السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Apabila banjir surut kita dapat menyaksikan kemusnahan yang dibawanya terutama kepada hartabenda, ada yang musnah secara total dan ada yang partial. Kita belum tahu angka sebenarnya kehilangan orang tersayang dalam musibah ini. Diberitakan 21 mangsa telah ditemui setakat ini.
Kepada mereka-mereka yang terlibat dengan banjir di Malaysia dan pesawat Ais Asia Indonesia, bersabarlah.
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w. [HR Muslim]
Huraian Hadith:
Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Allah SWT akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana segalanya adalah bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah SWT.
Ok, kami nak sambung pembicaraan hawa nafsu dan kemudaratannya. Enam point telah kami kongsikan. Kami ke point seterusnya…..
7. Hawa nafsu ini juga akan membuatkan seseorang menjadi buta dan pekak terhadap kebenaran. Imam Ibnu Taimiyyah berkata, “Orang yang mengikut hawa nafsu akan menjadi buta dan pekak daripada kebenaran disebabkan tabiatnya itu. Maka, apa jua yang datang dari Allah SWT dan RasulNya SAW tidak akan dapat masuk dalam dirinya, malah dia sendiri tidak mahu akan kebenaran tersebut. Mereka tidak boleh redha dengan kehendak Allah SWT. Mereka tidak marah kerana Allah SWT. Mereka hanya redha apabila nafsu mereka suka akan perkara tersebut. Mereka hanya akan marah apabila marah itu boleh memuaskan nafsunya. Mereka tidak ada perasaan untuk membela agama. Perbuatan yang mereka lakukan adalah untuk mempertahankan kepentingan diri sendiri atau ingin menunjuk (riyak) kepada manusia. Jika di perhatikan lebih mendalam lagi, mereka ini akan marah kepada sesiapa yang menyalahi pandangan mereka dan akan menyukai mereka yang bersamaan perasaan dan citarasa dengan mereka walaupun orang yang menyukai tersebut adalah orang yang jahil tentang agama. Akhirnya sikap tolong menolong bukan kerana Allah SWT akan terjelma dari perbuatan mereka.
لَقَدۡ أَخَذۡنَا مِيثَـٰقَ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَأَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡہِمۡ رُسُلاً۬ۖ ڪُلَّمَا جَآءَهُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰٓ أَنفُسُہُمۡ فَرِيقً۬ا ڪَذَّبُواْ وَفَرِيقً۬ا يَقۡتُلُونَ (٧٠)1
(70). Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa rasul. (Tetapi) tiap-tiap kali datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi. [Al-Maidah]
وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ (٤٩)1
(49). dan hendaklah kamu menjalankan hukum diantara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. [Al-Maidah]
- Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW berkaitan kaum Yahudi yang tidak mahu menerima dakwah Islam. Kaum Yahudi disebut didalam Al-Quran sebagai satu bangsa yang memungkiri perjanjian mereka dengan Allah SWT kerana menurut hawa nafsu.
ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ بَعۡضُهُم مِّنۢ بَعۡضٍ۬ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمُنڪَرِ وَيَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَقۡبِضُونَ أَيۡدِيَہُمۡۚ نَسُواْ ٱللَّهَ فَنَسِيَہُمۡۗ إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٦٧)1
(67). orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggengam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang fasik. [At-Taubah]
- Orang munafik adalah gambaran sebenar bagi umat Islam yang mencontohi golongan Yahudi.
- Diantara sifat munafik adalah bertolong-tolong didalam menyeru perkara mungkar dan akan berusaha mencegah perkara baik yang disuruh agama.
Habis point ke7. Sampai kat sini dulu sebab point no. 8 nampak agak panjang.
Tunggu sambungannya….. إن شاء الله
Daripada ‘Iyad bin Himar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadhu’ sehingga tidak seorang pun merasa dirinya megah (lebih) daripada orang lain dan tidak seorang pun menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.” [HR Muslim]
Huraian Hadith:
- Tawadhu’ yang terpuji ialah tawadhu’ kerana Allah SWT dan rasul-Nya. Tawadhu’ kepada ulama’ dan orang biasa kerana menurut perintah Allah SWT.
- Islam menuntut umatnya bersifat tawadhu’ dan hormat-menghormati sesama muslim dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
- Kedudukan orang Islam disisi Allah SWT adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhi sifat-sifat keji seperti meninggi diri, bermegah dan sebagainya.
جزاك الله خيرا
Nota: Ayat Al-Quran dari quranexplorer.com dan hadith dari eHadith Jakim
0 comments:
Catat Ulasan