DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, September 30, 2010

BSK 88. Namewee Untung Kamu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ini yang kami petik dari MalaysiaKini.....

Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.

"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.


Nak baca berita penuh.....
Klik sini! 

Beruntung si Namewee! Nama dia sekarang dah terkenal kat serata dunia. Dapat publisiti percuma! Dengan bantuan sebuah NGO Melayu yop! NGO Melayu terbesar plak! Baru je melancarkan album sulung. Kami pasti album dia meletup, bukan sahaja kat Malaysia tapi kat luar negara. Fullamak! Dalam hati dia kot mungkin berkata "thanks tough guy, thanks tough guy's President". Tak payah dia panggil sidang media. Tiap2 hari berita dia mendapat liputan. Huhu. Menangis gembira tu!
Akan semakin mekar dan harum nama NGO Melayu tu nanti dihati orang2 Melayu kat Malaysia. Mungkin juga kat hati orang2 keturunan Melayu kat serata dunia ni. Melayu boleh! Hidup Melayu! Tak Melayu hilang di dunia!

So..... semoga kita semua tergolong didalam golongan hamba2 Allah SWT yang ikhlas lagi bijak dalam segala keadaan. Amin. Insya'allah.

Wassalam.

BSK 87. Ahmadinejad Di New York

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kenapa kebanyakkan pemimpin2 dunia mengikut telunjuk Amerika? Dan kenapa kebanyakkan pemimpin2 ini bangga jika dapat bercakap atau berjumpa dengan Presiden Amerika tu? Walaupun cuma 1/2 jam. Nak cakap apa dalam masa singkat tu? Setahu kami dasar Amerika tunduk kepada Israel. Secara tak langsung pemimpin2 dunia yang mengikut telunjuk Amerika tunduk juga kepada telunjuk yahudi.

Bukan tujuan kami nak sokong mana2 pemimpin dunia yang berani bangun bersuara menentang dasar2 Amerika dewasa ini. Tapi kami bangga dengan keberanian mereka2 ini. Salah seorang darinya ialah Presiden Iran. Bila berucap kat PBB, langsung pegawai2 Amerika dan sekutu2nya cabut. Jom2 baca sebuah artikel mengenainya.....
Klik sini! 

Pemimpin2 mesti berpegang dengan kata2 "berani kerana benar". Adakah kerana "polis dunia" membuat mungkar, pemimpin2 dunia tidak perlu membuat teguran? Diam membisu? Senyum2 kambing je? Huhu.

“Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan.” 
[Surah Al-Fatihah: Ayat 5]

Dalam apa urusan yang kepimpinan lakukan perlu memohon pertolongan dan bantuan hanya kepada Allah SWT. Kita suarakan kepihatinan negara kita tentang isu Palestin, Afganistan, Kashmir, Iraq dan lain2 negara Islam yang ditindas. Bila sudah selesai tugas kita, lalu kita berserah kepada Allah SWT. Tenang dan aman fikiran kita.

Well, kami ada membeli sebuah buku bertajuk "Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam". Dah lama juga kami beli buku tu, tahun 2008 rasanya. 

Cuba2 le baca, boleh dapat mengenali beliau dengan lebih dekat. Ada juga memuatkan temuramah dan surat beliau kepada Presiden Amerika dan kepada rakyat Amerika. 

Kita beri semangat, dari jauh beserta dengan doa kepada mereka2 yang ingin membantu dan meninggikan Islam di serata dunia.

So..... semoga kita semua ditetapkan hati kita oleh Allah SWT untuk sentiasa membantu hamba2 Nya meninggikan Islam di dunia ini. Insya'allah.

Wassalam.

Rabu, September 29, 2010

BFK 105. Majlis Hari Raya Dan Walimatul Urus Kawan2

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah masuk 20 Syawal 1431H, kami ada menerima 3 undangan dari kawan2 yang berada luar dari Negeri Sembilan. 2 jemputan majlis hari raya dan 1 majlis walimatul urus. Kami amat menghargai mereka2 yang masih sudi menghantar jemputan dan masih mengingati kami. Huhu.

Yang pertama kami terima, dari seorang kawan lama, tapi tak lama juga. Saban tahun kami menerima jemputan, tapi belum lagi mendapat peluang untuk memenuhi hajat beliau. Jemputan majlis raya di Gombak Batu Caves. Terima kasih!

Yang kedua dari rakan pejabat dulu. Jemputan majlis walimatul urus. Majlis akan diadakan di Putrajaya. Jangan salah faham, ni perkahwinan anak dia. Ish ish. Terima kasih!

Yang ketiga dari company lama. Jemputan majlis hari raya. Majlis akan diadakan di sebuah restoran kat Dataran Merdeka. Terima kasih!

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Jika ada rezeki kami akan sampai juga. Insya'allah. Sekali lagi kami sekeluarga mengucapkan "Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin".

So..... semoga kita semua di kurniakan Allah SWT dengan rakan2 yang baik lagi ikhlas dalam persahabatan kita sesama insan. Insya'allah.

Wassalam. 

BBK 26. Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Insan, Ingatlah!

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah lama kami tak sentuh mengenai buku. Well, kami sedang go through sebuah buku ni.....
Buku kami beli pada 22/1/07, dah lama juga tu. Kami suka baca hasil tulisan Tuan Guru Nik Aziz kerana tulisan nya tak "heavy", senang hendak "digest". Sebuah buku yang jika kita baca dan hayati dengan tenang boleh melembutkan dan membersihkan hati kita.

Kami tuliskan 2 komen yang diberikan:

"Sebuah dokumen yang dapat membentuk kelembutan rohani" - Ustaz Ahmad Awang (Tokoh Ulama')

"Apa saja, jika ianya dari Tok Guru, memang bermanfaat...tidak rugi memilikinya" - Ann Wan Seng (S/U Agung Kehormat MACMA)

Harga semasa kami beli RM25.00 (Sem. Malaysia) dan RM27.00 (Sabah/Sarawak).

Kawan2 cuba le baca, mungkin boleh menghilangkan stress dan keresahan yang ada, insya'allah.

So..... semoga kita semua dihindari Allah SWT dari terkena penyakit2 jasmani dan terutamanya penyakit rohani. Amin.

Wassalam.

Selasa, September 28, 2010

BSK 86. Branson: Perbicaraan Liwat Anwar Jejas Pelaburan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Adakah benar perbicaraan kes DSAI salah 1 faktor pelabur2 luar tidak mahu membuat pelaburan di Malaysia? Itu komen dari jutawan Britain Sir Richard Branson. Jom2 kita baca.....

Klik sini!

Kerajaan perlu membuat penganalisaan yang menyeluruh berhubung dengan kenyataan yang terbaru ini. Jika tidak ada kebenaran, kenapa ianya dikemukakan? Cuba fikir2kan.

Ekonomi negara menjadi pertaruhan sekarang ini! Samada kita hendak ekonomi yang suram atau ceria, rasanya terletak kat kecekapan pemimpin2 kita. Rakyat mendapat manafaat jika ekonomi kita ceria.

Berkembang atau menguncup? Pilihan yang berkuasa juga. Tepuk dada fikir pembangunan! Maruah dan rakyat Malaysia! Fikir2kan sekali lagi.

So..... semoga kita semua termasuk didalam golongan hamba2 Nya yang ikhlas lagi amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diterima. Amin.

Wassalam.

BSK 85. Melayu Mesti Terajui Negara Ini, Wakil BTN Beritahu Puteri Umno

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sekarang ni bersepah mengenai isu perkauman, isu bangsa. Huhu. Kenapa? Semakin PM nak mempromosi konsep 1Malaysia, semakin hebat isu perkauman ni dimainkan. Ada apa2 yang tak betul ke ni? Sebagai rakyat Malaysia kami pun nak tahu jugak jawapannya. Betul ke tak betul?

Well, kita baca dulu apa yang disiarkan kat The Malaysian Insider. Bagus jugak berita tu. Jom2 baca.....
Klik sini!

1 soalan yang perlu dijawab secara ikhlas dari kita semua. Ada ke orang "Melayu" yang betul2 "Melayu" kat Malaysia ni?

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [12]:

   1. Seorang yang beragama Islam
   2. Bertutur bahasa Melayu
   3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
   4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia.


Pernah tak kawan2 dengar 1 istilah yang rasanya masih digunapakai oleh bangsa2 lain kat Malaysia ni. Istilah tu "masuk melayu". Realitinya memang betul istilah tu. Rasanya bangsa2 lain dah faham betul dengan definasi orang Melayu menurut perlembagaan. Haha.

Kita ambil 1 contoh. Sebuah keluarga Melayu, mempunyai sepasang anak. Ditakdirkan, anak lelaki berkawin dengan wanita berbangsa Cina. Yang perempuan pulak berkawin dengan lelaki berbangsa India. 2 pasangan ni tinggal bersama ibu bapa Melayu ni. Pertuturan harian menggunakan bahasa Melayu, menerima agama Islam. Cuba kawan2 membuat tekaan, anak2 kedua-dua pasangan ni nanti berbangsa apa?

Kita ambil 1 contoh lagi. Pasangan berbangsa Cina atau India. 1 keluarga menerima Islam sebagai pegangan hidup. Duduk di perkampungan Melayu dan mengikut adat istiadat Melayu. Cuba kawan2 membuat tekaan lagi, anak selepas menerima Islam dan keturunan mereka2 ni berbangsa apa?

Banyak kes2 benar yang boleh kita perolehi. Anak2 orang ternama, artis2 sebagai contoh. Orang biasa memang ramai.

Bangsa Melayu kat Malaysia ni, jangan marah kalau kami katakan, pada pendapat kami macam baju melayu je. Sesiapa pun boleh pakai. Orang berkulit gelap, berkulit kuning langsat, berkulit putih, berkulit apa2 le. Yang utama Islam, berbahasa dan mengikut adat Melayu. 

Tu sebab kami berikan pendapat dulu, dalam kad pengenalan letak je:
Agama: Islam/Bukan Islam (boleh letak agama yang dianuti)
Bangsa: Malaysia
Seperti kami kata dulu, Melayu tu bayangan Islam. Kenapa kita nak bertelagah, mungkin mereka2 yang bersama-sama kita atau kita sendiri datang dari contoh2 kami diatas. Cuba fikir2kan.

Tapi kami tak pasti apa maksud wakil BTN dengan statement akhir dia:
“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau. 
Kawan2 fikir2kan lagi le.....

So..... semoga kita semua ditetapkan Allah SWT termasuk didalam golongan orang2 yang bertaqwa. Amin. Insya'allah.

Wassaalam.

Isnin, September 27, 2010

BFK 104. Masa Malas Masa Rajin

Bismillah.
Assalamualaikum.

1 malam tu memang kami semua malas sangat nak masak. Entah! Wife kata "abang masak le". Sejuk hati dengar permintaan wife. Jom2 ikut.....

Kawan2 agak apa ke bendanya yang kami masak tu? Rasa2 macam tau, tapi tak tau. OK le, kami bagitau, wife suggest kami goreng baki nasi impit yang ada kat dalam peti sejuk. Senang je dish tu. Nasi impit dipotong dadu. Letak cili padi, bawang besar, bawang putih, tomato dan sedikit air kat dalam blender. Brrr sampai lumat. Tumis dalam kuali. Letak sos tiram, kicap dan gula secukup rasa. Letak garam sikit sebagai penaik rasa. Masukan nasi impit, gaul hingga rata. Pecahkan telur, gaul lagi. Siap!

4 orang tak cukup sepinggan nasi impit tu. Jadi kami masak 1 lagi dish. Jom2 ikut lagi.....

Apakah dia bendanya tu? Bila malas kami rajin masak simple dish ni. Ada contradiction ke kat ayat tu? Tak de rasanya. Nama commercial, scrambled eggs. Nama manja plak telur hancur. Senang je nak prepare. Bawang kuning dipotong kecil2, tomato dipotong dadu. Tumis bawang dan tomato, sprinkle sedikit lada putih/hitam. Pecahkan 2 biji telur dan gaul hingga rata. Letakkan dalam pinggan, tambah mayonis dan sos cili. Makan dengan roti atau pun boleh begitu sahaja.

Dalam hidup ni ada waktu2nya atau masa2nya yang tertentu. Malas, rajin. Senang, susah. Tidur, jaga. Muda, tua. Dan..... Dalam apa keadaan sekali pun pergunakan waktu atau masa tu dengan baik.

So..... semoga kita semua ditakdirkan oleh Allah SWT termasuk didalam golongan hamba2 yang menghargai masa yang dikurniakan Nya. Amin.

Wassalam.

Ahad, September 26, 2010

BSK 84. Is This The Best Type Of Leader That PAS Can Offer?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Entah kenapa pagi tadi kami tiba2 terklik kat halaman Malaysia Today. Tak pernah terlintas kat hati kami nak ke halaman tu. Walaupun kekadang tu terdengar dan terlihat berita2 beliau kat media. Entah! 

Bila dah kat halaman tu, tengok2 jugak apa yang ada. Ada 1 tajuk tu menarik perhatian kami. Kawan2 baca atau nak baca, klik kat bawah tu.
Sini! 

2, 3 kali jugak kami baca untuk memahami artikel tu. Bila membacanya, kami sedih mengenangkan beliau. Tak sangka pulak kami beliau lebih menerima pakai undang2 ciptaan manusia dari membantu mendirikan hak Allah SWT.

Nasrudin Hassan, please study history. Once upon a time the western world also implemented God’s law. But the church was so corrupt that injustice prevailed. The church eliminated the enemies of the many kings of Europe by using God’s laws as the weapon. Innocent people suffered because they opposed the church and/or the kings. In the name of God religious people killed those who did not kowtow to the powers-that-be.

We have gone down this road before. And life began to improve only when the people revolted and overthrew their corrupted leaders and got rid of God’s laws in favour of democratic republics.

So no, the answer does not lie in God’s laws. In fact, God’s laws were actually the problem because it was so easy to manipulate the so-called Word of God and no one dared question the injustice lest they be accused of being anti-God.

If the system is not working then don’t change the system. Get rid of the people who are manipulating and corrupting the system.

Dah 53 tahun merdeka, namun dari dulu tidak ada usaha yang jitu untuk memberi penerangan kepada bukan Islam tentang Islam kat negara Islam Malaysia ni. Adakah benar2 Islam pernah mahu ditegakkan kat negara kita ni sejak merdeka. Yang mendapatkan kemerdekaan adalah Melayu yang beragama Islam. 

Bila dah 53 tahun ni, orang2 yang dikatakan Melayu dan masih mengaku Islam sendiri mempertikaikan undang2 Islam. Menyamaratakan undang2 gereja dahulu dengan undang2 Islam. Bukan mahu membantu untuk memertabatkan undang2 Islam tu. Harubiru! 

Kenapa tidak dikata pada Nasrudin Hassan, "Woi Din, aku tak berapa faham tentang cadangan kamu tu. Boleh jumpa aku kat Restoran 1 Bunga Raya kat London lusa. Aku nak memahami cadangan kamu tu. Kalau dah faham, boleh aku tulis kat laman Malaysia Today agar semua orang Malaysia akan faham juga."

Bila kita dah terasa terlalu bijak, kita tidak memikirkan lagi kemana sebenarnya hala tuju hidup kita ini. Kita tidak gunakan anugerah otak kita yang bijak tu untuk berfikir. Adakah kat dunia ni je kita hidup atau ada lagi kehidupan dunia yang abadi? Siapa empunya kedua-dua dunia tu?

Kita bukannya akan menongkat langit untuk selamanya. Jangan kita tidur terlalu lena. Takut tiba masa atau waktu kita dijemput oleh Allah SWT, terkejut beruk kita, baru nak bangun dari tidur. Ingat janji2 Allah SWT kepada hamba2 Nya. Huhu.

Berpada-pada bila memberi pendapat, hak manusia kita boleh pertikaikan, hak Allah SWT beringatlah kita. Beri bantuan kepada mereka2 yang mahu menunaikan hak Allah SWT tu. Apa salahnya?

So..... semoga kita semua dimasukkan Allah SWT kedalam golongan hamba2 Nya yang sedia membantu menegakkan hak2 Allah SWT. Insya'allah.

Wassalam.

BFK 103. Seruan Haji Menjadi Tetamu Allah SWT

Bismillah.
Assalamualaikum. 

Kami teruja bila melihat siaran "Seruan Haji" kat TV1. Dah musim haji sekali lagi! Setiap kali mengikuti rancangan ni, melihat klip tetamu2 Allah SWT di Mekah dan Madinah, terasa 1 macam perasaan kat dalam hati ni. Cemburu! Irihati! Kepada bakal tetamu2 Allah SWT tu. Huhu.

Walaupun sudah bergelar tetamu Allah SWT pada tahun 2005 tapi kami tetap merasa cemburu dan irihati pada bakal tetamu2 Allah SWT ni. Kenapa? Kerana mereka2 ini memang bakal menjadi tetamu Allah SWT. Ingat senang ke nak jadi tetamu Allah SWT. Yang terpilih sahaja yang dapat yop! Tak percaya? Pernah tak kawan2 terdengar cerita2 mengenai bakal2 haji yang dah buat kenduri doa selamat, yang dah siap kemaskan baju dan pakaian ihram kat dalam beg, yang dah dalam perjalanan ke Kelana Jaya dan yang dah lain2 yang sewaktu dengannya. Tiba2 kita dapati mereka2 tak dapat menjejakkan kaki kata Tanah Suci. Ada tak? Itu ketentuan Allah SWT. 

Yang banyak duit pun tak semesti dapat ke sana. Yang berpangkat tinggi pun sama. Tup2 orang biasa, yang menoreh, yang menangkap ikan, yang bercucuk tanam, yang jadi kerani, yang jadi drebar, yang jadi opis boy, yang jadi dispatch yang pergi. Ketentuan Allah SWT tu.

