DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Januari 02, 2011

BFK 133. Naza Menderum Poket Merundum

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari Rabu lepas, 29.12.2010 kami bawa kereta Naza kami ke bengkel untuk di serbis. Setiap 5,000 km kami akan hantar serbis.

No1074

Sebelum itu kami berkunjung ke kedai menjual alat-alat ganti dan minyak hitam di Oakland Commerce Square. Lebih jimat beli sendiri barangan ganti dan minyak hitam.

Kemudian baru kami bawa ke pusat serbis yang terletak di Taman Perniagaan Senawang.

Selepas serbis, kami ke Kemayan Square, aircon tak sejuk.

Hari Khamis, 30.12.2010 kami ke Seremban 2, dah sampai masa untuk wheel alignment, balancing dan rotation tayar.

Jom kita jumlahkan berapa yang keluar dari poket kami untuk urusan-urusan berkenaan:

1

2 botol Mach5 20/50

90.00

2

1 unit Naza oil filter

8.00

3

Upah serbis

30.00

4

Gas aircon

45.00

5

Wheel alignment

20.00

6

Wheel balancing

45.00

7

Camber nut

155.00

 

Jumlah

393.00

RM393.00 kesemuanya. Itu kira dah banyak berjimat. Huhu.

Jika kami berkunjung ke pusat serbis di Oakland Industrial Park, sekurang-kurangnya kena RM350.00 untuk pakej serbis. Kita tidak dibenarkan membawa minyak hitam sendiri. Memang minyak hitam yang OK kat situ.

Kami dapati, setelah diisi gas, aircon masih tidak berfungsi dengan baik. Tak sejuk. Tak tau apa sebabnya. Compressor ke, condenser ke, evaporater ke atau pipe atau hose ke. Kena ke pusat serbis aircon sekali lagi. Huhu.

Tahun 2007 dulu tukar evaporater, jumlah kesemua, barang-barang dan upah RM1,000.00 juga. Huhu. Menangis ni!

Tapi kami tetap berpegang “kita merancang, Allah Taala menentukan”. Insya’allah, tentu ada kebaikkan kenapa sesuatu itu terjadi.

So….. semoga Allah SWT melindungi kita dari hilangnya nikmat-Nya dan berubahnya kesejahteraan-Nya dan mendadaknya siksa-Nya dan berbagai macam murka-Nya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India