DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Januari 14, 2011

BBK 35. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Keenam

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kita jumpa lagi. Masuk hari ini telah lima pelajaran yang kami kongsi dengan kawan-kawan. Pelajaran itu adalah:

Pelajaran Pertama Surah Al-Fatihah
Pelajaran Kedua Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah
Pelajaran Ketiga Rukun Iman
Pelajaran Keempat Pembagian Tauhid dan Syirik
Pelajaran Kelima Rukun Islam

Kami nak kongsi pelajaran seterusnya pula hari ini.

Pel 6

Syarat-syarat Shalat.
1. Islam.
2. Akal (berakal).
3. Tamyiz * (Mampu membedakan antara baik dan buruk).
4. Tidak berhadats.
5. Menghilangkan najis.
6. Menutup aurat.
7. Tiba waktu shalat.
8. Menghadap Kiblat.
9. Niat.

* Tamyiz ialah: Kondisi akal anak kecil jika sudah sampai berumur tujuh tahun (Muraji’ Tarjamah).

Diatas adalah Pelajaran Keenam yang ingin disampaikan oleh Syaikh itu.

Kita disini diajar membahagikan syarat-syarat tersebut kepada dua, iaitu:
1. Syarat-syarat wajib solat.
2. Syarat-syarat sah solat.

Syarat-syarat wajib*  seperti berikut:
1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haid dan nifas
5. Sejahtera pendengaran dan penglihatan.
6. Sampai seruan.

Syarat-syarat sah** pula ialah:
1. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil.
2. Suci dari najis pada badan, pakaian dan tempat solat.
3. Yakin masuk waktu.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap kiblat.

* Seseorang itu berdosa iika cukup syarat-syarat wajib tetapi tidak mendirikan solat.

** Jika salah satu syarat-syarat sah diabaikan maka tidak sah solat.

Semoga kita semua mendapat menafaat dari sharing session ini. Jumpa lagi Jumaat hadapan.

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India