السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Nak cuit sikit mengenai isu pekerja impot jangan silap bukan pemain impot ye, yang akan di bawa masuk ke negara kita yang tercinta ini.
Kita bakal menyaksikan pengimpotan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ramai tuuuu.
Dikatakan memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh kedua belah pihak, Malaysia dan Bangladesh.
Pekerja yang di impot dari Bangladesh ini akan bekerja di sektor pembinaan, perkhidmatan, pembuatan dan pertanian di samping sektor perladangan.
Sektor2 yang dikatakan 3D (dirty, difficult, and dangerous) atau kotor, sukar dan berbahaya. Dikatakan orang kita tak mau melakukan kerja dalam sektor yang kotor, sukar dan berbahaya. Tu sebabnya didatangkan pekerja2 impot Bangladesh ni. Di impot beramai-ramai!
Atas tu cerita lama…..
Terbaru dikatakan yang menyain MOU tu menyangkal dakwaan bahawa negara kita akan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh.
Bercakap pada satu sidang akhbar, beliau berkata persepsi itu adalah "tidak betul".
Sebaliknya, angka 1.5 juta pekerja Bangladesh itu sebenarnya bilangan mereka yang telah mendaftar untuk bekerja di 139 negara seluruh dunia.
Terkini kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.
Tetapi jangan pula kita terperanjat jika dalam sedikit masa lagi kita akan melihat banyak kapalterbang Biman tiba2 membuat pendaratan kecemasan di KLIA.
Orang cari makan semua mungkin!
Tetapi adakah benar orang Malaysia tak nak melakukan kerja2 kategori 3D tu? Orang Malaysia ni memilih-milih kerja ke? Orang Malaysia ni lemah ke? Orang Malaysia ni manja sangat ke?
Orang tua kami selalu menasihatkan “asalkan halal buatlah kerja apa pun”. Kita ada tanggungjawab kepada keluarga kita, kepada ibu-bapa kita, jika ada tawaran atau kekosongan pekerjaan di sektor2 tu semestinya kita rebut.
Lebarkanlah peluang pekerjaan kepada warga kita. Utamakan warga kita. Bantulah warga kita.
Janganlah beberapa kerat dari kita meraih keuntungan dan kesenangan hingga membiarkan warga kita sendiri ekonominya bobrok.
Kita pun nak cari makan juga kan!
Dari Huzaifah, katanya: Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah: Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya. Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)
Huraian Hadith:
Dunia hari ini sering digemparkan dengan berita-berita mengenai pecah amanah di sana sini. Bapa merogol anak, bayi baru lahir dibuang, warga tua diragut, kanak-kanak didera, dan berbagai-bagai lagi kejadian yang menyentuh hati dan membangkitkan kemarahan banyak pihak. Semuanya berpunca daripada hilangnya sifat amanah dari jiwa manusia. Sesungguhnya di akhir zaman ini amat sukar untuk mencari orang yang benar-benar amanah sedangkan apa jua perkara dan tindakan yang diambil perlukan sifat amanah. Seorang bapa yang khianat tidak akan menjaga anak yang menjadi amanah Allah kepadanya bahkan diperkosa anaknya sendiri atau dia berzina dengan wanita lain. Begitu juga dengan kerajaan yang dipimpin oleh penguasa yang tidak amanah sudah pasti suatu hari nanti umat akan hancur. Fakir yang sombong juga tidak akan sudi menerima bantuan dan perhatian orang lain sedangkan ia sangat memerlukannya. Kesudahannya hidupnya tidak akan berubah sampai bila-bila hinggakan kefakiran tersebut membawanya kepada kekufuran. Hakikatnya janganlah kita mengkhianati amanah sedangkan kita mengetahuinya. Balasannya di hari akhirat kelak amat dahsyat menunggu kita. [Hadith Riwayat Muslim]
Fikir-fikirkan.
جزاك الله خيرا
Sumber hadith JAKIM
0 comments:
Catat Ulasan