DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Disember 31, 2010

BBK 33. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Keempat

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami akan share Pelajaran Keempat minggu ini. Bermakna telah tiga pelajaran kami share iaitu:

Pelajaran Pertama

Surah Al-Fatihah

Pelajaran Kedua

Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah

Pelajaran Ketiga

Rukun Iman

Jom kita ke pelajaran yang seterusnya:

Pel 4

Pembagian Tauhid dan Syirik
Tauhid itu terbagi tiga bagian, yaitu:

1. Tauhid Rububiyah

2. Tauhid Uluhiyah

3. Tauhid Asma’ dan Sifat

Syirik itu terbagi tiga bagian, yaitu:

1. Syirik Akhbar (besar)

2. Syirik Ashghar (kecil)

3. Syirik Khafiy ((tersembunyi)

Syirik Akhbar berakibat runtuhnya seluruh amal perbuatan dan kekal di Neraka, bagi orang yang mati dalam keadaan syirik.

Sebagaimana firman Allah SWT:

وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
[Surah Al-An’am: ayat 88]
Artinya:
Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.

مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ ۚ أُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ
[Surah At-Taubah: ayat 17]
Artinya:
Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya dan mereka kekal didalam Neraka.

Orang yang mati (sedang ia masih melakukan syirik akhbar ini), ia tidak akan diampuni, haram baginya Syurga. Sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا
[Surah An-Nisa: ayat 48]
Artinya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia berbuat dosa yang besar.

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۖ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۖ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
[Surah Al-Ma’idah: ayat 72]
Artinya:
Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya Syurga dan tempatnya di neraka, tidak ada bagi orang-orang zhalim seorang penolong pun.

Diantara bentuk-bentuk (Syirik Akhbar ini) ialah berdo’a kepada orang mati, kepada berhala-berhala, memohon pertolongan kepada mereka, bernadzar untuk mereka, menyembelih untuk mereka dan sebagainya.

Syirik Ashghar ialah:
(Perbuatan) yang penamaan-nya ditetapkan oleh nash-nash Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai syirik, akan tetapi tidak termasuk jenis syirik akhbar; seperti : Riya’ dalam beberapa perbuatan, bersumpah dengan selain Allah, ucapan “Masya Allah wa sya’a Fulan” (Apa yang dikehendaki Allah dan dikehendaki Fulan) dan sebagainya.

Berdasarkan sabda Rasulullah saw yang artinya:
Sesuatu yang paling aku takutkan (menimpa) kamu adalah Syirik Ashghar. Lalu beliau saw ditanya tentang (Syirik Ashghar), beliau menjawab: (Ia adalah) Riya’.
[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ath-Thabarani serta Al-Baihaqi, dari Mahmud bin Lubaid Al-Anshari r.a., dengan sanad yang baik. Diriwayatkan pula oleh Ath-Thabarani dengan beberapa sanad yang baik dari Mahmud bin Lubaid, dari Rafi’ bin Khudaij, dari Nabi saw]

Barang siapa yang bersumpah dengan sesuatu selain Allah, maka ia telah berbuat syirik.
[Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang shahih, dari Umar bin Khattab r.a.]

Dan diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At-Tirmidzi dengan sanad yang shahih dari hadith Ibnu Umar r.a. dari Nabi saw, bahwa beliau bersabda:
”Barangsiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka sungguh ia telah kafir atau berbuat syirik”.

Dan sabda beliau yang artinya:
Janganlah kamu mengatakan “Jika dikehendaki Allah dan dikehendaki Fulan”, akan tetapi katakanlah “Jika dikehendaki Allah, kemudian dikehendaki Fulan.
[Dikeluarkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang shahih, dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a.]

(Syirik Ashghar) ini tidak berakibat riddah (keluar dari agama Islam), tidak pula berakibat kekal di Neraka, akan tetapi ia (Syirik Ashghar) tidak sesuai dengan kesempurnaan Tauhid yang diwajibkan.

Syirik Khafiy:
Dalilnya adalah sabda Nabi saw yang artinya:

“Maukah kamu aku beritahukan apa yang paling aku takutkan (menimpa) kamu lebih dari (takutku atasmu) terhadap Al-Masih Ad-Dajjal? Mereka (para shahabat) menjawab: Mau, wahai Rasulullah. Beliau bersabda: (ia itu adalah) syirik khafiy (syirik yang tersembunyi), bahwa seseorang berdiri, lalu shalat, kemudian ia membaguskan shalatnya, karena ia melihat ada orang yang sedang memperhatikannya”.
[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitabnya Al-Musnad, dari Abi Sa’id Al-Khudriy r.a.]

