Bismillah.
Assalamualaikum.
“Mudah-mudahan dengan pendirian terbaru itu, YB Tuan Karpal Singh akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. untuk menerima Islam sebagai satu sistem yang adil untuk semua kaum dan sesuai dipakai dalam politik Malaysia,” katanya.
Diatas adalah kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila pemimpin veteran DAP, Karpal Singh cukup bersedia untuk berbincang isu negara Islam.
Satu situasi yang cukup menarik. Boleh diumpamakan ‘dulu lawan, sekarang kawan’. Juga ungkapan ‘tak kenal maka tak cinta, dah kenal baru menerima’.
Permuafakatan yang baik pada pendapat kami.
Jom kita baca lapuran penuh:
Negara Islam: Nik Aziz ucap tahniah pada Karpal
Cuba kita renungi dan hayati maksud surah Ali Imran: ayat 159 yang bermaksud:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu (urusan peperangan dan hal-hal duniawiah lainnya seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dll.) Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
Dalam satu pakatan, komponen-komponen lain perlu tahu dengan sebenar dan mendalam apa yang diperjuangan.
Sessi penerangan perlu kerap diadakan agar prinsip yang diperjuangan dapat difahami oleh semua.
Ianya boleh menguatkan dan mengeratkan lagi jalinan sesuatu pakatan.
So….. semoga Allah SWT memperbaiki segala urusan kita kerana hanya kepada-Nya kita menyerahkan urusan kita. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan