Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami cukup berasa teruja dengan komen yang dilontarkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi negara ini dengan isu ‘Janji 100 hari Pakatan Rakyat’.
Adakah janji-janji itu tidak dapat dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat seandaikan Allah SWT menganugerahkan kepimpinan negara ini kepada mereka?
“Sepatutnya seorang Perdana Menteri mesti berfikiran positif apabila perancangan baik untuk rakyat di negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Itu adalah kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Klik kat bawah ini untuk lapuran penuh:
Belanja untuk rakyat tak mampu, tapi kroni lulus
Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.
Itu adalah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang. Klik dibawah ini untuk lapuran penuh:
Pakatan hanya perlu RM19 bilion untuk rakyat
Kawan-kawan boleh menilai sendiri kenyataan dan komen yang dibuat oleh pihak pemerintah dan pihak pembangkang dalam isu berkaitan.
Pendirian kami, kepentingan ‘rakyat didahulukan’ dalam apa keadaan sekali pun. Itu yang semestinya.
Jika ada pemimpin yang mampu menguruskan pentadbiran negara dengan kepentingan rakyat diutamakan seiring dengan pembangunan negara, SILAKAN!
So….. Ya Allah, selamatkanlah kami dari orang-orang yang zalim itu. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan