السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Seperti yang telah kami ceritakan dahulu, dalam bulan Februari 2015 ini ada dua majlis walimatul urus.
Undangan dari Hj. Kamaruzzan dan Hjh Zawiah, perkahwinan anak lelaki mereka Mohd Lukman dan pilihan hatinya Zuraidah. Majlis pada hari Ahad, 08/02/2015.
Kedua undangan dari Hj Zainal dan Hjh Halijah. Jemputan perkahwinan anak lelaki mereka Mohd Hazeman dan pilihannya Syaerie Suhana. Majlis pada hari Sabtu, 21/02/2015.
الحمد لله undangan dari Hj. Kamaruzzan dan Hjh Zawiah di Dewan MPS telah kami, wife dan abang tunaikan. Kami menjamu selera di luar dewan kerana berangin dan amat nyamannya kat luar tu. Macam kat tepi pantai.
Ingatkan dua rupa-rupanya empat! Dua lagi kad jemputan yang kami terima:
- Undangan dari Hj. Sulaiman dan Hjh Noriah. Jemputan perkahwinan anak perempuan mereka Nor Sunihidayah dengan pilihan hatinya Mohd Kamalhusaini. Majlis pada hari Ahad, 15/02/2015.
- Undangan dari Hj Mohammad Ishak dan Hjh Norhamidah. Jemputan perkahwinan anak perempuan mereka Nor Alhuda dengan pilihan hatinya Mohd Fairuz. Majlis pada hari Sabtu, 21/02/2015.
الحمد لله kami, wife dan dua anak perempuan baru je balik dari majlis Hj. Sulaiman dan Hjh Noriah.
Pada hari Sabtu 21/02/2015 akan datang ada dua majlis yang berjalan serentak. Takpe, jarak antara kedua majlis yang diadakan tak jauh dari rumah kami. Jika diikutkan, rumah kami letaknya ditengah-tengah antara kedua rumah ni.
Orang menjemput, jika ada kelapangan إن شاء الله kami akan mampir. Jika ada urusan lain, kami akan memaklumkan kepada yang berkenaan.
Dalam riwayat Muslim, “Kewajipan orang Islam terhadap orang Islam yang lain ada enam perkara, “Apabila berjumpa maka hendaklah member salam, jika kamu diundang hendaklah hadiri, apabila dia meminta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila dia bersin dan menyebut الحمد لله doakan dengan يرحمك الله,jika dia sakit lawatilah dia dan apabila dia meninggal maka iringilah jenazahnya”. [HR Bukhari & Muslim]
Bila sampai kat bab makan tak kira kenduri kawin, majlis tahlil, majlis hari raya, makan kat rumah atau yang sewaktu dengannya, cuba-cubalah kita ingat pesanan Rasulullah SAW.
Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”. [HR Bukhari & Muslim]
Dari Anas bin Mali r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan الحمد لله sesudah makan dan minum. [HR Muslim]
Apa sahaja yang datang dari Nabi SAW adalah yang terbaik. Fikir-fikirkan.
جزاك الله خيرا
0 comments:
Catat Ulasan