DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Disember 01, 2010

BFK 125. Kita Merancang Tuhan Menentukan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kekadang tu bila akhir bulan ada juga kami ke Bandar Seremban. Selalunya ke Bank Islam. Tapi semalam kami dah plan nak ke tiga destinasi.

Jam 9.30 pagi kami pun memulakan perjalanan ke destinasi pertama iaitu  Public Bank.

Keluar je dari selekoh taman kami nak ke jalan besar, terdengar bunyi ‘prak’ dari belakang kami. Jangan buat fitnah, bukan buang angin ye. Tetapi bunyi rantai motor kami. Dah kendur dan dah lama tak ke bengkel motor. Huhu.

Pertukaran plan destinasi pertama, ke bengkel motor dulu. Bengkel motor ni memang on the way ke Bandar Seremban. Memang kira kami dah pajak dari dulu.

No0948

Tukar minyak hitam dan sebagainya, kena le RM35. Lari budget bulan ni. Mesti ingat, kita merancang, Allah Taala yang menentukan.

Bila dah serbis, sedap plak naik motor ni. zooooom. Laju je.

Parking motor depan Parkson Terminal 1.

Menapak ke Public Bank. Bayar hutang! Kereta belum habis bayor. Tak lama kat sini. Banyak kaunter dibuka.

Menapak lagi. Kali ini ke pejabat KWSP Seremban. Nakkan clarification tentang surat yang kami terima dari ibupejabat KWSP. Tak lama kat sana. Dah di beri penerangan fahamlah kami apa yang tersirat kat surat tu.

Menapak lagi. Destinasi terakhir ini, Maybank Seremban. Nak deposit cek. Rezeki Allah SWT beri. Dapat refund dari Takaful. Lama jugak kat sini. Tiga kali kami cuba try test nak deposit cek tu kat dalam cheque deposit machine tu. Tak jugak lepas. Dah berpeluh jantan ni. Nak cuba sekali lagi, pelanggan menunggu kat belakang mencuit, “masukkan kat dalam fast cheque deposit box, something not right with the cheque”.  Terima kasih. Ramai dah kat belakang tu. Huhu.

Kami turut suggestion yang diberi. Isi maklumat kat sampul. Ambil salinan warna kuning. Letak cek dalam sampul. Drop dalam kotak berkenaan. Keluar le resit.

Menapak lagi. Kali ni menapak ke motorsikal. Balik le kami. Habis sudah le urusan untuk bulan November 2010.

So….. semoga Allah SWT perbaiki segala urusan kita dan hanya kepada-Nya kita memohon pertolongan. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India