DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Januari 10, 2015

BBK 63. Hawa Nafsu Dan Kemudaratannya (6)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat bertemu kembali. Tak payah nak intro panjang-panjang. Jom kita ke point seterusnya yang memperkatakan isu perpecahan. Perpecahan kerana hawa nafsu. Point no. 9…..

 

IMG_20130720_132130

9. Perpecahan sesama manusia adalah satu sunnatullah yang telah ditetapkan. Namun begitu Allah SWT menyuruh setiap yang beriman supaya bersatu teguh dan tidak berpecah. Jika dilihat daripada perpecahan itu, ia berpunca daripada masalah nafsu.

 فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ عَنۡہَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ‌ۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬‌ۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ۬ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ۬ (٣٦)1

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). (36). [Al-Baqarah]

وَإِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَأَنَا۟ رَبُّڪُمۡ فَٱتَّقُونِ (٥٢) فَتَقَطَّعُوٓاْ أَمۡرَهُم بَيۡنَہُمۡ زُبُرً۬ا‌ۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡہِمۡ فَرِحُونَ (٥٣) فَذَرۡهُمۡ فِى غَمۡرَتِهِمۡ حَتَّىٰ حِينٍ (٥٤)1

Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertakwalah kamu kepadaKu. (52) Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka. (53) Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa. (54). [Al-Mukminun]

  • Mereka bergembira dengan perpecahan kesesatan mereka itu, didalam masa yang sama mereka menyangka mereka adalah betul.
  • Allah SWT mengarahkan kepada mereka yang beriman supaya tidak berjidal dengan membiarkan mereka tenggelam dalam kesesatan kerana mereka tetap tidak akan mahu untuk bersatu kembali.
  • Sudah sepatutnya seorang da’ei akan cuba sedaya upaya menyelamatkan mereka yang sesat. Didalam hal kesesatan yang dimaksudkan diatas, arahan Allah SWT supaya membiarkan mereka dalam kesesatan adalah menunjukkan kedegilan melampau yang mereka tunjukkan itu.

Daripda Anas bin Malik RA, sesungguhnya saya telah melihat Rasulullah SAW solat sunat Dhuha lapan rakaat ketika bermusafir dengannya. Setelah selesai bersolat Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku telah bersolat dalam keadaan mengharap sangat dan takut kepadaNya. Aku telah memohon dari Tuhanku tiga perkara. Allah SWT telah mengabulkan dua dan tidak membenarkan yang ketiga. Aku memohon supaya umatku tidak diuji (dihukum) dengan kemarau lalu Dia mengabulkan. Aku memohon supaya umatku tidak dikalahkan oleh musuh mereka lalu Dia mengabulkannya. Aku memohon supaya umatku tidak berpecah-belah lalu Dia menolak permintaan ini.

Habis point diatas. Akan kami ke point seterusnya dilain kali. إن شاء الله

By the way cuba fikir-fikirkan point diatas tu.

جزاك الله خيرا

Nota: Sumber ayat Al-Quran dari quranexplorer.com

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India