DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Januari 26, 2011

BSK 172. Dinar Emas Perak

Bismillah.

Assalamualaikum.

Negeri Perak keluarkan matawang dinar emas dan dirham? Menarik! Jom baca:

No1120

Perak perkenal dinar emas, dirham akhir bulan depan
January 25, 2011

IPOH, 25 Jan — Kerajaan Perak akan memperkenalkan mata wang dinar emas dan dirham pada akhir bulan depan bertujuan mempelbagaikan bentuk simpanan kewangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Datuk Mohamad Zahir Khalid berkata Perak sedang bekerjasama dengan Kuwait Finance House (KFH) untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian mata wang berkenaan.

“Apa yang pasti mata wang (dinar emas dan dirham) diperkenalkan Perak amat jauh berbeza dengan mata wang yang diperkenalkan Kelantan sebelum ini. Perbezaan itu akan dijelaskan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) nanti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi KFH di sini hari ini.

Segala perincian, mekanisme serta bentuk mata wang berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti, kata Mohamad Zahir.

Dinar emas dan dirham itu akan dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama KFH (Malaysia) Sdn Bhd.

Pengerusi KFH Shaheen al Ghanem berharap hubungan yang terjalin termasuk dalam aspek nasihat kewangan serta sokongan dalam pengeluaran bantuan modal dengan kerajaan negeri dapat diteruskan pada masa depan.

“Kami juga sebenarnya dalam proses untuk melebarkan sayap perniagaan ke seluruh Malaysia dan sedang melihat kemungkinan mewujudkan cawangan di Ipoh pada masa terdekat kerana berpuas hati dengan inisiatif pembangunan yang ditunjukkan kerajaan negeri,” katanya. — Bernama

Menarik bukan kerana dinar emas yang hendak diperkenalkan.

Menarik kerana bila ada negeri, di Malaysia ini juga yang hendak mengeluarkan matawang dinar emas, ditentang habis-habisan oleh suku sakat berkenaan.

Bila orang lain proaktif untuk menghasilkan sesuatu, dihentam kiri kanan depan belakang atas bawah, dikutuk dari segenap penjuru, diserang dari segenap sudut.

Tup tup….. dia pulak ikut, tapi ada perbezaan sikit, ada dirham!

Itu lah yang dinamakan manusia. ‘Manusia mudah lupa’ iaitu kata-kata hikmat mantan PM Malaysia.

Hebat yop!

So….. Ya Allah, wahai yang Maha Kaya, kayakanlah kami dengan harta benda yang halal serta jauhi daripada yang haram. Hanya dengan kurnia-Mu sahaja, tidak dari yang lain. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India