Bismillah.
Assalamualaikum.
Mereka-mereka yang berkenaan di negara kita ini memang bermurah hati dan berniat murni.
Diskaun diberikan dalam segala bidang!
Pengguna lebuhraya diberikan diskaun sebanyak 10% bila tiba musim-musim perayaan. Jom kita baca lapurannya:
Lebuhraya Duke beri diskaun Krismas 10%
Gedung-gedung perniagaan juga, bila musim-musim perayaan berlumba-lumba memberi diskaun.
Bila musim cuti sekolah pula ada ‘back to school sale’.
Akhir tahun ada YES (year end sales), ada barangan diberi diskaun sampai 70%.
Bertambah gembira bila menyambut perayaan. Betul ke? Huhu.
PDRM juga suka beri diskaun untuk saman ekor. Mahkamah juga akan beri diskaun 50% jika pesalah mengaku bersalah.
Memang sungguh murni mereka-mereka yang berkenaan. Menusuk jauh kedalam jiwa kami.
Cuma jika pemegang atau syarikat konsesi lebuhraya dengan usaha murni mereka membekukan kenaikan harga tol dan tidak memaksa kerajaan membayar pampasan dengan wang rakyat, usaha itu amatlah kami hargai.
Kerana pada kami menaikkan harga tol atau menerima pampasan dari wang rakyat adalah ‘penderaan rakyat’.
Rakyat Malaysia perlu membasmi segala jenis penderaan. Seperti juga kes atau masalah penderaan kanak-kanak.
So….. semoga Allah SWT melindungi kita dari kawan-kawan yang menipu dan hindari kita juga dari segala bentuk kejahatan dari hamba-hamba Nya yang lain. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan