DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Februari 25, 2011

BBK 41. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Keduabelas

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jumaat sekali lagi! Hari ini kami akan share Pelajaran Keduabelas. Kali ini berkenaan dengan wudhu’.

Sebelum itu, kita perhatikan topik2 terdahulu:

Pelajaran Pertama - Surah Al-Fatihah.
Pelajaran Kedua – Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah.
Pelajaran Ketiga – Rukun Iman.
Pelajaran Keempat – Pembagian Tauhid dan Syirik.
Pelajaran Kelima – Rukun Islam.
Pelajaran Keenam – Syarat2 Shalat.
Pelajaran Ketujuh – Rukun2 Shalat.
Pelajaran Kelapan – Kewajiban2 Shalat.
Pelajaran Kesembilan – Bacaan Tasyahud.
Pelajaran Kesepuluh – Sunnah2 Shalat.
Pelajaran Kesebelas – Hal2 Yang Membatalkan Shalat.

No1150

Syarat-syarat wudhu’ ada sepuluh, yaitu:

  1. 1. Islam.
  2. 2. Akal (berakal).
  3. 3. Tamyiz (membedakan antara yang baik dan buruk).
  4. 4. Niat.
  5. 5. Meneruskan niat dengan tidak berniat untuk menghentikannya sampai selesai wudhu’nya.
  6. 6. Hal-hal yang mewajibkan untuk wudhu’ telah hilang.
  7. 7. Istinja’ (bersuci dengan air) atau istijmar (bersuci dengan batu) sebelum wudhu’ (bagi yang selesai buang air).
  8. 8. Air (yang dipakai berwudhu’) suci dan mubah.
  9. 9. Menghilangkan apa yang menghalangi sampainya air kekulit.
  10. 10. Tiba waktu shalat, bagi orang yang hadatsnya terus menerus (kerana sakit).

Itulah yang ingin disampaikan kepada kita oleh Syaikh Yang Mulia Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.

#####################################################

Disini iaitu di negara kita, kita telah diajar bahawa diantara syarat2 mengambil wudhu’ ialah:

1. Islam dan bermakna orang bukan Islam tidaklah sah wudhu’nya.
2. Mumaiyiz iaitu jikalau kanak2 dianya sudah dapat membezakan antara sesuatu.  
3. Suci dari haid dan nifas.
4. Tiada pada anggota wudhu’ sesuatu yang boleh mengubah air seperti celup merah dan sebagainya.
5. Tiada pada anggota wudhu’ sesuatu yang boleh menghalang air daripada sampai ke kulit.
6. Mengetahui mana fardu wudhu’ dan mana sunat wudhu’.
7. Jangan iktiqadkan mana2 yang fardhu itu sebagai sunat.
8. Air yang suci.
9. Apabila cukup syarat2 tersebut maka sah wudhu’ dan jika kurang maka batal wudhu’.

Semoga apa yang di kongsi dapat refresh ingatan kita semua.

Sampai disini dahulu.

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

Rabu, Februari 23, 2011

Muammar Gaddafi Vs Yusuf Al-Qaradawi

Bismillah.

Assalamualaikum.

Situasi di Libya semakin tegang. Pemimpin Libya sedang berusaha apa saja untuk mengekalkan kekuasaan.

Menarik jika kita perhatikan kata-kata dua tokoh berikut mengenai keadaan di Libya sekarang ini.

Kata-kata pemimpin Libya, Muammar Gaddafi1:
"Saya tidak akan berundur dari tanah ini dan akan mati sebagai seorang syahid. "Saya tetap tidak akan tunduk kepada desakan itu," kata Gaddafi dalam ucapannya.

No1235

Kata-kata Dr. Yusuf Al-Qaradawi2:
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"

Presiden Muammar Gaddadi sedia mati syahid  dan beliau  menggunakan kereta kebal, pesawat perang dan askar upahan dalam usaha untuk mengekalkan kekuasaan dan mengekang pemberontakan yang semakin bertambah buruk.

Berperang dengan rakyat sendiri!

Jika Allah SWT menetapkan dia terbunuh dalam proses itu, adakah benar dia akan syahid?

Beliau telah memerintah Libya selama 42 tahun. Satu tempoh yang amat lama. Apa lagi yang dimahukan.

Seorang pemimpin bila kepimpinannya sudah tidak dapat diterima oleh rakyat, sewajarnya menerimanya dengan berlapang dada. Undur secara terhormat.

Kerana semestinya sebagai seorang muslim dia mencari kebaikkan di dunia terutamanya kebaikkan di akhirat.

Cuba kita hayati apa yang dikatakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang mendapat jawatan khalifah ke-8 Bani Umaiyyah menerusi wasiat khalifah sebelumnya3.

Katanya: “ Wahai manusia, sesungguhnya aku mendapat cubaan dengan urusan ini (khilafah), di mana aku tanpa diminta persetujuan terlebih dahulu, memintanya ataupun bermusyawwarah terlebih dahulu dengan kaum muslimin. Sesungguhnya, aku telah melepaskan bai’at yang ada di bahu kamu untukku. Untuk selanjutnya silakan pilih daripada kalangan kalian sendiri seprang khalifah yang kamu redai.”

Kata-kata rakyat beliau:
”Kami telah memilih tuan, wahai Amirul Mukminin. Kami reda terhadap tuan. Aturlah urusan kami dengan kurnia dan berkat Allah.”

Ada riwayat mengatakan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilihat didalam mimpi sedang didalam keadaan cemas. Dikatakan beliau sedang di hisab berkaitan dengan amanah yang diberikan Allah SWT kepada beliau semasa di dunia. Dan proses itu berlarutan melebihi 10 tahun akhirat.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz dikatakan memerintah lebih kurang 2 tahun dan beliau sememangnya seorang pemimpin yang adil. Wallahualam.

Kita dikurniakan Allah SWT dengan akal fikran. Fikir-fikirkan.

Wassalam.

[Sumber: 1 (Utusan Malaysia), 2 (Bujang Susah, 3 (Buku “Belajar Dari Dua Umar”)]

Selasa, Februari 22, 2011

BSK 185. Ops Lalang Membakar Minda

Bismillah.

Assalamualaikum.

IMG_0759 2

Siapakah yang mengarahkan penangkapan beramai-ramai, yang menyaksikan 106 orang, termasuk seteru politik Dr Mahathir Mohamad (PM ketika itu) ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987?

Polis atau Menteri Dalam Negeri?

Dibawah ini kami ingin berkongsi pendapat yang dikirim kepada ruangan Opinion, The Star oleh seorang warga Seremban berkenaan dengan Ops Lalang. Mari baca…..

Tuesday February 22, 2011
Police cannot usurp the home minister’s power

I WAS a surprised to read the ex-IGP’s statement “It is not the role of the prime minister to agree or disagree to the use of the ISA, ... that is the police’s call” (“Ex-IGP defends Ops Lalang” – Sunday Star, Feb 20)

I submit that he is only partially right there. Fortunately the matter does not quite end there.

Tun Hanif Omar, who was the IGP under the tenure of three prime ministers said that it was the police that initiated Ops Lalang in October1987 after a detailed study of the intelligence reports and consideration of the then prevailing circumstances.

While I agree that the police can, under the law, arrest anyone whom they suspect to have breached the law, the issue of the use of the ISA is not that simplistic. It goes deeper than that.

If the police have the final say in its execution, can the learned Tun explain why must such arrests under the ISA be endorsed by the Home Minister for validity?

What if the Home Minister disagrees to such endorsement? Can the detention under the ISA still stand under such a situation?

I submit that in a Parliamentary democracy such as ours, the police can only make recommendations for detention of the suspects to the Home Minister but cannot usurp his functions and detain them at their own whims and fancies.

In a democracy, the power lies with the people. The police are not elected by the people, whereas the Home Minister or the Prime Minister is.

It is they as elected representatives of the people who ultimately decide on ISA detention.

If it is a truism that the police can use the ISA at their sole beck and call, then even MPs (including the Home Minister and the Prime Minister) and state assemblymen (including chief ministers and mentris besar) would be at their mercy. A coup can take place lawfully which can hardly be disputed in any court of law.

I don’t think Parliament had this in mind when this ISA law was drafted. The police can only make recommendations for detention but the final say lies with the Home Minister.

In October 1987, the Home Minister was also the Prime Minister and he signed the detention order – whether hesitantly or otherwise is immaterial – to give legality to the detention without trial.

Dr A. SOORIAN,
Seremban.

Betul atau tidak kenyataan warga Seremban diatas?

Jika benar seperti yang dinyatakan, menteri dalam negeri ketika itulah yang mengesahkan penangkapan tahun 1987 itu.

Kenapa sekarang beliau memusing-musing kata-kata? Kenapa IGP ketika itu juga bersetuju?

Ops Lalang: Mahathir persalahkan polis
Bekas IGP: Dr M juga bantah Ops Lalang

Adakah itu sindrom dilema Melayu mudah lupa!

Wallahualam.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, curahkanlah hidayah-Mu kepada kami untuik melaksanakan amal perbuatan serta perilaku yang baik. Tidak ada yang memberi petunjuk untuk melaksanakan perbuatan serta perilaku yang baik kecuali Engkau. Dan jauhkanlah buruknya perilaku dan perbuatan dari kami, dan tidak ada yang dapat menjauhkan kami darinya, kecuali Engkau. Amin.

Wassalam.

Isnin, Februari 21, 2011

Pilihanraya Kampus Semakin Brutal

Bismillah.

Assalamualaikum.

Negara dikejutkan dengan berita seorang calon wanita pro-M UM dilapor hilang.

Masturah Abu Bakar  yang akan bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus dilaporkan hilang semasa keluar untuk membeli tambahan kredit telefon.

Sebelum itu Masturah telah menerima kiriman SMS daripada seseorang yang tidak dikenali yang memberi amaran yang berbunyi "woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat".

Laporan tidak memberitahu samaada kejadian tersebut ada kaitan dengan pilihanraya kampus yang akan dilangsungkan.

Jika diteliti dari 'sequence’ kejadian,  berkemungkinan terdapat unsur ‘foul play’ atau perbuatan khianat disebalik kehilangan tersebut.

Satu persoalan, adakah pilihanraya kampus semakin sengit sehingga ada tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan terhadap pihak lawan?

No1195

Pusat-pusat pengajian tinggi diamanahkan untuk mengeluarkan insan-insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

Mahasiswa dan mahasiswi yang dihasilkan, dilihat berpotensi menjadi pelapis kepada kepimpinan negara dan seterusnya memimpin negara di masa hadapan.

Tidaklah wajar jika ada insan-insan yang merupakan harapan ibubapa, masyarakat dan juga negara mengambil tindakan yang bertentang dengan undang-undang.

Jika benarlah kejadian itu didalangi oleh insan-insan berpotensi ini yang juga merupakan bakal pemimpin negara di masa hadapan, maka punahlah atau sia-sialah ‘harapan’ yang disandarkan kepada mereka.

Semoga mereka-mereka ini membuat U-turn dan kembali ke jalan yang lurus.

Kita doakan yang terbaik kepada Masturah Abu Bakar dan semoga beliau dibawah peliharaan Allah SWT selalu. Amin.

Wassalam.

Sabtu, Februari 19, 2011

Had Tempoh Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Bismillah.

Assalamualaikum.

Ada lapuran yang melapurkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.

Sememangnya Itu adalah satu cadangan yang baik dan bernas. Begitu pun ianya tetap mempunyai implikasi baik dan buruknya (tak perlulah diulas disini).

Apa yang ingin diulas disini adalah isu kepimpinan itu sendiri.

No1227

Perlu diingati, kepimpinan adalah amanah Allah kepada manusia, bilamana Allah memilih manusia menjadi khalifah untuk mukabumi dan manusia pula sanggup memikul amanah yang maha berat itu.

Sejarah umat Islam terdahulu menunjukkan bahawa kepimpinan bukanlah sesuatu yang menjadi rebutan.

Amat berat bagi seseorang yang dipilih untuk memikulnya. Jika diberikan pilihan mereka akan menolak amanah itu.

Mereka-mereka ini memahami dengan sebenar-benarnya kesusahan, kepayahan dan kesulitan yang akan mereka hadapi.

Cabaran dan keperitan bukan sahaja  semasa di bumi tetapi implikasi kepada mereka di akhirat nanti.

Kerana mereka perlu menunaikan hak-hak Allah dan Rasul-Nya. Iaitu berhukum dengan al-Quran dan hadith Nabi. Kerana Islam telah menggariskan hukum-hukum berkaitan dengan ibadat, muamalat, nikah-kahwin dan hukum menjaga keamanan negara.

Tergelincir dari landasan yang digariskan, maka mereka akan termasuk didalam golongan orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri dan berisiko mendapat kitab prestasi dari sebelah kiri atau dengan tangan kiri.  

Contoh terbaik ialah Khalifah Umar Abdul Aziz!

Bila manusia mula meninggalkan agama dengan bermacam-macam alasan diberikan maka ‘konsep’ amanah itu sendiri berubah.

Dewasa ini ianya adalah ‘profession’.  Satu jawatan yang menjadi rebutan ramai dan yang cukup lumayan pulangannya.

Jawatan yang merupakan lubok emas yang cukup menguntungkan. Bukan sahaja kepada penjawat tetapi kepada keluarga dan sekutu-sekutunya.

Tidak perlu menunaikan hak-hak Allah dan Rasul-Nya. Tidak perlu berfikir tentang akhirat.

Perjalanan hidup mengikut nafsu dan memuaskan nafsu keluarga dan sekutu-sekutu sendiri.

Contoh terkini ialah mantan presiden Mesir. Dimana kekayaannya dianggarkan bernilai UD70 billion.

Berbalik kepada situasi di negara kita.

Mereka-mereka yang ditampuk pemerintahan waktu ini, adakah akan menerima pakai cadangan itu?

Tidak ada sesiapa di zaman ini, samada di negara kita atau dimana-mana bahagian di dunia ini  yang akan melepaskan jawatan yang disandangnya. Kecualilah jika terdapat peruntukkan didalam perlembagaan negara berkenaan..

Jika tiada peruntukkan maka bagi orang-orang yang ‘waras’ tidak perlulah menyusahkan diri. Ikut sahaja perlembagaan, memerintahlah sehingga akhir hayat.

Memang, tidak nafikan ada pemimpin yang istiqomah memberikan yang terbaik untuk rakyat.

Mereka-mereka ini benar-benar berpegang dengan prinsip-prinsip agama yang mereka anuti. Fahami benar-benar amanah Allah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

Ada juga mereka-mereka yang berpegang dengan prinsip-prinsip yang didokong oleh parti mereka dan tidak menyimpang dari landasan itu.

Tetapi mereka-mereka ini merupakan ‘dinosaur’ pada zaman ini. Semakin pupus!

Samada tempuhnya lapan tahun atau dua penggal atau sehingga akhir hayat, mereka-mereka yang diberikan amanah ini perlu memikirkan sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang bermaksud:
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi.

By hook or by crook mereka terpaksa kerana imam atau pemimpin termasuk didalam kelompok yang amat berat dan sukar hisabnya di akhirat.

Wallahualam.

Jumaat, Februari 18, 2011

BBK 40. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Kesebelas

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kita akan masuk Pelajaran Kesebelas pada hari ini. Seperti biasa kami tunjukkan tajuk-tajuk pelajaran yang telah terdahulu kami share dengan kawan-kawan.

Pelajaran Pertama - Surah Al-Fatihah.
Pelajaran Kedua – Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah.
Pelajaran Ketiga – Rukun Iman.
Pelajaran Keempat – Pembagian Tauhid dan Syirik.
Pelajaran Kelima – Rukun Islam.
Pelajaran Keenam – Syarat-syarat Shalat.
Pelajaran Ketujuh – Rukun-rukun Shalat.
Pelajaran Kelapan – Kewajiban-kewajiban Shalat.
Pelajaran Kesembilan – Bacaan Tasyahud.
Pelajaran Kesepuluh – Sunnah-Sunnah Shalat.

Pelajaran seterusnya yang ingin disampaikan oleh shaikh yang mulia Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz dalam bukunya ‘Beberapa Pelajaran Penting Untuk Segenap Ummat’ ialah pelajaran kesebelas. Mari kita perhatikan.

No1138

Hal-hal yang membatalkan shalat ada delapan, yaitu:

1. Berbicara dengan sengaja, sedang ia ingat (sadar) dan mengetahui (hukum tidak bolehnya berbicara dalam shalat). Adapun orang yang lupa dan jahil (tidak mengetahui hukumhya), maka shalatnya tidak batal.
2. Tertawa.
3. Makan.
4. Minum.
5. Membuka aurat.
6. Menyimpang jauh dari arah Qiblat.
7. Banyak bergerak (dengan gerakan-gerakan yang tidak perlu) dan berturut-turut.
8. Batal Wudhu’.

Diatas adalah pelajaran yang ingin disampaikan kepada kita. Semoga kita mendapat menfaat darinya.

#####################################################

Di negara kita, kita diajar perkara-perkara yang membatalkan solat diantaranya adalah seperti berikut:

1. Berkata-kata dengan sengaja dengan walau hanya dengan satu huruf yang difahami.
2. Bergerak tiga kali berturut-turut (sekalipun dengan terlupa).
3. Didatangi hadas kecil atau besar.
4. Terkena najis yang tidak dimaafkan.
5. Terbuka aurat (kecuali dapat ditutup dengan segera).
6. Mengubah niat (diantara memutuskan solat atau meneruskannya).
7. Berpaling badan iaitu dada dari kiblat dengan sengaja.
8. Makan (walau sedikit).
9. Minum (walau sedikit).
10. Ketawa (hingga terkeluar suara).
11. Menangis (hingga terdengar esakan atau suara).
12. Memanjangkan rukun yang pendek.
13. Murtad (keluar dari Islam).
14. Mendahului imam pada perbuatan dan bacaan (batal juga jika terkemudian dari iman melebihi tiga pergerakan).

Semoga kita mendapat menfaat yang berguna dan berfaedah dari pelajaran-pelajaran yang disampaikan, insya’allah.

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

Khamis, Februari 17, 2011

BSK 184. Kucing Bernama Survivor

Bismillah.

Assalamualaikum.

Ada banyak kucing berkeliaran dibelakang rumah kami. Ada seekor tu kami namakan Survivor.

Ada cerita kenapa kami namakan kucing seekor ini Survivor. Mari kami ceritakan kisah kucing seekor ini.

Kisah bermula lebih kurang tiga bulan atau lebih (kami tak begitu pasti) sebelum pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 bermula.

Dua ekor kucing betina melahirkan anak ketika itu. Kucing betina pertama melahirkan tiga ekor anak. Kucing betina kedua pula melahirkan seekor anak sahaja.

Anak kucing dari kucing betina kedua itu kami namakan “Oranje” kerana bulunya berwarna oren. Kebetulan musim Piala Dunia dan kami dari dulu lagi meminati pasukan Belanda, jadi nama itu semestinya menjadi pilihan.

For the record, kucing-kucing ini bukan peliharaan kami atau sesiapa. Tetapi memang dari keturunan kucing belaan. Itu pasti.

Kami pernah menulis di blog kami mengenai anak kucing yang dinamakan Oranje ini. Ada dua atau tiga posting jika tidak silap kami

Malangnya Oranje mati tidak lama selepas Piala Dunia 2010. Rasanya sebelum Paul si sotong tu.

Kucing betina pertama pula, macam kami katakan ada tiga ekor anak. Macamana kami tahu semua ini? Hmmm…..

Dibelakang, antara rumah kami dan rumah sebelah ada lorong yang dipisahkan oleh pagar. Tujuan utama lorong ini mungkin untuk senang ngobrol2 atau lepak2  atau gosip2   atau nak networking dengan jiran sebelah. Ia ke?

Kedudukan rumah kami tinggi sedikit dari rumah sebelah ini. Kebetulan rumah sebelah ini tidak dihuni.

Kucing betina dua ekor ini pun buat lorong ini sebagai tempat tinggal. Disebabkan kedudukkan paras rumah kami lebih tinggi, jadi bila kami buat pemerhatian kucing-kucing ini tidak cuba lari, buat slumberland sahaja.

Coming back pada anak-anak kucing yang tiga ekor itu. Dua ekor anak kucing memang nampak sihat. Bila menyusu dua ekor ini yang dominate. Yang seekor lagi tu kecil dan lembap. Selalu ketinggalan.

Tak pernah lagi kami dengar anak kucing yang seekor ini mengiau kuat. Cuma mengeluarkan suara lagi perlahan dari orang berbisik dalam kelambu. Dari dulu sampai sekarang.

Entah kerana sebab2 yang ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa, kedua-dua anak kucing yang nampak sihat itu mati selang seminggu. Kami yang ‘terpaksa’ tanam kedua-duanya di rumah sebelah. Kedua-duanya sudah boleh bermain sesama sendiri masa itu.

Bila dua ekor anak kucing ini mati, emak kucing itu seperti tidak menghiraukan anaknya yang seekor lagi tu. Meroyan kot!

Ingatkan akan diberikan susu pada anak yang masih tinggal ini, tetapi tidak. Ditinggalkannya. Kesian!

Kucing-kucing ini mendapat makanan dari suri-suri rumah disini. Ada sahaja sisa-sisa makanan yang akan diberikan pada kucing-kucing di backalley ini. Kami pun begitu juga. Ada ikan bagi  ikan. Ada roti bagi roti. Kucing2 zaman moden semua dibalun. Kek, jemput2, biskut, semua di ngap!

Bila sahaja kumpulan kucing ini terdengar bunyi tingkap terbuka, mereka akan berkejar kesana. Termasuk sikenit seekor ini. Terkedik-kedik berlari mengikut emaknya.

Itulah routine kucing2 di backalley  kami dan itu yang membuat kami sekeluarga memberi perhatian kepada sikenit tu terutama anak kedua kami. Lama-kelamaan sikenit itu boleh adapt routine harian kumpulannya.

Kami dan anak kedua selalu juga bercakap-cakap mengenai sikenit ini. Dapat mengharungi kepayahan bersaing dengan dua adik-beradik dia. Dapat bersaing mencari makanan harian dengan kucing2 yang lebih dewasa dan besar dari dia. Dan yang penting dia boleh survive sehingga kini. Itu yang membuatkan kami namakan sikenit itu “Survivor”.

Anak kedua kami, bila sahaja berada di dapur akan selalu memanggil sikenit ini “Survivor, Survivor”. Dia seakan-akan tahu bila dipanggil. Kelihatan mulutnya bergerak, tetapi tak terdengar ngiauannya.

Petang Selasa, 15/2/2011 kami terdengar bunyi salakan anjing dibelakang rumah. Kami ke dapur dan terus menjenguk keluar tingkap. Ternampak dua ekor anjing. Kami pun membuka pintu belakang untuk meninjau.

Kami dapati seekor kucing sedang dikeroyok oleh tiga ekor anjing. Dua ekor anjing sedang menggigit kedua-dua kaki dengan kucing yang malang itu. Seekor anjing lagi sedang mencuba untuk menggigit kaki belakang kucing itu. Dua atau tiga ekor anjing lagi berada dibelakang memerhati. Kucing itu terawang-awang di udara, seakan-akan akan dicarik-carik oleh dua ekor anjing berkenaan.  

Kerana kejadian berlaku selang dua buah rumah dari rumah kami, kami cuma sempat menjerit “shoooh” sahaja. Hendak turun was-was juga. Enam ekor anjing tu! Tak ada pulak pintu rumah atau tingkap rumah lain yang terbuka.

Dalam keadaan gawat tu, kami terlihat emak Survivor berlari dengan laju menuju kumpulan anjing berkenaan dan mencakar atau menggigit salah seekor anjing yang membaham kaki kucing malang itu. Mungkin kerana diserang secara mengejut dan sakit kerana cakaran atau gigitan, anjing2 itu melepaskan mangsa mereka dan cabut.

Kami dapat lihat si Survivor mengesot ke tepi longkang. Huhu.

Pagi semalam kami dapati Survivor tidur dibawah ampaian kami. Gaya tidur tidak seperti biasa. Kedua kaki hadapan seperti didakap ke badan. Seperti susah dan kesakitan bila membuat pergerakan.

No1224No1225No1226

Lepas sarapan, wife bancuhkan susu dan kami berikan kepada Survivor. Mungkin kerana kesakitan, dia tidak membuat percubaan untuk lari. Kami letakkan bekas susu disebelah kepala dia tetapi dia tidak mencuba untuk minum.

Menjelang tengahari kami terlihat Survivor dengan payah berjalan ke rumah jiran, setentang dengan rumah kami. Tempat yang selalu dia tidur waktu tengahari.

Sebelah petang kami campakkan juga makanan pada dia, tetapi tidak dijamah pun.

Dia berada disana sehingga malam. Itulah kali terakhir kami melihat dia.

Pagi ini kami sekeluarga tidak nampak lagi kelibat Survivor. Tak tahu kemana dia.

Yang menghairankan kami, kelibat emak dia tidak kelihatan lagi selepas kejadian petang Selasa itu.

Walau apa pun kami meminta yang terbaik untuk dua ekor kucing berkenaan, Survivor dan emak dia. Kami berharap Survivor akan survive sekali lagi.

Kami merasa gerun juga dengan kumpulan anjing ini. Memang bukan selalu kumpulan ini merayau-rayau dibelakang rumah tetapi sekumpulan budak-budak berbasikal selalu bermain di jalan belakang ini. Tak dapat dan tak mahu kami bayangkan jika kedua-dua kumpulan ini terserempak atau bertembung. Allahuakbar.

So….. Ya Allah, Dialah Allah Tuhan kami, kami tidak menyengutui-Nya dengan sesuatu pun. Amin.

Wassalam.

Rabu, Februari 16, 2011

Raja Abdullah Arab Saudi Mangkat?

Breaking News: The King is Dead.

2/14/2011 
Meinhaj Hussain

Orator Obama & the Puppet King

We have received information that King Abdullah of Saudi Arabia is dead. He passed away yesterday apparently after a heated discussion with Obama related to Egypt. Abdullah was highly agitated and suffered a stroke. Saudi Arabian officials are of course rejecting the claim but have changed his status to "critical", apparently in an attempt to stage the political fallout.

Islam Times was the first to report this news and claims to have inside information from the Saudi royal family. Our own sources suggest the same. Other independent sources are also echoing these views. There are now also reports that an unusual amount of high level personages are visiting Abdullah's hotel in Morocco. These latter reports are from Jadidnet.com.

It appears that the impact of Egypt and Tunisia is snowballing in many ways yet unforeseen. Thus goes another puppet of America. May he not rest in peace.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami terbaca berita diatas di laman web Grande Strategy. Tak percaya klik dibawah ini:
Breaking News: The King is Dead.

Wassalam.

Valentine's Day From an Islamic Perspective

Bismillah.

Assalamualaikum.

Rasanya belum terlambat untuk kami menyentuh sedikit lagi berkenaan dengan Valentine’s Day.

Berkemungkinan besar kawan-kawan  pernah membaca atau terbaca artikel berkenaan dengan Valentine’s Day yang telah disiarkan di Islamonline.net.

Jika belum atau nak refresh memory berkenaan dengan hari yang di rayakan itu, mari kita baca bersama-sama…..

Name of Questioner: Lamya   - Egypt
Question: Respected scholars, as-salamu `alaykum!
Thank you very much for the wonderful service you provide and more grease to your elbow! Could you please furnish me with the Islamic view on celebrating the Valentine’s Day?

Date: 14/Feb/2010

Answer:

Wa `alaykum as-salamu wa rahmatullahi wa barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.


Dear questioner, thank you very much for having confidence in us, and we invoke Allah Almighty to enlighten our hearts all to accept the truth and to grant us success both in this world and on the Day of Judgement, Amen.

No1220
First of all, we’d like to shed light on the origin of this festival, known as "Valentine Day" or "Festival of Love":

The Festival of Love was one of the festivals of the pagan Romans, when paganism was the prevalent religion of the Romans more than seventeen centuries ago. In the pagan Roman concept, it was an expression of "spiritual love".

There were myths associated with this pagan festival of the Romans, which persisted with their Christian heirs. Among the most famous of these myths was the Roman belief that Romulus, the founder of Rome, was suckled one day by a she-wolf, which gave him strength and wisdom.

The Romans used to celebrate this event in mid-February each year with a big festival.

One of the rituals of this festival was the sacrifice of a dog and a goat. Two strong and muscular youths would daub the blood of the dog and goat onto their bodies, then they would wash the blood away with milk. After that there would be a great parade, with these two youths at its head, which would go about the streets. The two youths would have pieces of leather with which they would hit everyone who crossed their path. The Roman women would welcome these blows, because they believed that they could prevent or cure infertility.

The connection between Saint Valentine and this festival:
Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called “Valentine’s books”, which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.

The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com

As regards the Islamic stance on this festival, Dr. Su`ad Ibrahim Salih, professor of Islamic Jurisprudence (Fiqh) at Al-Azhar University, states the following:

Indeed, Islam is the religion of altruism, true love, and cooperation on that which is good and righteous. We implore Allah Almighty to gather us together under the umbrella of His All-encompassing Mercy, and to unite us together as one man. Allah Almighty says: (The believers are naught else than brothers. Therefore make peace between your brethren and observe your duty to Allah that haply ye may obtain mercy.) (Al-Hujurat 49: 10)

Focusing more on the question in point, I can say that there are forms of expressing love that are religiously acceptable, while there are others that are not religiously acceptable. Among the forms of love that are religiously acceptable are those that include the love for Prophets and Messengers. It stands to reason that the love for Allah, and His Messenger Muhammad (peace and blessings be upon him) should have the top priority over all other forms of love.

Islam does recognize happy occasions that bring people closer to one another, and add spice to their lives. However, Islam goes against blindly imitating the West regarding a special occasion such as Valentine’s Day. Hence, commemorating that special day known as the Valentine’s Day is an innovation or bid`ah that has no religious backing. Every innovation of that kind is rejected, as far as Islam is concerned. Islam requires all Muslims to love one another all over the whole year, and reducing the whole year to a single day is totally rejected.

Hence, we Muslims ought not to follow in the footsteps of such innovations and superstitions that are common in what is known as the Valentine’s Day. No doubt that there are many irreligious practices that occur on that day, and those practices are capable of dissuading people from the true meanings of love and altruism to the extent that the celebration is reduced to a moral decline.

Kita telah diberitahu sejarah kemunculan Valentine’s Day dan kita juga di beritahu bahawa perayaan itu tidak ada kena mengena dengan Islam bahkan paderi-paderi kristian terdahulu pun menolak tradisi itu.

Jadi kenapa umat Islam kita tumpang semangkok merayakannya? 

Mungkin ada yang berpegang dengan kata-kata ini: “Masa muda kita enjoy dulu! Dah tua kita taubat!” Sempat ke yob?

Mungkin juga ada yang mengambil kesempatan terhadap pasangan masing-masing. Banyak pasangan yang kena cekup dalam operasi di KL dan Selangor semasa Valentine’s Day Isnin lepas.

Cuba fikir-fikirkan pasangan mana yang rugi besar sebenarnya. Yang lelaki atau perempuan?    

Semoga di tahun-tahun mendatang umat Islam terutama golongan muda  lebih peka dengan isu sambutan Valentine’s Day ini. Insya’allah!

So….. Wahai Tuhan kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah faham kami. Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaMu, wahai yang Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

Selasa, Februari 15, 2011

BSK 183. Hari Keputeraan Rasulullah S.A.W.

Bismillah.

Assalamualaikum.

IMG_0248 2

Hari ini kita menyambut Maulidur Rasul. Rasulullah s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah. Ada yang meriwayatkan ia bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 M.

Diriwayatkan bahawa ibu Rasulullah s.a.w. pernah berkata: “Setelah aku melahirkannya keluar dari farajku cahaya yang menerangi untuknya istana-istana di Syam”.

Diriwayatkan bahawa perkara-perkara luar biasa sebagai tanda perutusan Rasulullah s.a.w. telah terjadi ketika baginda dilahirkan. Semasa baginda dilahirkan empat belas lengkungan gerbang istana Kisra telah gugur, api yang disembah oleh orang-orang Majusi terpadam dan gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh setelah ia mendap ke dalam bumi.

Apabila baginda dilahirkan ibunya Aminah telah berkirim salam kepada Abdul Muthalib dengan memberitahu bahawa seorang cucu lelaki telah dilahirkannya. Orang tua itu berasa amat gembira lalu segera pergi dan terus meletakkan cucunya itu di tangannya. Dia membawanya terus ke Kaabah dan mengelilinginya sebanyak 7 kali bersama bayi itu lalu berkata: “Wahai anak yang diberkati! Aku akan namakan engkau Muhammad. Kelahiran anak ini mengiringi kemuliaan dan kemenangan untuk Rumah Suci. Semoga ia diberkati”.

Apabila para pengikutnya bertanya mengapa dia menamakan cucunya itu dengan nama Muhammad, bukan memilih nama-nama nenek moyangnya, dia berkata: “Kerana aku ingin dia dipuji di atas langit Allah dan di atas bumi pengikutnya”. Nama Muhammad itu bermaksud ‘orang yang menerima pujian’.

Kelahiran Rasulullah s.a.w. merupakan rahmat Allah Taala yang terbesar untuk umat manusia dan juga semesta alam. Kita hayati firman Allah:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Surah al-Anbia’: ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

Sebagai umat Islam, kita semestinya  sangat gembira dengan kelahiran Rasulullah s.a.w. sebagai rahmat yang agung untuk seluruh alam.

Kita Islam kerana kesabaran dan kecekalan Rasulullah s.a.w. melakukan dakwah. Dengan usaha baginda yang mantap dan padu dan tidak mengenal penat lelah kita boleh bersyukur kerana dikurniakan Islam. Alhamdulillah!

Cuba kita hayati kata-kata Rasulullah s.a.w. ini:
”Hai bapa saudaraku! Demi Allah, jika mereka letakkan matahari di sebelah kananku dan bulan disebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini – sehinggalah Allah menzahirkan kemenangannya atau aku terkorban di jalannya – nescaya aku tidak akan meninggalkannya”.

Itu adalah kata-kata Rasulullah s.a.w. apabila orang-orang Quraish datang mengancam Abu Talib yang memberi perlindungan kepada Nabi s.a.w. ketika itu.

Cuba kita renungkan juga kata-kata Rasulullah s.a.w. ini:
”Malah aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang-orang yang akan menyembah Allah semata-mata tanpa mensyirikkan-Nya dengan sesuatu”.

Itu adalah jawapan baginda apabila malaikat bukit yang hadir bersama Jibril menawarkan untuk menghempaskan dua bukit di Mekah keatas penduduk Taif yang telah menyakiti baginda.

Kita mengetahui bahawa Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w. tidak memeluk Islam walaupun beliau memberi perlindungan kepada Rasulullah s.a.w. untuk menyebarkan Islam sepanjang hayat beliau.

Untuk pengorbanan itu Abu Talib menerima siksaan yang paling ringan di neraka. Ia itu dipakaikan selipar dari api neraka sehingga menggelegak otaknya.

Abu Lahab, bapa saudara Rasulullah s.a.w. yang merupakan musuh ketat dan salah seorang yang paling aktif menyekat dakwah baginda (apabila baginda memulakan dakwah Islam) juga menzahirkan kegembiraan dia apabila baginda dilahirkan. Dia telah memerdekakan seorang hamba perempuan bernama Thuwaibah.

Kerana itu dia diringankan siksaannya setiap malam Isnin seperti dalam kisah ini:
”Abu Lahab telah dilihat didalam mimpi setelah kematiannya lalu ditanya kepadanya, Apa khabar? Abu Lahab menjawab, Aku terseksa didalam neraka! Tetapi Allah telah meringankan siksa-Nya terhadapku setiap malam Isnin kerana hari tersebut aku telah memerdekakan hamba perempuan bernama Thuwaibah kerana terlalu gembira menyambut kelahiran Nabi Muhammad disamping memerintahkan supaya Thuwaibah menyusukan Nabi s.a.w. sekalipun Abu Lahab seorang kafir. Tetapi Allah telah meringankan azab untuknya didalam kubur setiap malam Isnin kerana dia menzahirkan kegembiraannya menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w.”.

Marilah kita perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. agar kita mendapat keberkatan Allah Taala. Perbanyakkan berselawat bukan sahaja pada sambutan Maulidur Rasul tetapi pada setiap hari.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
(Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad – bermaksud: Ya Allah, kurniakanlah keselamatan dan kesejahteraan keatas Nabi Muhammad dan keselamatan dan kesejahteraan juga keatas keluarga Nabi Muhammad.)

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Semoga kita semua di rahmati Allah dan mendapat syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak. Insya’allah.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami! Engkau jadikan dan Engkau tetapkanlah Agama kami di Agama Nabi Muhammad s.a.w. Dan (jadikanlah) ke Islaman kami Islam yang sebenar-benar Islam, keimanan kami iman yang kukuh dan sempurna. Jadikanlah solat kami solat yang khusyuk sungguh-sungguh. Dan pendirian kami menurut pendirian orang yang tgkut (kepada-Mu). Dan rukuk kami bagi (rukuk) orang-orang yang merendah benar-benar, kepada-Mu. Dan jadikanlah sekalian amal kami sebagai amal orang yang soleh. Dan niat kami tetap dalam niat yang ikhlas (suci, bersih, benar-benar dalam keikhlasan). Dan jadikanlah dosa-dosa kami dosa yang diampunkan. Amin.

Wassalam.

(Bersumberkan: Sirah Nabawiyyah-terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kisah Para Nabi-terbitan Darul Fajr Sdn Bhd, Risalah Maulid Al-Rasul-terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)

Ahad, Februari 13, 2011

BSK 182. Hukum Perayaan Pada Hari-Hari Tertentu

Bismillah.

Assalamualaikum.

Anak ketiga kami telah membeli sebuah buku bertajuk “1001 Soal Jawab Agama & Wanita” terbitan Ana Muslim Publications.

Diantara kenyataan didalam “Kata Pengantar” adalah seperti berikut:
”Oleh kerana di negara ini kebanyakkan mengamalkan Mazhab Syafie dan dibenarkan mengikuti fahaman Mazhab yang lain seperti Mazhab Hambali, Maliki dan Hanafi. Maka buku ini juga ada diantara jawapannya yang diberi mengikut Mazhab Hambali – sebagai penyelesaian masalah di dalam bab tertentu”.

Setelah kami nyatakan kenyataan diatas, kami ingin share dua pertanyaan  dan jawapan yang diberikan dalam buku itu untuk kita buat ikhtibar.

1. Hukum Tentang Perayaan Hari Ibu

  • Pertanyaan: Setiap tahun kami memiliki hari cuti pada hari tertentu dan itu dinamakan dengan Hari Ibu. Iaitu pada tanggal 21 Mac. semua orang berkumpul dan merayakan hari tersebut. Perkara seperti ini dibolehkan atau dilarang?
  • Jawapan: Setiapa hari cuti dan perayaan yang berbeza dengan perayaan dalam syariah Islam adalah perkara baru yang diciptakan manusia, yang itu tidak dikenal pada masa orang-orang dahulu daripada kita yang Soleh. Selain itu, kemungkinan perkara tersebut meniru dari bukan Muslim. Oleh kerana itu, disamping sebagai sesuatu yang baru, mungkin juga itu sebuah perilaku yang mirip musuh Allah.

  • Hari perayaan syariah Islam telah banyak di kenal diantara orang Muslim. Iaitu Aidilfitri, Aidiladha dan Hari Raya Mingguan (Hari Jumaat). Tidak ada hari raya atau festival baru selain tiga macam tersebut. Setiap hari raya yang baru selain hari-hari tersebut ditolak sebagai bid’ah dan palsu dalam syariah Islam. Kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda bermaksud:
    ”Setiap perilaku yang diada-adakan dalam urusan kita (Islam) yang bukan termasuk di dalamnya, maka perkara itu ditolak.”

  • Begitulah perkara-perkara baru tersebut ditolak dan tidak akan diterima oleh Allah. Hadis lain menyebutkan bermaksud:
    ”Barang siapa melakukan perbuatan yang tidak terdapat dalam urusan kita (Islam), ia akan ditolak.”
  • Dari sini menjadi jelas, hari raya yang disebutkan oleh penanya yang terkenal dengan Hari Ibu tidak dibolehkan. Tidak dibolehkan pula segala perkara yang semacam itu, segala macam pertunjukan umum dan perayaan, kesenangan, memberi hadiah dan lainnya.
  • Menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk bangga dan menghargai agamanya. Ia seharusnya membatasi dirinya terhadap larangan Allah dan Rasul-Nya s.a.w., yang bererti akan menegakkan agamanya. Islam adalah agama yang diberikan Allah agar diikuti hamba-hamba-Nya. Tidak dapat ditambah-tambah atau dikurangkan. Selain itu, seorang Muslim harus tidak lemah yang mengikut setiap Tom, Dick, dan Harry (kebarat-baratan). Malahan keperibadian orang-orang tersebut seperti yang disebutkan oleh Allah, ia malah diikuti bukan pengikut, ia menjadi contoh dan bukan murid. Perkara ini seharusnya ditinggalkan, kerana hukum Allah telah sempurna dalam segala segi. Allah berfirman dalam Al-Quran:
  • الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
  • Ertinya:
    ”Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.”
    [Al-Ma’idah: 3]
  • Selain itu, ibu memiliki hak yang lebih daripada hanya satu hari dalam setahun sebagai perayaan untuknya. Sesungguhnya, perempuan memiliki hak terhadap anaknya, yang anak-anak tersebut akan peduli padanya, tunduk kepadanya, taat kepadanya dalam tiap sesuatu yang bukan dosa, pada setiap waktu dan tempat.
  • (Syaikh Ibn Utsaimin)

No1047

2. Hukum Merayakan Hari Ulang Tahun

  • Pertanyaan: Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya: Apa hukum merayakan hari ulang tahun?
  • Jawapan: Merayakan hari ulang tahun tidak ada dasarnya sama sekali di dalam syariat yang suci ini, bahkan termasuk perbuatan bid’ah, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
  • “Barang siapa mengada-ada dalam perkara (agama) kita ini yang bukan bahagian darinya, maka perbuatan itu ditolak.”
  • Dalam lafaz Imam Muslim dan diulas oleh Imam Al-Bukhari didalam Sahih-nya disebutkan bermaksud:
  • “Barangsiapa mengerjakan suatu perbuatan (dalam agama) yang tidak ada perintah dari kami, maka perbuatan tersebut ditolak.”
  • Yang telah diketahui bahawasanya Nabi s.a.w. tidak pernah mengadakan perayaan ulang tahun selama hidupnya, tidak pernah memerintahkan pun tidak ada dari sahabat yang melakukannya. Demikian pula para alkhulafaur rasyidun, para sahabat nabi semuanya tidak pernah mengerjakan perbuatan itu, padahal mereka adalah manusia paling tahu terhadap sunnah-sunnah Nabi dan manusia paling disukai Nabi serta paling gemar mengikut setiap apa yang diajarkan oleh Nabi. Jika perayaan ulang tahun disyariatkan, tentu mereka melakukannya. Demikian para ulama terdahulu, tidak ada yang mengerjakannya, tidak pula memerintahkannya.
  • Dengan demikian boleh difahami bahawa perbuatan tersebut bukan dari syariat yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Kami bersaksi atas Allah s.w.t. dan semua kaum muslimin, seandainya Nabi s.a.w. mengerjakannya atau memerintahkannya, atau para sahabat melakukannya, nescaya kami akan mengerjakannya pula dan mengajak untuk mengerjakannya. Kerana kami, alhamdulillah paling senang mengikut sunnahnya dan mengagungkan perintahnya. Kita mohonkan kepada Allah agar tetap teguh dalam kebenaran dan selamat dari apa yang menyalahi syariat Allah yang suci, sesungguhnya Dia Maha Baik dan Maha Mulia.

Pada kami kita boleh menggunakan jawapan dari kedua-dua pertanyaan diatas untuk menjadi hujah kenapa kita menolak sambutan-sambutan hari Valentine dan hari-hari yang seangkatan dengannya.

Walaupun hari-hari tersebut pada permukaannya kelihatan baik, tetapi ianya tidak ada dalam syariat Islam.

Tentu ada hikmah atau sebab kenapa Nabi, khalifah yang empat dan para sahabat tidak merayakan perayaan pada hari-hari tertentu selain dari Hari-Hari Raya yang telah disebutkan. Wallahualam.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami meridhai Allah sebagai Tuhan kami; kami meridhai Islam sebagai Agama kami; dan kami meridhai Muhammad sebagai Nabi kami. Amin.

Wassalam.

Sabtu, Februari 12, 2011

BKK 3. Khazanah Allah SWT Kepada Rasulullah SAW

Bismillah.

Assalamualaikum.

No1059

Khutbah Jumaat semalam, 11/2/2011 bertajuk “Menghayati Perjuangan Rasulullah SAW.”

Satu topik yang diutarakan kerana kita berada di bulan Rabiulawal dan akan menyambut Maulidul Rasul pada 12 Rabiulawal 1432H bersamaan 15/2/2011.

Kami ingin berkongsi poin-poin atau perenggan-perenggan yang menarik (pada hemat kami) dalam khutbah semalam dengan kawan-kawan. Mari kita hayati bersama-sama…..

