DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Februari 16, 2016

BCK 13. Sahabat Umpama Bintang

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kali ini kami nak share petikan ucapan allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kami amat2 menghormati beliau. Sudah setahun pemergian beliau,

Dari teman di group whatsapp kami…..

“Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dengan kehidupan. Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meski pun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan.”

Fikir2kan kata2 Tuan Guru tu.

Jom kita hayati 2 hadith dibawah ni.

Daripada ‘Abdullah R.A katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetanggannya”. [Hadith Riwayat At-Tirmidzi]

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata: Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka. [Hadith Riwayat At-Tirmidzi]

جزاك الله خيرا

Sumber hadith: JAKIM

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India