DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Januari 08, 2011

BSK 161. Kontraktor Melayu Mohon Maaf

Bismillah.

Assalamualaikum.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

Itu adalah kenyataan pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan.

Ingin mengetahui cerita penuh? Klik kat bawah tu!
Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Gambar0231A

Jika kita baca lapuran tersebut, dinyatakan:

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Macamana Persatuan boleh terlepas pandang statistik sedemikian? Berkemungkinan banyak sebab jika kita mahu memikirkannya. Terpulang kepada kepimpinan Persatuan untuk membuat penganalisaan agar perkara seumpama ini tidak berulang dikemudian hari.

Walau apa pun, kami berbangga dengan pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan kerana permohonan maaf beliau. Bukan semua orang boleh merendahkan ‘ego’ masing-masing dan secara terbuka datang meminta maaf.

Semoga ‘era baru’ yang ingin dibina akan berjalan lancar seperti yang dihajatkan.

So….. semoga Allah SWT yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu menggurniakan kepada kita rezeki yang halal, banyak, baik dan berkat, tanpa ada kekurangan sedikit pun. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India