Tetamu2 Allah SWT ni akan pergi ke tempat yang diberkati. Kedua-dua tanah haram ni memang mengasyikkan. Merasa seronok untuk beribadat dan seronok tinggal disana. Perasaan tu memang ada pada setiap manusia. Kami tak pasti samada ada manusia2 yang memang menghindari diri untuk menjejakkan kaki kat sana.

Ganjaran kebaikan yang diberikan berlipat kali ganda di sana. Tak dapat disaingi di tempat lain. Tenaga yang dikurniakan Allah SWT untuk beribadat pun rasanya berbeza. Lebih dari tempat lain.

Bagi kami pengalaman melakukan haji amat jauh berbeza dari melakukan umrah. Perumpamaan macam langit dengan bumi. Pengalaman, cabaran dan keseronokan melakukan haji menusuk jauh kedalam jiwa kita. Beribadat dihadapan Kaabah, tawaf, saie, di Masjid Nabi, di Arafah, di Mina dan semasa melontar jamrah. Kami akan ingat sampai bila2. Syurga balasannya kawan2.

Melakukan umrah pula, pada kami macam santai je. Bukan kata tak mencabar, tapi lebih kepada kita melancung sambil beribadat. Itu nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Penghapus dosa kawan2.

2 tanah haram di Arab Saudi, kita merasa gembira untuk kesana dan merasa sayu untuk meninggalkannya. 

So..... semoga kita semua ditetapkan oleh Allah SWT dapat menjadi tetamu Nya di Makatul Mukaramah dan tetamu Rasul Nya di Madinatul Munawarah. Amin. 

Wassalam.

Sabtu, September 25, 2010

BSK 83. Sistem Pendidikan Sedang Dicabul

Bismillah.
Assalamualaikum.

Terkejut juga kami bila membaca artikel yang disiarkan di MalaysiaKini berkaitan dengan sistem pendidikan. Secebis dari artikel tersebut:

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka. 

Ingin membaca berita penuh?
Klik je sini!

Boleh ke kita menerima apa yang dikatakan dan dilakukan? Adakah mereka2 ini benar2 membantu anak2 Melayu? Adakah mereka2 ini cuma mahu menjaga KPI sendiri2 sahaja? Memang mereka anak2 Melayu, tapi.....

Dari timbangan atau neraca mana justifikasi "membantu Melayu" ni mereka ambil? Rasa macam membantu "diri sendiri" je. Fikir2kan.

Kita kan ada ramai graduan dari maktab2 perguruan, gunakan khidmat mereka. Apa kata, murid2 yang lemah di sesebuah sekolah itu di tempatkan dalam 1 kelas khas, berikan kepada kelas2 ni graduan2 yang berkaliber sebagai guru. Biar mereka berusaha untuk menaikkan prestasi dan meningkatkan keupayaan anak2 bangsa Malaysia ini. Berikan guru2 ini ruang untuk menunjukkan dan melaksanakan kreativiti mereka. Pantau dari masa ke semasa. Untuk yang mengambil UPSR dimulakan dari tahun 4 dan PMR dari tingkatan 2. Berkemungkinan keputusan yang didapati memberangsangkan dan banyak jawatan guru dapat di ujudkan. Win win!   

Kami selalu mengingatkan anak2 kami, samada yang kat U atau kat sekolah supaya jangan menipu dan meniru. Tak kira samada dalam ujian kecil atau ujian besar. Pada kami, perkara2 itu akan mencacatkan kelulusan yang kita terima. Mencacatkan rezeki yang kita terima. Rezeki yang kita usahakan dengan kelulusan tersebut pada kami tidak berkat. Hasil usaha rezeki tu yang akan kita belanjakan untuk keluarga dan juga ibu bapa. Huhu. Kawan2 fikir2kan dengan fikiran terbuka, betul atau salah apa yang kami katakan.

Rezeki yang halal lagi diberkati penting, amat penting kerana ianya akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Jika mencari kelazatan dunia, jangan lupa apa yang bakal terjadi diakhirat. Fikir2kan sekali lagi.

So..... semoga kita semua dihindari Allah SWT dari terjebak dengan musibah dunia dan kita semua sentiasa dibawah perlindungan Nya. Amin. Insya'allah.

Wassalam.

BFK 102. Ibu Bapa Sayangi Dan Kasihi Mereka

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami memang suka membelek-belek Mingguan Wanita (MW). Bukan kami yang beli. Bila setiap kali balik ke rumah mak mertua, kami akan bawa balik banyak naskah MW. Balik sekali lagi, kami bawa yang lama tukar yang baru. 

Tak semua topik kami baca. Yang memang kami ikuti, Sajian Selera, Islam Pilihan dan Di Bawah Lembayung Kaabah. Kekadang tu bila rajin sikit go through ruangan Realiti, Mimpi Dan Mistik dan juga Cerpen.

Gambar ni kami ambil dari ruangan cerpen tu. Menarik jalan cerita cerpen yang kami baca. Cerpen bertajuk "Rajuknya Emak". Menusuk jauh kedalam jiwa kami juga. Allahuakbar. Cerpen nukilan Fadhilah Maarif.

Muka depan MW yang berkenaan. Kawan2 cari le sendiri kalau nak baca. Tapi kami bukan nak buat promosi percuma untuk MW ni. Kena faham tu.

Cerpen tu menarik pada kami kerana mak dan abah kami pun dah berumur. Kaki dah tak sekuat dulu. Penglihatan dan pendengaran dah berkurangan. Memang dah tak secergas seperti dulu. Menghidap penyakit yang kebanyakkan manusia akan jangkiti dan tak ada penawarnya. Well, penyakit "tua". 

Tapi walau setua mana ibu bapa kita, seuzur mana mereka dan cerewet mana mereka, tetap mereka ada hak atas kita.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[Surah Luqman: Ayat 15]

Memang ada lagi ayat dan juga hadis tentang ibu bapa. Tapi cukup le ayat diatas sebagai menunjukkan keutamaan ibu bapa di sisi Allah SWT.

