DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, November 30, 2010

BFK 124. Seremban - Unisel - Kuis

Bismillah.

Assalamualaikum.

Pagi Ahad kami dan wife menghantar anak pertama balik ke Unisel. Kami  gunakan route biasa Seremban-Meru-Batang Berjuntai. Dah terbiasa dengan Batang Berjuntai susah nak adjust atau tak best untuk menyebut atau menulis Bestari Jaya.

Sampai kat Meru, kami buat detour kat Jalan Haji Salleh. Saja-saja teringin nak ambil angin kat sana. Kami pusing-pusing sebentar kat situ. Kedai tomyam belum dibuka. Zooooom! Kami laju je. Belok kat Jalan Kasban.  Zooooom! Laju lagi. Ish ish ish. Berapa banyak zooooom la!

Cuaca baik. Selamat sampai kat destinasi. Perjalanan balik pun OK. Alhamdulillah.

Hari Isnin kami dan wife berkereta lagi. Kali ini hantar anak kedua balik ke KUIS. Tak singgah mana-mana. Seremban ke KUIS tak jauh. Masuk tol keluar tol je. Santai 20 minit dah sampai. Tak sempat nak menguap. Tak sampai setanak nasi pun jauhnya. Tak payah beli air 100Plus atau Livita. Gula-gula pun tak perlu. Hmm…..

No0929

Anak kedua kami ditempatkan kat apartment semacam ini. Lebih sikit bayornya. Huhu.

Kami balik pun tak ada masalah. Alhamdulillah.

Jauh atau dekat kami layan sama sahaja. Kan namanya anak!

So….. semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan kita. Amin.

Wassalam.

BSK 144. Utusan Catat Kerugian RM10 Juta

Bismillah.

Assalamualaikum.

Adakah benar seperti apa yang disiarkan di Harakah Daily?

Utusan records RM10 million loss

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Nov 25: Utusan Melayu, the company which publishes UMNO and its right wing offshoot Perkasa’s mouthpiece, Utusan Malaysia, has recorded a pre-tax loss of RM10.682 million in the first nine months this year.

This is in contrast to the pre-tax profit of RM1.707 million for the same period last year.

According to a filling in Bursa Malaysia, Utusan attributed the decline in revenue from RM253.847 million to RM244.564 million to a decrease in advertising revenues.

Besides recording a lower pre-tax profit of RM1.736 million for the third quarter ending September 30, against RM10.128 million last year, Utusan’s revenue only managed to improve by a dismal RM10,000, from RM89.53 million to RM89.54 million during the period under review this year.

Responding to the loss, former MCA Subang Jaya state assemblyman Lee Hwa Beng expressed sympathy to the paper's shareholders, and said that RM10 million spent for propaganda purposes were "cheap".

“RM10 million a year for propaganda is cheap. Only pity the shareholders,” said Lee in a Twitter posting.

The loss drew an almost immediate response from none other than the paper's frequent target of condemnation, Opposition Leader Anwar Ibrahim, who said the paper's drop in quality was also a factor.

utusan_umno_perkasa

Kenapa boleh rugi? Adakah Utusan telah hilang keberkatannya? Sudah ditarik oleh yang Maha Berkuasa?

Cuba kita hayati surah al-Baqarah ayat 42 yang bermaksud:
”Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.”

Utusan perlu kembali kepada maksud asal ianya ditubuhkan. Memberikan berita yang telus kepada rakyat! Cuba difikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT tunjukkan kepada kita perkara yang benar itu adalah benar dan dipandunya kita supaya mengikutinya, dan tunjukkan kita perkara yang bathil itu adalah bathil supaya kita meninggalkannya. Amin.

Wassalam.

Isnin, November 29, 2010

Stop Child Abuse

Golongan yang berumur kurang dari lapan belas tahun dikategorikan sebagai kanak-kanak.

“Perbuatan jahat atau zalim yang dilakukan terhadap golongan mereka yang berumur kurang dari lapan belas tahun”.

Itu lah apa yang katakan ‘Penderaan Kanak-kanak’ atau ‘Child Abuse’.

Ada beberapa jenis klasifikasi yang diberikan kepada kes penderaan kanak-kanak. Tiga antaranya ialah:
1. penderaan fizikal
2. penderaan mental
3. penderaan seksual

Ketiga-tiga diatas merupakan perbuatan yang jahat lagi zalim yang dilakukan terhadap golongan kanak-kanak. 

Tetapi diantara tiga diatas, penderaan seksual terhadap kanak-kanak adalah paling tidak berperikemanusian lagi terlalu zalim.

Ianya boleh  mendatangkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak yang dizalimi. Dan yang paling dikhuatiri kecederaan mental, yang akan dialami dalam jangkamasa pendek dan besar kemungkinan berlarutan dalam jangkamasa panjang.

Besar harapan kami agar penderaan seksual kanak-kanak ini dapat dihapuskan terus dari peta minda dan kamus kehidupan rakyat Malaysia.

unicef_image

United Nations Children’s Fund (UNICEF) melancarkan kempen ‘Raise your hand, Stop child abuse now!’ yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang akibat buruk  penderaan kanak-kanak.

Mari kita renungi dan hayati fakta dibawah ini:

Statistik 2008 dari Jabatan Kebajikan Sosial, Malaysia menunjukkan penderaan kanak-kanak kian berleluasa di Malaysia dengan peningkatan 700 kes di antara tahun 2006 dan 2008.

Secara purata 7 kanak-kanak di Malaysia jatuh mangsa kepada penderaan kanak-kanak setiap hari. Lebih menyedihkan adalah 1 dalam 2 mangsa kanak-kanak yang dilaporkan pada tahun 2008 didera oleh ibubapa.

Itu adalah sebahagian dari fakta bertujuan memberi   kesedaran kepada masyarakat berhubung dengan kritikalnya masalah penderaan kanak-kanak di Malaysia. Cuba kita fikir-fikirkan bersama.

Mari rakyat Malaysia  sama-sama memberi sokongan padu kepada kempen berkenaan.

Mari kita semua berdoa agar segala jenis kes penderaan kanak-kanak dapat terus dikekang di negara kita yang tercinta ini. 

Semoga rakyat Malaysia menjadi warganegara penyayang, keluarga penyayang dan masyarakat penyayang dalam masa terdekat dan kekal penyayang di masa-masa akan datang.

Malaysia negara penyayang!

‘Raise your hand, Stop child abuse now!’

Sabtu, November 27, 2010

BSK 143. DSAI Tidak Mendapat Perbicaraan Adil

Bismillah.

Assalamualaikum.

Adakah benar Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat perbicaraan yang adil?

"Adalah tanggungjawab semua pihak termasuk hakim untuk memastikan pihak pendakwaan mematuhi seksyen ini dan memberi maklumat kepada pihak terbabit dan menunjukkannya di mahkamah," katanya.

Ragunath berkata keengganan mendedahkan dokumen atau maklumat akan menjejaskan persepsi awam terhadap sistem perundangan negara ini.

"Majlis Peguam mendesak mahkamah melaksanakan seksyen ini... bagi mengekalkan hak seseorang tertuduh dan bagi menegakkan keadilan. Perkara ini bukan saja relevan dalam kes Anwar tapi juga demi kepentingan seluruh sistem kehakiman," katanya lagi.

Diatas adalah sebahagian dari  kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. Mari kita baca kenyatan penuh Majlis Peguam melalui Presidennya:
Liwat II: Majlis Peguam bidas mahkamah

Sebagai orang awam, bila sesekali kami terbaca lapuran perbicaraan DSAI di akhbar-akhbar memang terasa  seperti perbicaraan yang berat sebelah. Memang seperti pihak pembela  dinafikan dokumen-dokumen penting untuk membela diri.

Mereka-mereka yang berkuasa dan yang diberi amanah untuk menghukum  semestinya mempastikan keadilan ditegakkan kepada kedua-dua pihak. Tidak kira samada kawan atau lawan. Bersikap gentleman dan professional! Terutamanya ikhlas menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah SWT.