Syirik dapat juga dibagi dua saja: Syirik Akhbar dan Syirik Ashghar. Sedang Syirik Khafiy dapat masuk pada kedua syirik tersebut. Syirik Khafiy dapat masuk pada Syirik Akhbar, seperti Syirik orang-orang munafik, karena mereka menyembunyikan akidah mereka yang batil; dan menampakkan ke-Islaman mereka, atas dasar riya’ dan takut atas kepentingan diri mereka.

Sedang Syirik Ashghar seperti riya’, sebagaimana (yang telah dijelaskan) dalam hadith Mahmud bin Lubaid Al-Anshari yang telah lalu; dan hadith Abu Said diatas.

Wallahu Waliyyut Taufiq (Hanya Allah lah yang dapat memberi pertolongan).

Diatas adalah Pelajaran Keempat.

Diharapkan kita semua dapat mengambil pengajaran dari pelajaran yang diberikan.

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

Rabu, Disember 29, 2010

Sister Salima - Striving in the Cause of Allah

 Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami nak berkongis pendapat dan pandangan telus dari seorang yang berjumpa Islam dan telah berpegang kepada kalimah "La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah" iaitu Sister Salima. Antara yang di perkatakan:

"First of all, any country which has a majority of Muslim citizens must be an Islamic state; it must implement Islamic law, politics and economics. What message is sent to the rest of the world when Muslim countries themselves choose not to create an Islamic state and abide by Shariah?"

Tidakkah kita teruja dengan kata-kata diatas? Atau adakah kita tidak merasa apa-apa atau tidak ada 'feeling' dengan kata-kata itu?

Mari kita baca artikel penuh yang tulis oleh Sister Salima, klik kat bawah tu
Striving in the Cause of Allah

Adakah negara kita mempunyai majoriti penduduk atau warganegara beragama Islam? Sudah tentu! Orang Melayu kan beragama Islam! Adakah kita tidak mampu untuk menegakkan negara Islam?

Tidak ke kita merasa malu, orang Melayu melaung-laungkan 'ketuanan Melayu' tetapi tidak mahu melaungkan 'ketuanan Allah SWT'. Tidak mahu membantu agama yang di ridhai Allah Taala untuk hamba-hamba Nya.

"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu."
[Surah Al Maa-idah (Hidangan): Ayat 3]

Ada yang merasa hairan atau tersenyum sinis atau ketawa jika ada golongan di negara kita yang berniat dan beristiqomah untuk menjadikan Islam dasar dan asas pemerintahan negara. Kenapa?

Kerana kita Islam keturunan. Kita tidak bersusah payah mencari Islam. Keluar dari perut ibu kita dah Islam. Kita tidak 'appericiate' apa yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

Well..... cuba kita hayati apa yang dikatakan oleh mereka yang benar-benar mencari Islam seperti contoh diatas.

Moga-moga kita mendapat ikhtibar dan panduan yang boleh membawa kita kepada Islam yang syumul. Dapat membantu menegakkan negara Islam yang sebenar. Bukan cuma pengakuan kosong sahaja. Cuba fikir-fikirkan.

So..... semoga Allah SWT tunjukkan kepada kita perkara yang benar itu adalah benar dan dipandui kita supaya mengikutinya dan ditunjukki kita perkara yang batil itu adalah batil supaya kita meninggalkannya. Amin.

Wassalam.

Isnin, Disember 27, 2010

BFK 132. Selamat Hari Lahir Abang

Bismillah.

Assalamualaikum.

Posting ini khas untuk anak pertama kami. Dah besar dah!

No1071

“Selamat Hari Lahir Abang”

Ibu pesan, belajar rajin-rajin supaya dapat DL. Lawan abang lawan!

So….. semoga Allah SWT tambahkan lagi ilmu kita dan luaskan lagi fahaman kita. Dilapangkan-Nya dada kita dan dimudahkan-Nya urusan kita. Dikeluarkan kita dari kegelapan ragu dan memuliakan kita dengan cahaya kefahaman dan dibukakan bagi kita makrifat ilmu. Amin.

Wassalam.

BFK 131. Cantik Menarik Tapi Kurang Ketahanan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kawan-kawan pernah tak menerima wang kertas yang di tampal dengan ‘cellophane tape’?