Bila masanya kita sayang dan kasihi ibu bapa kita? Adakah semasa mereka masih kuat? Adakah semasa mereka masih boleh membantu kita? Adakah semasa mereka masih berharta? Fikir2kan.

Jika mereka sudah lemah, tidak cergas, penglihatan sudah kabur, pendengaran sudah kurang, camno? Adakah kita akan menarik diri dari menyayangi dan mengasihi mereka? Tidak! Kita kena menerima mereka seadanya, seperti mereka menerima kita dahulu. Sayang, sayang, sayang!

So..... semoga Allah SWT menetapkan kita termasuk didalam golongan anak2 yang soleh dan solehah. Anak2 yang sentiasa berbicara dengan ibu bapa dengan penuh kasih sayang dan berhemah. Amin. Insya'allah.

Wassalam.

Jumaat, September 24, 2010

BSK 82. Perjuangan NUJ Bebaskan Akhbar Dari Politik

Bismillah.
Assalamualaikum.

Adakah salah jika Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari berkata: 

"Sebagai Presiden NUJ Malaysia, jiwa dan raga saya hanya untuk kesatuan serta mendukung etika kewartawanan dan bukan untuk pemimpin-pemimpin politik atau parti-parti politik.

Jom2 baca..... 

Rasa kami tak salah jika kita berpegang dengan motto "freedom of the press". Atau wartawan2 kita memang kena press? Entah!

Kecik2 suka dengar radio tapi bukan radio macam kat gambar ni. Tapinya sah bukan masa siaran berita. Hehe.

Kami bersetuju berita bukan saja untuk 1 parti atau 1 kelompok sahaja. Berita yang disiarkan oleh segala jenis medium mesti telus dan beretika. Tidak terikat dengan mana2 puak.

Tapi adakah kat negara kita keadaannya sedemikian? Rasanya tidak! Rasanya terikat atau menjurus kat 1 hala je. Yang baik2 cuma 1 puak ni dan sebaliknya. Berkepentingan? Saluran informasi itu ke atau yang diberi amanah untuk mengendalikannya? Fikir2kan.

Mungkin apa yang dikatakan oleh Presiden NUJ itu akan menjadi permulaan untuk kita semua dapat membaca dan mendengar berita2 yang menyeluruh. Baru best!

So..... semoga kita semua dianugerahi kekuatan dan kefahaman oleh Allah SWT untuk mencari dan menyampaikan kebenaran. Amin.

Wassalam.

Khamis, September 23, 2010

BSK 81. A Class Above The Rest

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami membaca dengan penuh minat komen dari saudara Tay Tian Yan mengenai Datuk Seri Nazri Aziz. Secebis dari komen beliau: 

I am particularly impressed by what Nazri said, “I am first a Malaysian, then a Malay.”
Few in Umno have the courage to make such open declaration. Nazri has obviously transcended his party.

Satu masa dulu memang kami pandang tinggi Datuk Seri ni. Tapi masa berubah dan pandangan pun boleh berubah. Wallahualam.

Hendak baca berita penuh?
Klik sini! 

Adakah di Malaysia ini masih terdapat krisis perkauman? Berapa tahun dah kita merdeka? Dah 53 tahun! Dah lebih separuh abad, takkan api2 perkauman belum reda. Huhu. Dimana sikap toleransi kita sebagai rakyat negara ini. Apa yang tidak kena sebenarnya?

Apa kata kita buat declaration sebegini "I am first a Muslim, then a Malaysian." 2M jugak! Tak orait ke? Tak OK ke?

Islam agama rasmi negara kita. Islam tidak membezakan bangsa. Cuma taqwa yang membezakan kita. Betul atau tidak?

Kalau dah Islam, tak payah lah nak berbangsa-bangsa. Melayu ke, Cina ke, India ke, Kadazan ke, Murut ke, Bajau ke, Jawa ke dan lain2. Letak kat kad pengenalan:
Ugama: Islam/Bukan Islam (boleh letak ugama yang dianuti)
Bangsa: Malaysia

Sesiapa beragama Islam, adapt hidup cara melayu dan berbahasa melayu kalau tak silap kami dikatogerikan sebagai Melayu. Secara otomatik Melayu bayangan Islam. Jadi siapa2 yang berkelayakan dan berkemampuan boleh menjadi PM negara ini. Kawan2 boleh betulkan kami!

Adakah akan lebih huruhara negara kita dengan pendapat kami tu? Terpulang kepada intrepretasi kawan2 sendiri. Fikir2kan.

So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan ilmu yang bermenafaat, kewarasan fikiran dan berlapang dada dalam menghadapi cabaran mendatang. Insya'allah.

Wassalam.

BSK 80. Tanah KTMB Tanah Kita Tanah Rakyat

Bismillah.
Assalamualaikum.

Tanah KTMB kat Singapura, apa kata Naib Presiden PAS? Kami ambil sikit apa kata beliau:

"Tanah-tanah itu umpama tulang yang terlekat di rengkung para pemimpin Singapura dan Malaysia bukan sahaja tidak perlu tergesa-gesa merundingkan perkara itu malah ia boleh dijadikan kuasa tawar-menawar dalam perundingan dengan Singapura," kata Mahfuz. 

Nak baca berita penuh?
Klik je sini!

Betul betul betul! Kami bersetuju dengan saranan beliau. Pada kami perlu ada ketelusan bila pemimpin2 negara kita membuat perbincangan dengan pihak Singapura. Jangan tergesa-gesa. Kita tidak mahu seperti yang terjadi kat Pulau Batu Putih (PBP). Rasa malu pun ada. Rasa kesal pun ada. Rasa marah pun ada. Segala jenis rasa ada! Pemimpin2 kita perlu ambil iktibar dari apa yang berlaku. Jangan jadi Pak Kaduk, ayam menang sabung tapi kampung tergadai. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Adakah pemimpin2 kita merasa sesal bila kita kehilangan PBP? Mengharukan bukan? Mengerikan bukan? Huhu.

