Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami nak perkenalkan ahli terbaru keluarga sebelah wife kami. Jom kita lihat gambar cutie tu…..
Tengah tidur. Sedap dan nyenyak tidurnya. Comel!
Dikeluarkan dari perut ibunya pada hari wukuf. Kalau dari perut, ceasarian le tu.
Diberikan nama Muhammad Syakir Danish. Tak pulak bagi nama yang ada kaitan dengan wukuf atau arafah. Syakir Wukuf atau Arafah Danish. Hmm…..
Tak tau le samada ada darah keturunan orang denmark ke atau ada kena mengena dengan Nora Danish, pelakon siri Puteri tu. Rasanya dua-dua tak ada. Berat kat jawa ada le. Haha.
Kalau dilihat dari kedudukan tangan semasa tidur, boleh jadi bilal, pandai azan. Insya’allah.
Apa aku nak buat ni? Takkan nak menung je.
Kita main cak-cak aje le. Cak-cak. Tutup mata kanan. Cak-cak. Kenyit mata kiri. Ulang tiga kali. Ulang sekali lagi. Hehe.
Itu le latest addition keluarga sebelah wife kami. Anak ketiga adik ipar. Menurut penelitian ibu mertua kami (dari uri adik ipar), pasangan ini akan dianugerahi sorang lagi anak. Wallahualam.
So….. semoga Allah SWT melindungi kita dengan kalimah-kalimah Nya yang sempurna daripada gangguan syaitan dan setiap penglihatan yang jahat lagi membahayakan. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan