Bismillah.
Assalamualaikum.
Kawan-kawan pernah tak menerima wang kertas yang di tampal dengan ‘cellophane tape’?
Kami selalu juga. Yang terbaru pagi tadi. Kami terima sebagai pulangan bila membayar tol.
Dalam banyak-banyak wang kertas koyak, wang kertas RM5 yang terbanyak kami terima.
Diatas tu koyak dibahagian tengah. Ada yang koyak dibahagian tepi yang tak sepatutnya boleh koyak.
Wang kertas RM5 diperbuat dari polimer. Apa itu polimer?
Well….. polimer kekadang tu ada juga yang menyebutnya sebagai plastik. Ada polimer dari alam semulajadi dan ada yang sintetik.
Wang polimer dikatakan ada kelebihan berbanding wang kertas biasa. BNM pun mengakui kelebihan tersebut. Kami share sedikit apa yang diberikan oleh BNM:
S.3 Apakah kelebihan wang polimer?
Kelebihan wang polimer adalah seperti berikut :
Efektif dan ciri keselamatan yang mudah dikenali terdapat pada wang polimer terutamanya tingkap pandang telus dan imej tanda bayang.
Tahan lebih lama dimana dengan tahap ketahanan yang tinggi dan kekekalan kualitinya menyebabkan jangka hayatnya menjadi lebih panjang.
Dengan sifatnya yang tidak poros, wang polimer tidak mudah menjadi kotor dan lembik. Ia tidak menyerap kekotoran atau cecair menjadikan wang polimer sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan.
Mesra alam dan wang polimer boleh dikitar semula bagi menghasilkan produk-produk yang berguna diakhir hayatnya.
S.13 Bagaimanakah tahap ketahanan wang polimer terhadap koyakan?
Wang polimer adalah sukar untuk dikoyak.
Sila klik kat bawah untuk bacaan selanjutnya:
Wang Polimer > Soalan Lazim
Jadi, kenapa wang kertas polimer RM5 boleh koyak?
Ada yang mahu menguji ketahanannya? Atau sememangnya kurang berkualiti?
Bukan kami nak pertikai atau nak buat lawak, tapi itu lah yang kami alami. Memang jika kami terima wang kertas koyak, selalunya wang kertas RM5.
So….. semoga Allah SWT melindungi kita dari hilangnya nikmat-Nya dan berubahnya kesejahteraan-Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan