DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Disember 29, 2010

Sister Salima - Striving in the Cause of Allah

 Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami nak berkongis pendapat dan pandangan telus dari seorang yang berjumpa Islam dan telah berpegang kepada kalimah "La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah" iaitu Sister Salima. Antara yang di perkatakan:

"First of all, any country which has a majority of Muslim citizens must be an Islamic state; it must implement Islamic law, politics and economics. What message is sent to the rest of the world when Muslim countries themselves choose not to create an Islamic state and abide by Shariah?"

Tidakkah kita teruja dengan kata-kata diatas? Atau adakah kita tidak merasa apa-apa atau tidak ada 'feeling' dengan kata-kata itu?

Mari kita baca artikel penuh yang tulis oleh Sister Salima, klik kat bawah tu
Striving in the Cause of Allah

Adakah negara kita mempunyai majoriti penduduk atau warganegara beragama Islam? Sudah tentu! Orang Melayu kan beragama Islam! Adakah kita tidak mampu untuk menegakkan negara Islam?

Tidak ke kita merasa malu, orang Melayu melaung-laungkan 'ketuanan Melayu' tetapi tidak mahu melaungkan 'ketuanan Allah SWT'. Tidak mahu membantu agama yang di ridhai Allah Taala untuk hamba-hamba Nya.

"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu."
[Surah Al Maa-idah (Hidangan): Ayat 3]

Ada yang merasa hairan atau tersenyum sinis atau ketawa jika ada golongan di negara kita yang berniat dan beristiqomah untuk menjadikan Islam dasar dan asas pemerintahan negara. Kenapa?

Kerana kita Islam keturunan. Kita tidak bersusah payah mencari Islam. Keluar dari perut ibu kita dah Islam. Kita tidak 'appericiate' apa yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

Well..... cuba kita hayati apa yang dikatakan oleh mereka yang benar-benar mencari Islam seperti contoh diatas.

Moga-moga kita mendapat ikhtibar dan panduan yang boleh membawa kita kepada Islam yang syumul. Dapat membantu menegakkan negara Islam yang sebenar. Bukan cuma pengakuan kosong sahaja. Cuba fikir-fikirkan.

So..... semoga Allah SWT tunjukkan kepada kita perkara yang benar itu adalah benar dan dipandui kita supaya mengikutinya dan ditunjukki kita perkara yang batil itu adalah batil supaya kita meninggalkannya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India