DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Mac 14, 2013

BSK 349. Sauk ke Lahad Datu

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kami sebenarnya tidak berpuas hati dengan kata-kata atau komen-komen perbandingan diantara insiden yang berlaku di Perak dan di Sabah.

Perbandingan diantara kejadian di Sauk dan Lahad Datu. Perbandingan diantara Al-Maunah dan Askar Di-Raja Kesultanan Sulu.

Contoh…..

“Pencerobohan militan Filipina di Lahad Datu, Sabah tidak boleh disamakan dengan insiden berdarah kumpulan pemberontak Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak, pada Julai 2000, kata bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said.

Beliau berkata militan Al-Maunah mengisyitharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong manakala militan Filipina yang mendakwa sebagai Tentera Kesultanan Sulu datang untuk menuntut negeri Sabah.

Zaini, yang terbabit dalam operasi menumpaskan kumpulan Al-Maunah, berkata situasi dan motif kedua-dua kumpulan militan adalah berbeza yang mana anggota Al-Maunah adalah rakyat tempatan manakala militan Filipina adalah warga asing.

Militan Al-Maunah bercadang menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui huru-hara manakala kumpulan bersenjata Filipina di Sabah menceroboh dengan menggunakan tindakan kekerasan, katanya kepada pemberita di ibunegara semalam.”

Begitu juga dengan kandungan khutbah Jumaat, 08/03/2010.

“Berdasarkan kepada sejarah, negara kita telah berdepan dengan beberapa siri ancaman keselamatan bermula dengan ancaman pengganas komunis semasa darurat dan kemunculan beberapa kumpulan militan seperti kumpulan tentera sabilillah, kumpulan Nasir Ismail, al-Maunah dan lain lain lagi yang kesemuanya menuntut berlakunya peperangan dan pertumpahan darah serta nyawa. Alhamdulillah, semua ancaman keselamatan itu telah berjaya diatasi oleh pihak pemerintah dan pasukan keselamatan negara hasil perancangan yang tepat dan strategik demi mempertahankan maruah negara.”

Pada kami, dalam jalan cerita kedua-dua insiden itu terdapat kepelikan yang menonjol. Kepelikan  tersendiri tetapi seolah-olah ada kesamaan.

Kami tidak mahu menyentuh isu Lahad Datu. Cuma cerita sikit mengenai dua beradik yang masih dalam tahanan. Nak kisahkan sedikit pasal si abang yang agak rapat dengan kami.

Dalam ramai-ramai ahli Al-Maunah yang berkampong kat Bukit Jenalik, kami mengenali dua beradik yang sehingga kini masih didalam tahanan di Kajang. Kami kenal mereka berdua terutama si abang. Kami rapat dengan keluarga mereka dan juga ibu bapa mereka.

Sebelum peristiwa di Sauk, tiap kenduri kat rumah ibu mertua, kami biasa bergotong royong bersama. Peramah orangnya. Selalunya bila berbual memakan masa juga.

Bila hari raya, hampir satu kampong mereka sekeluarga round. Tujuannya untuk merapatkan tali silaturrahim, kekeluargaan dan persahabatan. Mereka memenafaatkan betul-betul masa itu.

Kedua beradik ini membantu di kebun kelapa sawit bapa mereka. Dan mereka berdua juga memang diharapkan untuk mengurus semua urusan di kebun tersebut. 

Sebelum Sauk, si abang ini sudah ada tiga orang anak. Ketika ke Bukit Jenalik isteri beliau sarat mengandung anak ke-4. 

Kedua beradik itu seperti kita. Sama macam kita, mencari rezeki yang halal untuk membina keluarga. Orang kampong yang membantu bapa mereka di kebun kelapa sawit.

