DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Mac 23, 2011

BN tidak akan semberono buat janji cari populariti, kata Najib

March 22, 2011

PUTRAJAYA, 22 Mac — Datuk Seri Najib Razak berkata apabila kerajaan mengaku untuk melaksanakan sesuatu, ia akan menunaikannya dengan menggunakan segala ikhtiar dan kudrat yang ada.

Malah, kata Perdana Menteri, sebelum berjanji lagi, kerajaan akan memastikan apa yang dinyatakan itu bersifat realistik, dalam kemampuan kerajaan yang wajar, bertanggungjawab dan mengambil kira semua aspek kesejahteraan rakyat serta kepentingan jangka panjang.

“Segala-galanya berlandaskan falsafah induk Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sini hari ini.

Dipetik Bernama, Najib berkata perbezaan antara parti yang bertanggungjawab dan yang tidak bertanggungjawab boleh dilihat melalui janji yang dibuat kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya.

Beliau berkata parti yang bertanggungjawab tidak akan semberono mengaku untuk berbuat apa-apapun yang tampak hanya bermanfaat dalam jangka pendek tetapi akan mendatangkan bencana kepada negara serta kesengsaraan kepada rakyat bukan sahaja dalam jangka panjang malah dalam masa terdekat pun boleh dirasa kesan buruknya.

“Pucuk pangkalnya, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek daripada membangkrapkan negara dalam jangka panjang.

“Pastinya lagi, parti yang bertanggungjawab tidak sekali-kali akan membenarkan maruah negara dikompromi atau dipertaruhkan. Pendek kata, kerajaan ini tidak sanggup menyaksikan apa yang telah dibina dengan bertatih dan jerih payah selama ini lebur musnah begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata dokumen-dokumen janji pelbagai corak “sama ada biru laut, hijau gelap, putih dan terkini jingga yang disogokkan oleh pedagang-pedagang impian” semuanya itu tampaknya dihasil dan dikarang bersandar kepada keseronokan sementara sehingga kadang-kalanya membuatkan segelintir terpegun dan terpedaya kononnya “ada tempayan emas di kaki pelangi”.

Najib berkata kerajaan tidak mahu melihat negara terpaksa bergantung kepada ehsan institusi kewangan antarabangsa seperti nasib yang menimpa sesetengah negara menadah tangan meminta-minta pada satu masa nanti, hanya kerana ingin menjadi parti populis untuk seketika.
(Sumber: Malaysian Insider)

Menarik apa yang dikatakan oleh Dato Seri Najib Razak berkenaan dengan membuat janji dan kaitannya dengan populis atau popular.

Menarik juga kata-kata beliau berkenaan dengan dokumen-dokumen janji berwarna-warni yang disogokkan oleh pedagang-pedagang impian.

Dalam senario politik di Malaysia janji sememangnya berkait rapat dengan populariti dan boleh dikatakan menjamin kemenangan didalam pilihanraya.

Jika janji tidak mendatangkan apa-apa impak pada populariti atau dilihat boleh menjamin kemenangan dalam pilihanraya kenapa bila ada pilihanraya kecil ‘janji’lah yang dijaja oleh pemimpin-pemimpin dari pihak pemerintah dan pembangkang.

Didalam senoria politik di Malaysia juga, kita akan dapati masih ramai lagi yang termakan dengan janji-janji yang dijaja. Walaupun pada setiap kali pilihanraya janji yang sama dijaja berulang kali.

Adakah perkara itu terjadi kerana mentaliti sebahagian besar pengundi masih tidak mampu untuk berubah atau sememangnya sudah tidak boleh diubah? Sebagai contoh pengundi di pendalaman dan warga emas.

No1273No1272

Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu ambil tahu halatuju negara dan cara mana ianya akan ditadbir. Adakah menjurus kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara? Dan adakah rakyat dapat bersama-sama menikmati isi “tempayan emas di kaki pelangi”.

Itulah sebabnya rakyat perlu membuat penganalisaan kepada dokumen janji yang disogokkan oleh pemerintah dan pembangkang.

Perlu tahu serba sedikit berkenaan dengan falsafah Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dijaja pemerintah sekarang.

Perlu juga tahu serba sedikit falsafah Buku Jingga yang dijaja oleh pembangkang.

Sekarang ini kita cuma disogokkan dengan falsafah Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan oleh media-media negara kita.

Pembangkang tidak diberi kesempatan untuk memberitahu rakyat falsafah yang terkandung didalam Buku Jingga mereka menerusi media-media yang sama.

Majoriti rakyat tidak akan tahu mana satu falsafah yang realistik, berkesan kepada negara dan rakyat.

Kita digembar-gemburkan bahawa pihak pembangkang telah mengundang Dato Seri Najib Razak untuk berdebat mengenai falsafah masing-masing.

Amat malang bagi kita rakyat Malaysia kerana PM menolak undangan berkenaan.

Amatah malang juga bagi kita rakyat Malaysia kerana falsafah PM sahaja yang di hebahkan dan dengan susah payah cuba diterapkan kepada kita tetapi falsafah pihak satu lagi dikritik dan dikondem oleh pihak pemerintah termasuk oleh PM dan TPM sendiri.

Rakyat tidak mendapat dan tidak diberikan fakta yang sebenar untuk membuat pilihan “tempayan emas dikaki pelangi” mana yang mahu dipilih.

Cuba kita fikirkan ayat 125 surah An-Nahl yang bermaksud:
”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya, dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Berhijrahlah demi masa depan!

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India