DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mei 10, 2013

BSK 361. Tsunami Cina Taufan Bangla

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IMG_20130504_141439

Digambarkan bahawa ‘Tsunami Cina’ telah melenyapkan impian BN untuk mendapat majoriti 2/3 di Parlimen. BN mendapat 133 kerusi parlimen pada PRU13 berbanding 140 kerusi pada PRU12.

Prestasi PM yang memimpin BN pada PRU13 lebih teruk dari mantan PM yang menerajui BN pada PRU12.

Utusan Malaysia membuat pertanyaan kat pengundi Cina, ‘Apa lagi Cina mahu?’. Utusan Malaysia seolahnya menyalahkan orang Cina kerana memecah belahkan Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak mempertahankan serangan Utusan Malaysia terhadap komuniti Cina kerana menyokong DAP.

Didakwa parti pembangkang yang dikuasai Cina itu telah menyesatkan Cina ke polarisasi kaum yang lebih besar menjadikan mereka berfikir mengundi parti itu akan membawa kepada perubahan kerajaan.

Kekadang tu bila kami membaca kenyataan seperti itu seolah-olahnya ada segelintir manusia yang mempertikaikan hak yang diberikan kepada rakyat negara ini.

Semasa perundingan apa yang dikatakan kemerdekaan Tanah Melayu, pihak British telah mensyaratkan diadakan sebuah kerajaan yang melibatkan perkongsian kuasa di kalangan kaum utama ketika itu iaitu Melayu, Cina dan India melalui sistem parti politik bersandarkan demokrasi.

Wakil orang Melayu akur dengan syarat yang diberikan. Tak nak pun bincang samada nak beri hak kerakyatan bersyarat kepada orang Cina dan India ketika itu.

Tu le sebabnya.

Adakah masyarakat Cina dan India ketika itu jumlahnya teramatlah ramai?

Tentunya tidak kan.

Well….. orang Cina dan India telah diberi pengikhtirafan oleh pemimpin Melayu ketika itu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang Melayu, orang Melayu tuan kepada Tanah Melayu ketika itu, kenapa pula bila orang Cina ingin menentukan nasib mereka dalam PRU13 mereka dituduh ingin memecah-belahkan Malaysia. Kenapa?

Jika orang Cina dan India diberikan taraf yang sama dengan orang Melayu tidakkah mereka mempunyai hak untuk memilih siapa sahaja atau parti apa sahaja yang mereka suka untuk mentadbir negara ini?

Adakah yang dikatakan kontrak sosial itu mewajibkan orang Cina dan India mengundi parti yang memerintah atau orang Melayu mesti menyokong parti yang memerintah?

Tentunya tidak.

Rakyat diberikan hak, dan hak itu perlu di exercisekan dengan bijak. Tsunami Cina boleh juga  diterima kerana mereka berhak untuk melakukannya. Rakyat Malaysia yang mengikuti berita dan info dari laman maya mungkin akan tertanya-tanya, apahal pula dengan ‘Taufan Bangla’?

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, tambahkan kurniaan-Mu kepada kami dan janganlah Engkau kurangkannya pada kami. Dan muliakanlah kami dan janganlah jadikan kami hina-dina. Dan limpahkanlah kurniaan-Mu keatas kami dan janganlah Engkau tahankannya daripada kami. Dan utamakan kami dan janganlah utamakan yang lain keatas kami. Dan redhailah kami dan redailah semua usaha kami. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India