السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hari kami nak cerita-cerita sikit mengenai sembahyang atau solat yang difardhukan pada malam israk dan mikraj Nabi SAW.
Dari Anas r.a katanya:Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti... [HR Bukhari]
2. Kedudukan sembahyang diletakkan pada tangga kedua daripada lima perkara rukun islam.
Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan. [HR Bukhari & Muslim].
3. Sembahyang juga merupakan ibadat fardu. Yang wajib didirikan oleh umat islam lima kali sehari. Dimana ia didirikan pada waktu-waktu tertentu.
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا (١٠٣)1
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (103). [An-Nisa]
4. Sembahyang itu tiang agama. Ia jugalah yang menjadi tanda aras atau benchmark antara hamba Allah atau sebaliknya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abdullah ibnu Umar RA; Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya maka sesungguhnya ia menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkannya bererti ia meruntuhkan agama.
Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Di antara hamba Allah dan di antara kufur ialah meninggalkan solat. [HR Muslim dan at-Tirmidzi].
5. Sembahyang dari segi bahasa bermaksud doa. Dari segi istilah ianya adalah bacaan-bacaan dan perbuatan-perbuatan yang tertentu yang bermula dari takbiratul ihram dan berakhir dengan ucapan salam.
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah s.a.w memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu baginda membaca surah al-Fatihah. Apabila baginda rukuk, kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). Apabila baginda bangkit dari rukuk, baginda tidak sujud sebelum baginda berdiri lurus lebih dahulu. Apabila baginda mengangkat kepala dari sujud (pertama) baginda tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat baginda membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Baginda melarang duduk seperti syaitan duduk atau seperti binatang buas duduk. Dan baginda menyudahi solat dengan membaca salam. [HR Muslim]
6. Sembahyang didirikan sebagai penyembahan terhadap Allah SWT. Ianya juga untuk seorang hamba itu sentiasa mengingati Pencipta nya.
إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ (١٤)1
Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (14). [Taha]
Sampai kat sini dulu cerita-cerita kami mengenai sembahyang atau solat.. Ada lagi sambungannya nanti. إن شاء الله
جزاك الله خيرا
0 comments:
Catat Ulasan