IMG_0056a

Cuba kita renungi surah Saad ayat 26:
”Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.”

Cuba kita renungi juga surah al-Maaidah ayat 48:
”Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.”

Kami ambil ayat-ayat diatas  dari : http://iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Ayat itu diwajibkan keatas kesemua pemerintah Islam. Cuba kita fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT melimdungi kita dari kekufuran yang menghancurkan dan meyelamatkan kita dari orang-orang yang zalim. Amin.

Wassalam.

Jumaat, November 26, 2010

BFK 123. Kanak-kanak Dewasa Kanak-kanak

Bismillah.

Assalamualaikum.

Manusia sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT. Sebaik-baik dari segi kehebatan bentuk badan, keghairahan nafsu pemberi dorongan dan keupayaan otak berfikir mencari kebaikkan atau keburukkan.

Tidak Allah Taala ciptakan lain makhluk setanding manusia dimukabumi ini.

No0944

Persamaan yang ada hanyalah semua  makhluk ciptaan Allah Taala dikurniakan kitaran hidupnya  yang tersendiri. Itu sahaja.

Manusia pertamanya melalui zaman kanak-kanak. Kemudian zaman dewasa. Kemudian zaman kanak-kanak semula.

Yang dinamakan manusia juga, berupaya mengingati atau menyimpan kisah-kisah pengalaman hidupnya.

Kenapa kami memulakan kali ini dengan mukadimah sedemikian?

Well….. cuma terfikirkan mak dan abah kami yang sudah tua.

Semasa kami kecil, mereka berdua sudah dewasa. Masih kuat dalam segala urusan. Berfikir, beribadat, berbual, bekerja, bertukang, berjalan, berbasikal, mandi, buang air dan lain-lain urusan berkaitan dengan kehidupan. Mengurus anak-anak dan juga menjaga ibu dan ayah mereka.

Bila kami dewasa, kami juga mengikuti apa yang dilakukan oleh kedua mak dan abah kami. Bila kami dewasa, mak dan abah sudah menganjak tua. Fitrah kehidupan ini.

Kanak-kanak lemah, dewasa kuat dan tua lemah. Itu kitaran kehidupan manusia.

Persoalannya! Adakah kami mampu menjaga mereka seperti mereka menjaga kami dulu? Huhu.

Kami teringat satu kisah yang terjadi dimasa pemerintahan Khalifah Umar Al- Khattab. 

Seorang lelaki berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dan bertanya kepada Umar. Adakah sudah cukup kebaikkan yang telah dilakukannya terhadap kedua ibu-bapanya, setelah beliau menjaga dengan cermat segala keperluan mereka berdua yang sudah tua. Dijelaskan juga bahawa beliau sentiasa mengutamakan ibu-bapanya dan ditunaikan segala permintaan dan kemahuan mereka sebaik mungkin.

Umar berkata tidak! Kedua orang tua mu menjaga kamu dengan harapan kamu akan hidup. Kamu pula menjaga mereka berdua dengan harapan mereka akan mati.

Cuba kita fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT mengampuni segala dosa kesalahan kita dan juga dosa kesalahan ibu bapa kita serta mengasihani ibu bapa kita sebagaimana mereka berdua mengasihani kita semasa kita kecil. Amin.

Wassalam.

Khamis, November 25, 2010

BFK 122. Tesco Extra Sehari Sebelum Perasmian

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami dan isteri berkesempatan mengunjungi Tesco Extra Seremban semalam, 24/11/2010. Secara rasminya, ianya akan dirasmikan hari ini, 25/11/2010.

Jom kami tunjukkan beberapa gambar pelanggan-pelanggan di salah satu pintu masuk utamanya.

No0938No0939No0940

Gambar-gambar diatas kami ambil lebih kurang jam 8.30 pagi. Pelanggan sudah ramai berkumpul kat pintu masuk sejak jam 8.00 pagi. Ahli Rela yang bertugas mengatakan pengurusan Tesco telah mengubah waktu operasi hari itu dari 8.00 pagi kepada 9.00 pagi. Tu yang letih lutut dibuatnya! Ish ish ish.

No0942

Aksi kat sini apabila dah dekat jam 9.00 pagi. Semua dah bersiap sedia dengan troli masing-masing. At your mark, get set, gooooo!

No0943

Punya le laju pelanggan-pelanggan ni berpusu-pusu nak masuk pintu. Laju kurang sikit je dari The Flash. Sampai blur gambar yang kami ambil. Hebat!

No0941

Jam 9.00 pagi, tempat letak kereta yang berhampiran dengan pintu masuk dah penuh. Bayangkan sambutan yang diberikan.

Well well well, itu sahaja le gambar-gambar yang kami nak share.

Besar Tesco yang baru ni dibandingkan dengan yang lama. Banyak kedai-kedai lain berada didalam bangunan ini. Ada food court juga.

Kami tak sempat nak meninjau-ninjau kedai-kedai kat sana. Ada urusan lain yang perlu dibereskan kat Bandar Seremban.  

So….. semoga Allah SWT memberikan ilham kepada kita untuk mensyukuri setiap nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada kita. Amin.

Wassalam.

Rabu, November 24, 2010

BSK 142. Syarikat Individu Dulu Baru Petani

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jom kita baca apa yang di bahaskan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena:

Kerajaan utamakan syarikat individu dipersoal

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoal tindakan kerajaan memberikan peruntukan yang lebih kepada syarikat-syarikat milik individu berbanding kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Felcra Plantations.

Mahfuz sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat hari ini berkata, pemberian sebanyak 5,000 tan benih padi kepada Mada berbanding 16,320 tan benih padi kepada syarikat individu merupakan satu perbezaan jumlah yang tinggi.

"Mada hanya dapat 5,000 tan sahaja sedangkan syarikat individu Haji Mohd Nor Abdul Rahman, dia dapat sampai 16,320 tan untuk perbekalan benih.

"Begitu juga syarikat Kejora Desa, syarikat seorang seorang tauke 16,320 sedangkan Mada ada kaitan langsung dengan petani. Begitu juga pertubuhan peladang Lahar Bubu, hanya dapat 7,000 tan sdangkan ini pertubuhan peladang.

"Sedangkan benih yang dikeluarkan syarikat Kejora ini mendapat rungutan daripada petani dari segi kualiti benih tersebut," kata beliau.

Menurut beliau, pemberian subsidi kepada Mada yang merupakan agensi kerajaan mampu memberi pulangan yang lebih baik kepada petani dalam meningkatkan hasil mereka.

Selain itu, Mahfuz turut meminta kementerian menyelaraskan projek menaik taraf pengairan Mada agar lebih memudahkan petani mengerjakan tanaman padi mereka.

Beliau berkata, soal kedudukan saliran untuk tanaman padi perlu diambil kira tanpa menyukarkan petani.

"Sebagai contoh di Sungai Manik, jarak ladang dan parit dalam 10-15 meter, tapi di Mada hingga 40-50 meter. Terlalu jauh hingga menyukarkan petani untuk memunggah hasil tanaman," kata beliau.

Justeru, beliau menggesa kementerian menyediakan satu peruntukan untuk menyediakan jalan ladang untuk kemudahan petani. [Harakah Daily]

IMG_0087a

Jika betul seperti apa yang dibahaskan oleh YB itu, pihak berwajib perlu mencari punca  kenapa boleh terjadi pengagihan seperti yang diperkatakan. Jika ada unsur-unsur yang tidak betul, elok diperbetulkan dengan segera.

Takut nanti di minda rakyat terpahat slogan “kawan-kawan diutamakan, rakyat dipinggirkan” atau “syarikat individu diutamakan, petani dipinggirkan”.

Jangan buat minda rakyat terlupa slogan “rakyat didahulukan”. Jangan lupakan rakyat, nanti rakyat lupakan kerajaan!

So….. semoga Allah SWT menghindari kita dari sifat tamak dan tidak amanah dan dilindungi kita dari hilangnya nikmat pemberian-Nya. Amin.

Wassalam.

BFK 121. Celcom Strategy

Bismillah.

Assalamualaikum.

Pagi semalam kami ke Celcom Centre, Seremban. Nak dapatkan penerangan berkenaan dengan broadband yang kami subscribe lebih kurang tiga bulan lepas.

Kisahnya macam ni.

Ada satu team untuk Celcom buat promosi di Tesco, Seremban. Bila ada promosi kami pun bertanya faedah apa yang pelanggan dapat. Salah seorang dari kumpulan itu berkata, cuma perlu bayar RM38 sahaja sebulan untuk pakage biasa yang berharga RM68. Kami bertanya lagi, berapa lama pelanggan dapat kemudahan tu. Jawapan yang diberi, satu tahun, lepas tu baru kena bayar RM68 seperti biasa. Anniversary katanya lagi.

No0935

Memandangkan kami diberitahu yang hari tu hari terakhir promosi dan memang menarik pakagenya, kami pun subscribe. 

Bil untuk tiga bulan pertama memang RM38 tetapi bil untuk bulan keempat dah RM68. Lain macam je.

Pagi semalam kerana ada urusan di Seremban kami pun melapangkan masa ke Celcom Centre. Gambar kat bawah ni.

No0934

Mula-mula kami bertanya kat pegawai yang berlegar-legar kat ruang depan. Katanya mungkin tersilap fakta. Diambil nombor untuk berjumpa seorang pegawai di kaunter.

Berjumpa dengan pegawai kaunter, katanya berkemungkinan salah fakta diberikan oleh ajen Celcom semasa promosi. Selepas berbincang kami diminta mengisi ‘CUSTOMER COMPLAINT FORM’. Selepas melengkapkan borang, kami diminta mengambil nombor lagi untuk berjumpa seorang lagi pegawai kaunter.

Berjumpa dengan pegawai kaunter kedua, kami diberitahu, bukan kami seorang sahaja yang datang membuat ‘complaint’. Ada ramai dah yang berbuat demikian. Promosi harga RM38 sebenarnya hanya untuk tiga bulan sahaja. Celcom tidak akan memberi diskaun hingga satu tahun jika pelanggan diberi fakta yang salah oleh ajen Celcom. Pelanggan perlu membayar RM68 selepas bulan ketiga. Jika pelanggan  ada butiran tentang siapa yang ditemui semasa promosi di Tesco, mungkin ‘complaint’ boleh dipanjangkan lagi.

Adakah itu marketing strategy Celcom?

Siapa yang untung jika pelanggan paksa rela meneruskan subscribe broadband berkenaan? Jika 100 pelanggan sunscribe, dan separuh meneruskan membayar RM68, tidak kah berbaloi strategy tu. Itu baru contoh 100 pelanggan. Jika lebih?

Bukan semua pelanggan mahu bertekak kerana perkara sebegini. Di TV pun ada membuat promosi agar rakyat melanggani broadband. Mungkin kerana Celcom dikatakan memberikan serbis yang terbaik, pelanggan paksa rela meneruskan langganan.

Tapi semalam kami menghentikan langganan. Kami sebenarnya merasai dipermainkan dan tertipu. Jika kami teruskan melanggan dan setiap kali kami menggunakan broadband Celcom itu, berkemungkinan hati akan berdetik kerana menyumpah seranah. Nauzubillahi min zalik!

Kawan-kawan ambil iktibar dari peristiwa itu. Kena selalu berhati-hati.

So….. semoga Allah SWT melimpahkan kesabaran kepada kita dan kita menyerahkan urusan kita hanya kepada Nya. Amin.

Wassalam.

Selasa, November 23, 2010

BBK 28. Mahsyar-Berapa Lama Manusia Berdiri

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dalam bab 36 buku Insan, Ingatlah! hasil tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ada membahaskan satu pertanyaan iaitu berapa lama ahli mahsyar akan berada di dataran mahsyar.

Kami petik tulisan beliau:

No0930

Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak, setengahnya pula berdiri dengan kepala ke bumi, mereka berkeadaan demikian selama 300 tahun akhirat. Satu jangkamasa yang tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari, kerana matahari sudah tidak beredar seperti di dunia dahulu. Sesaatpun manusia tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun akhirat.

Saiyidina Hasan r.a. menjelaskan bahawa satu hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun, setahun mengandungi 365 hari dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan 300 tahun akhirat, dengan demikian penghuni mahsyar berdiri selama kira-kira lebih lima ribu juta tahun.

365 hari

x

50,000 tahun

x

300 tahun akhirat

=

5,475,000,000 tahun

Allahuakbar! Lama masa tu kawan-kawan.

Jika manusia beriman dan mengutamankan dan menunaikan hak-hak Allah SWT di mukabumi ini terutamanya menjalankan undang-undang Allah Taala, berbaloi manusia berdiri menunggu di sana.

Tetapi jika manusia kufur dan memandang remeh hak-hak Allah SWT dan  tidak mahu melaksanakan undang-undang Allah SWT lagi meyenangi undang-undang buatan manusia, waktu itu pintu taubat sudah tertutup rapat. Menyesal sudah tidak berguna lagi.

Cuba kita fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT memperkukuhkan iman kita dan memasukkan kita dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi tentang keesaan-Nya. Amin.

Wassalam.

Isnin, November 22, 2010

BFK 120. Selamat Hari Lahir

Bismillah.

Assalamualaikum.

Posting ini dikhaskan  kepada seorang insan yang istimewa juga kepada keluarga kami. Kami sekeluarga doakan beliau gembira disamping keluarga.

No0933

So….. semoga Allah SWT memberikan kita ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Nya dan dikurniakan kepada kita kebaikkan di dunia dan kebaikkan di akhirat. Amin.

Wassalam.

BSK 141. Jenayah Baru Ancam PDRM

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jenayah apa yang mengancam PDRM? Jenayah dalaman atau luaran? Jom kita renungi apa yang diperkatakan oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye:

“Jenayah persepsi” ancaman baru PDRM

21/11/2010 11:40am

KUALA LUMPUR 21 Nov — Persepsi negatif di kalangan masyarakat terhadap usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keselamatan negara kini dilihat sebagai ancaman “jenayah” baru yang perlu dibendung segera.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya telah mengenal pasti masalah itu sejak sekian lama, namun usaha membendungnya akan memerlukan masa dan kerjasama banyak pihak.

"Apabila berlaku sesuatu jenayah, ada di kalangan mangsa lebih suka duduk di rumah dan biar perkara itu berlaku, di mana dalam fikiran mereka, lecehlah hendak buat laporan polis. Proses sukar dan lambat.

"Ini tidak membantu polis mencegah jenayah, sebaliknya wujud masalah baru, iaitu persepsi negatif terhadap pencegahan jenayah, khususnya kepada PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas forum meja bulat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah di Wisma Bernama baru-baru ini.

Justeru itu, Lam Thye menyarankan agar lebih banyak aktiviti PDRM dengan masyarakat dilakukan seperti program “Kepolisan Komuniti” di mana masyarakat boleh bertukar idea dengan anggota polis tentang sesuatu isu.

Menurutnya, kebolehan berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat dilihat antara senjata utama memerangi ”jenayah persepsi” dengan penglibatan lebih ramai anggota masyarakat membantu polis mencegah jenayah.

Katanya, pertemuan dari hati ke hati antara polis dan masyarakat dapat mengukuhkan kepercayaan serta keyakinan terhadap sistem keselamatan negara yang lebih teratur dan efisien. Lam Thye berkata masyarakat Asia diakui mempunyai sikap suka mempersoalkan dan berfikiran negatif tentang sesuatu perkara yang dilakukan oleh pihak berkuasa. — Bernama
[Utusan Malaysia Online]

Adakah ‘persepsi’ satu jenayah? Pada kami tanggapan seseorang terhadap sesuatu perkara atau isu atau benda atau seseorang tidak sama. Terkecuali jika ianya berkaitan dengan agama.

Sememangnya dari dulu lagi orang awam berpandangan ‘semacam’ sahaja terhadap pihak polis. Adakah ianya akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap pihak polis?

