DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Januari 21, 2011

BBK 36. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Ketujuh

Bismillah.

Assalamualaikum.

1. Pelajaran Pertama – Surah Al-Fatihah
2. Pelajaran Kedua – Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah
3. Pelajaran Ketiga - Rukun Iman
4. Pelajaran Keempat – Pembagian Tauhid dan Syirik
5. Pelajaran Kelima – Rukun Islam
6. Pelajaran Keenam – Syarat-syarat Shalat

Kami telah pun share pelajaran-pelajaran diatas dengan kawan-kawan. Hari ini kita masuk pelajaran seterusnya.

Pel 7

Rukun-rukun Shalat
Rukun-rukun Shalat ada empat belas, yaitu:

1. Berdiri, jika mampu.
2. Takbiratul-Ihram
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Ruku’.
5. I’tidal setelah ruku’.
6. Sujud atas tujuh anggota tubuh*.
7. Bangkit dari sujud.
8. Duduk antara dua sujud.
9. Thuma’ninah (tenang) pada seluruh gerakan.
10. Tertib (runtut) pada (pelaksanaan) rukun-rukun (Shalat).
11. Tasyahud Akhir.
12. Duduk (pada Tasyahud Akhir).
13. Bershalawat untuk Nabi saw.
14. Dua kali salam.

* Yaitu: Dua telapak tangan, dua lutut, dua telapak kaki dengan menempelkan ujung jari-jari, dahi dan hidung.

Habis Pelajaran Ketujuh yang terdapat di buku “Beberapa Pelajaran Penting Untuk Segenap Ummat” hasil karangan Syaikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz.


Disini kita diajar iaitu rukun solat adalah perkara-perkara yang jika ditinggalkan salah satu maka batal solat.

Rukun solat ada 13 perkara. Iaitu:
1. Niat.
2. Takbiratul Ihram.
3. Berdiri betul bagi yang berkuasa.
4. Membaca Surah Al-Fatihah.
5. Ruku’ serta Tama’ninah.
6. Ik’tidal.
7. Sujud dua kali berserta dengan tama’ninah.
8. Duduk antara dua sujud serta tama’ninah.
9. Duduk bagi tashahhud akhir.
10. Tashahhud (Tahiyyat) akhir.
11. Selawat keatas Nabi saw.
12. Memberi salam yang pertama.
13. Tertib.

Semoga kita semua mendapat ikhtibar. Jumpa lagi Jumaat depan.

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India