DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Disember 20, 2010

BMK 5. Saba Lomak Tempoyak

Bismillah.

Assalamualaikum.

Ikan Saba masak lomak tempoyak!

Hasil air tangan wife kami. Hingga menjilat jari. Hmm…..

No1055

Since bukan kami yang masak, jadi tak ada le resepinya. Cuma menunjukkan masakan yang disediakan.

Nampak memang menyelerakan. Kuning pekat! Melekat! Boleh meleleh air liur memandangnya. Ish ish ish.

Dulu wife ada juga masak menggunakan tempoyak tetapi dibuat ala-ala sambal tumis lkan bilis. Masak kering.

Inilah adalah pertama kali kami betul-betul makan masakan berasaskan tempoyak. Yang berkuah. Itu pun kerana tempoyak itu memang dibuat oleh wife dan terutamanya wife yang masak masakan itu.

Well,,,,, boleh diterima, tapi susah sikit untuk kami describe tastenya. Rasanya macam kuah lemak masam. Betul ke? Bukan macam kuah lemak basi? Hehe.

Saja bergurau. Memang boleh diterima. Tapi itu pun jika bahan utamanya dibuat sendiri.

So….. semoga Allah SWT berkati rezeki yang diberikan kepada kita dan diampuni-Nya dan dirahmati-Nya kita semua. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India