DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Julai 31, 2011

BSK 214. Semakan kuasa mutlak menteri dalam negeri

Bismillah.
Assalamualaikum.

Cuba kita hayati dan renungkan pendapat Professor Shad Saleem Faruqi, pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM dalam isu kuasa yang diperuntukkan kepada menteri dalam negeri.
Pensyarah

Pensyarah: Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan

Kuek Ser Kuang Keng Jul 30, 11 10:13pm

Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.

Walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.

Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas” dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.

Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

Menurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.

Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”.

Allah Taala memberi sedikit kuasa kepada manusia untuk digunakan oleh mereka-mereka yang terpilih untuk memakmurkan dunia. Seiring dengan title “khalifah” yang diberikan.

Jika mereka yang terpilih untuk menjadi pemimpin (atau sesiapa sahaja)  mencari dunia maka dunia akan dikurniakan oleh Allah Taala kepada mereka.

Jika mereka yang terpilih menjadi pemimpin (atau sesiapa sahaja) mencari keredhaan Allah Taala di dunia maka mereka akan mendapat kebaikan dunia dan juga akhirat.

Fikir-fikirkan.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. Amin.

Wassalam.

BFK 145. Zoo Negara rakyat 50 tahun masuk percuma

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sudah lama kami tidak menjejakkan kaki di Zoo Negara. Tak pasti berapa lama tapi rasanya lebih dari 15 tahun.

Zoo

Lawatan percuma zoo bagi rakyat usia 50 tahun

MalaysiaKini Jul 30, 11 10:27am

Rakyat Malaysia yang dilahirkan pada tahun 1961 berpeluang mengunjungi Zoo Negara secara percuma mulai hari ini hingga 31 Disember tahun ini sempena ulang tahun Zoo Negara yang ke-50.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Ismail Hutson mengumumkan tawaran tersebut pada majlis makan malam ulang tahun Zoo Negara di Kuala Lumpur, malam semalam.

Penaung persatuan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis itu.

Ismail berkata Zoo Negara telah menyusun 15 program pendidikan yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan keluarga, antaranya ialah Negara Haiwan, Zoologi Muda (sekolah rendah dan menengah) dan Senior Zoologi (Pelajar Universiti) serta program pengembaraan dalam zoo.

"Sejak program itu dilaksanakan, lebih 100,000 pelajar sekolah dan universiti telah menyertai semua program yang dijalankan di Zoo Negara," katanya.

Katanya peruntukan kerajaan lebih RM8 juta yang diterima tahun lepas berjaya membangunkan penempatan baru bagi haiwan di Zoo Negara seperti gajah, cimpanzi dan babun serta pembesaran kompleks beruang.

Selain itu, beliau berkata Zoo Negara yang berkeluasan lebih 48 hektar itu telah menerima kira-kira satu juta pengunjung setiap tahun dengan 300,000 daripada pengunjungnya adalah kanak-kanak.

"Kanak-kanak umpama peguam bela untuk memelihara haiwan dari pupus pada masa depan, dengan itu, mereka adalah kumpulan sasaran utama kami," katanya.

Pada majlis itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail telah menyerahkan sumbangan wang sebanyak RM250,000 bagi projek penambahbaikan Zoo Negara.

Zoo Sticker New

Kelayakan untuk masuk free dah ada. Cumanya untuk kami seorang sahaja. Takkan nak berkunjung dan memerhati penghuni zoo tu sorang-sorang je. Tak thrill le! Kena bawa wife dan anak-anak bersama.

Jika dikira kami sekeluarga yang pergi…..

Kadar Pakej 1 Pakej 2
Empunya diri - -
Wife RM25 RM20
Anak-anak RM100 RM80
Jumlah RM125 RM100

Pakej 1 - Kadar termasuk Zoo Serangga & Taman Rama-Rama
Pakej 2 - Kadar biasa tidak termasuk Zoo Serangga & Taman Rama-Rama

Anak-anak semua dah dikira dalam kategori dewasa.

Kalau pergi mesti pakej 1, baru berbaloi. Tiket masuk RM125. Hmmm…..

Zoo Negara luas. Banyak penghuni. Rasanya waktu lawatan 9.00am – 5.00pm tu memang digunakan sepenuhnya. Sombongnya!

Untuk menjayakan family trip ini banyak perkara lagi yang perlu kami ambil perhatian. Kudrat, masa, kos tambahan, cuti dan seumpamanya. Kalau nak pergi kena hari biasa. Hujung minggu rasa-rasanya ramai pengunjung. Sesak rasanya.

Well….. tenguk le macamana.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berilah kepada kami rezeki yang halal, banyak, baik dan berkat, tanpa ada kekurangan dan kesusahan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Amin.

Wassalam.

Sabtu, Julai 30, 2011

BSK 213. Melayu diutamakan Cina diketepikan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Fikir-fikirkan dakwaan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang berhubung dengan kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Negeri Pulau Pinang.

mca

DAP ketepikan Cina utamakan Melayu, dakwa MCA

Harakahdaily

PULAU PINANG, 29 Julai: Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang menempelak DAP yang didakwa mereka mengetepikan kaum Cina dalam penanugerahan kontrak JPS Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 2008.

“Tiada seorang pun kontraktor Cina dalam lima kawasan yang dianugerahkan projek JPS Negeri. Ini bukti bahawa walaupun dengan sokongan orang Cina untuk Lim Guan Eng dan DAP, hak orang Cina semakin terhakis selepas DAP berkuasa.

