DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mac 08, 2013

BBK 53. Pemimpin yang adil itu, wahai Amirul Mukminin…..

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Peristiwa pencerobohan ‘Askar DiRaja Kesultanan Sulu’ di Lahad Datu Sabah mengajar kita untuk berfikir, menafsir dan menilai peranan yang dimainkan oleh pemimpin untuk meredakan keresahan dan ketakutan di hati rakyat.

Kita bersangka baik bahawa mereka berkeupayaan meredakan keadaan dan mengembalikan keamanan disana. Bukan bangsawan dan bukan sandiwara yang diarahkan semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan. Kerana nyawa pasukan keselamatan kita menjadi taruhan dalam isu ini. Pemimpin akan ditanya di hari kebangkitan kelak berkenaan dengan amanah yang samada beliau sendiri diminta atau diberikan kepadanya.

Kami dipertengahan jalan menghayati buku “Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz Kepimpinan dan Kewibawaannya” terbitan Pustaka Al Shafa.

Disini kami ingin berkongsi dari buku tersebut di mukasurat 47-48 mengenai pemimpin yang adil.

Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz melaksanakan tonggak besar dan prinsip penting ini dengan sangat sempurna. Menurut beliau, tanggungjawab dan kekuasaan itu sebenarnya adalah tugas melayanai rakyat, tunduk kepada syarat-syarat bai’at mereka dan mewujudkan kemaslahatan mereka. Seorang khalifah adalah pelayan umat dan dia harus melaksanakan tuntutan mereka sesuai syarat-syarat bai’at.

Umar bin Abdul Aziz sendiri suka mencari tambahan bagai pemahamannya tentang sifat-sifat pemimpin yang adil dan apa sahaja yang wajib dilakukan agar beliau dapat menerapkannya dan mempraktikkannya. Beliau menulis surat kepada Hasan Al-Basri untuk menanyakan hal ini. Hasan pun menjawab sebagai berikut:

  • Pemimpin yang adil itu, wahai Amirul Mukminin, seperti seorang ayah yang penyayang kepada anak-anaknya. Dia bekerja untuk mereka ketika mereka masih kecil dan mengajari mereka ketika mereka sudah dewasa. Menulis untuk mereka pada masa hidupnya dan menjadikan mereka sebagai simpanan setelah meninggalnya.
  • Pemimpin yang adil itu, wahai Amirul Mukminin, seperti ibu yang penyayang, baik dan lemah lembut kepada anak-anaknya. Dia mengandungkan dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Dia mendidiknya pada waktu kecil. Dia bangun malam jika anaknya bangun malam dan baru dapat tenang jika anaknya pun tenang. Beberapa waktu dia menyusuinya dan kemudian dia menyapihnya. Dia gembira jika anaknya sihat dan sedih jika anaknya sakit.
  • Pemimpin yang adil itu, wahai Amirul Mukminin, adalah pengasuh anak-anak yatim dan penampung orang-orang miskin, serta mendidik anak-anak kecil mereka.
  • Pemimpin yang adil itu, wahai Amirul Mukminin, seperti hati diantara anggota tubuh. Anggota tubuh akan bagus dengan sebab hati yang bagus dan akan rosak dengan sebab hati yang rosak.
  • Pemimpin yang adil itu, wahai Amirul Mukminin, adalah orang yang berdiri diantara Allah dan hamba-hamba-Nya. Dia mendengar firman Allah dan memperdengarkannya kepada mereka. Dia memandang kepada Allah dan memperlihatkannya kepada mereka. Tunduk kepada Allah dan membimbing mereka tunduk kepada-Nya.

Oleh kerana itu wahai Amirul Mukminin, dalam tugas yang Allah pikulkan kepada engkau ini, janganlah engkau menjadi seperti seorang hamba yang diberi amanah dan dititipi oleh tuannya harta dan keluarganya, namun dia menghilangkan harta dan keluarganya. Maka tuannya menjadi miskin dan keluarganya cerai berai.

Pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz tidak lama, sekitar dua tahun setengah sahaja. Dimasa pemerintahannya tidak ada rakyat yang mahu menerima zakat. Mereka seolah-olah tidak memerlukannya.

Kenapa?

Awesomenya kerana pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah itu sendiri. Pembaharuan di mulakan dengan diri sendiri dan diikuti dengan keluarga. Baru contoh yang ditunjukkan memberi impak besar kepada orang bawahan dan rakyat.

masjid nabawi

Khalifah dan keluarga menjalani kehidupan seharian secara sederhana. Mementingkan keselesaan rakyat dan berlaku adil kepada segenap lapisan rakyat, yang Islam dan bukan Islam.

Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz lama dah melaksanakan transformasi untuk keselesaan rakyatnya,

Pemimpin kita juga dikatakan melaksanakan pelbagai transformasi untuk keselesaan rakyat.

Untuk perbandingan kawan-kawan perlu membeli buku yang kami sedang baca ni. Sebagai persediaan untuk memangkah tak lama lagi.

Samada parlimen dibubarkan atau dibiarkan terbubar dengan sendirinya tidak menjadi persoalan. Cumanya sebelum pangkah, fikir-fikirkan sendiri jawapan yang Hasan Al-Basri berikan kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz tu.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami taat kepada-Mu dalam sesuatu yang paling Engkau sukai, iaitu tauhid dan kami tidak maksiat kepada-Mu dengan sesuatu yang paling Engkau benci, iaitu syirik. Oleh itu ampunilah kami diantara keduanya. Amin.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India