Bila sebut sahaja polis, di minda orang awam bandaraya hingga orang awam kampung akan cuma ingat satu perkara sahaja ‘masalah’.

Dari dulu hingga sekarang rasuah dianggap sinonim dengan polis. Bila orang awam terlihat kereta polis berhenti dilorong kecemasan lebuhraya dan ada anggota polis sedang berbicara dengan pemandu lori, pemandu bas atau mana-mana pemandu kenderaan lain, apa yang sedang bermain difikiran orang awam berkenaan? Cari duit kopi le tu!

Kenapa persepsi orang awam begitu? Jika tidak ada angin masa kan pokok bergoyang! Cuba kita fikir-fikirkan.

Pada kami bukan orang awam tidak mahu membantu pihak polis  mencegah jenayah. Tetapi….. 

Dengan kes-kes terbaru dimana pihak polis dikatakan melepaskan tembakan maut kepada mereka-mereka yang dikatakan penjenayah, reputasi polis dilihat semakin merundum. Polis seolah-olah ‘trigger happy’.

Diburukkan lagi dengan kes kematian banduan semasa di dalam tahanan.

Dalam kes-kes dimana orang awam ingin menyuarakan ketidakpuasan terhadap mana-mana isu dengan mengadakan perhimpunan, apa yang pihak polis perbuat terhadap orang awam didapati tidak professional.

Ramai orang awqm yang ditangkap. Di dakwa. Tetapi bila dibicarakan orang awam yang didakwa dibebaskan. Cuba bayangkan perbicaraan mengambil masa tiga tahun. Menghabiskan masa dan membazirkan wang rakyat sahaja. Jom-jom baca:
Dua MP Pakatan antara 17 bebas tuduhan sertai perhimpunan Bersih

IMG_0676a

Memang polis diperlukan untuk keselamatan negara tetapi mereka mesti professional, mesti tahu membezakan keadaan.

Jangan menampakkan mereka di remote kontrol.

Orang awam sudah pandai membuat penilaian.

Dengan informasi yang didapati tanpa sempadan orang awam dapat menilai berita dari sumber mana yang telus dan boleh dipercayai.

Sudah sampai masanya pihak PDRM semestinya dahulu meyakinkan orang awam bahawa PDRM adalah satu badan bebas. Tidak dibawah telunjuk mana-mana pihak atau individu. Mampu membuat keputusan dan mengambil tindakkan secara telus. Professional!

Bila PDRM telah telus dihati orang awam baru apa yang disarankan oleh Tan Sri Lee Lam Thye boleh menjadi kenyataan.

Adakah PDRM boleh dan terdaya melakukannya?

So….. semoga Allah SWT selamatkan kita dari orang-orang yang zalim dan hindari kita dari bencana dunia dan bencana akhirat. Amin.

Wassalam.

Ahad, November 21, 2010

BSK 140. Kekeliruan Tarikh Hari Raya Aidil Adha

Bismillah.

Assalamualaikum.

Semoga cendikiawan Islam di negara kita dapat menjernihkan kekeliruan berhubung dengan penetapan Hari Raya Aidil Adha. Ianya untuk kebaikkan umat Islam di negara kita jugak.

Jom kita baca dulu apa gesaan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub:
PAS gesa Parlimen bincang kekeliruan tarikh Aidiladha

Jom kita baca pula penjelasan pihak Jakim:
JAKIM jelas kekeliruan tarikh korban

Jom kita baca pula pendapat ini:
Isu keliru tarikh Aidiladha tak wajar diselesai MP, kata ahli fuqaha

Pada kami ketiga-tiga pihak ada hujah mereka tersendiri. Kami bersetuju pihak berwajib di negara kita bertanggungjawap untuk menentukan tarikh permulaan bulan Zujhijjah dan tarikh hari raya Aidil Adha.

Cumanya kami mahu jika boleh ianya selaras dengan negara-negara Islam yang lain.

No0927a

Cendikiawan-cendikiawan Islam boleh berhujah dengan panjang lebar persoalan tarikh-tarikh berkenaan. Mungkin pada mereka impak tidak besar.

Tetapi bagi rakyat biasa,memang akan ada kekeliruan dan ternampak ada impak yang besar.

Jika diberi penerangan dengan panjang lebar pun bukan semua boleh menerimanya.

Tidak seperti penetapan puasa dan hari raya Aidil Fitri, dimana kebanyakkan rakyat Malaysia dapat menerima dengan senang hati.

Tarikh hari raya Aidil Adha ada kena mengena dengan hari wukuf. Umat Islam wukuf di Arafah. Arafah berada di Arab Saudi. Kekeliruan mungkin timbul disini.

Kita digalakkan berpuasa pada hari wukuf. Kita berkorban pada hari raya dan pada hari-hari tashrik. Akan ada kekeliruan juga disini. 

Satu impak lagi mungkin kepada mereka-mereka yang bukan beragama Islam. Kenapa hari-hari kebesaran Islam tidak selari antara negara-negara Islam sendiri?

Mungkin sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin Islam diseluruh dunia bertemu dan berbincang untuk menegakkan kembali kerajaan atau sistem  Khalifah Islam di muka bumi ini. Fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT memperbaikkan keberkesanan perbuatan kita dalam segala urusan dan menyelamatkan kita dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.

Wassalam.

Sabtu, November 20, 2010

BFK 119. Walimatul Urus Di Taman Bukit Kepayang

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami rewang-rewang kat majlis walimatul urus sahabat setaman. Anak beliau Rabihah Anis bertemu jodoh dengan Fadzil. Majlis diadakan hari ini. 20/11/2010.

Biasa le bila dikatakan rewang-rewang mana ada peluang nak ambik gambar. Tetapi bila pengantin sampai, kami terpaksa juga meninggalkan seketika tugasan yang diberi.

Kami nak tunjukkan apa yang sempat kami rakamkan. Jom-jom…..

No0915No0914

Bagai pinang dibelah dua. Tersenyum gembira kedua-dua raja sehari ini. Semoga berkekalan dunia dan akhirat.

No0916No0917

Kedua-dua pengantin berjalan menuju pelamin dengan diiringi paluan kompang. Meriah!

No0918

Kami sempat jugak merakamkan gambar kek pengantin.

Kami cuma dapat paparkan separuh sahaja kek tersebut. Gambar sebelah kanan sahaja.

Well, kat sebelah kiri ada pulak gambar mamat seorang tu sedang pegang kamera.

Tak terperasan pulak ada si mamat tu  berlegar-legar dikawasan tu.  Kami snap terus beredar.

Kan sedang rewang-rewang, takut nanti diklasifikasikan sebagai kes ‘MIA’ pulak. Ish ish ish.

Masa kemuncak majlis dari pukul 12.30 tengahari hingga 2.00 petang iaitu kemuncak ramainya tetamu jemputan hadir. Ramai nak lihat pengantin!

No0926

Kami berada kat majlis tu dari pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Selepas bersalam dengan pengurus majlis dan tuan rumah kami mengundur diri. Kat atas tu cawan comel yang diberikan sebagai salah satu cenderahati kepada penanggah dan tetamu. Ada lagi coklat dan telur masin. Terima kasih.

So….. semoga Allah SWT ampuni segala dosa kita dan kesalahan ibu bapa kita dan dijadikan anak-anak kita insan yang soleh dan penyenang hati kita. Amin.

Wassalam.

Jumaat, November 19, 2010

BFK 118. Ibadah Korban 1431H Di Masjid Negeri

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami berkesempatan menghadiri majlis korban sempena Aidil Adha 1431H  kelolaan Masjid Negeri, Negeri Sembilan semalam, 18/11/2010. Majlis disempurnakan di perkarangan rumah kakitangan Masjid Negeri.

Sebanyak 6 ekor lembu dikorbankan pada tahun ini. Kami tidak ada bahagian dalam ibadah korban itu. Kami datang membantu sahabat yang mengendalikan majlis itu.

Kami sempat juga merakamkan beberapa gambar untuk mengingati majlis korban itu.

No0900

Lori menghantar lembu korban sudah tiba. Memang fresh giler!

