Bismillah.
Assalamualaikum.
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.
Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.
Diatas adalah sebahagian dari kenyataan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Begitu juga dibawah ini.
Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.
“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.
"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.
Kenyataan itu dibuat berhubung dengan isu ADUN Seri Muda dimana pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR, Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.
Jom kita baca lapuran penuh kenyataan Dr Asri:
Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina
Tak pasti samada mereka-mereka yang mencadangkan usul berkenaan lebih mengutamakan “ketuanan Melayu” mereka dan melupakan “Ketuanan Allah SWT” atau mereka-mereka ini betul seperti apa yang di katakan oleh Dr Asri, “pengampu yang melebehi had” dan “seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'.
Kami pun faham, PRU 13 semakin hampir. Tapi lakunan dan perbuatan tu janganlah terlalu ‘over’. Fikir-fikirkan.
So….. semoga Allah SWT mencurahkan kurnia hidayah-Nya kepada kita untuk melaksanakan amal perbuatan serta perilaku yang baik kerana tiada yang memberi petunjuk untuk melaksanakan perbuatan serta perilaku yang baik kecuali Nya. Dan dijauhkanlah buruknya perilaku dan perbuatan dari kita kerana tiada yang dapat menjauhkan kita darinya kecuali Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan