DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Disember 19, 2010

BFK 130. Bila Kenderaan Tersadai

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari Khamis lepas kami membawa kereta Kancil kami ke Pusat Serbis Perodua di Rasah, Seremban.

Prestasi Kancil kurang memuaskan, tersengguk-sengguk masa laju di highway. 

Selepas dirawat oleh mekanik kat situ, kami dibawa untuk test drive. Nak pastikan perkara tu tak terjadi lagi.

Semasa test drive kami berbual-bual dengan mamat mekanik ni, entah macamana timbul topik kenderaan rosak dan tersadai kat highway.

Memandangkan begitu banyak kes  penipuan yang terjadi kepada pemandu yang kenderaan mereka rosak, beliau memberi tip ini.

No1053

Mekanik ini menasihati, terutama pada yang memandu kenderaan Perodua.

Jika berlaku musibah samada di highway atau jalanraya, pertamanya pastikan kunci kenderaan ada pada kita.

Seterusnya kita talipon Pusat Serbis Perodua atau pihak insuran kita. 

Berikan maklumat, keadaan kenderaan dan kedudukan kita  kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Kemudian kita minta pula nombor lori tunda yang akan datang membantu kita.

Kekadang kata mekanik tu, ada pemandu lori  tunda yang mengaku mereka yang kita baru hubungi tadi. Masalah!

Itu tip yang sempat beliau berikan. Terima kasih!

Kami nak tambah atau share sikit pendapat kami kat sini. Boleh ke tak boleh? Boleh!

Kita perlu ada buku kecil atau buku nota dan pen dalam poket kenderaan kita. Untuk tulis menulis atau nota menota.

Jika terjadi musibah, selain tip diatas mungkin kita boleh lakukan perkara dibawah ini.

Kunci pula jangan ditinggal kat tempat ignition. Juga jangan diberi kepada orang lain.

Kita minta juga nama-nama mereka yang kita telah hubungi samada di Perodua atau pihak insuran. Untuk kemudahan urusan.

Kemudian kita minta pula maklumat mengenai siapa yang akan membantu kita, seperti nombor lori  tunda, nama mereka-mereka yang bertugas dan juga nombor HP mereka-mereka yang berkenaan.

Minta bantuan dari saudara mara atau kawan-kawan yang tinggal berdekatan. Minta juga bantuan dari peronda lebuhraya.

Ramai yang akan merayu atau mendesak kita untuk menerima bantuan atau perkhidmatan mereka.

Kebanyakkan dari mereka ini hanya mahu mengambil kesempatan dari musibah yang kita alami.

Rasanya yang paling utama yang kita perlu lakukan adalah menenangkan diri kita sendiri dan perlu mengawal keadaan. Dan terlebih utama dari itu minta pertolongan dari Allah SWT. Insya’allah, semua akan dimudahkan-Nya.

So….. semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita kerana tiadalah yang mudah melainkan yang Dia jadikannya mudah dan tiadalah yang menjadikan kesukaran itu mudah melainkan bila sahaja Dia kehendakinya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India