No0901

Persiapan nak menurunkan lembu korban dari lori. Bukan sebarang orang yang boleh menguruskannya. Silap perkiraan…..

No0902

Lembu korban pertama diturunkan. Tidak ada masalah. Alhamdulillah. Yang berserban tu sahabat kami.

No0903

Diturunkan terus direbahkan dan diikat. Sebenarnya ada 4 orang dari ladang ternak tu yang menguruskan penurunan lembu-lembu korban. Dah ada pengalaman. Kalau hadirin yang datang menguruskannya  mungkin memakan masa. Boleh ke?

No0904

Lembu korban ditempatkan diposisi untuk penyembelihan. Part ini empunya bahagian dan yang hadir membantu menguruskannya.

No0905

Lembu korban pertama disembelih. Minta maaf kerana tak nampak lembu nya. Posisi kurang baik.

No0907

Penyembelihan lembu korban kedua. Besar lembu ini. Kami membantu untuk melapah lembu korban kedua ini.

No0911

Dah nak siap dilapah. Lepas ni bahagian dalaman akan dikeluarkan. Selalunya orang yang berpengalaman yang menguruskannya atau menunjuk cara melakukannya.

No0912

Semua tahu apa yang perlu dilakukan. Tak payah diberi arahan. Ada yang bergilir-gilir memotong tulang. Untuk dibahagi-bahagikan kepada yang mahu. Buat sup pun sedap. Tulang fresh!

No0913

Proses akhir, daging ditimbang mengikut berat yang ditetapkan sebelum diagih-agihkan.

Itu sahaja yang dapat kami rakamkan untuk tatapan kawan-kawan semua. Cukup rasanya.

So…..semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan rezeki kepada kita, mengampuni kita dan memberi rahmat kepada kita semua. Amin.

Wassalam.

Khamis, November 18, 2010

BSK 139. Rumah Besar Akhirnya Di Dapur

Bismillah.

Assalamualaikum.

Luas betul kawasan banglo bekas Menteri Besar Selangor. Besar betul banglo bekas Menteri Besar Selangor. Mahal betul kos pembinaan dan pengambilan 2 bidang tanah untuk banglo bekas Menteri Besar Selangor.

Jom-jom baca kisahnya:
Dr Khir bayar tunggakan cukai banglonya

Kawan-kawan perhatikan pemandangan banglo dan kawasannya. Teramatlah mewahnya.

Tidak seperti Khalifah Umar Abd Aziz, dari mewah ke papa kedana. Takut dan gerun disoal selidik oleh Allah Taala berkenaan dengan amanah yang diterima dan dipikul.

Manusia zaman ini pula berlumba-lumba mahu menjadi pemimpin dan sanggup memikul amanah. Berpegang dengan kata-kata “membujur lalu melintang patah”. Balun habis!

Utamakan kelazatan dunia, akhirat belakang kira. Enjoy duluuu! Kaut duluuu!

Rumah besar, banglo besar, istana besar, mahligai besar. Bilik berbelas, berpuloh, beratus? Tak pulak digunakan kesemua bilik tu. Tiap-tiap malam tidur dibilik yang sama jugak.

Itu pun masa Allah Taala masih memberi kemampuan. Bila dah ditarik kemampuan itu, mereka akan dapati diri mereka dah mula tidur di bilik berdekatan dapur. Tak lama lepas tu, mereka dapati pulak mereka dah mula menghuni dapur. Lama-kelamaan memang dapur itu jadi rumah mereka. Dah tak larat nak berjalan dan berbuat apa-apa.

IMG_0728

Rumah besar, banglo besar, istana besar, mahligai besar akan jadi milik orang lain. Bilik tidur utama orang lain yang tidur. Permandangan cantik dinikmati oleh mata orang lain.

Mereka pulak? Mereka pulak akan ditanya, dari mana mereka mendapat kekayaan dan bagaimana mereka membelanjakan atau mengagihkannya.

Adakah kita mahu menjadi seperti itu? Fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT memberi kepada kita rezeki yang halal lagi banyak, baik dan berkat. Amin.

Wassalam.

Rabu, November 17, 2010

BSK 138. PRU 13 Pada 11.1.11 Atau 11.11.11

Bismillah.

Assalamualaikum.

PRU 13 awal  tahun depan? Adakah BN terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu confident yang mereka akan mendapat mandat yang besar dari rakyat? Apakah yang telah dilakukan oleh BN dan terutamanya apakah yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  yang membuat mereka begitu confident? 

Zaid Ibrahim keluar PKR? Dah keluar dah! Samy Vellu nak lepaskan jawatan? Taib Mahmud nak follow?

Umno mahu merubah barisan kepimpinan negeri? Gerakan pun nak merubah juga?

Nak baca berita penuh?
BN bertemu Sabtu ini, dijangka sentuh persediaan awal PRU-13

Ekonomi Malaysia pulih sepenuhnya? Pelabur luar yakin dengan prestasi Malaysia? Malaysia di iktiraf negara Islam moden?

IMG_0713a

Pakatan Rakyat tidak bersedia pilihan raya awal? Galas dan Batu Sapi? Zaid Ibrahim lompat balik ke Umno? Ibrahim Ali melompat sama? Rasanya dah tak ada  jambatan penyambung untuk mereka berdua ini.

Zaid Ibrahim nak tubuh parti politik baru? Ibrahim Ali nak Perkasa jadi parti politik? Tun Mahathir Presiden Perkasa?

Perdana Menteri belum dapat ilham bila nak adakan PRU 13. Bukan dia nak teropong anak bulan macam nak tentukan permulaan puasa dan hari raya. Dia kena dapatkan tanda. Kami pun tak tau apa tandanya. Mungkin 11.1.11 atau 11.11.11. Apa pun kita kena sabar menunggu pengumumannya.

So….. semoga Allah SWT melindungi kita daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Amin.

Wassalam.

Selasa, November 16, 2010

BFK 117. Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431H

Bismillah.

Assalamualaikum.

Mengikut perkiraan di negara kita, hari Wukuf jatuh pada hari ini, 16/11/2010.

Adakah kawan-kawan berpuasa hari ini? Kami mengikut apa yang dipersetujui oleh pihak yang bertanggungjawap di negara kita ini. Ganjaran besar yang Allah SWT kurniakan kepada mereka yang berpuasa. Insya’allah.

IMG_0295a

Esok, 17/11/2010 rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha. Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada kesemua umat Islam di seluruh pelusuk dunia terutamanya umat Islam di negara kita ini. Maaf zahir batin.

Kami doakan kawan-kawan gembira disamping keluarga walaupun mungkin ada yang terpaksa mengharung banjir untuk balik ke kampung. Kawan-kawan yang kawasan kediaman sedang dilanda banjir kami minta bersabar dengan dugaan yang diterima. Banyak pahala jika kita bersabar.

So….. semoga Allah SWT berikan kepada kita pahala yang telah dijanjikan kepada kita dan diberikan kita kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Amin.

Wassalam.

BFK 116. Hari Lahir Anak Bongsu Kami

Bismillah.

Assalamualaikum.

Malam Isnin  semua anak-anak yang di U dah berkumpul kat rumah. Ada yang bercuti raya haji dan ada yang bercuti semester.

Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk menyambut hari lahir anak bongsu kami. Dah 16 tahun umur anak bongsu kami. Ish ish ish. Dah berumur kami. Haha.

Tak ada kek atau yang seumpamanya. Cuma wife sediakan masakan yang gitu-gitu je. Jom kita lihat.

No0897No0899

Sebelah kiri tu ayam ala-ala chicken chop. Ayam bahagian peha yang telah dibuang tulang disalut tepung dan digoreng. Sebagai menambah keenakkan digandingkan ayam goreng tadi dengan kroket, coleslaw dan roti bawang putih. Siap dengan sos lada hitam lagi. Ulala!

Disebelah kanan tu pulak, sup cendawan dengan potongan ayam. Sedap dicicah dengan roti bawang putih tadi. Nak tahu cara menikmati roti dan sup tu? Cubit sedikit roti, masukkan dalam sup, gaul dengan sudu, terus ngap. Tasty tu!

Itu je yang kami sekeluarga lakukan jika menyambut hari lahir anggota keluarga. Tunggu sehingga semua berkumpul, masak sendiri dan raikan. Bulan Disember ini ada satu lagi hari lahir tapi empunya diri kat U. Tunggu…..

So….. semoga Allah SWT menganugerahi kita dengan anak-anak dan keturunan yang soleh lagi menjadi penyenang hati kita. Amin.

Wassalam. 

Isnin, November 15, 2010

BFK 115. Seremban Segamat Dari Tingkap Naza

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami ke Segamat semalam. Ambil anak kat UiTM Segamat. Last paper dia untuk semester 3.

Perjalanan biasa kami bila akhir semester, kena bawa Naza. Banyak barang nak dibawa balik. Anak perempuan katakan.

Seperti biasa kami merentas Simpang Ampat-Hutan Percha-Gemencheh-Gemas-Segamat. Biasanya tak ada excitement, cuma seronok nak jumpa anak sahaja.

Tapi semalam, sebaik sahaja melepasi jalan masuk ke Felda Rokan kami dapati banyak kenderaan parking kat tepi jalan. Banjir! Ada kenderaan yang tersdai kat tepi jalan, air masuk kat enjin.

Kami redah juga banjir kat situ. Kenderaan besar boleh lalu. Tak sempat nak ambil gambar. Nak cepat sampai kat destinasi.

Dah selesai urusan anak kat UiTM Segamat baru bincang dengan wife, nak ikut Tangkak atau jalan biasa? Ikut jalan biasa! Berkemungkinan air dah surut.

Well, jom lihat-lihat permandangan yang kami sempat rakamkan. Jom-jom…..

No0890  No0891

Gambar sebelah kiri tu semasa kenderaan berhenti. Polis memberi laluan kepada kenderaan dari arah utara meredah banjir. Gambar kanan tu air yang berada di sebelah kiri bahu jalan. Dah surut sikit.

No0892No0894

Gambar kiri ini pulak semasa kenderaan kami meredah air. Kira dah OK, berbanding dengan semasa kali pertama kami melaluinya. Gambar satu lagi tu gambar air di bahu kanan jalan. Sebelah kanan ini lebih rendah, kelihatan air banyak bertakung.

Alhamdulillah tidak ada kenderaan yang sangkut atau rosak. Semua selamat. Kami tiba kat rumah dekat jam 3.00 petang.

Well kawan-kawan, berhati-hati di jalanraya semasa musim sebegini. Jika boleh elakkan dari mengunjungi tempat-tempat yang diramalkan hujan lebat atau yang berpotensi dinaiki air. Rancang perjalanan dengan cermat.

So…..semoga Allah SWT permudahkan perjalanan kita dan melindungi kita dari kesusahan dalam perjalanan kita. Amin.

Wassalam.

Ahad, November 14, 2010

BSK 137. Melayu Lemah Mainan Siapa

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dah lama kami tidak membaca atau mendengar berita mengenai Dato Kamarudin Jaffar. Salah seorang ahli politik yang kami respect.

Ada tulisan mengenai beliau yang membicarakan topik berhubung dengan ‘Melayu lemah’.

Dibawah ini sebahagian dari komen beliau semasa membentangkan kertas kerja ‘Umno dan Krisis Ketuanan Melayu’ pada Seminar PAS Ganti Umno, di Shah Alam.

"Krisis politik Umno hari ini mempunyai dua punca utama iaitu masalah ekonomi orang Melayu dan masalah undi orang Melayu," katanya lagi.

Umno, katanya, sedar bahawa dasar baru yang dibuat selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada 1990 sehingga kini tidak banyak menaikkan taraf hidup orang Melayu.

Mereka juga sedar bahawa dasar-dasar politik mereka juga sudah tidak dapat diterima Orang Melayu.

Beliau turut menyenaraikan semula 17 bukti Umno pengkhianatan Melayu yang pernah didedahkannya sebelum ini.

Antaranya melemahkan institusi raja Melayu, melemahkan sistem kehakiman, menarik royalti Terengganu dan menyekat royalti Kelantan, memperkenal PPSMI, menarik peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan terbaru mahu menggadai tanah Kampung Baru kepada bukan Melayu.

Namun segala krisis Umno itu diterbalikkan dan dituding kepada Pakatan Rakyat sebagai yang bersalah dalam 'permainan politik' mereka.

Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan PR Selangor dan Perak menjadi mangsa serangan Umno kerana kedua-dua negeri ini mempunyai adun bukan Melayu lebih ramai khususnya dari DAP dan PKR.

"Ladang ternakan babi di Selangor, walaupun dirancang semasa BN, tetapi digambarkan sebagai projek PR yang dipengaruhi DAP.

"Di Perak, dasar menukar status tanah TOL kepada tanah miilik kepada masyarakat Cina yang berpuluh tahun mendudukinya, dikaitkan sebagai kekuatan DAP dan kelemahan PAS," katanya.

Permainan politik Umno BN juga disifatkannya sebagai berjaya dengan membawa imej sederhana apabila parti-parti pembangkang ditonjol sebagai ekstremis.

Rakyat kini, katanya sedang menilai kredibiliti BN dan akan terus menyokong PR jika PAS, PKR dan DAP mampu membuktikan bahawa mereka boleh duduk bersama.

Nak baca berita penuh, klik kat bawah ni:
Persepsi 'Melayu lemah' mainan politik Umno

Space

Adakah PAS akan menggantikan Umno? Senang sahaja jawapannya! Insya’allah. Kita merancang, Allah SWT yang menentukan.

Cak-cak, tu bulan! Memang cantik bila mengambang penuh. Subhanallah.

Cuba kita hayati firman Allah Taala yang bermaksud:
”Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).”
[Surah Yunus: ayat 25]

So….. semoga Allah SWT menghindari kita daripada kawan yang menipu dan selamatkan kita dari orang-orang yang zalim. Amin.

Wassalam.

Sabtu, November 13, 2010

BSK 136. Alahai Tuan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami terbaca sajak yang dihasilkan oleh  warga negeri Kelantan. Cuba kita hayati bait-bait yang diilhamkan. Jom…..

Tuan Boleh, Kami tidak boleh..

Fatihee Alkelantani

Tuan boleh memberi “gula-gula”
Bila kami yang beri, Tuan kata kami mengadu domba

Tuan boleh bina rumah lebih besar dari istana
Bila kami yang bina, Tuan arah pegawai rasuah memeriksa

Tuan dapat hak eklusif dimana-mana sahaja
Bila kami yang dapat, Tuan kata rampas hak pemunya

Tuan hantar anak belajar luar negara
Bila kami juga hantar, Tuan soal “Belajar dalam negara tak boleh ke?”

Tuan boleh makan di hotel berpuluh bintang
Bila kami dapat peluang, Tuan kata pendapatan kami tak sepadan

Tuan bersuara semuanya mesti betul
Bila kami bersuara, semuanya mesti dibetulkan

Tuan dulu yang mulakan serangan bertubi-tubi
Bila kami berhujah, Tuan menuduh kami tak sedar diri

Tuan boleh naik helicopter kesana dan kesini
Bila kami memohon ehsan hantar pesakit, Tuan berdalih rosak itu rosak ini

Tuan berjanji membina prasarana untuk kemudahan kami
Bila kami menagih janji, Tuan buat tak kenal kami

Tuan,
Hidup kami penuh teruji, seolah dijerut mati
Bersuara tak didengari, membantah dipukul separuh mati

Kami,
Semut kecil yang teguh berdiri
Mencari sesuap nasi sumber rezeki
Tidaklah kami menagih lagi
Dari Tuan yang sombong meninggi
[Harakah Daily]

Keluhan berkemungkinan dari pengundi yang telah mengundi dalam PRK di Kelantan.

Keluhan kerana janji-janji yang tidak ditepati. Janji ditabur tetapi abang beca terbang ajaib menghilangkan diri.