Kalau gatal2 mata, kita boleh juga guna eye mo. Tapi kalau putih mata? Kita sebagai rakyat yang menangis sampai bengkak mata. Huhu. Ada apa2 yang tak kena ke? Wallahualam.

Kami merasakan jika pemimpin2 kita mementingkan negara dan rakyat, negara kita akan mendapat yang terbaik. Jika sambil lewa atau ada agenda lain maka kita akan kehilangan maruah sekali lagi. Fikir2kan.

So.... semoga kita semua dimasukkan Allah SWT dalam golongan khalifah kecil Nya yang jujur memikul amanah yang diterima.

Wassalam.

Rabu, September 22, 2010

BFK 101. Zinger Burger Dan Budget Burger

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari tu anak2 keluar. Ada yang hendak membeli stok untuk dibawa balik ke U. Ada yang meninjau-ninjau untuk membeli stok nak masuk U. Keempat-empat ada urusan dan tujuan masing2.
Wife beri permission untuk mereka makan kat luar hari tu. Sesekali dan bersebab. Balik mereka bawa 2 set zinger burger. Untuk ibu dan ayah! Kami berdua sayang kat anak2 ni! Hmm..... 

1 set rasa nya dalam RM8++, dah pasti. Kami pun memang suka dengan burger tu. Tapi sesekali je. Bukan selalu.

Ada 1 hari dulu kami ada juga prepare, well well something slightly2 nak sama. Jom2 ikut kalau tak percaya.....

Tak le betul2 sama. Tapi ada juga bun, kentang, cheese dan burger. Ada hirisan timun dan scallop sekali. Tapi bun kami tak le secantik bun KFC. Well, tak kisah pun! Tetap habis dimakan jugak. Haha.

Rasanya below RM5, set burger kami. Lagi murah rasanya kerana bahan2 ada berbaki. Budget burger. Betul tu!

So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan sifat sabar, penyayang dan tidak suka membazir. Amin.

Wassalam.

BSK 79. Who's The Boss

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami teruja bila membaca tulisan MP Lembah Pantai yang dipetik dari The Malaysian Insider bertajuk "Open letter to Nazri and Awang Selamat: Who’s the boss? — Nurul Izzah Anwar". Kami menghormati MP ni dan juga keluarga beliau.

Nak baca dulu?
Klik je sini 

Kami bersetuju bila dia mengatakan "boss" sebetulnya adalah "rakyat" dan "Perlembagaan Persekutuan". Well, dalam keadaan negara kita sekarang, memang ada betulnya. Kalau kawan2 setuju, adakah Nazri selamat atau Awang Selamat selamat. Haha. Kami pun ada juga kawan bernama Selamat masa bertugas kat Segamat dulu. Baik orang nya.  

Kami keluar dari topik yang diperkatakan oleh MP Lembah Pantai. Siapa sebenarnya "boss" kita? Kita semua akan ada jawapan tersendiri. Betul tak? Tapi pada kami "boss" kita yang sebenar-benar nya hanya Allah SWT. Boss2 lain akan bersara, samada bersara sementara atau bersara kekal. Tak payahlah kami huraikan lebih lanjut. Kawan2 faham rasanya istilah sementara dan kekal tu.

Adakah kita mengingati dan memuji boss sebenar kita ni? Bila? Bila bersolat kita akan membesarkan Nya, Allahuakbar! Setiap menukar rukun kita menyebut, Allahuakbar. Takkan masa solat je?

Kita digalakkan bertasbih berzikir memuji dan mengingati Allah SWT pada setiap ketika. Ada 99 nama Allah SWT yang kita ketahui. Kan boleh berzikir menggunakan nama2 tu. Zikir paling afdal dan yang biasa kita sebut ialah "lailahaillallah". Banyak cara lagi yang kita boleh memuji dan mengingati Nya. Kawan2 pilihlah cara sendiri.

Ada ustaz berkata bahawa syurga tu tidak mempunyai apa2. Bila kita berzikir, memuji dan mengingati Allah SWT, akan tumbuh pohon2 dan segala sesuatu untuk hamba yang memuji dan mengingati Nya. Wallahualam.

Pada kami bila kita dah tahu siapa boss sebenar kita, kita tak perlu risau siapa boss sementara kita. Kita secara otomatik akan dapat menyesuaikan diri dengan sesiapa je dan dapat memberi yang terbaik dalam segala situasi. Tak payah kita nak berbalah, tak perlu nak bertekak. Segala perkara kita pulangkan kepada Allah SWT.

So..... semoga kita semua termasuk didalam golongan hamba2 Nya yang sentiasa berzikir memuji dan mengingati Pencipta kita. Amin.

Wassalam. 

Selasa, September 21, 2010

BFK 100. Meraikan Kunjungan Hari Raya Saudara Mara

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah masuk hari ke 12 Syawal 1431H, wife, anak ke 2 dan kami mula berpuasa. Ada yang puasa ganti dan ada berpuasa sunat syawal a.k.a. puasa 6. Cepat mula, cepat selesai.

Hari ke 12 Syawal 1431H, kami sekeluarga masih belum lagi keluar beraya. Huhu. Selalunya hari ke 7 Syawal kami dah mula ronda2, menziarahi rakan2 yang lebih senior kat taman ni. Tapi tak pe..... Azlina Aziz kata "kita beraya selama sebulan".

Dah masuk hari ke 12 Syawal 1431H, dah 2 kali kami menerima kunjungan beramai-ramai saudara mara. Pertama dari sebelah wife dan kedua dari sebelah kami. Yok2 ikuti apa yang kami sajikan.....

Ni bukan bendera Jepun masa perang dunia dulu. Ni sambal nasi ayam. Yes! Untuk sessi pertama kami sediakan nasi ayam. 


Nasi dan ayam, jadi nasi ayam. Simple tapi mengenyangkan. Takkan nasi, ayam dan sambal je. Ada juga kosmetik lain.....

Sayur2an yang mengiringi nasi ayam kami. Hirisan tomato, daun salad dan hirisan timun. Baru tetamu terasa nak jamah. Aneka warna. Yes yop! Tertinggal.....