"Ini kerana DAP berpandangan ke hadapan dan sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sokong orang Cina selama-lamanya untuk mengukuhkan kuasa politik mereka di pilihanraya umum akan datang, tapi saya harap cubaan mereka untuk memberikan imej yang baik kepada semua kaum tidak dilakukan dengan menggadaikan hak orang Cina,” tulis beliau dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web MCA.

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 Julai yang lalu, Tan mengatakan kekesalannya apabila semua projek JPS Negeri diberikan kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim, di mana antara penerimanya 20 peratus adalah wanita.

“Oleh itu, saya terkejut dan saya tidak dapat memahami mengapa tiada satupun kontrak diberikan kepada mana-mana kontraktor Cina.

"Saya percaya bahawa kontraktor Cina sedar akan tender projek itu dan telah mengemukakan permohonan. Oleh itu, adakah kerajaan negeri menganggap permohonan mereka tidak lengkap?” soal beliau.

Pada pendapat Tan, kerajaan pimpinan Guan Eng sepatutnya adil kepada semua kaum dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kontrak kepada kaum Bumiputera untuk membuat parti tersebut kelihatan ‘adil’.

Tan juga memberikan amaran secara tidak langsung kepada kerajaan Pulau Pinang dengan memberikan peringatan bahawa kontraktor-kontraktor bukan Cina yang dilantik mungkin ada masalah kredibiliti dalam menyiapkan kerja mereka dan menyeru kerajaan negeri berhati-hati ketika memilih kontraktor.

“Mereka juga harus memastikan kontraktor yang dilantik boleh menyiapkan projek tersebut dan tiada masalah yang wujud kepada infrastruktur negeri untuk menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat,” tambah beliau.

Kenyataan Tan hari ini sekaligus telah memberi tamparan dan menidakkan tindakan Kimma, Umno dan media tradisional khususnya yang seringkali menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganiaya orang Melayu.

Rupanya masih ada pemimpin MCA memandang rendah kredibiliti kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim. Aduhai!

Sepatutnya beliau perlu berfikiran terbuka dan memahami bahawa setelah tiga tahun ditadbir oleh kerajaan baru, kontraktor-kontraktor bukan Cina Pulau Pinang telah memahami dasar-dasar dan kehendak kerajaan negeri dalam isu kontrak yang diberikan.

Berkemungkinan juga kontraktor-kontraktor bukan Cina ini komited,  telus dan semakin berdaya saing yang membolehkan kerajaan negeri Pulau Pinang menganugerahkan kontrak kepada mereka.

Fikir 1Malaysia ma!

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Julai 29, 2011

BSK 212. ‘Harimau Biru’ tersingkir

Bismillah.
Assalamualaikum.

‘Harimau Malaya’ disingkir! Hampa atau hampeh?

Apasal tak sarungkan jersi kuning? Mana ada harimau warna biru?

Bola1

Kelayakan Piala Dunia: 'Harimau Malaya' disingkir

MalaysiaKini Jul 29, 11 9:09am

Malaysia tersingkir dari saingan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia selepas seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, malam semalam.

Tidak kurang 85,000 penyokong Harimau Malaya di Bukit Jalil menjadi saksi detik kejatuhan Harimau Malaya apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 untuk membawa kepada kekalahan agregat 6-4.

Dengan keputusan itu, Malaysia gagal ke pusingan ketiga.

Bola2Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 tidak mampu untuk meningkatkan semangat rakan-rakannya yang lain apabila Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan 13 minit kemudian melalui Shi Jiayi.

Mengulas perlawanan itu, Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tetap berbangga dengan pemain kebangsaan walaupun Malaysia tewas kepada Singapura.

Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadiri jamuan makan malam 'Perdana Menteri Bersama Rakyat' di Dewan Wawasan di Alor Setar turut menyaksikan siaran langsung perlawanan itu melalui layar besar yang dipasang dalam dewan.

Kira-kira 2,000 orang yang menghadiri jamuan itu turut bersorak bersama Perdana Menteri apabila penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali menyumbat gol tunggal negara.

Najib, yang melakukan lawatan sehari ke Kedah hari ini, ketika ditemui pemberita selepas perlwanan berakhir, melahirkan kebanggaannya terhadap semua pemain kerana telah berusaha habis-habisan.

"Pasukan kita menghadapi tugas amat berat dan laluan sukar disebabkan defisit dua gol selain Singapura menguatkan pertahanan setelah menang 5-3 di gelanggang mereka minggu lepas.

"Bagaimanapun saya berbangga dengan mereka dan berharap ini bukan perjuangan terakhir. Saya mahu semua pemain mengambil iktibar daripada kekalahan ini untuk terus berusaha memperbaiki prestasi pada masa depan," katanya yang berpuas hati dengan semangat juang pemain.

Malaysia:
Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Omar, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (Mohamad Muslim Ahmad), Mohd Fadhli Mohd Shas,Amar Rohidan, Ismail Faruqi Ashari (K Gurusamy), S Kunanlan,Mohd Amirulhadi Zainal, Abdul Hadi Yahaya (Ahmad Fakri Saarani), Mohd Safee Mohd Sali.

Singapura:
Mohamad Izwan Mahbud, Muhamad Safuwan Baharudin, Juma'at Jantan, Shaiful (Mohammad Isa Abdul Halim), Shahril Ishak (Fazrul Nawaz Shahul Hameed), Mustafic Fahrudin, Hariss Harun, Shi Jiayi, Alexsandar Duric, Qiu Li, Daniel Bennet.

Bila melihat kelibat ‘Harimau Biru’ yang bermain rasa seperti tak bersemangat nak tonton. Nasib pun macam tak menyebelahi kita. Macam memang awal-awal petanda nak kalah.

Malas nak komen. Huhuhuhuhu.

So….. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon agar Engkau melindungi kami daripada kejahatan pendengaran kami, pandangan kami, pertuturan kami, hati kami dan juga daripada kejahatan mengungkit-ungkit. Amin.

Wassalam.

Rabu, Julai 27, 2011

BSK 211. Wahabi dan 40 ulama

Bismillah.
Assalamualaikum.

Timbul sekali lagi isu Wahabi.

Paling panas isu mengenai wahabi adalah sebelum 40 ulama muda menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno. 

Selepas sah menjadi 40 ulama muda Umno, isu berkenaan tidak timbul lagi.

Tidak faham kenapa ianya ditimbulkan kembali?

Wahabi, terorisme: Mufti gesa k'jaan segera perjelas

MalaysiaKini Jul 27, 11 11:20am dikemaskini 11.39am

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Katanya, beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa "tuduhan liar" tersebut dalam majlis di Putrajaya itu.

"Berlengah dalam memberikan respons hanya mengundang keraguan dan kesangsian pada pihak yang dituduh tanpa sebab," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini.

Dr JuandaKenyataan Dr Juanda (kiri) itu dipercayai ekoran tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam yang mengelak mengulas berhubung taklimat MKN itu walaupun beberapa kali ditanya pemberita.

Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya pada hari sama, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Taklimat yang diserta mufti dan wakil majlis agama Islam negeri turut mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu. Malah, negara teluk lain seperti Kuwait dan Bahrain turut dikaitkan sama.

Malaysiakini difahamkan, kecuali Dr Juanda, semua mufti negeri lain diundang menghadiri taklimat yang antaranya disampaikan penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

Dr Juanda menegaskan bahawa keadilan kepada rakyat merupakan asas sebuah pemerintahan dan tidak wajar tidak diberikan sama rata, terutamanya kepada "pemimpin agama yang memandu kebaikan dunia dan akhirat".

Dr Juanda juga berkata, beliau, ulama dan anggota majlis fatwa negeri sedia berdialog dengan MKN, Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri berhubung perkara itu.

"Kerajaan perlu bagi keutamaan perkara ini kerana ia soal agama," katanya lagi.

Adakah ulama muda yang menyertai parti pemerintah tidak melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang? Tidak menepati KPI yang diberikan.

Menarik pandangan dan nasihat Dr MAZA mengenai isu itu:

Dr MAZA

“….., beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan.

"Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

Laporan penuh: MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi.

Jika golongan ulama berpecah dan tidak peka dengan perjuangan politik masakini maka golongan ini akan mudah diperguna dan diperkotak-katikkan.

Ulama-ulama kena berada dibawah satu wadah yang sama. Perlu berjuang bersama-sama untuk memperkasakan Islam di negara kita ini. 

Bersatu akan menguatkan suara ulama dan dengan sendirinya tidak mudah untuk dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bersatu teguh, berpecah roboh.

So….. Penolong kami ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia. Wahai Tuhan Pemerintah Hari Perhitungan, Engkau jua kami sembah dan kepada-Mu jua kami memohon pertolongan. Kami meredhai Allah sebagai Tuhan, kami meredhai Islam sebagai Agama dan kami meredhai Muhammad sebagai Nabi. Amin.

Wassalam.

Selasa, Julai 26, 2011

BFK 144. Selamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa

Bismillah.
Assalamualaikum.

Tarikh melihat anak bulan untuk permulaan bulan Ramadan dan menentukan tarikh permulaan puasa adalah pada petang Ahad, 31/07/2011.

Puasa akan ditentukan dengan kaedah rukyah dan hisab.

Kebiasaannya puasa keesokkan harinya. Well….. 01/08/2011 bersamaan 01 Ramadan 1432 Hijrah.

Yang membuat kami sekeluarga teruja ialah untuk melihat dan mendengar pengumuman tarikh berpuasa dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang baru.

Adakah ada kelainan dari segi penampilan dan penyampaiannya?

Kita tunggu!

Puasa

Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini

Jul 26, 11 5:43pm

Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Lokasi lain adalah Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Selain itu, tempat melihat anak bulan turut meliputi Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

- Bernama

Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga Allah Taala mengurniakan kita dengan rahmatNya, keampunanNya dan melepaskan kita dari siksaan api neraka.

So….. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan-Mu dan syura; dan kami berlindung dengan-Mu daripada siksa api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah kami, ibu bapa kami dan sekelian kaum muslimin dan muslimat; dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

Ahad, Julai 24, 2011

BSK 210. Pilihanraya bersih dan tidak menipu

Bismillah.
Assalamualaikum.

David Cameron telah memahami dengan jelas niat sebenar perhimpunan 09/07/2011. Beliau juga telah memahami dengan jelas bahawa pilihanraya di Malaysia adalah bersih dan tiada unsur penipuan.

Perdana Menteri Britain itu diberi penjelasan oleh Datuk Seri Najib Razak semasa beliau di United Kingdom. 

Najib kata beliau jelaskan PM UK niat sebenar Bersih

July 22, 2011

SEPANG, 22 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan anjuran Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini.

Dalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan itu ketika lawatan itu berlangsung.

“Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom (that we have room for dissent) (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia,” katanya dipetik Bernama Online.

Najib berkata sebagai kerajaan, soal ketenteraman awam harus dijaga dan pada masa sama memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

“Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata Cameron juga dimaklumkan bahawa perhimpunan oleh Bersih 2.0 bukanlah sebenarnya bertujuan menuntut “pembaharuan pilihan raya”.

“Mereka lebih ingin tunjukkan kerajaan Malaysia seperti di Timur Tengah. Mereka gambarkan kerajaan Malaysia autokratik. Sebenarnya mereka hendak ambil kuasa daripada kita (kerajaan) yang dipilih oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Britain itu turut diberitahu kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa menegakkan prinsip demokrasi.

“Saya kata pilihan raya di Malaysia, kita tidak pernah menipu. Pilihan raya di Malaysia adalah pilihan raya yang bersih,” kata Najib.
[Malaysian Insider]

Kenapa diplomat-diplomat Kesatuan Eropah mempertimbangkan untuk menghantar kumpulan pemerhati untuk PRU13 nanti?

Perlu diingat Britain juga adalah ahli Kesatuan Eropah.

Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa

TERKINI @ 08:36:48 AM 24-07-2011
Oleh Jahabar Sadiq Editor

SPR

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

“Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

“(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang,” kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.

Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.

“Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka,” katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.
[Malaysian Insider]

Adakah Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menggunakan ayat dan perkataan yang tidak tepat semasa sessi taklimat kepada diplomat-diplomat EU?

Adakah taklimat Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan kepada diplomat-diplomat yang sama lebih telus dan tuntutan yang diminta adalah relevan dan boleh digunapakai?

SPR atau Bersih 2.0?

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, selamatkanlah kami dari orang-orang yang zalim itu. Amin.

Wassalam.

Selasa, Julai 19, 2011

Dr MAZA dan Dr Lo’lo’

Bismillah.
Assalamualaikum.

Mari kita renungi dan hayati tulisan mantan mufti Perlis berkenaan dengan seorang wanita yang telah lama berjuang didalam sebuah parti politik di negara kita Malaysia.

Dr Lo Lo

Dr Lo'lo' yang saya kenali

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jul 19, 11 8:46am

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya.

Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.

Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

Apabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

Dr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

Antara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

Kata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis dan surat ini dikirimkannya kepada Malaysiakini, lewat petang semalam

----------------------------------------------------------------------------------------------

Terasa begitu sayu bila membaca tulisan Dr MAZA.

Semoga allahyarhamah Dr Lo’lo’ termasuk didalam golongan hamba-hambaNya yang mendapat keampunan dan rahmat Allah Taala.

Semoga PAS juga dianugerahi Allah Taala dengan pengganti dan pejuang yang terlebih baik.

Wassalam.

BFK 143. Ole-ole dari Segamat

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami sekeluarga menerima kejutan malam Sabtu lepas. Tak le terkejut sampai macam dalam episod Bang Bang Boom kat TV tu.

Kami menerima kunjungan keluarga dari Meru. Mereka dari Segamat dan singgah sebentar kat rumah kami. Rupanya ada ole-ole dari Segamat untuk kami sekeluarga. Raja Buah!

No1457

Durian Segamat. Kulit hijau pekat. Terima kasih dari kami sekeluarga.

No1459

Memang wife ada juga sentuh pasal durian ni. Kami berdua nak tunggu betul-betul tiba musim baru nak ambil tindakan selanjutnya.

No1467

No1466

No1462

Memang cantik isi durian tu. Kuning gebu menawan selera. Lemak manis dan terasa juga sedikit pahit. Memang sedap.

Terima kasih sekali lagi kepada keluarga dari Meru.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada mereka dan ampuni serta rahmatilah mereka. Amin.

Wassalam.

Isnin, Julai 18, 2011

BSK 209. Marina Mahathir - kami semua menjadi 1Malaysia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Anak sulung Che Det telah menyertai rakyat dalam perhimpunan “haram” Bersih 2.0 pada 09/07/2011.

Kami tak pasti samada pengalaman beliau  berjalan bersama anak dan rakan-rakan bermula berhampiran dari Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia smooth sailing atau mengalami pahit getir seperti lain-lain peserta.

BN merasakan kerajaannya terancam, kata Marina

M Krishnamoorthy
Jul 18, 11 11:27am

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

Marina Mahathir “Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

Menarik kenyataan Datuk Paduka Marina Mahathir “BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi.”

Begitu juga katanya, “mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.”

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.”

Bravo!

Adakah benar BN kehilangan kewarasan kerana Bersih 2.0?

Jika kita perhatikan “kelembutan” layanan yang dipertontonkan oleh pihak keselamatan kepada peserta-peserta perhimpunan “haram” Bersih 2.0 pada 09/07/2011, kata-kata beliau seperti ada kebenarannya.

PM mempromosi 1Malaysia dan Bersih 2.0 mempraktikkannya.

Gelombang 1Malaysia Bersih telah merimaskan PM. Tindakan anak sulung Che Det menyertai perhimpunan “haram” Bersih 2.0 melemaskan terus beliau.

