DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Mac 28, 2013

BSK 350. Bila nak undi ni?

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Taring Tun Dr Mahathir Mohamad masih kemas menjerut leher Umno. Kuku beliau masih utuh tertanam kedalam batang tubuh Umno.

Mantan PM itu memperlihatkan cengkamannya dengan memberi katadua kepada seseorang seperti laporan ini…..

Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. Beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu pendapat peribadinya yang yang mungkin tidak sepatutnya keluar.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.

"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi.

Sepanjang 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir beliau mempunyai empat orang timbalan yang kesemuanya hebat-hebat belaka.

  • Musa Hitam
  • Ghafar Baba
  • Anwar Ibrahim
  • Abdullah Ahmad Badawi

Abdullah Ahmad Badawi seorang sahaja yang nampak cerah masa depannya mendapat perkenan dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Pak Lah nama manja PM ke-5 a.k.a Mr Clean memperkenalkan Islam Hadhari dalam pentadbiran beliau. Ketokohan beliau menyaksikan BN mendapat kemenangan besar dalam PRU11 2004.

PRU12 2008 menyaksikan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam parlimen dan hilang empat buah negeri kepada pakatan pembangkang.

Kegagalan Pak Lah menerima kritikan keras dari Tun Dr Mahathir. Mr Clean didesak melepaskan jawatan PM.  

Memang langit tidak selalu cerah. Hujan pasti turun. Tetapi dalam kes Pak Lah, hujan tidak turun renyai-renyai tetapi datangnya mencurah-curah membawa sekali badai transformasi.

Mr Clean dikatakan lemah dan digantikan oleh Mr Transformasi dengan restu Tun Dr Mahathir. Selemah-lemah Mr Clean berani menerajui BN dalam dua PRU.

No2527

Ketika ini langit tidak juga cerah bagi PM ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Mendung hitam menyelubungi hari-hari beliau.

Kajian dari Merdeka Center menunjukkan sokongan terhadap Najib menurun 4 peratus daripada 69 peratus kepada 65 peratus.

Mr Transformasi ini kelihatannya masih tidak bersedia untuk membubarkan parlimen.

Hakikatnya, samada Datuk Seri Najib kita ini bersedia atau tidak parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 28 April dan pilihan raya mesti diadakan 60 hari selepas pembubaran.

Apa kata Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penundaan PRU13 ini…..

“Kalau saya jadi perdana menteri, dah lama saya bubar dah. Tapi, saya tak ada kuasa, jadi saya pun tak tahu bila nak dibubarkan,” kata Dr Mahathir kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

"Tunggu sebulan...dua bulan...tiga bulan..kita hanya ternanti-nanti. Saya menjangkakan pilihan raya berlangsung tahun lalu, tapi kerana saya bukan perdana menteri, ia tidak berlaku," kata Dr Mahathir lagi.

Kelihatannya pilihan Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah tidak menepati benchmark yang ditetapkan.

Seorang dikatakan lemah dan seorang lagi terus menerus menyembunyikan keberaniannya. Hmmmm…..

Bila nak undi ni?

Kami sekeluarga dah tak sabar nak mengundi. Dah lama sangat pactice menulis huruf ‘X’ kat atas kertas.

Yang seronoknya, dulu kami berdua. Alhamdulillah, sekarang ni berlima.

Undi jangan tak undi.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami kasih kepada iman dan hiaskanlah iman dalam hati-hati kami. Jadikanlah kami benci kepada kufur, fasik dan maksiat. Jadikanlah kami termasuk dalam kalangan orang yang mendapat petunjuk. Amin.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India