DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Disember 26, 2010

BSK 156. Media Prima Jabatan Perdana Menteri

Bismillah.

Assalamualaikum.

Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Januari ini untuk memantapkan team PM?

“Farid merupakan seorang eksekutif media dan pengiklanan yang berpengalaman dan boleh diyakini dalam kerja-kerja berkaitan dengan konsep 1 Malaysia,” kata seorang editor Media Prima kepada The Malaysian Insider.

Nak baca berita penuh? Klik kat bawah ni!
Farid Media Prima ke JPM, kukuh pasukan Najib menjelang PRU-13

Nampak gayanya rakyat Malaysia masih belum dapat ‘menjiwai’ konsep 1Malaysia hasil pemikiran PM kita ni.

Rakyat belum ‘jiwang-jiwang’ dengan konsep yang mahu diterapkan dalam minda mereka.

Kenapa ya? Ada ke rakyat 1Malaysia ni kurang bijak?

Tak menjiwai lagi kata-kata keramat ‘Rakyat didahulukan’?

Tak menjiwai lagi apa rasionalnya subsidi ditarik, harga barang dibiar naik?

Media Prima

Mungkin itulah KPI utama Datuk Seri. Membudayakan konsep 1Malaysia di minda rakyat agar rakyat menerima sungguh-sungguh konsep itu seperti ‘Jom Heboh’!

1Malaysia 1Jom Heboh. Ingat Jom Heboh! Ingat 1Malaysia!

Selamat kepada rakan sekolah kami ini. Cerah bintang beliau, ada peluang besar menerajui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam masa terdekat ini.

Cuma apa pendapat Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim dengan isu pinjam-meminjam ini?

Jom baca kenyataan beliau mengenai tahap pemahaman konsep 1Malaysia. Klik bawah ni:

Rais: Tahap pemahaman konsep 1 Malaysia meningkat 84 peratus

So….. semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita dan dosa saudara-saudara kita yang mendahului kita dalam iman dan janganlah dijadikan dalam hati kita perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman kerana sesungguhnya Allah SWT Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Nya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India