DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Januari 20, 2011

BSK 170. Lagi Takut Ke Tak Takut Rakyat Tentukan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Muhammad Zaki Sukery berkata, golongan mahasiswa kampus di seluruh negara memang ternanti-nanti penganjuran debat kerana ia merupakan salah satu wasilah berkesan dalam mematangkan tawaran pimpinan kepada rakyat, lebih-lebih lagi apabila berbicara soal pengurusan negara.

Itu pandangan Timbalan Presiden Gamis. Klik untuk baca lapuran penuh: Debat: Najib wajar sambut tawaran Anwar

"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Itu pula kata-kata Naib Presiden PAS. Klik untuk lapuran penuh: Berdebatlah Najib, nak lihat Anwar demam

Rupa-rupanya ramai juga yang sememangnya menantikan debat antara PM Malaysia dan ketua pembangkang Malaysia.

Tak tau lah samada mereka-mereka ni nak lihat DSAI demam, pitam atau meroyan masa kat pentas atau pun sebaliknya.

Apa pun kami bersetuju dengan kedua-dua yang memberi pandangan diatas. Memang perlu ada pertembungan antara kedua-dua tokoh berkenaan. Pertembungan untuk menerangkan halatuju ‘barisan’ atau ‘pakatan’ kedua-dua mereka selepas PRU 13. Rakyat Malaysia, ‘Rakyat didahulukan’ ingin juga tahu perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

Ketua pembangkang mengusulkan topik berhubung ekonomi negara bukan topik masalah peribadi. Kenapa masih tidak mahu menerima lamaran tersebut. Why? Don’t know why!

No1018

Kalau PM Malaysia seorang yang berjiwa besar dan gentleman, dia akan menerima tawaran ketua pembangkang untuk berdebat.

Tapi sayang, hanyalah impian …..

So….. Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon kepada-Mu agar melindungi kami daripada kejahatan pendengaran kami, pandangan kami, pertuturan kami, hati kami dan juga daripada kejahatan mengungkit-ungkit. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India