Kini kita berada di bulan Rabiulawal, bulan yang penuh berkat lagi bermakna untuk umat Islam di mana pada tarikh 12 Rabiulawal kita akan menyambut Maulidul Rasul yang menjadi salah satu hari kebesaran Islam, yang pada biasanya akan disambut dengan begitu meriah di negara ini. Dengan cara sambutan sebegini kita akan terus menghidupkan syariat dan syiar yang dibawa oleh Baginda semenjak 1432H yang lalu. Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang telah menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah SWT sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

clip_image002

Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi. (Riwayat Iman Malik )

Kejayaan Rasulullah SAW di dalam mengembangkan dakwah Islamiah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam adalah berasaskan kepada pendekatan yang diamalkan oleh Baginda iaitu secara wasatiyyah. Wasatiyyah adalah merujuk kepada pelaksanaan Islam secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak manusia. Pada masa yang sama agama Islam dijunjung dan dimartabatkan dan tidak juga meminggirkan penganut agama lain untuk terus mengamalkan ajaran mereka. Dengan ini semasa pemerintahannya Nabi SAW melaksanakan titah perintah Allah SWT secara sempurna. Dengan sendirinya masyarakat Islam dapat dibentuk sebagai umat yang terbaik. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 143:

clip_image004

Maksudnya: Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu .

Berdasarkan ayat ini, Ummatan wasata telah ditakrifkan sebagai umat pertengahan iaitu umat yang adil, tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat sekaligus seimbang dalam seluruh aspek kehidupan. Ia mengambarkan umat Islam yang telah di jelaskan oleh Allah SWT sebagai manusia yang adil dan boleh menjadi saksi terhadap seluruh perbuatan manusia. Mengikut pandangan Sayyed Qutb,“Umat Islam adalah umat yang adil dalam segala erti keadilan sama ada dengan erti kebaikan dan kelebihan atau dengan erti kesederhanaan atau dengan ertinya yang fizikal, iaitu berada di tengah-tengah”. Justeru itu, Umat Islam dituntut untuk menseimbangkan antara tuntutan rohani dan jasmani dan antara tuntutan dunia dan akhirat. Sifat kesederhanaan dan keseimbangan ini sangat penting bagi orang yang beriman didalam menentukan kejayaan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Menarik bukan apa yang dikatakan dan dikupas oleh ‘mimbar’ semalam.

Diperkuatkan dengan kenyataan yang benar dari Rasulullah SAW:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi”. 

Dah nak masuk 54 tahun negara kita merdeka dan telah acapkali kita mendengar hadith tersebut, di mimbar, di kuliah, di tazkirah, di forum, di seminar, di siaran radio, di siaran TV, di internet dll.

Telah acapkali juga kita didedahkan dengan kupasan hadith tersebut.

Rasanya maksud hadith tersebut telah difahami sangat-sangat oleh alim ulamak kita, pemimpin-pemimpin kita dan juga segenap lapisan masyarakat negara kita yang beragama Islam.

Tetapi kita masih tidak mahu (atau tidak suka, atau tidak gemar)merealisasikan dua khazanah Rasulullah SAW itu dalam pemerintahan dan amalan hidup seharian kita. 

Hinggakan rakan-rakan bukan Islam yang membesar bersama-sama kita masih buta dengan prinsip-prinsip yang basic dalam Islam. Sehingga tergamak membangkitkan pertikaan dalam beberapa perkara. Contoh azan, arak, judi dan berjabat tangan.

Hinggakan kekadang itu terasa seperti ada ketegangan diantara orang Islam dan bukan Islam disini.

Bolehkah kita berkata kita telah mengikuti cara pendekatan Rasulullah SAW seperti kenyataan ini:
”Kejayaan Rasulullah SAW di dalam mengembangkan dakwah Islamiah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam adalah berasaskan kepada pendekatan yang diamalkan oleh Baginda iaitu secara wasatiyyah. Wasatiyyah adalah merujuk kepada pelaksanaan Islam secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak manusia.”  

Bolehkah kita mengaku kita umat terbaik di negara kita, seiring dengan pandangan Sayyed Qutb iaitu:
“Umat Islam adalah umat yang adil dalam segala erti keadilan sama ada dengan erti kebaikan dan kelebihan atau dengan erti kesederhanaan atau dengan ertinya yang fizikal, iaitu berada di tengah-tengah”.

Adakah kita termasuk didalam golongan umat yang disebuat dalam surah al-Baqarah ayat 143 diatas yang bermaksud:
“Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu” .

Atau adakah kita telah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang kita anuti dan kini kita sememangnya telah tersesat jauh dari landasan Islam?

Kita kenalah berfikir tentang halatuju negara kita dan halatuju yang mahu diterapkan kepada rakyat negara ini.

Barulah boleh kita tanya diri kita sendiri dan menjawab persoalan diatas.

Mari kita hayati lagi firman Allah SWT yang terdapat dalam khutbah tersebut iaitu dalam surah al-Qasas ayat 77:

clip_image002[13]Yang bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta yang Allah kurniakan kepadamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari dunia; dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau jadikan dan Engkau tetapkanlah Agama kami di Agama Nabi Muhammad SAW. Dan (jadikanlah) ke Islaman kami Islam yang sebenar-benar Islam, Keimanan kami iman yang kukuh dan sempurna.
Ya Allah ya Tuham Kami, sesungguhnya kami memohon segala sesuatu kebaikkan seperti yang dipohonkan oleh Nabi-Mu, Kekasih-Mu, Utusan-Mu dan Hamba-Mu Muhammad SAW. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada keburukan dan kejahatan sebagaimana perlindungan yang dipohon oleh Nabi-Mu, Kekasih-Mu, Utusan-Mu dan Hamba-Mu Muhammad SAW. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Februari 11, 2011

BBK 39. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Kesepuluh

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sudah sampai ke Pelajaran Kesepuluh kita hari ini. Sebelum itu kita lihat tajuk-tajuk pelajaran yang telah ‘complete’. Jom…..

Pelajaran Pertama - Surah Al-Fatihah.
Pelajaran Kedua – Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah.
Pelajaran Ketiga – Rukun Iman.
Pelajaran Keempat – Pembagian Tauhid dan Syirik.
Pelajaran Kelima – Rukun Islam.
Pelajaran Keenam – Syarat-syarat Shalat.
Pelajaran Ketujuh – Rukun-rukun Shalat.
Pelajaran Kelapan – Kewajiban-kewajiban Shalat.
Pelajaran Kesembilan – Bacaan Tasyahud.

Pel 10

Sunah-sunah shalat antara lain:
1. Istiftah (membaca bacaan istiftah setelah Takbiratul-Ihram, sebelum membaca Al-Fatihah).
2. Bersedekap, meletakkan telapak tangan kanan diatas tangan kiri, diatas dada, pada saat berdiri sebelum ruku’ dan setelahnya.
3. Mengangkat kedua tangan dengan merapatkan jari-jari, tangan terbuka sepadan dengan kedua pundak, atau kedua telinga, pada saat Takbir Pertama, pada saat ruku’, pada saat bangkit dari ruku’ dan pada saat berdiri dari Tasyahud Awal ke raka’at ketiga.
4. Membaca Tasbih (bacaan) ruku’ dan sujud, lebih dari satu kali.
5. Membaca do’a memohon maghfirah (ampunan) lebih dari satu kali, pada saat duduk antara dua sujud.
6. Mengupayakan agar kepala lurus dengan punggung, pada saat ruku’.
7. Pada saat sujud kedua lengan berjauhan dari kedua pinggang dan perut (berjauhan) dari kedua peha.
8. Pada saat sujud mengangkat kedua hasta/siku dari tempat sujud.
9. Duduk diatas telapak kaki kiri (yang dibaringkan), dan menegakkan telapak kaki kanan pada Tasyahud Awal dan ketika duduk antara dua sujud.
10. Duduk Tawarruk pada Tasyahud Akhir (dengan cara duduk diatas pinggul dan meletakkan kaki kiri dibawah kaki kanan serta menegakkan telapak kaki kanan).
11. Menegakkan telapak kaki kanan dikala duduk.
12. Membaca Shalawat dan Tabrik (do’a mohon berkah) untuk Nabi Muhammad dan keluarga beliau, untuk Nabi Ibrahim dan keluarga beliau, pada saat Tasyahud Awal.
13. Membaca do’a pada Tasyahud Akhir.
14. Membaca dengan jahar (mengeraskan suara) pada shalat Fajr, shalat Jum’at, shalat Iedain (Iedul Fitri dan Iedul Adha), shalat Istisqa’ (minta hujan) dan pada dua raka’at pertama dari shalat Maghrib dan Isya.
15. Membaca dengan sirr (tidak mengeraskan suara) pada shalat Zhuhur, Ashar, pada raka’at ketiga dalam shalat Maghrib dan pada dua raka’at terakhir dalam shalat Isya.
16. Membaca (ayat-ayat) Al-Qur’an setelah (membaca) surah Al-Fatihah.

Perlu diperhatikan sunnah-sunnah shalat yang diriwayatkan (dari Rasulullah saw) selain yang telah kami sebutkan diatas. Seperti: Membaca bacaan lanjutan dari bacaan “Rabbanaa walakalhamd” pada saat bangkit dari ruku’, (yakni) bagi imam, ma’mum dan munfarid. (Bacaan lanjutan tersebut) adalah sunnah. Termasuk pula (sunnah shalat) adalah meletakkan kedua telapak tangan pada kedua lutut dengan merenggakan jari-jari tangan pada saat ruku’.