BN memandang remeh Bersih 2007 dan mereka kalah banyak kerusi parlimen dan DUN.

Kali ini BN memandang dengan begitu serious Bersih 2.0 dan adakah mereka akan menyapu “bersih” kerusi parlimen dan DUN?

Mungkin tidak!

Wallahualam.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kami ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepada kami dan kepada kedua ibubapa kami dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah kami dengan rahmat-Mu kedalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Julai 15, 2011

BSK 208. PM “memang kejam”

Bismillah.
Assalamualaikum.

Perhimpunan “haram” Bersih 2.0 sudah berlalu. Namun begitu bahangnya masih terasa.

‘Unggun’ sasterawan negara itu masih menyala dan menjalar ke serata tempat.

Samad Said: Najib 'memang kejamlah'

Abdul Rahim Sabri
Jul 14, 11 5:00pm

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

A Samad SaidMenceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.

Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.

"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya.

Kenyataan dan pendapat sasterawan negara itu memang ada kebenarannya.

Jika diambil contoh Jepun, memang ada PM yang tidak sampai sepenggal berkuasa.

Mereka mengundurkan diri kerana mengikut kehendak rakyat atau tidak dapat melaksanakan dengan baik dasar yang digubal.

Pertukaran kepimpinan tidak pula menggugat kestabilan ekonomi negara Jepun. Pentadbiran negara pun berjalan lancar.

Disini bukan lagi ‘mengidam’ tapi ‘meroyan’ kuasa.

Kepimpinan negara ini mereka anggap hak mutlak puak mereka. Warisan turun temurun penjajah kepada mereka.

Segala apa yang mereka lakukan pada hemat mereka adalah betul dan benar. Tidak ada kebenaran pada pihak lain.

Mereka begitu obses untuk menggekalkan kekuasaan. Walau dengan apa cara sekalipun.

Mereka jengkel bila ada golongan yang mahu bersaing untuk mengambil-alih kepimpinan negara.

Kekuasaan kelompok mereka pada anggapan mereka adalah dulu, kini dan selamanya.

Well….. air laut pun ada pasang surutnya. Anak sungai pun boleh berubah apakan lagi selera dan hasrat rakyat.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami! Penolong kami ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua kami berserah dan Dialah yang memelihara ‘Arasy yang besar’. Amin.

Wassalam.

Ahad, Julai 10, 2011

BSK 207. Salute kepada semua

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kepada rakyat berbilang kaum yang menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 kami ucapkan tahniah.

Bersih 2.0

Unggun-Bersih
A Samad Said

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Bersih 2.2

Bersih 2.1

Bersih 2.3

Unggun itu
Setanak Nasi 10/07/2011 8.30pm

Unggun api sakti Dato sasterawan negara
Resap meresap jauh didalam jiwa-
si kecil si besar si tua si muda
Membakar semangat rakyat jelata

Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
untuk melepasi halangan getir FRU
Mencipta tsunami menusuk dalam kalbu
menggegar hati-hati di mahligai syahdu

Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Nantikan saat keramat itu
rakyat melaksanakan hukuman di PRU

Subur menyalalah unggun sakti itu;
akan merebaklah nyala unggun itu.

Dato ….. congratulations to you
rakyat Malaysia….. my salute to all of you

Bersih 2.13

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, wahai Tuhan Pemerintah Hari Perhitungan, Engkau jua yang kami sembah dan kepada-Mu jua kami memohon pertolongan. Ya Allah, lapangkanlah bagi kami dada kami dan mudahkanlah bagi kami tugas kami. Kami menyerahkan urusan kami kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Julai 08, 2011

BBK 50. Hasad, takbur, riak dan ujub

Bismillah.
Assalamualaikum.

Masjid

“Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah S.A.W..

Berkata rawi hadis tersebut [Khalid bin Maadan] lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz  berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepadaku:

Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut.

Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hufazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang ini sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hufazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.”

Kemudian naik pula malaikat Hufazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia amat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku.”

Kemudian naik pula malaikat Hufazhah membawa amal seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:

“Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku.”

Kemudian naik pula malaikat Hufazhah membawa amal seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:

“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir (zikir di sini bermakna: mencari sebutan, iaitu seseorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak.”

Kemudian naik pula malaikat Hufazhah membawa amal seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya:

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.

Lalu para malaikat tadi berkata:

“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.”

Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabda Rasulullah S.A.W. ini lalu Muaz menangis seraya berkata: “Engkau adalah Rasulullah S.A.W. sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera.

Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab:

“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran (golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka. Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti. Allah telah berfirman:

وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا

Maksudnya: Demi yang mencarik akan dicarikkan.
[Surah Al Nazi’at, ayat 2]

Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu?

Muaz bertanya:

“Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?”

Lalu  Nabi S.A.W. menjawab:

“Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.”

Muaz bertanya:

“Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?.

Nabi S.A.W. menjawab:

“Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah.”

Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata:

Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini.”

[Sumber: Kitab Bidayatul Hidayah terbitan Khazanah Banjariah, mukasurat 144-150]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga kita semua memperolehi ikhtibar dari hadis yang memperkatakan dan membicarakan kepada kita sifat-sifat negatif yang perlu kita hindarkan dari dalam diri kita. Iaitulah  sifat hasad, takbur, riak dan ujub.

Semoga kita tergolong didalam golongan hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam beribadah dan dalam segala aktiviti kehidupan seharian kita.

