Bismillah.
Assalamualaikum.
Sungguh menarik membaca artikel yang ditulis oleh Mohd Rashidi Hasan di Harakah Daily.
Sama ada rakyat sedar atau tidak, sejak tiga dekad yang lalu, rakyat Selangor disajikan dengan ketua pentadbir negeri yang dikenali dengan nama Dato' Menteri Besar, yang hampir semuanya 'bermasalah'.
Selepas Dato' Harun Idris (1970-1976) dan Dato' Hormat Rafie (1976-1982), semua MB Selangor yang diwakili Umno, sarat dengan skandal dan masalah.
Penulis tidak mahu menyentuh mengenai bagaimana Harun dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri, sehingga dipenjara dan digantikan oleh Hormat.
Yang hendak disentuh ialah MB-MB selepas mereka. Bermula dari Dato' Ahmad Razali Ali (1982-1986), Dato' Muhammad Muhd Taib (1986-1996), Dato' Abu Hassan Omar (1997-2000) dan Dr Mohamad Khir Toyo (2000-2008).
Keempat mereka diganti dan dijatuhkan, penuh dengan skandal dan penghinaan. Harus diingat yang menjatuhkan mereka adalah manusia-manusia rakus dalam Umno sendiri.
Cuma Khir Toyo sahaja dijatuhkan oleh rakyat dan kemudiannya didakwa. Itupun pendakwaan terhadap Khir dikatakan berpunca dari 'move' orang tertentu dalam Umno.
Itu sebahagian dari tulisan beliau. Untuk bacaan selanjutnya: Umno Selangor umpama 'bangkai bernyawa'
Perenggan terakhir beliau menarik untuk kita, terutama rakyat Selangor fikir-fikirkan:
Oleh itu, Umno Selangor usahlah berangan-angan hendak merampas kerajaan negeri, kerana rakyat tahu yang bakal anda pilih menjadi MB nanti adalah hampas-hampas yang akan menjadi bangkai bernyawa sahaja!
Ini kerana berkemungkinan besar (jika pihak-pihak tertentu tidak masuk campur) akan diadakan satu lagi pilihanraya kecil untuk kerusi DUN Pelabuhan Klang. Klik untuk berita terkini: Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong
Kami nak sentuh sikit pasal isu hampas-hampas ni. Jika hampas kelapa ada juga gunanya. Time-time gawat ni membazir jika dibuang. Boleh dibuat inti kueh mueh. Boleh juga dibuat kerisik. Berguna jugak.
Itu hampas kelapa. Kalau hampeh, kami tak tau le. Kawan-kawan fikirkan sendiri le.
So….. Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya termasuklah kami dari kalangan orang-orang yang rugi. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan