DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Januari 23, 2015

BBK 64. Hawa Nafsu Dan Kemudaratannya (7)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bertemu kembali pada hari Jumaat yang mulia ini. Minta maaf kerana terhenti seketika apa yang hendak kami kongsi. Sekali lagi selamat kembali semua.

20130430_220750Kami terus ke point seterusnya. Masih lagi berkenaan dan berkaitan isu  perpecahan. Point no.10…..

10. Bagi sesiapa yang mengikut hawa nafsu, Allah SWT telah menjanjikan bahawa Dia akan membelit mereka dengan perpecahan. Perpecahan itu bukan didalam perkara furu tetapi perpecahan didalam perkara usul. 72 golongan daripada 73 golongan yang masuk kedalam neraka itu adalah mereka yang berpecah didalam perkara usul. Iftirak yang mereka lakukan adalah perkara usul.

قُلۡ هُوَ ٱلۡقَادِرُ عَلَىٰٓ أَن يَبۡعَثَ عَلَيۡكُمۡ عَذَابً۬ا مِّن فَوۡقِكُمۡ أَوۡ مِن تَحۡتِ أَرۡجُلِكُمۡ أَوۡ يَلۡبِسَكُمۡ شِيَعً۬ا وَيُذِيقَ بَعۡضَكُم بَأۡسَ بَعۡضٍ‌ۗ ٱنظُرۡ كَيۡفَ نُصَرِّفُ ٱلۡأَيَـٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَفۡقَهُونَ (٦٥)1

Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu atau dari bawah kaki kamu atau ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah (berpuak-puak) dan ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. (65). [Al-An’aam].

  • Ibnu Abbas RA menyatakan tafsirnya, “Allah SWT jadikan kamu berpecah belah dengan hawa nafsu yang berbeza-beza. Apabila ia berlaku maka mereka akan saling mengkafirkan sebahagian yang lain sehingga mereka saling berbunuhan.”
  • Ada yang mengatakan bahawa tafsirnya adalah Allah SWT akan membelit mereka dengan perpecahan.
  • Berkata Mujahid dan Abul ‘Aliyah rhm, “Ayat ibi adalh untuk umat Nabi Muhammad SAW.”
  • Berkata Abul ‘Aliyah, “Dua perkara didalam ayat ini telah berlaku setelah 25 tahun kewafatan Rasulullah SAW iaitu perpecahan dan peperangan.”

وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ ٱلنَّاسَ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬‌ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخۡتَلِفِينَ (١١٨) إِلَّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَ‌ۚ وَلِذَٲلِكَ خَلَقَهُمۡ‌ۗ وَتَمَّتۡ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ (١١٩)1

Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. (118) Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: Sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa). (119). [Hud].

  • Mujahid rhm menyatakan bahwa yang berselisihan adalah ahlul batil kerana orang yang dirahmati Allah SWT, mereka tidak akan berselisih.
  • ‘Ikrimah rhm berkata, “Yang berselisih adalah ahlul ahwak dan mereka yang mendapat rahmat adalah ahlus sunnah.”
  • Umar bin Abdul Aziz dan Malik bin Anas berkata, “Ahlul Rahmah tidak akan berselisih.”

Habis point berkaitan perpecahan. Dikesempatan lain sedikit perbincangan mengenai cinta. إن شاء الله

جزاك الله خيرا

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India