Perbanyakkan doa memohon kepada Allah SWT agar amalan kita ikhlas dan diterima oleh Nya.

So….. Ya Allah wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya. Ya Allah, tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau kehendaki. Dialah Allah Tuhan kami dan kami tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu pun. Amin.

Wassalam.

Khamis, Julai 07, 2011

BSK 206. Bila Pendekar Berbicara

Bismillah.
Assalamualaikum.

Zaman persekolahan dulu ada juga berhajat nak belajar silat. Tapi tak tau dimana silapnya terbantut dan tak kesampaian hajat tu.

Semenjak dua menjak ini timbul kembali pasal silat menyilat ini. Kedengaran seorang mahaguru silat ini mencabar puak yang disifatkan sebagai “musuh durjana” oleh Ulul Amri 111 mereka.

Mahaguru silat ini memberi amaran kepada penganjur perhimpunan yang dilabel “haram” oleh pihak pemerintah agar membatalkan hasratnya jika tidak mahu “berperang” dengan pengamal seni silat di negara ini.

Ganas!

Segak PM kita berpakaian pendekar serba hitam dan bercapal putih.

PSSLM wajar pertahan kedaulatan
2011/07/07

Silat lincah

NAJIB memukul gong, sambil diperhatikan (dari kanan) Rais Yatim, Omardin, Mohd Ali, Abdullah dan Koh Tsu Koon di Dataran PWTC, malam tadi. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) akan bangkit menentang musuh durjana tidak kira dari dalam atau luar negara kerana mereka sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara.

Perdana Menteri berkata, semangat berani dan cekal yang ditunjukkan anak muda PSSLM selama ini bukan bermakna golongan itu mahu berperang sebaliknya mahu menentang pengkhianat negara.

“Hari ini (semalam) kita berkumpul di sini bukan untuk berperang sebaliknya kita berkumpul demi perpaduan negara.

“Saya sungguh gembira melihat begitu ramai berkumpul bukan saja di kalangan orang Melayu malah rakan kita yang bukan Melayu mewakili pelbagai seni mempertahankan diri turut hadir,” katanya.

Najib yang juga Ulul Amri 111 PSSLM, berkata demikian ketika merasmikan majlis Perhimpunan Sempena 50 tahun PSSLM di Dataran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA), Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Penaung PSSLM, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Pada majlis itu, Tan Sri Omardin Mauju merangkap Pengasas PSSLM turut menerima Anugerah Pendekar Malaysia daripada Najib di atas sumbangan beliau dalam membangun seni silat di negara ini.

Turut menerima anugerah Selendang Kehormat Tertinggi PSSLM ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.
[Berita Harian Online]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PM kita adalah Ulul Amri 111 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) dan penaung pertubuhan itu pula ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Hebat!

Persatuan kung fu kat Malaysia tak irihati ke dengan PSSLM?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Najib akui grup silat lincah meskipun isytihar ‘perang’ ke atas Bersih

Oleh Boo Su-Lyn July 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kumpulan silat dan seni mempertahankan diri lain sebagai barisan pertahanan ketiga negara ini termasuk daripada kumpulan yang mahu melancarkan “perang” berhubung tuntutan pembaharuan pilihan raya bersih dan adil.

Bulan lalu, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) mencabar Bersih 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan mereka Sabtu ini.

Silat 2

“Saya percaya jika ada musuh-musuh yang mahu menyerang negara dari dalam dan luar negara, anak-anak lincah akan bangun menentang mereka,” kata Najib (gambar) dalam ucapannya malam tadi.

“Tetapi hari ini, kita berhimpun bukan untuk lawan. Kita berhimpun bukan untuk mengacu keris. Kita berhimpun untuk (menunjukkan) kesetiaan dan perpaduan bagi negara,” kata perdana menteri pada perhimpunan PSSLM sempena sambutan 50 tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Najib berkata ada orang bukan Melayu pada majlis tersebut malam tadi meskipun ia seni mempertahankan diri orang Melayu.

“Kita tidak menentang bukan Melayu. Kita menganggap mereka juga sebagai rakyat negara ini,” kata Najib.

Kata Najib, anak-anak lincah juga tidak diajar menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, sebaliknya, mereka dididik dengan nilai kerohanian yang tinggi untuk membentuk keperibadian mulia.

Pada majlis tersebut pengasas dan mahaguru PSSLM Tan Sri Omardin Mauju sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam seni mempertahankan diri.

Omardin menerima selempang khas, sijil penghormatan, sepersalinan baju kebangsaan dan wang tunai RM50,000.

Akhir bulan lalu, Omardin berkata PSSLM memberi amaran kepada penganjur perhimpunan Bersih 2.0 supaya membatalkan hasratnya jika tidak mahu “berperang” dengan pengamal seni silat di negara ini.

Omardin berkata menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.

“PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.

“Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus.

“Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik,” katanya.
[Malaysian Insider]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PM meyifatkan kumpulan silat dan seni mempertahankan diri lain sebagai barisan pertahanan ketiga negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu ambil perhatian kenyataan PM.

Selain ATM, beliau boleh mobilised pendekar-pendekar kita untuk misi keamanan di serata dunia.

Mungkin juga menerajui misi menyelamat akibat serangan lanun seperti yang berlaku sedikit masa dulu.