Sup! Nasi ayam mana yang tak ada sup. Tak smooth nak menelan. Ish ish. Siap dengan "ceker" nya sekali. Banyak protein tu! Kalau tak habis ceker yang telah dibuat sup, cuba goreng dan letak kicap. Menjilat jari. Cuba2 le.

Untuk sessi kedua plak. Kami go back sikit to our roots.....

Pun dish yang simple je. Tak nak memeningkan kepala. Apa nama tu, orang Melayu kata "lontong". Ada karot, sengkuang, kacang panjang, kentang dan semestinya tempe. Rencah2 lain, udang, suhun dan fucuk. Haha. Jadi apa lagi yang perlu ada? Yok2 kang, mampir.....

Mesti ada nasi impit nya! Kalau makan dengan nasi biasa, bukan dinamakan lontong tapi kuah lemak. Kami perisakan lagi dengan.....

Dengan 2 sambal. Sambal tumis dan sambal kacang. Ikut suka selera tetamu nak padankan. Sambal tumis boleh, kuah kacang boleh, dua2 pun boleh. Almaklum sedap!

Untuk kedua-dua sessi diatas, kami sekeluarga bergotong royong sediakan. Tiap2 orang ada tugasan masing2. Tapi tak le sampai ada KPI. Terlebih dah tu. Hehe. 

Kepada kawan2 yang belum mula puasa, cepat2 sikit mulakan. "Berlengah membawa padah". Nanti bila jemputan sampai menderu-deru, jemputan2 rumah terbuka, jemputan2 walimatul urus dan jemputan2 makan yang lain, tak dapek den nak menolong. Faham2 aje le.

So..... semoga kita semua menghormati dan menghargai tetamu dan semoga Allah SWT menjadikan diri kita tetamu yang baik lagi dihormati. Insya'allah.

Wassalam.

BSK 78. Halal Haram Pilihan Kita

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami terlihat image logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan kat papan kenyataan di Masjid Negeri semasa pergi bersolat Jumaat minggu lepas. Ada juga image logo halal yang tidak diiktiraf. Yok2 ikut.....

Rupa logo halal yang diiktiraf. Simple je logo nya. Hmm... Yok2 ikut lagi.....

Tiga ni plak yang tak diiktiraf kerajaan. Cuma 3 je yang diberikan, mungkin ada lagi. Wallahualam.

Kena juga prihatin dengan isu2 halal haram ni. Rezeki yang didapati halal, beli plak makanan tak halal. Camno tu? Rezeki dari sumber tak halal atau syubhah, beli plak makanan halal. Camno tu? Rezeki dari sumber halal, beli makanan halal. Alhamdulillah. Rezeki dan pemakanan kita akan mencorak peribadi kita dan zuriat kita. Juga salah satu pengiktirafan untuk menetapkan dimana kita berkampung diakhirat nanti. Fikir2kan.

So..... semoga kita dikurniakan Allah SWT dengan rezeki yang halal lagi diberkati dan makanan yang baik2. Amin.

Wassaalam.

Isnin, September 20, 2010

BFK 99. Beribu2 Visitor Mengunjungi Blog Ben Ashaari Sehari

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami mengunjungi blog Ben Ashaari, membaca apa yang diperkatakan untuk menarik minat pembaca ke blog kita. Mesti ada strategi dan juga ilmu. Segala apa yang hendak dilakukan semestinya disokong oleh ilmu. Well, beribu penggunjung singgah ke blog anak muda tu sehari. Hebat gitu!

Kami plak, haha atau huhu? Tak le sampai sifar. Ish ish. Teruk tu kawan2. Macam kereta tak de minyak je. Well, antara sifar dan 20. Tak percaya ke? 

Well, mula2 menulis pun untuk mengisi masa terluang. Tak le menjangka atau terlintas ada kawan2 nak membaca. 1 ke, 2 ke, 10 ke, 20 ke pun dah kira cukup baik tu. Tak de strategi atau tulisan heavy2 atau menarik2 yang kami paparkan. Gitu2 je. Biasa2 je.

Jika ada blogger2 yang blog mereka dikunjungi ramai pembaca, tahniah dan kekalkan prestasi.

So.....yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang tak elok tu dari diri kita sendiri. Semoga Allah SWT memperelokkan hasil usaha kita. Amin.

Wassalam. 

BFK 98. Seremban - Segamat - Bestari Jaya

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah masuk 11 Syawal 1431H. Rasa macam cepat masa tu berlalu. Anak2 yang bercuti raya dah pun balik. Huhu. Kami mengambil keputusan untuk menghantar anak2 balik ke U masing2. Jom2 ikut kami.....

Semalam kami ke sini menghantar anak ke 3. Blok Sempana Alam Buana (SAB) di UiTM Segamat. Selalu jugak kami ke sini. Anak perempuan katakan.

Anak2 ni bila dah lama bercuti macam malas je nak balik ke U. Ish ish. Sunyi juga bila korum tak cukup. Kalau tak tu kecoh juga. Walaupun semua dah besar2 tapi yang dinamakan anak2..... Hmm..... Tau2 aje.

Sebelum subuh pagi tadi kami dah keluar untuk menghantar anak pertama ke Bestari Jaya atau nama glamour nya Batang Berjuntai. Tak pasti kenapa diberikan nama sedemikian. Kami subuh kat Hentian Rehat Dengkil.

Masjid yang berada di kawasan Unisel. Ada juga sesekali kami bersolat kat masjid Unisel ni. Kami tak selalu hantar anak pertama balik ke U. Anak lelaki katakan. Semesti pandai jaga diri dan berdikari. Kalau tak camno nak jaga anak orang nanti. Haha.

So..... semoga kita semua diberikan kekuatan dan kemudahan oleh Allah SWT untuk mencorakkan dengan baik amanah yang dikurniakan Nya kepada kita. Insya'allah.

Wassalam.

Ahad, September 19, 2010

BSK 77. Sabra Dan Shatila

Bismillah.
Assalamualaikum.

