DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Januari 14, 2011

BSK 165. Bukan Islam Di Program Agama

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sesuatu yang menarik yang akan dimulakan oleh Pulau Mutiara. Mari kita baca lapuran berikut:

Jemput bukan Islam ke program agama
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 14 Jan: Masyarakat Islam yang mahu mengadakan program agama seperti forum, diskusi, ceramah dan sebagainya hendaklah menjemput masyarakat bukan Islam sebagai tetamu supaya mereka mendapat pendedahan sebenar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Abdul Malek Kassim berkata, selama ini program bercorak Islam tidak dijemput mereka tetapi bermula dengan Seminar Al Quran dan Ekonomi bulan depan, kerajaan negeri akan membuat jemputan khas kepada mereka.

"Untuk memberikan pendedahan awal kepada golongan berkenaan kita sendiri kena ubah sikap dan berani bertindak melakukan perubahan," tambahnya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Tauliah Pegawai Masjid Sesi 2011-2012 di Dewan Millenium, di sini.

Jika tidak, katanya sokongan masyarakat bukan Islam tidak ke mana bahkan makin merosot kerana mendengar orang tengah yang ada antaranya tidak sebulu dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Masjid terutamanya apabila menganjurkan program boleh melaksanakan hasrat tersebut agar mereka (bukan Islam) mendekati kita. Lazimnya program yang dianjurkan di  masjid tidak pun diketengahkan untuk pengetahuan mereka," tegasnya.

Tambahnya, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Jaipp) dan Jabatan Mufti juga harus menekankan aspek itu pada setiap program kelolaan mereka selari dengan hasrat membudayakan pendedahan ke luar ruang lingkup masyarakat Islam.
[Harakah Daily]

No1023 2

Jika hasrat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang itu menjadi kenyataan, ianya merupakan satu tindakan yang proaktif yang diambil oleh kerajaan negeri.

Pada kami ianya boleh menjadi permulaan kepada mereka-mereka yang bukan Islam mengetahui lebih lanjut apa sebenarnya Islam itu.

Ianya juga boleh menjadi satu peluang atau forum kepada mereka-mereka yang mahu berjinak-jinak dengan Islam mendekati Islam secara telus dan terbuka.

Semoga usaha murni ini mendapat sambutan ramai. Insya’allah.

So….. Ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India