No0887

Ibarat kata-kata “habis pangkah, pensel di buang”.  Sungguh menghiris hati.

Pangkah memangkah memang senang. Ambil pensel, buat “X”. Tetapi bahana atau musibahnya kekal sampai lima tahun.

Tapi orang Melayu masih tak pandai-pandai pangkah memangkah. Makin berumur makin teruk. Lupa, mamai atau nyanyuk? Tak bijak, tak pandai atau tak waras? Masih menghadiahkan “X” pada yang lembut lidah berjanji tetapi  di hati keras tidak mahu ditepati.

Itu lah yang dinamakan Melayu! Bak kata-kata hikmat mantan PM kita “Melayu mudah lupa”.

Adakah Melayu ini hebat? Betul ke apa yang dikatakan oleh Laksamana Hang Tuah, seorang power ranger suruhan raja yang dikatakan berkata “tak Melayu hilang di dunia”?

Khalifah Umar r.a. pernah berkata iaitu kita (orang Arab) mulia kerana Islam. Orang Melayu, beragama Islam semestinya dipandang mulia oleh kawan dan lawan.  Yang pasti, tidak kira apa bangsa sekali pun di dunia ini yang berpegang dengan  Islam yang lurus akan dipandang mulia. Mengikut akidah dan akhlak Islam gitu.

Cuba kita renungi dengan mendalam kemana halatuju bangsa Melayu dan kearah mana agama Islam akan dibawa oleh bangsa Melayu ini. Cuba fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT hidupkan kita dengan iman dan matikan kita dalam iman. Amin.

Wassalam.

Khamis, November 11, 2010

BSK 135. 48,327 Calon UPSR Dapat Semua A

Bismillah.

Assalamualaikum.

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan semua A dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Tahniah juga kepada ibu-bapa dan guru-guru pelajar-pelajar tersebut kerana sokongan dan komitmen mereka hingga anak-anak dan murid-murid mereka berjaya. 

48,327 calon UPSR peroleh semua A

Nov 11, 10 11:24am

Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata keputusan itu merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.

"Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, kata Abdul Ghafarm, peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu.

Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini.
Klil sini untuk berita penuh.
[Malaysiakini]

Hebat budak-budak sekarang ini. Pencapaian akademik memang memberansangkan. Tiap-tiap tahun menampakkan peningkatan. Syabas!

Untuk berada di tahap yang cemerlang adalah satu kejayaan menawan cabaran.  Tetapi untuk mengekalkan tahap cemerlang,  itu adalah satu cabaran yang lebih besar. Ianya bukanlah satu perjalanan yang mudah.

Banyak faktor yang perlu diambil perhatian. Tahap ekonomi keluarga. Pergaulan pelajar. Persekitaran pelajar. Penerimaan matapelajaran yang semakin mencabar. Penerimaan persaingan baru. Peak point pelajar.

Faktor prasarana yang disediakan oleh kerajaan. Sekolah berasrama. Sekolah biasa. Biasiswa. Guru-guru. Pakar kaunseling.

IMG_0319a

Bukan semua dari 48,327 pelajar-pelajar itu akan berjaya mengharungi zaman persekolahan hingga menjejakkan kaki ke menara gading.

Tetapi bagi mereka yang benar-benar cekal dan menyandarkan pengharapan kepada Allah SWT, insya’allah boleh berjaya.

Well, kebijaksanaan sahaja bukan penentu kita berjaya dan menjadi manusia yang berjaya.

Kejayaan sebenar adalah bila kita seimbangkan keperluan rohani dan jasmani kita.

Seperti juga keseimbangan kerjasama  ibu-bapa dan pelajar-pelajar dengan guru-guru.

So….. semoga Allah SWT mengurniakan kita ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Nya dan dimasukkan kita dengan rahmat-Nya kedalam golongan hamba-hamba-Nya yang soleh. Amin.

Wassalam.

BFK 114. Kaya Kaya Kaya Dan Lagi Kaya

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jika dicongak-congak betul-betul, dah jadi jutawan, hartawan dan millionaire kami ni. Tak percaya? Jom kita sama-sama kira. Hmm…..

1

You have just been awarded, £950.000.00 in BNL Bonnaza

2

Your Mail ID Has been awarded £1,000,000.00. in The BT PROMO

3

Your mail-Id has been Awarded £750,000. in the British GNLD End Of Year Promo

4

Your email ID has won £1,000,000.00 GBP In The British Tobacco Award End Of Year Promo

5

I need your assist as next of kin to transfer US$25,000.000.00 to your account

Jom kita convert jumlah-jumlah yang kami (bukan kawan-kawan ye) terpaksa terima tu menjadi RM.

1

GBP3,700,000.00

4.9832

RM18,437,840.00

2

US$25,000,000.00

3.0900

RM77,250,000.00

 

Jumlah

 

RM95,687,840.00

No0885

Tu dia….. kesemuanya RM95.7 juta! Tak tau le orang melayu terkaya nombor berapa kat Malaysia ni. Bukan dalam bentuk harta tetap tapi tunai tu! Cash!

Semua tu dari email sahaja. Banyak jumlah yang hendak diberikan. Tak sangka-sangka menang hadiah, walaupun kami tak pernah masuk peraduan. Lebih kami tak sangka yang kami ada atuk atau nenek atau pak cik atau mak cik atau sedara mara kat luar negara yang meninggal dunia dan meninggalkan wang yang banyak kepada kami.  Apa yang kami perlu buat hanyalah memberi sedikit maklumat peribadi. Itu sahaja untuk jadi, kaya, kaya, kaya!

Kalau kawan-kawan dapat email tu camno? Cuba-cuba nasib untuk dapat rezeki terpijak?

Itu le penipuan kat internet. Kami lihat sahaja jumlah yang hendak diberikan. Kekadang tu nak jugak respond kat email tu, tapi lain pulak jadinya nanti. Tak berani jadinya.

Cuba-cuba? Tak payah le dicuba-cuba.  Nanti melingkup kita. Jangan jadi mata duitan. Ish ish ish. Kat surat khabar dah banyak dimuatkan berita-berita penipuan semacam ini. Tak mau le kami jadi popular semacam tu.

Well, rezeki yang halal dan berkat selalunya kita terima sedikit-sedikit. Supaya kita bersyukur dan menghargai pemberian Allah SWT tu. Cuma perlu bersabar sahaja.

So….. semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita rezeki yang halal, baik lagi berkat. Amin.

Wassalam.

Rabu, November 10, 2010

BBK 27. Insan, Ingatlah! Bab 19

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sudah lama kami tidak membicarakan tentang buku. Kami masih memegang buku Insan, Ingatlah! hasil tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Banyak isu yang menarik dikupas dalam buku tersebut.

Kami nak share sedikit dengan kawan-kawan apa yang terdapat di bab 19 yang bertajuk “Taubat Ibarat Menangis Selepas Ketawa.

Ianya penerangan Saidina Ali r.a. kepada seorang lelaki berkenaan dengan pengertian taubat.

Kata Saidina Ali r.a. kepada lelaki itu: “Bahawa yang dikatakan taubat itu ada enam pengertian:

Yang pertama, sekiranya kamu telah melakukan dosa yang lalu, maka taubatnya hendaklah kamu menyesali segala kesalahan dan dosamu itu.

Yang kedua, jika kamu melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah SWT kerana meninggalkan perintah yang wajib, maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajiban yang telah ditinggalkan itu.

Yang ketiga, sekiranya kamu melakukan kezaliman kepada orang lain, maka taubatnya ialah bahawa wajib bagi kamu memulangkan semula apa-apa juga yang berlaku kepada orang itu, sehingga tiada lagi perkara yang bersangkutan dengan orang yang kamu zalimi itu dan dia memaafkan segala penganiayaan yang kamu lakukan terhadapnya itu.

Yang keempat, maka sekiranya kamu melakukan maksiat sehingga diri dan jiwamu sebati dengan maksiat itu, maka demikian jugalah kamu wajib melakukan taat kepada Allah sehingga jiwamu sebati dengan ketaatan itu.

Yang kelima, sebagaimana lazat dan manisnya maksiat yang kamu lakukan, maka demikianlah pula kamu lakukan ketaatan sekalipun pahit.

Yang keenam, sekiranya kamu melakukan maksiat kepada Allah dalam keadaan kamu gembira dengan gelak ketawa, maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yang kamu lakukan itu berserta mengerjakan segala ketaatan kepada Allah SWT.”

Demikianlah pengertian taubat menurut Saidina Ali r.a. bahawa urusan taubat itu bukan suatu tugas sampingan yang dilakukan secara sambil lewa dan tergopoh-gapah. Walaupun lidah menyebut perkataan taubat, namun ia tidak semestinya menjadi suatu permohonan taubat yang sebenar.

Taubat sekadar pada lidah tanpa memperlihatkan tanda-tanda penyesalan terhadap kesalahan yang lampau, dapat dibuktikan sebagai suatu permainan lidah semata-mata sekiranya dia masih lagi mengekalkan perbuatan yang membawa kepada dosa, maka bagi Saidina Ali r.a. perbuatan tersebut hanyalah suatu pendustaan terhadap Allah SWT. 

Diatas adalah sedikit dari apa yang terdapat dalam bab 19 buku tersebut. Jika hati ingin tahu penerangan lebih lanjut, dapatkanlah buku tersebut.

Dengan membaca kandungan buku tersebut, kita akan dapat mengetahui sedikit sebanyak hati budi Tuan Guru. Tidak seperti apa yang digambarkan di media.

IMG_0228a

So….. semoga Allah SWT mengakhiri umur kita dengan kesudahan yang baik dan dihindari-Nya kita dari kesudahan umur yang tidak baik. Amin.

Wassalam.

Selasa, November 09, 2010

BSK 134. Adun Teluk Bahang Memberi Cadangan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Betul atau tak betul cadangan yang diberikan. Jom kita sama-sama baca dulu:

Adun BN cadang wang warga emas tiap bulan
Mohd Ali Hashim

GEORGETOWN, 9 Nov: Adun Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi wang penghargaan warga emas sebanyak RM100 setiap bulan dan bukannya setahun sekali sepertimana yang dilaksanakan kini.

Adun Barisan Nasional (BN) itu juga menyatakan langkah tersebut adalah suatu perkara yang wajar dilaksanakan kerana warga emas sememangnya memerlukan bantuan dan perhatian.

"Apa salahnya sekiranya bantuan RM100 ini diberikan setiap bulan kepada warga emas yang memang benar-benar memerlukannya. Kerajaan negeri wajar memberi bantuan tersebut kepada warga emas yang memerlukan pembelaan sejajar dengan apa yang diwar-warkan selama ini," ujarnya mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain ketika dihubungi pula berkata, ini membuktikan Umno Pulau Pinang sememangnya tidak mempunyai pegangan dalam perjuangan mereka.

"Sepatutnya percakapan mereka sebagai pemimpin tidak harus berbelit-belit, sekejap kata wang penghargaan warga emas dari sumber yang haram ,kini kata wang itu patut diberikan setiap bulan pula.

"Mana satu yang mereka perjuangkan. Oleh kerana itu suka saya sarankan kepada kepimpinan Umno di Pulau Pinang supaya bermuhasabah diri sebelum membuat apa-apa tindakan yang akhirnya mencalitkan lumpur ke wajah mereka sendiri," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa wang sumbangan warga emas itu dari sumber yang tidak halal.

Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim turut mendakwa menerima wang yang dipulangkan bagi kawasan Dun Penaga, kemudian diikuti pula oleh Umno Bayan Baru.

Rentetan itu, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, turut membuat dakwaan yang sama dengan menjalankan usaha mengutip wang yang didakwa dari warga emas untuk dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri.
[Harakah Daily]

Apa cerita sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Dato Seri Dr tu? Dulu gila-gila suruh warga-warga emas itu pulangkan wang yang diterima. Sampai masuk akbar-akbar arus perdana isu berkenaan. Sekarang dah berubah 360 darjah. Dah tersedar ke?

Tak ke ada perasaan malu pada warga-warga emas yang disuruh pulangkan wang tu dahulu? Tak ada ke perasaan malu pada KM dan rakyat negeri Pulau Pinang?

Satu lagi isu, tak ke malu warga-warga emas tersebut, kepada KM, kepada saudara-mara, kepada rakan-rakan dan kepada rakyat Pulau Pinang? Dah lah dipermainkan, menanggung malu pulak.

Sepatutnya dulu kita berlapang dada ada KM beri peruntukkan nak beri wang bantuan kepada pak cik-pak cik, mak cik-mak cik, atuk-atuk, nenek-nenek dan warga emas yang lain. Masa kita berkuasa kita tak dapat nak menghulur. Kita buat kajian dahulu, kebaikan dan keburukan yang boleh timbul. Jika banyak kebaikkan dan kerajaan negeri betul-betul ada kemampuan, kita beri saranan agar diberi secara bulanan, 3 bulan  atau 6 bulan sekali kepada warga-warga emas itu. Baru mengikut slogan “rakyat didahulukan”. Tapi…..

Entah! Tak tahu nak cakap apa sebenarnya terhadap  pemimpin-pemimpin yang tidak ada pertimbangan yang betul. Tanpa meneliti kebaikan dan keburukan kepada rakyat, melulu mengambil tindakan. Pengikut-pengikut  tanpa soal-jawab terus menurut.

Tak pernah ke terlintas di minda mereka-mereka ini bahawa kepimpinan itu adalah satu urusan yang teramat penting. Amanah dari Allah Taala! Amanah yang akan ditanya di kemudian hari! Allahuakbar.

IMG_0054a

Cuba kita renungkan ayat yang bermaksud:
”Kecuali orang-orang yang mereka bertaubat dan mereka memperbaiki (perbuatan mereka) dan mereka menjelaskan (kebenaran yang mereka sembunyikan) maka mereka itulah (yang) akan Aku terima taubat atas mereka dan Aku Maha Penerima taubat Mahakekal kasih sayang-Nya”
[Surah al-Baqarah: ayat 160]

Pemimpin-pemimpin Melayu yang semestinya beragama Islam sepatutnya menjadi contoh tauladan terbaik kepada semua, kawan dan lawan. Masa untuk berubah kepada kebaikkan. Cuba fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari  orang-orang yang zalim, melindungi kita dari hilangnya nikmat-Nya dan berubahnya kesejahteraan-Nya. Amin.

Wassalam.

BFK 113. Walimatul Urus Di Kg Bukit Bangkong

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami sekeluarga berkesempatan untuk menghadiri 2 dari 3 undangan walimatul urus yang kami terima minggu lepas.

Jom kita sama-sama melihat gambar yang kami rakamkan disalah satu majlis tersebut.

Gambar-gambar ini diambil di majlis yang diadakan di Kampung Bukit Bangkong, Selangor. Majlis di rumah pak cik biras kami. Yok-yok…..

No0880No0879

Pengantin perempuan menyambut ketibaan pengantin lelaki. Apa yang dibisikkan oleh pengantin lelaki tu? Ish ish ish. Bahagia nampak!

No0883No0882

Akak sorang ni tak beri peluang langsung untuk kami ambil shot yang baik. Akak oi! Ish ish ish.

No0881

Ada apa pulak kat belakang tu? Takkan keris disisipkan kat belakang pulak? Buatnya tertusuk kat belakang tu kan nayaa! Hati-hati bang!

No0884

Baru kedua pengantin dapat duduk dengan selesa. Kedua-dua pengapit pun tumpang gembira. Menjadi tumpuan jugak mereka berdua ni. Glamour jugak. Tapi, bila pulak nak duduk kat kerusi pengantin?

Well, kami doakan semoga pasangan raja sehari ini berbahagia selalu dan hubungan berkekalan dunia dan akhirat.

So….. semoga Allah SWT memberi keberkatan pada segala rezeki yang dikurniakan kepada kita dan dikayakan kita dengan harta benda yang halal serta dijauhi kita dari yang haram. Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India