Mereka juga berpotensi untuk membenteras terus lanun-lanun yang ada, tak kisahlah samada yang ada didalam atau diluar negara.

Cool!

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. Amin.

Wassalam.

Rabu, Julai 06, 2011

BSK 205. PDRM ATM sentiasa di hati

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sebagai rakyat Malaysia, kami  merasa cukup gelisah dan tidak tenteram dengan kenyataan  Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid:

"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam,"

Merpati

Apa sebenar yang berlaku di Malaysia?

Adakah rakyat berhasrat untuk melakukan rusuhan?

Kenapa kenyataan sedemikian perlu datang daripada mulut orang besar anggota pasukan keselamatan?

Kenapa orang awam perlu digertak dan ditakutkan sedemikian rupa?

Himpunan BERSIH: Polis sedia panggil ATM

MalaysiaKini Jul 5, 11 2:59pm

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata bagaimanapun khidmat ATM akan digunakan berdasarkan kepada keperluan.

"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara ATM dan PDRM di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur hari ini.

Demonstrasi itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

Beliau berkata demonstrasi ini pertama kali dipertontonkan kepada umum sebagai perintis kerjasama antara PDRM dan ATM yang telah wujud sejak tahun 2008 lagi, dan ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan perhimpunan haram Sabtu ini.

"Tidak ada kaitan langsung demonstrasi ini dipertontonkan kerana perhimpunan haram...kita buat demonstrasi ini sebab ingin menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang kami terima (PDRM dan ATM)," katanya.

Adakah ada sesuatu yang tidak kena dengan rakyat Malaysia?

Adakah rakyat Malaysia begitu bodoh sehingga sanggup menggadai maruah dan melihat negara kita runtuh?

Rakyat Malaysia tidak akan sanggup melihat negara kita dalam keadaan huruhara dan kedamaian dan keharmonian kehidupan pelbagai kaum di negara kita hancur berkecai.

Atau adakah sesuatu yang tidak kena dengan pihak eksekutif?

Itu yang menggusarkan!

Dilihat pada keadaan semasa, PDRM, SPRM dan tidak ketinggalan juga SPR seolah-olah bersekongkol dengan pihak eksekutif.

Seandainya ATM memberi kerjasama kepada PDRM untuk menghadapai rakyat maka ianya akan dikhuatiri memulakan satu era yang amat mencelarukan di negara kita.

Tiada lagi pihak yang boleh di anggap “neutral”.

Semuanya akan dilihat berada dibawah genggaman dan pengaruh pihak eksekutif.

Satu keadaan yang amat mengharukan dan amat tidak demokratik.

*******************************************************************************************

Mari kita lihat rumusan berikut:

bersih-signpost

Bersih 2.0: Winners and losers

July 05, 2011

KUALA LUMPUR, July 5 — So it is settled, after weeks of harassment and thuggish behaviour by the government, the people for free and fair elections will gather in a stadium on July 9.

This episode has once again demonstrated how fractious and divided Malaysia is with enlightened and liberal Malaysia on one side and almost facist powers on the other.

Some individuals emerge from this episode with reputations intact, others with image destroyed forever. The Malaysian Insider gives our take on the winners and losers.

Winners

  1. The organisers of Bersih: let’s be honest, until a few weeks ago this was a movement at the periphery of most Malaysians. Okay, so some 100,000 people would have marched on the streets on KL. But thanks to the government's blanket arrests, use of draconian laws and decision to behave like a repressive regime, Bersih became a buzzword. Much to the government’s chagrin, everyone has forgotten about Datuk T, all the wonderful projects under the ETP. Today, people remember Bersih as the people fighting for clean and fair elections, and the Barisan Nasional (BN) government as the people frightened of free and fair elections.
  2. Datuk Ambiga Sreenevasan: She was called names by the prime minister and threatened with having her citizenship revoked by the Malacca chief minister and was under severe pressure from the police and security agencies. But the former Bar Council president did not lose her cool or become rabid like her detractors. She stayed the course and was always civil. Maybe our politicians should take a leaf out of her book.
  3. The Yang di-Pertuan Agong: his measured last-minute intervention gave the government and Bersih face-saving escape routes from confrontation. This is what Malaysians expect of the monarchy: for them to be honest brokers, not mouthpieces for the ruling party. In all likelihood he was asked by the government to issue the statement on Sunday but it does appear that he was unwilling to demonise Bersih.
  4. Malaysian public: in the wake of all this talk of riots and tension, the man in the street was unmoved and unconvinced by the fairytale stories of communist plots and Christian funding — a sure sign that the governed are more mature than the government.

Losers

  1. Datuk Seri Najib Razak: he has now agreed to meet Bersih leaders to discuss the venue for their rally. One has to ask why as the PM he did not engage the activists but instead he allowed them to be demonised by his Umno party. The mishandling of the issue also allowed Malaysia’s image to be tarnished and undid a lot of good work done by good men in the administration. He allowed the hardliners in government and his party to call the shots when he should have been leading from the front.
  2. Datuk Hishammuddin Hussein: where does one start with this major disappointment of a minister? He left many stumped by his illogical statements and his John Le Carre scenarios. He has ambitions of becoming the country’s prime minister. After this performance it is arguable whether he is the best person for the home ministry portfolio.
  3. Datuk Ibrahim Ali: he has been at the forefront of the attacks against Ambiga and Bersih. And he has also tried to turn the issue into one of race, to protect Malay rights. But it became abundantly clear that Bersih 2.0 had the support of many Malaysians from different races. It was not about race after all but the issue of free and fair elections.
  4. The PDRM: the police have made a mockery of the law by arresting people for wearing T-shirts. While it is arguable whether preventive action and detention should still be allowed, arresting people for wearing T-shirts was a ridiculous act. Continuing to detain people under the Emergency Ordinance over the rally is also a classic case of abusing the law. In the end the police should remember that if a permit was granted the rally would not have been illegal. The police must not act as if the country is under siege from its own citizens.
    [Malaysian Insider]

*******************************************************************************************

Mungkin benar rumusan yang diberikan. Mungkin juga tidak. Terpulang kepada kecenderungan masing-masing.