Tarikh 16-18 September 1982. Kawan2 ingat tarikh tu? Kawan2 ingat Sabra dan Shatila? Tarikh dan nama2 itu akan sentiasa diingati oleh seluruh umat Islam. Peristiwa pembunuhan kejam pelarian Palestin oleh rejim yahudi laknatullah. Sungguh menyayat hati apa yang dilakukan terhadap umat Islam.

Tapi kenapa kita sentiasa diingatkan kepada peristiwa 11 September 2001 tu? Peristiwa yang dikatakan dilakukan oleh orang2 Islam, walaupun kebenarannya dipertikaikan oleh penduduk2 Amerika sendiri. Menyedihkan!

Kita mesti menyokong perjuangan rakyat Palestin. Menyokong mereka2 yang mahu membebaskan Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis dan bumi Palestin. Bukan menyokong mereka2 yang berkepentingan dan bersekongkol dengan yahudi laknatullah dan mereka yang mendukung rejim tersebut. 

Ramai yang terkorban di Palestin, dari semua peringkat umur. Dari bayi hingga orang tua. Adakah kita tidak ambil peduli? Jika kita tidak mampu untuk bertindak atau tidak mampu untuk menyumbang, adakah kita tidak mampu untuk.....

Berdoa! Senjata utama kita umat Islam! Berdoa kepada Allah SWT untuk kebaikan bumi Palestin dan sahabat2 kita disana. Fikir2kan.

Berikan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Dengan apa sahaja kemampuan yang ada pada kita. Lakukan!

So..... semoga kita dimasukkan Allah SWT didalam golongan hamba2 Nya yang menolong dan membantu Islam. Amin.

Wassalam.

Sabtu, September 18, 2010

BFK 97. Made In China

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dua tiga hari sebelum raya kami pergi shopping. Tahun ni tak beli apa2. Pakai yang biasa je. Shopping cuma nak beli kasut. Jom2 ikut kami ronda2.....

Kami singgah kat Jaya Jusco Seremban 2. Dekat dengan rumah. Banyak parking. Selesa!

Suasana kat dalam, tak berapa sibuk, waktu bekerja. Kalau tak bersimpang siur juga. Heavy traffic!

Anak2 masuk kat kedai ni. Beli beg untuk kegunaan kat U. Dah besar semuanya, dah boleh buat pilihan sendiri.  Insya'allah.

Kami masuk kedai ni. Sejak kami kecil memang kedai jenama ni dah ada. Jika ada duit, bila mula bersekolah mesti beli kasut "badminton master" tapak hijau. Tahan lama kasut tu. Selipar jepun warna biru pun jadi pilihan, itu pun jika ada duit masa tu. Hehe.

Kami beli kasut untuk santai. Untuk memandu dan jalan2. Jenama "Weinbrenner". Bila sampai kat rumah kami perhati kotak kasut tu. Ingatkan kasut buatan Malaysia tapi ada tulisan "Made In China" plak. Haha. Perhatikan betul2 gambar tu, kat sebelah bawah, kiri.

Pasal made in China ni, kami teringat insiden lucu bila kami sekeluarga buat umrah pada tahun 2007. Pasal.....

Teko! No no no! Dalam gambar tu bukan teko ajaib Aladin. Itu teko, apa nama tu "teko omeh" kata orang nogori. Kami beli masa buat haji tahun 2005. Gambar contoh je. Buatan Korea tu. Berbalik kat alkisah kami, tahun 2007 masa kami sekeluarga jalan2 kat Pasar Zink, wife berhenti kat sebuah kedai ni. Tukang jual, not sure orang Pakistan atau Bangla. Wife tanya harga sebuah teko, cantik teko tu. Tak silap lebih 60 riyal. Tawar punya tawar dapat 15 atau 20 riyal. Kami tanya kat mamat tu, Mekah? Mamat tu kata, no! Pee rrr chee! Mana pulak tu? Tak puas hati tanya lagi, pee rrr chee. Semua ahli keluarga nampak blank je. Lah! Negeri mana plak tu! Kami belek2 teko tu. Ada tertera huruf "PRC". Singkatan untuk People Republic of China. Hahaha. Ketawa besar kami sekeluarga. Pee rrr chee! Sayang, kami tak beli pun teko pee rrr chee tu. Entah!

So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan sifat syukur dan dihindari dari sifat kikir dan tidak berterima kasih. Amin. Insya'allah.

Wassalam.

Jumaat, September 17, 2010

BFK 96. Tetamu Istimewa Beraya

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam, IBM kami datang beraya. Datang dibawa oleh anak pertama kami. Kena minta izin dulu dari ibu bapa baru berkat. Wife ada buatkan buah tangan untuk keluarga kat sana. Jom2 lihat.....


Kek coklat tu yob. Homemade! Selain tu ada lagi, kek buah dan biskut raya yang dibawa. Seperti kata perpatah "orang berbudi, kita berbahasa".

Dah plan nak masak special sikit hari tu. Tapi kita cuma merancang, Allah SWT menentukan.....


Ditentukan tak berair kat sini semalam. Sifar meter tu. Allahuakbar. Plan ditukar kat saat akhir. Kami sediakan setakat yang mampu. Jom2 ikut kami.....

Sibuk nampak? Ish ish. Kami introduce dari kiri, wife kami, anak ke 2, anak ke 4 dan anak ke 3. Jadi, apa yang dapat kami sediakan.....

Kuah lemak udang tu wife yang masak, sambal kentang tu plak anak ke 2 yang masak. Drummettes dibeli kat pasaraya, anak2 yang goreng. Di hidangkan dengan nasi putih.

Memandangkan tak ada air pada sambutan Hari Malaysia semalam, kira OK le apa yang kami sediakan. Menyelerakan dan mengenyangkan!

Bekalan air pulih sepenuhnya tengah malam. Alhamdulillah.

So..... semoga kita semua termasuk didalam golongan hamba2 Allah SWT yang menyukai kehadiran tetamu dan menghormati tetamu. Insya'allah. 

Wassalam.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India