No2557

Tiba-tiba….. ketika negara dalam keadaan aman tenteram, tidak ada tsunami melanda, pengganas komunis dah lama meletakkan senjata, ketika bini sarat mengandung dan menunggu waktu untuk melahirkan anak ke-4, tup-tup….. kedua beradik ini melakukan jenayah berat, bersekongkol menceroboh pusat senjata, memunggah dan melarikan sebilangan senjata dianggarkan seberat antara tiga ke lima tan dalam tiga buah pajero dan mengisyitharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Cuba kita renungkan sejenak, memunggah senjata seberat tiga ke lima tan dari dalam gudang senjata kedalam tiga pajero dalam masa dikatakan 15 minit! Maaf jika kami katakan ianya rekod 1Malaysia dan mungkin juga rekod Guiness.

Sebelum ke Sauk, kami teringat ada si abang ni bercerita bahawa kumpulan mereka pernah menjalani latihan ala tentera bersama anggota keselamatan. Kami tidak pasti pasukan keselamatan yang dimaksudkan. Mungkin inilah titik permulaan kepada episod berdarah yang menjadi sejarah kat Malaysia.

Kedua beradik yang ini termasuk di dalam ahli Al-Maunah yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Orang nombor 1 dan nombor 2 kumpulan itu di bicara berasingan, begitu juga ahli-ahli yang mengaku bersalah. Setahu kami mereka-mereka yang mengaku bersalah telah lama dibebaskan.

Pada kami tragedi Al-Maunah adalah satu perancangan kejam yang telah memporak-perandakan banyak keluarga. Percaturan segelintir manusia yang telah mencerai-beraikan anak-anak dan bapa-bapa dari keluarga tersayang.   

Sesungguhnya kami pasti, mereka-mereka yang berkomplot dan menjadi tok dalang dibelakang tragedi itu, samada ahli-ahli yang menjadi gunting dalam lipatan atau individu-individu tertentu yang berkepentingan sehingga berlaku kemalangan jiwa di Bukit Jenalik, akan menerima habuan masing-masing. Insya’Allah setimpal dengan watak yang mereka lakonkan.

Kepada mereka-mereka ini kami nak share tulisan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam buku beliau “Bertemu Janji Allah Menyingkap Kisah Mashyar Yang Menyayat Hati”.

Kami nak ambil sedikit nukilan beliau pada bab 13 di mukasurat 67-70 yang memperkatakan tentang ‘Empat Golongan yang Menjadi Saksi di Akhirat.

Di akhirat kelak ada empat perkara yang akan dipersaksiakan di hadapan Allah S.W.T.

  1. Rasulullah S.A.W bersaksi di hadapan Allah bagi menyempurnakan syahadah rasul-rasul terdahulu yang telah bersaksi di hadapan umat mereka bahawa di akhir zaman kelak akan lahir Rasulullah S.A.W sebagai nabi akhir zaman.
  2. Bumi yang dipijak oleh kaki-kaki manusia akan menjadi saksi dihadapan Allah kepada semua tingkah manusia. Menerangkan secara terperinci segala perbuatan atau amalan manusia sama ada amalan yang baik mahupun yang buruk.
  3. Anggota tubuh manusia itu sendiri bakal menjadi saksi kepada manusia di akhirat seperti tangan, kaki dan kulit akan tampil ke hadapan Allah S.W.T di akhirat dan bertindak menjadi saksi yang jujur di hadapan Allah.
  4. Lidah manusia itu sendiri yang akan menjadi saksi kepada manusia di akhirat. Anas bin Malik R.A meriwayatkan sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Bahawa lidah manusia akan menjelaskan dan menjadi saksi di hadapan Allah S.W.T di atas segala perbuatannya yang telah mereka lakukan sama ada yang baik ataupun yang buruk.”

Tragedi Sauk dan Lahad Datu samada bangsawan atau sandiwara atau benar-sebenarnya seperti yang diberitakan oleh pihak pemerintah akan diketahui juga nanti. 

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.” (Surah Ghafir: 39)

So….. ya Allah ya Tuhan kami, baguskanlah apa yang membawa kepada kebaikan umat Muhammad S.A.W. Ya Allah, binasakan orang yang kebinasaannya membawa kebaikan bagi umat Muhammad S.A.W. Amin.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India