DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Februari 07, 2015

BBK 65. Hawa Nafsu Dan Kemudaratannya (8)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sepuluh point telah kami kongsi-kongsikan. Tak banyak lagi yang ada. Sikit lagi je. No2532Kami masuk ke point seterusnya. Jom …..

11. Perlu juga difahami bahawa sifat-sifat mazmumah didalam diri manusia sangat berkait dengan cinta dunia. Sifat cinta dunia pula berpunca daripada hawa nafsu yang tidak terkawal.

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَـٰبَ وَقَفَّيۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِۦ بِٱلرُّسُلِ‌ۖ وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَأَيَّدۡنَـٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِ‌ۗ أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَہۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقً۬ا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقً۬ا تَقۡتُلُونَ (٨٧)1

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (87). [Al-Baqarah]

Daripada Anas bin Malik RA, sabda Nabi SAW, “Tiga perkara yang akan menyelamatkan seseorang, takutkan Allah SWT dalam keadaan terang dan tersembunyi, berlaku adil ketika redha dan marah dan pertengahan diantara kaya dan fakir. Tiga perkara yang memusnahkan manusia, hawa nafsu yang diikuti, kedekut yang ditaati dan takjubnya seseorang kepada diri sendiri.”

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, sabda Rasulullah SAW, “Tidak akan masuk ke neraka, seseorang yang masih ada iman di dadanya walaupun sebesar biji sawi. Tidak akan masuk ke syurga, seseorang yang ada di dadanya perasaan takabbur walaupun sebesar biji sawi.”

Daripada Anas bin Malik RA, sabda Rasulullah SAW, “Syurga itu dikelilingi oleh perkara yang tidak disukai oleh nafsu manakala neraka itu dikelilingi oleh perkara yang disukai oleh syahwat.”

Daripada Abu Barzah Al-Aslami RA, sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya diantara perkara yang aku takut menimpa kamu semua adalah nafsu syahwat yang membodohkan, yang ada didalam perut dan kemaluan kamu dan juga hawa nafsu yang menyesatkan.”

12. Manusia didalam hal beragama akan terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan yang melampau, kumpulan yang mengambil ringan dan kumpulan pertengahan. Kumpulan yang melampau adalah kumpulan yang sesat. Kumpulan yang mengambil ringan adalah kumpulan yang tahu hukum agama tetapi mengamalkannya sambil lewa dan tidak bertaqwa didalam beramal. Mereka ini adalah kumpulan yang dimurkai Tuhan. Kedua kumpulan ini, hakikatnya, adalah kumpulan yang mengikut hawa nafsu. Kumpulan pertengahan pula adalah kumpulan yang diberi nikmat iman dan hidayah oleh Allah SWT. Itu maksud ayat terakhir didalam surah Al-Fatihah.

Kami masukkan ayat terakhir surah Al-Fatihah untuk kita sama-sama renung-renungkan.

صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)1

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7). [Al-Fatihah]

13. Amalan ‘tazkiyatul anfus’ (pembersihan jiwa) adalah penawar dan pendinding bagi manusia dari menuruti hawa nafsunya. Amalan tazkiyatul anfus adalah wajib harian kerana hati manusia sangat mudah dikotori oleh hal keduniaan.

Daripada Fudhalah bin ‘Ubaid RA, saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Seseorang mujahid itu adalah mereka yang berjihad mengalahkan nafsunya kerana mahu mematuhi perintah Allah SWT.”

Daripada Abu Zar RA, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebaik-baik jihad adalah jihad (kesungguhan) seorang lelaki menundukkan hawa nafsunya (supaya mentaati perintah Allah SWT).”

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٢٠٠)1

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (200). [Ali Imron]

  • Berkata Imam An-Naisaburi rhm, “Yang dimaksudkan dengan sabar adalah jihad melawan nafsu dengan melakukan latihan yang berterusan. Yang dimaksudkan dengan Musabarah pula adalah sentiasa memerhatikan hati sendiri ketika diuji dangan keduniaan.”

Cukup sampai point ketigabelas ini dahulu. Cuba difikir-fikirkan ketiga-tiga point tersebut. Ada empat lagi yang akan kami share, إن شاء الله

جزاك الله خيرا

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India