Kami selalu juga. Yang terbaru pagi tadi. Kami terima sebagai pulangan bila membayar tol.

No1068No1069

Dalam banyak-banyak wang kertas koyak, wang kertas RM5 yang terbanyak kami terima.

Diatas tu koyak dibahagian tengah. Ada yang koyak dibahagian tepi yang tak sepatutnya boleh koyak.

Wang kertas RM5 diperbuat dari polimer. Apa itu polimer?

Well….. polimer kekadang tu ada juga yang menyebutnya sebagai plastik. Ada polimer dari alam semulajadi dan ada yang sintetik.

Wang polimer dikatakan ada kelebihan berbanding wang kertas biasa. BNM pun mengakui kelebihan tersebut. Kami share sedikit apa yang diberikan oleh BNM:

S.3 Apakah kelebihan wang polimer?
Kelebihan wang polimer adalah seperti berikut :

Efektif dan ciri keselamatan yang mudah dikenali terdapat pada wang polimer terutamanya tingkap pandang telus dan imej tanda bayang.

Tahan lebih lama dimana dengan tahap ketahanan yang tinggi dan kekekalan kualitinya menyebabkan jangka hayatnya menjadi lebih panjang.

Dengan sifatnya yang tidak poros, wang polimer tidak mudah menjadi kotor dan lembik. Ia tidak menyerap kekotoran atau cecair menjadikan wang polimer sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan.

Mesra alam dan wang polimer boleh dikitar semula bagi menghasilkan produk-produk yang berguna diakhir hayatnya.

S.13 Bagaimanakah tahap ketahanan wang polimer terhadap koyakan?
Wang polimer adalah sukar untuk dikoyak.

Sila klik kat bawah untuk bacaan selanjutnya:
Wang Polimer  >  Soalan Lazim

Jadi, kenapa wang kertas polimer RM5 boleh koyak?

Ada yang mahu menguji ketahanannya? Atau sememangnya kurang berkualiti? 

Bukan kami nak pertikai atau nak buat lawak, tapi itu lah yang kami alami. Memang jika kami terima wang kertas koyak, selalunya wang kertas RM5.

So….. semoga Allah SWT melindungi kita dari hilangnya nikmat-Nya dan berubahnya kesejahteraan-Nya. Amin.

Wassalam.

Ahad, Disember 26, 2010

BSK 156. Media Prima Jabatan Perdana Menteri

Bismillah.

Assalamualaikum.

Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Januari ini untuk memantapkan team PM?

“Farid merupakan seorang eksekutif media dan pengiklanan yang berpengalaman dan boleh diyakini dalam kerja-kerja berkaitan dengan konsep 1 Malaysia,” kata seorang editor Media Prima kepada The Malaysian Insider.

Nak baca berita penuh? Klik kat bawah ni!
Farid Media Prima ke JPM, kukuh pasukan Najib menjelang PRU-13

Nampak gayanya rakyat Malaysia masih belum dapat ‘menjiwai’ konsep 1Malaysia hasil pemikiran PM kita ni.

Rakyat belum ‘jiwang-jiwang’ dengan konsep yang mahu diterapkan dalam minda mereka.

Kenapa ya? Ada ke rakyat 1Malaysia ni kurang bijak?

Tak menjiwai lagi kata-kata keramat ‘Rakyat didahulukan’?

Tak menjiwai lagi apa rasionalnya subsidi ditarik, harga barang dibiar naik?

Media Prima

Mungkin itulah KPI utama Datuk Seri. Membudayakan konsep 1Malaysia di minda rakyat agar rakyat menerima sungguh-sungguh konsep itu seperti ‘Jom Heboh’!

1Malaysia 1Jom Heboh. Ingat Jom Heboh! Ingat 1Malaysia!

Selamat kepada rakan sekolah kami ini. Cerah bintang beliau, ada peluang besar menerajui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam masa terdekat ini.

Cuma apa pendapat Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim dengan isu pinjam-meminjam ini?

Jom baca kenyataan beliau mengenai tahap pemahaman konsep 1Malaysia. Klik bawah ni:

Rais: Tahap pemahaman konsep 1 Malaysia meningkat 84 peratus

So….. semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita dan dosa saudara-saudara kita yang mendahului kita dalam iman dan janganlah dijadikan dalam hati kita perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman kerana sesungguhnya Allah SWT Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Nya. Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India