Itulah pelajaran kesepuluh yang ingin disampaikan oleh Syaikh yang mulia itu.

********************************************************************************

Disini kita diajarkan sunat-sunat dalam solat terbahagi kepada dua bahagian:

1. Sunat Ab’adh
2. Sunat Hai’ah

Sunat-sunat  Ab’adh (sunat yang dituntut dan jika sengaja ditinggalkan perlu mengerjakan sujud Sahwi) seperti dibawah:
1. Membaca qunut dalam solat subuh.
2. Berdiri untuk membaca qunut selepas bangkit dari ruku’.
3. Membaca selawat dan salam kepada Nabi dan keluarga Nabi serta sahabat-sahabatnya dalam qunut.
4. Membaca tahiyat awal.
5. Duduk semasa membaca tahiyat awal.
6. Membaca selawat keatas Nabi Muhammad dalam tasyahud awal.
7. Membaca selawat kepada keluarga Nabi Muhammad dalam tasyahud akhir.

Sunat-sunat Hai’ah (sunat yang menyempurnakan keadaan solat dan jika tidak dilakukan tidak perlu mengerjakan sujud sahwi) antaranya seperti berikut:
1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul Ihram.
2. Meletakkan genggaman tangan di bawah dada, dengan tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri.
3. Membaca doa iftitah.
4. Membaca “Auzubillah hi minash Syaithaanir rajim” sebelum membaca surah Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5. Menyaringkan suara ketika menbaca surah Al-Fatihah dan juga bacaan surah dalam rakaat pertama dan kedua ketika solat Maghrib. Isya’ dan Subuh. Makmum tidak disunatkan menguatkan suara bagi solat berjemaah.
6. Menyebut lafaz “Amin” (bersama imam) selepas imam membaca Al-Fatihah.
7. Membaca surah-surah Al-Quran selepas bacaan Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua.
8. Menyebut takbir “Allahu Akbar” (ketika berpindah rukun) iaitu ketika hendak ruku’, sujud, bangun dari sujud dan bangun dari tasyahud awal untuk berdiri. Takbir berpindah rukun ini dinamakan takbir ‘Intiqalat.
9. Mengangkat tangan ketika (hendak) ruku’ dan bangun dari ruku’(I’tidal).
10. Membaca tasbih “subhana rabbi al-azimi wa bihamdih” ketika ruku’. 
11. Membaca tasbih “sami'allahu liman hamidah” ketika bangun dari ruku’.
12. Membaca tasbih “rabbana lakal hamd” setelah berdiri betul selepas bangun dari ruku’. 
13.  Membaca tasbih “subhana rabbial - 'ala wa bihamdih” ketika sujud.
14. Membaca doa “Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni” ketika duduk antara dua sujud.
15. Meletakkan tangan diatas peha dengan hujung jari setentang dengan kepala lutut.
16. Menggerakkan jari telunjuk (di tangan kanan) ketika menyebut “ ashhadu an la ilaha illa Allah”.
17. Duduk istirahah sesudah sujud.
18. Duduk Iftirash ketika membaca tasyahud awal.
19. Duduk tawarruk bagi tasyahud akhir.
20. Membaca selawat Ibrahimiah.
21. Membaca doa selepas tasyahud akhir.
22. Memberi salam yang kedua.
23. Berpaling ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam.

Semoga kita mendapat faedah dari pelajaran-pelajaran yang diberikan, insya’allah.

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

Khamis, Februari 10, 2011

BSK 181. Bogel Boleh Kentut Jangan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami terbaca dua berita menarik di Berita Harian semalam. Mari kita baca cerita pertama. Zass…..

Chef bogel tarik minat lelaki ke dapur
2011/02/09

HONG KONG: Sebuah saluran dewasa di sini dijangka mengeluarkan rancangan memasak diterajui seorang pengacara bogel yang akan menyiapkan masakan Kantonis sambil memakai apron jarang, satu cubaan untuk menggalakkan lebih ramai lelaki memasak.

Pengacara Flora Cheung akan memulakan setiap 30 minit rancangan membeli-belah barangan basah di pasar basah terkenal ibu kota ini, membuka pakaiannya sebaik saja kembali ke studio persendiriannya, lapor akhbar South China Morning Post.

Cheung yang mengakui tidak pernah bekerja di restoran, berkata beliau berharap rancangan berunsur seks itu akan menarik lebih ramai lelaki ke dapur. Episod pertama dijangka disiarkan lewat bulan ini.

“Saya gemar memasak dan ingin berkongsi keseronokan itu dengan ramai orang,” katanya. – AFP

Tak dapat kami nak komen. Terpulang kepada kawan-kawan untuk menilainya.

Hak peribadi? Hendak popular? Nak rating tinggi? Fikir-fikirkan sendiri.

Lapuran kedua juga tidak kurang menariknya. Taraa…..

Bahaya Kentut di Malawi
2011/02/09

LILONGWE: Ahli Parlimen Malawi dilaporkan akan membahaskan undang-undang baru menetapkan perbuatan kentut di khalayak ramai sebagai satu kesalahan, minggu depan.

Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah, berharap untuk meminda undang-undang anti pencemaran merujuk kepada perbuatan itu yang diperkenalkan pada 1929, untuk dikuatkuasakan atau tidak.

Undang-undang itu menerangkan: “Sesiapa yang mencemarkan suasana di mana-mana tempat hingga orang yang tinggal berdekatan atau lalu dekat situ terhidu bau busuk, adalah bersalah kerana salah laku.”

Menteri Kehakiman dan Perlembagaan, George Chaponda memberitahu radio Capital: “Kerajaan berhak menjamin peraturan awam. Kami berhak memperkenalkan undang-undang untuk kebaikan awam. – Agenasi

Susah jugak dibuatnya.

Jika di sesetengah negara, berbogel itu pilihan sendiri.

Tetapi  buang angin ni, tak boleh nak tahan. Memang semua orang buang angin atau gas ni. Sesetengah orang kalau ditahan, boleh pening kepala. Jadi angin seluruh badan. Naik angin dibuatnya.

Cuma bezanya angin atau gas ini, ada tak berbau, ada yang berbau. Tetapi yang pasti tak ada yang wangi.

Jika undang-undang itu diluluskan camno jadi keadaan di Malawi?

No1200

Gabus menjadi popular? Setiap rakyat membawa sebotol winyak wangi? Dibuka stesen untuk kemudahan orang buang angin atau gas? Dibuka sekolah untuk mengajar rakyat cara-cara mengawal kentut?

Kentut berjadual? Hahaha….. sewel ke?

Itu le dua berita yang kami nak share dengan kawan-kawan.

Yang pertama menggadaikan harga diri. Yang kedua, hendak menyekat perkara semulajadi.

Dunia! Fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan yang budiman.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, curahkanlah hidayah-Mu kepada kami untuk melaksanakan amal perbuatan serta perilaku yang baik. Tidak ada yang memberi petunjuk untuk melaksanakan perbuatan serta perilaku yang baik kecuali Engkau. Dan jauhkanlah buruknya perilaku dan perbuatan dari kami, dan tidak ada yang dapat menjauhkan kami darinya, kecuali Engkau. Amin.

Wassalam.

Rabu, Februari 09, 2011

BSK 180. Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi S.A.W.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Al-Syeikh Abdul Qadir al-Jelani al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:- 
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidg.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas setiap individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingati semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintas titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
30. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
31. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
32. Mendapat keberkatan daripada Allah.
33. Mendapat kesempurnaan iman.
34. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
35. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
36. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
37. Teguh pendirian dengan kebenaran.
38. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Disamping itu ia dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
No114039. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
40. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
42. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
(Sumber: Risalah Maulid Al-Rasul terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)

Marilah kita dengan ikhlas perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan semoga kita dikurniakan Allah SWT dengan kelebihan yang dijanjikan. Insya’allah.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami, melalui Rasul-rasul Mu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin.

Wassalam.

Selasa, Februari 08, 2011

BSK 179. Balkis Dan Ros Satu Dilema

Bismillah.

Assalamualaikum.

Isu mengenai Balkis mendapat liputan meluas apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa berlaku penyelewengan dana pertubuhan itu ketika ia diterajui Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Diatas adalah sedikit dari laporan berhubung dengan kes Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Menarik bukan?

Mari kita baca laporan penuh dibawah ini:

Pembubaran Balkis: Rayuan Peguam Negara ditolak
February 07, 2011

PUTRAJAYA, 7 Feb – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran kepada kerajaan Selangor serta sembilan yang lain untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan dan membatalkan pendaftaran Balkis, sebuah badan kebajikan yang dianggotai isteri wakil rakyat di Selangor.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Isu mengenai Balkis mendapat liputan meluas apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa berlaku penyelewengan dana pertubuhan itu ketika ia diterajui Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Kerajaan Selangor serta isteri Abdul Khalid, Puan Sri Salbiah Tunut, yang kini menjadi presiden Balkis, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan lima yang lain telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran agar semakan semula kehakiman dibuat bagi mengetepikan keputusan ROS itu.

Mereka memohon agar keputusan ROS pada 11 Februari 2009 yang membubarkan Balkis, diisytiharkan tidak sah dan terbatal serta memohon perintah agar pendaftaran pertubuhan itu dihidupkan semula.

Dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi pada 10 Ogos 2009 untuk memohon kebenaran memulakan inisiatif semakan semula kehakiman, peguam S.Selvarajah yang mewakili mereka, berkata anak guamnya telah menyumbang lebih RM6.8 juta kepada Balkis dan oleh itu telah berlaku pecah amanah apabila Balkis dibubarkan secara salah.

Pada 10 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan plaintif untuk mengetepikan notis yang difailkan Peguam Negara untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dengan alasan notis berkenaan tidak menggunakan nama perayu yang sewajarnya.

Pada prosiding hari ini, plaintif diwakili peguam Derek J. Fernandez dan Selvarajah, manakala Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan. – Bernama (Sumber: Malaysian Insider)

Kes kedua-dua suami isteri terbabit dapat memberi pengajaran berguna kepada kita semua. Pengajaran mengenai erti kehidupan.

No1182

Betul seperti yang dikatakan, kehidupan ini umpama roda. Kekadang kita diatas dan ada kalanya kita akan berada dibawah. Hari ini kita berkuasa esok lusa mungkin kita dikuasai.

Kehidupan juga mengajar kita, bila berada diatas kita kena berhati-hati. Kena tahu siapa kawan dan lawan kita. Kena menghormati kedua-duanya.

Kita kena tahu peraturan dan undang-undang yang ada. Jangan menganggap kita dan keluarga kita berada diatas undang-undang.

Bila kita diatas atau berkuasa, kita kena adil dalam segala tindak tanduk kita. Kena mengikut hukum hakam yang telah digariskan oleh agama.

Keputusan yang dibuat, diambil secara muafakat, tidak diputuskan sendirian. Pastikan kita tidak ada kepentingan dalam setiap urusan.

Bila kita diberi kuasa dan berada diatas, yang utama ialah kepentingan rakyat dan negara. Bukan kepentingan keluarga dan kroni.

Bila kita diatas atau berkuasa, mesti ada didalam hati dan minda kita, ada yang Maha Berkuasa dan Maha Atas dari kita.

Allah SWT!

Dan bila kita jatuh kita tidak akan merasa runsing. Kita tidak akan merasa susah hati. Kita tidak akan merasa irihati.

Kita tidak akan ada perasaan dengki. Kita tidak akan ada perasaan dendam.

Dan bila kita jatuh kita merasa syukur, kerana kita telah melakukan keadilan menjalankan amanah Allah SWT.

Dan bila kita jatuh, tidak ada kes yang boleh disabitkan kepada kita. Samada di mahkamah dunia atau di mahkamah akhirat. Alhamdulillah.

Yang utamanya kita akan merasa tenang tenteram samada berada diatas atau dibawah. Fikir-fikirkan.

So….. Ya Allah, tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau kehendaki. Ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.

Wassalam.

Isnin, Februari 07, 2011

BSK 178. Yang Pertama Sambut Maulid Nabi S.A.W.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Masjid Nabawi Madinah 2

Kita akan menyambut Maulid Nabi s.a.w. tahun ini pada 12 Rabi’ul Awwal 1432H bersamaan hari Selasa, 15/2/2011.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Surah Al Anbiyaa’ (Nabi-Nabi): Ayat 107 yang bermaksud:
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Siapakah yang pertama Mengadakan Sambutan Maulid al-Rasul?

Orang yang pertama membuat sambutan Maulid al-Rasul ialah Raja al-Muzaffar Abu Sa’lid Kaukabri Ibnu Zainuddin Ali Bin Baktakin seorang Raja yang tersohor dari Irbil di Iraq. Hal ini dinyatakan oleh Ibnu Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah. Katanya, Raja al-Muzaffar mengadakan sambutan Maulid al-Rasul secara besar-besaran pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau adalah seorang raja yang bijaksana, berani, pintar serta adil.1

Pendapat ulama tentang keizinan Syara’ Menyambut Maulid al-Rasul:

1. Kata Ibnu Taimiyyah: “Memuliakan Kelahiran Rasulullah s.a.w. serta mengadakan sambutan yang bermusim seperti yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam adalah perbuatan yang akan mendapat ganjaran besar daripada Allah. Hal ini adalah kerana niat dan tujuan sambutan itu adalah untuk memuliakan Rasulullah s.a.w.2

2. Imam al-Nawawi r.h. berkata: “Antara Bid’ah Hasanah yang dilakukan dizaman kita ini ialah mengadakan sambutan Maulid al-Rasul pada setiap tahun. Pada hari tersebut orang ramai mengambil kesempatan bersedekah, membuat pekerjaan terpuji seperti menzahirkan kegembiraan, memakai perhiasan dan berlaku ihsan kepada orang miskin yang didorong oleh perasaan cinta dan ta’zim kepada Rasulullah s.a.w. serta rasa syukur kepada Allah dengan kelahiran baginda sebagai rahmat untuk seluruh alam.3

3. Ibn Hajar al-Haithami r.a berkata, Bid’ah Hasanah adalah disepakati oleh Ulama’ bahawa hukumnya adalah sunat. Berhimpun mengadakan sambutan Maulidur al'-Rasul hukumnya juga adalah Bid’ah Hasanah.

4. Imam al-Sakhawi berkata: “Berdasarkan fakta, bahawa Maulid al-Rasul ini tidak pernah diadakan oleh Salaf al-Soleh pada tiga kurun yang pertama selepas wafat Rasulullah s.a.w. Ia diadakan selepas itu. Kemudian sambutan ini diadakan oleh umat Islam di merata tempat. Pada sebelah malamnya barulah mereka bersedekah, membaca sejarah kelahiran Rasulullah s.a.w. serta mereka dapat merasakan keberkatan Rasulullah s.a.w. yang merata.4

1

Al-Hawi Lil Fatawa – 292/1

2

Al-Sirah al-Halabiah oleh Ali bin Burhanuddin al-Halabi 83, 84/1. Hal ini juga disebutkan Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Iqtida’al-Sirat al-Musyaqim

3

Sirah al-Halabi 83, 84/1

4

Sirah al-Halabi 83, 84/1

(Sumber: Risalah Maulid Al-Rasul – Diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)

Marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kerana banyak kelebihan yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hamba Nya yang berselawat kepada Rasululllah s.a.w.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Surah al-Ahzab (Golongan yang bersekutu): ayat 56 yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan  ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
(
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad – bermaksud: Ya Allah, kurniakanlah keselamatan dan kesejahteraan keatas Nabi Muhammad dan keselamatan dan kesejahteraan juga keatas keluarga Nabi Muhammad.)

Tapi janganlah kita cuma berselawat kepada Nabi Besar kita secara bermusim sahaja. Macam adat sahaja jadinya.

Amalkan berselawat setiap hari.

So….. Ya Allah! Engkau jadikan dan Engkau tetapkanlah Agama kami di Agama Nabi Muhammad s.a.w. Dan (jadikanlah) ke Islaman kami Islam yang sebenar-benar Islam, keimanan kami iman yang kukuh dan sempurna. Jadikanlah solat kami solat yang khusyuk sungguh-sungguh. Dan pendirian kami menurut pendirian orang yang tgkut (kepada-Mu). Dan rukuk kami bagi (rukuk) orang-orang yang merendah benar-benar, kepada-Mu. Dan jadikanlah sekalian amal kami sebagai amal orang yang soleh. Dan niat kami tetap dalam niat yang ikhlas (suci, bersih, benar-benar dalam keikhlasan). Dan jadikanlah dosa-dosa kami dosa yang diampunkan. Amin.

Wassalam.

Ahad, Februari 06, 2011

BSK 177. Valentine’s Day Menjelma Lagi

Bismillah.

Assalamualaikum.

No1177

“Sekuntum mawar merah, sebuah puisi, untuk gadis pilihan, di bulan February.”  Red rose

Valentine’s Day disambut pada 14 February setiap tahun. Hari itu disambut diseluruh pelusuk dunia. Termasuk juga di Malaysia.

Tetapi kenapa orang Islam turut sama merayakan Valentine’s Day? Bukankah perayaan itu bukan bersumber dari Islam dan ianya bercanggah dengan Islam itu sendiri.

Mengikut trend? Suka-suka ikut kawan-kawan? Saja-saja nak bersukaria? Nak berseronok? Nak menunjuk-nunjuk kat girlfriend?

Mari kita baca fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berhubung dengan Valentine’s Day:

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم    

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”                                                                                                            ( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
[Sumber: e-Fatwa (Portal Rasmi Fatwa Malaysia)]

Fatwa dikeluarkan pada akhir tahun 2005, tetapi masih ada ramai lagi orang Islam yang merayakan hari itu sehingga kini.

Kenapa?

Adakah orang-orang Islam terutamanya remaja-remaja Islam di negara kita tidak paham dengan bahasa lembut, kiasan atau berlapik yang digunakan oleh Majlis Fatwa?

Adakah perlu dikatakan atau ditulis sahaja “haram” untuk memahamkan orang-orang Islam disini?

Mungkin juga!  Takut pulak nanti  ada pihak yang kata “dilarang” sahaja. Belum jatuh “haram” lagi. Ish ish ish…..

Kita telah tahu sambutan itu haram, oleh itu mari kita pastikan yang kita serta keluarga kita menghindari diri dari membudayakan segala jenis gejala yang dilarang Islam.

So…..Ya Allah wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya. Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India