DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mac 04, 2011

BBK 42. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Ketigabelas

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami akan berkongsi Pelajaran Ketigabelas pada Jumaat ini. Seperti biasa topik pelajaran terdahulu dibawah ini.

Pelajaran Pertama - Surah Al-Fatihah.
Pelajaran Kedua – Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah.
Pelajaran Ketiga – Rukun Iman.
Pelajaran Keempat – Pembagian Tauhid dan Syirik.
Pelajaran Kelima – Rukun Islam.
Pelajaran Keenam – Syarat2 Shalat.
Pelajaran Ketujuh – Rukun2 Shalat.
Pelajaran Kelapan – Kewajiban2 Shalat.
Pelajaran Kesembilan – Bacaan Tasyahud.
Pelajaran Kesepuluh – Sunnah2 Shalat.
Pelajaran Kesebelas – Hal2 Yang Membatalkan Shalat.
Pelajaran Keduabelas – Syarat2 Wudhu’

No1023

Hal-hal yang wajib dalam berwudhu’ ada enam, yaitu:

  1. 1. Membasuh muka, termasuk berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung.
  2. 2. Membasuh kedua telapak tangan sampai siku.
  3. 3. Mengusap seluruh kepala, termasuk kedua telinga.
  4. 4. Membasuh kedua kaki, sampai mata kaki.
  5. 5. Tertib (berurutan).
  6. 6. Muwalah (langsung antara membasuh anggota wudhu’ yang satu dengan yang lainnya, dengan tidak diselah-selahi waktu yang panjang).

Disunnahkan (dalam berwudhu’) untuk mengulangi sampai tiga kali, yaitu ketika membasuh muka, kedua tangan dan kedua kaki, demikian pula ketika berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung. Dan wajib (melakukan semua itu) sebanyak satu kali saja.

Adapun mengusap kepala, maka tidak disunnahkan untuk diulangi, sebagaimana yang telah diterangkan oleh hadits-hadits yang shahih.

********************************************************************************

Di negara kita, kita belajar ada fardu dan sunat wudhu’ seperti berikut:

Fardu wudhu’:
1. Niat.
2. Membasuh muka dari paras rambut di kepala hingga ke bawah dagu dan dari paras telinga kanan hingga paras telinga kiri.
3. Membasuh tangan hingga sampai siku.
4. Menyapu sebahagian kepala.
5. Membasuh kedua kaki sehingga melepasi kedua buku lali.
6. Tertib.

Diantara sunat-sunat wudhu’:
1. Membaca بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
2. Membasuh kedua tapak tangan sehingga pergelangan tangan.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan air ke hidung dan membersihkannya.
5. Menyapu seluruh keluarga.
6. Mengulangi perbuatan tersebut tiga kali.
7. Menyapu kedua telinga.
8. Mendahului dengan anggota yang kanan apabila membersih tangan dan kaki.
9. Menggosok celah-celah jari tangan dan kaki dan celah-celah janggut.
10. Berturut-turut.
11. Berdoa apabila selesai berwudhu’.

Insya’allah, semoga apa yang dikongsi dapat meningatkan kita dengan apa yang telah kita dipelajari semasa kita dizaman kanak2 dan mungkin telah kita lupai.

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India