Bismillah.
Assalamualaikum.
“Saya mencadangkan mana-mana badan bebas untuk menganjurkan satu pertemuan di antara ketua agama-agama utama di Malaysia bagi mendapatkan satu pandangan yang jelas berkenaan arak, judi dan zina (pergaulan bebas) menurut agama masing-masing.
“Ini penting bagi memberikan satu gambaran kepada masyarakat bahawa bukan Islam sahaja yang mengharamkan ketiga-tiga perkara tersebut,” katanya.
Itu adalah kenyataan dari Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Untuk berita penuh, klik kat bawah ini:
Nik Aziz syor dialog libatkan semua agama bincang isu sosial
Satu cadangan yang cukup bernas dari MB Kelantan itu. Ini kerana bukan semua orang awam mengetahui dengan mendalam agama masing-masing.
Malang sekali kerana dah nak masuk 54 tahun merdeka masih ada yang mempertikai mengenai azan, pengharaman minuman keras, judi dan zina.
Mungkin dengan bersemuka dan menyatakan pendirian agama masing-masing terhadap isu-isu sosial berkenaan, masyarakat akan lebih menerima pakai penerapan nilai-nilai murni yang ingin dan telah dilakukan oleh negeri-negeri di bawah pimpinan PR.
Jadi tidaklah ada lagi orang besar atau NGO yang akan mengeluarkan perkataan “menghina Islam” dan “menderhaka kepada raja” atau perkataan-perkataan lain yang sewaktu dengannya.
Berkemungkinan besar kita akan dapat hidup aman sejahtera bila orang awam sudah mengetahui sedikit sebanyak ajaran agama masing-masing.
So….. Ya Allah perbaikilah untuk kami agama kami, yang menjadi pemelihara bagi urusan kami dan perbaikilah bagi kami dunia kami yang didalamnya berlaku kehidupan kami. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan