DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Januari 15, 2011

BSK 166. Aduan Ahli MCA Azan Diperlahankan

Bismillah.

Assalamualaikum.

No1056

"Kita mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Jawi tunduk kepada tekanan ini hanya kerana beliau seorang ahli parti komponen BN?

"Isu ini membuktikan bahawa Umno bukanlah parti yang mampu membela dan mempertahankan Islam, kerana mereka sendiri terpaksa akur dengan tuntutan ahli-ahli parti komponennya. 

Menurut Suhaimi lagi, seluruh umat Islam tidak boleh menerima dan merasa terpukul dengan arahan tersebut yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

"Bagi kaum bukan Islam, azan tidak boleh dipertikaikan kerana ia adalah syiar Islam.

"Sama seperti agama Kristian dan Hindu yang membunyikan loceng tatkala waktunya, kaum Tionghua yang membakar mercun pada masanya, bagi umat Islam azan adalah kaedah bagi menandakan masuk waktu bersembahyang," terangnya lagi.

Beliau turut mempersoal, mengapa hanya dengan satu aduan daripada seorang ahli MCA, pihak Jawi dengan serta merta mengarahkan azan diperlahankan.

Itu adalah luahan Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz. Berita penuh, klik kat bawah tu:
Isu Azan: Najib gagal pertahan syiar Islam

"Kita menolak sebarang bentuk konfrantasi yang tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang.

"Oleh itu, PAS Lembah Pantai menawarkan dialog diantara kedua-dua pihak bagi menyelesaikan masalah ini,"katanya.

Itu pula adalah kenyataan Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Adlin Soleh. Untuk bacaan selanjutnya:
PAS cadang dialog selesai isu azan

9. Kelihatan azan juga mencetus konflik yang perlu ditangani dengan bijak dan hikmah. Saya sedikit pun tidak hairan apabila seorang non muslim mengkritik azan yang dikumandangkan melalui pembesar suara, pula tindakan mereka kononnya berasaskan hak asasi mereka untuk hidup damai tanpa gangguan. Persoalannya sejauh mana kita menemui mereka untuk memahamkan mereka bahawa azan adalah sebahagian dari syiar agama Islam dan ia adalah urusan rasmi ummat islam yang tidaklah boleh dipertikaikan begitu sahaja. Jika Islam adalah agama rasmi negara dan ia diterima oleh semua maka sewajarnya azan tidak menjadi gangguan kepada mereka, terutama apabila mereka memahami unsur - unsur positif yang terkandung di dalam seruan azan tersebut.

Diatas adalah pandangan Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS. Mari kita baca pandangan lain beliau:
PAS kini berada di titik tengah

Islam adalah agama rasmi negara dan azan adalah sebahagian dari syiar Islam.

Kami bersetuju jika bukan Islam diberikan penerangan mengenai Islam dengan kerap. Ianya untuk memberikan pemahaman kepada golongan itu agar mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan isu hak peribadi atau hak kejiranan untuk menyekat syiar Islam.

Kita sudah ada ramai ustaz-ustaz berkaliber dari bukan Melayu yang boleh mengetuai sessi sharing session berkenaan. Lebih mudah untuk berinteraksi dan lebih bermakna bagi mereka-mereka yang hadir.

So….. Kami meridhai Allah sebagai Tuhan kami, kami meridhai Islam sebagai Agama kami dan kami meridhai Muhammad sebagai Nabi kami. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India