Fikir-fikirkan.

So….. Dengan nama Allah, tiada sesuatu pun yang boleh memberi mudarat kepada kami di bumi dan juga di langit dengan berkat nama-Nya (Allah), dan Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui. Amin.

Wassalam.

Isnin, Julai 04, 2011

BSK 204. Titah khas Yang di-Pertuan Agong

Bismillah.
Assalamualaikum.

Bersih 2.0 masuk ke phasa baru dengan titah khas Yang di-Pertuan Agong semalam.

Bersih Agong

Memang menarik Bersih 2.0 ini …..

Perhimpunan 9 Julai: Titah khas Yang di-Pertuan Agong

MalaysiaKini Jul 3, 11 9:00pm

Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

agung

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati pandangan dan teguran dari Yang di-Pertuan Agong.

Sebagai Yang di-Pertuan Agong beliau hanya mahu yang terbaik untuk rakyat.

Kita tunggu dan lihat samada saranan baginda akan ditangani dengan bijaksana oleh kepimpinan negara.

Kami tutup bab titah khas diatas.

Kita nak tahu juga perkembangan terbaru Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Masih lagi sekitar isu Bersih 2.0

TGNA

Nik Aziz nafi larikan diri dari Bersih

Mohd Sayuti Omar

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak tuduhan dan anggapan beliau sengaja melarikan diri dengan mengerjakan umrah untuk mengelak dari menyertai himpunan Bersih 9 Julai ini.

Bercakap di Madinah yang disiarkan menerusi Youtube beliau berkata tuduhan itu tidak tepat dan tidak betul.

Kata Nik Aziz, tidak timbul beliau melarikan diri kerana beliau sudah menegaskan himpunan Bersih itu halal dan perlu disertai oleh orang ramai untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini.

"Himpunan itu atau demostrasi itu sama dengan kita berjemaah dalam melalukan ibadat," katanya.

Baginya himpunan untuk menuntut supaya pilihan raya diadakan dengan adil sangat perlu kerana keadilan itu tidak pernah dirasai sendiri oleh beliau.

"Setiap kali saya serta pilihan raya, saya tidak merasakan ia adil, tetapi selalu berat sebelah," katanya.

Dengan penjelasan itu tidak timbul kalau Menteri Besar Kelantan itu sengaja melarikan diri bagi mengelakkan daripada menghadiri himpunan terbesar tahun ini.

Beliau sekali lagi menyeru supaya orang ramai menghadirinya tanpa merasa takut dan gerun kepada polis.

"Yang menangkap (polis) orang yang kena tangkap pun orang. Semuanya akan menghadap Allah," tegasnya.

Apa yang hendak disampaikan bahawa tindakan polis itu bukan sesuatu yang perlu ditakut dan menjadi halangan kerana semua pihak ada tanggungjawab dan tugas masing-masing dan akan berhadapan dengan Allah s.w.t.

Sama ada apakah polis benar atau orang ramai salah kerana menghadiri himpunan itu Allah yang akan menentukan.

Sebelum ini saya mendapat tahu beliau dan setengah rombongannya akan pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih.

Apakah dengan kenyataan itu Tok Guru akan mempercepatkan pemulangannya bagi membolehkan beliau bersama dalam himpunan yang kini dalam keadaan krtikal itu?

Kita sebagai rakyat hanya perlu melihat dan mendengar apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin kita.

Kita lihat dan kita dengar, kita buka sedikit minda kita, tajam-tajamkan sedikit akal kita, buat comparison input dan data yang kita terima.

Dengan membuat minda dan akal kita melakukan sedikit kerja, insya’allah kita akan dapat membuat penilaian dengan bijak.

Kita renungi sabda Rasulullah S.A.W. yang ertinya:

“Maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanyai tentang pengembalaannya (kepimpinannya).”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar R.A)

Kita renungi juga firman Allah Taala yang bermaksud:

“Katakanlah ~ Wahai Muhammad! Mahukah kamu Aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian di dalam usaha mereka. Iaitu orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik.”
[Surah Al Kahfi: ayat 103-104]

“Di hari itu (hari Qiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (didalam dunia dahulu).”
[Surat An Nur: ayat 24]

“Pada hari ini (hari Qiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka perbuat (di dunia dahulu).”
[Surah Yassin: ayat 65]

Kita sendiri yang akan menanggung segala perbuatan kita. Tiada siapa yang sanggup menerimanya.

Pilih kebenaran, keadilan dan kebaikan agar kita menjadi orang-orang yang berjaya iaitu hamba-hamba Nya yang dipersilakan oleh Allah Taala masuk ke dalam syurgaNya.

So….. Ya Allah kami berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan). Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India