السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Siapa yang tak nak hidup senang….. kita semua pun nak hidup senang. Kita ke sekolah dari umur 7 tahun hingga mencapai tahap degree katakan 23 tahun….. kenapa?.
Nak dapat pangkat dan gaji besar dan hidup senang. Hidup senang tak salahkan?
Kita bekerja atau menceburi bidang2 yang berupaya untuk mendapatkan atau menjana pendapatan atau pulangan yang baik….. ok kan?
Kita mengumpulkan harta benda dengan hasil usaha kita….. asalkan halal dalam segala aspek teruskan.
Tapi kita perlu berhati-hati mengenainya…..
Daripada Ka‘ab bin ‘Iyadh RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya bagi setiap umatku ada ujian. Ujian ke atas umatku ialah harta benda”. [Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih]
Dan jika kita terbabas…..
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka...[Hadith Riwayat Ahmad]
Kita pilihlah sendiri samada nak cari yang halal atau haram. Ingatkan risikonya…..
Ada segelintir dari kita yang diberikan amanah pula….. hati2….
Daripada Khaulah binti Tsamir Al-Ansoriyah, iaitu perempuan (isteri) Hamzah RA katanya, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ada beberapa jenis atau golongan lelaki yang membelanjakan harta orang Islam bukan dengan kebenaran. Maka bagi mereka api neraka pada hari kiamat". [Hadith Riwayat Bukhari]
Hati2 juga…..
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). [Al-Baqarah: ayat 188]
Yang diberikan amanah….. fikir2kan risikonya…..
Hidup sederhana dan syukur dengan apa yang diperolehinya. Yang menerima amanah jauhilah diri daripada menggunakan harta yang bukan hak.
جزاك الله خيرا
[Sumber hadith: JAKIM]
0 comments:
Catat Ulasan