Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari Sabtu, 14/05/2011 kami sekali lagi berkunjung ke Restoran Nasi Arab Damsyik yang terletak di Taman Bougainvillea, No. 1, Jln Senawang Paroi, Negeri Sembilan.
Dah lama kami sekeluarga plan nak kesana. Memandangkan cukup korum, anak-anak semua bercuti semester maka kami pun merealisasikan perancangan itu.
Kali pertama kami singgah disana dulu (dah lama dah) kami memilih makan cara bersila. Kami pesan makanan gunakan dulang. Satu dulang kongsi tiga orang. Kami pesan dua dulang. Satu dulang lauk ayam dan satu lagi kambing. Hmm…..
Kali kedua ni kami pergi lepas Maghrib, kali pertama lepas Zohor. Kami pilih cara bersila juga tetapi kali ini makan tidak berdulang.
Paling atas tu Nasi Arab Damsyik Ayam. Yang satu lagi tu Nasi Arab Damsyik Kambing. Yang bawah tu pula “cicah” nasi yang disediakan.
Memang sedap. Ayam cukup besar untuk dikongsi dua orang. Begitu juga dengan kambing. Itu kalau kita tak terlalu lapar. Kalau dah lapar sangat tu….. rasanya pulun sendiri je.
Kali pertama kesana daging kambing sedikit liat. Tapi kali ini memang lembut. Sedap!
Kami dah berkata kat dalam hati, kalau kali ini daging kambing liat juga, lain kali kami akan order ayam sahaja. Oleh kerana second time ini memang lembut, well next time boleh pesan lagi.
Kami pesan satu jug shai (teh) ais sebagai pembasah tekak dan melancarkan makan.
Sepinggan nasi lauk ayam RM10 dan RM13 untuk lauk kambing. Teh ais (pudina) RM8 satu jug.
Berbanding kali pertama, kunjungan kali ini kami sekeluarga berpuas hati. Terima kasih.
Next time kami sekeluarga nak cuba Nasi Arab di Ampangan pula. Baru ternampak kedai tu.
So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berilah keberkatan kepada kami pada segala rezeki yang Engkau kurniakan dan peliharalah kami daripada azab neraka. Amin.
Wassalam.
1 comments:
dah cuba lazeez di tmn ixora? saya dah cuba semua restoran arab seremban, lazeez yg terbaik. :D
Catat Ulasan