegang mangga tertanggal dari badan.No1666Peti derma kat tempat solat wanita, pemegang mangga di gergaji.

Ini kali kedua dalam masa 2 bulan kejadian berlaku. Kali pertama beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Tidak diketahui angkara siapa dibelakang kedua-dua kejadian itu.

Tindakan susulan biarlah ditentukan oleh mereka-mereka yang mentadbir dan memakmurkan surau itu.

Hendak diadakan majlis bacaan Yassin atau dibiarkan begitu sahaja. Terpulang!

Kami doakan semoga sesiapa yang melakukan perkara itu insaf dan tidak melakukannya lagi.

Well….. itu le ceritanya mengenai yang hendak dikorbankan dan yang terkorban sehari sebelum Hari Raya Korban atau Aidil Adha 1432H.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon campakkanlah rasa cukup dengan rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan berkatkanlah apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan gantikanlah apa yang telah hilang dari kami dengan sesuatu yang lebih baik di sisiMu. Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India