Bismillah.
Assalamualaikum.
Perlantikan SUK Selangor dari awal lagi sudah dilanda masalah. Umpama dilanda tsunami atau gempa bumi. Pada kami itu petanda yang tidak baik.
Cuba kawan-kawan baca secara teliti dan terperinci link yang kami sediakan kat bawah tu.
"Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.
"Dan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja," katanya.
Diatas adalah kenyataan dari Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud.
Klik kat bawah untuk lapuran penuh:
Ramli: Saya serah senarai calon SUK pada MB
"Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.
"Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK," kata Faekah lagi.
Diatas ini pula kenyataan setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Husin.
Klik kat bawah ni untuk lapuran penuh:
SU MB 'Sgor: Fakta pelantikan SUK diputarbelit
Kita lihat kronologi lengkap. Klik je kat bawah ni:
Kronologi perlantikan SUK Selangor
Di awal-awal pemerintahan PR ada taklimat tertutup dan sulit pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri supaya tidak memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan PR. Antaranya pastikan perolehan Kerajaan Negeri (hasil cukai dan lain-lain) tidak dikutip sungguh-sungguh. Biarkan Kerajaan tidak cukup dana.
Banyak rahsia-rahsia mesyuarat Exco yang bocor dalam waktu yang tidak munasabah pantasnya.
Kenyataan diatas dari Dr Khairuddin Abdul Malik, Ahli Majlis Perunding MAPIM.
Klik kat bawah untuk kenyataan lengkap Dr Khairuddin:
SUK: Jangan dua kali dipatuk dari lubang sama
Katanya, seorang yang berfikiran waras akan memahami soal perlantikan SUK tidak langsung timbul isu penderhakaan terhadap Sultan Selangor seperti yang cuba digambarkan Awang Selamat.
Ianya hanya membabitkan masalah pentadbiran antara kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif.
Itu adalah kenyataan setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Baca lapuran penuh kat bawah:
Isu SUK: Awang Selamat biadab, berniat jahat
Lebih banyak kita membaca isu SUK Selangor, lebih banyak percanggahan fakta yang kita ditemui. Tak tahu mana satu sumber yang benar sebenar-benarnya. Kawan-kawan ‘tepuk dada tanya iman’.
Cuma, apa yang dapat kami katakan disini adalah, betapa susah dan getirnya kemelut yang perlu dihadapi oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh pembangkang. Diserang dari setiap sudut. Allahuakbar!
Mari kita hayati surah Al-Maa-idah: ayat 8 yang bermaksud:
”Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
So,,,,, semoga Allah SWT tetapkan iman kita dengan iman yang sempurna dan dikurniakan kita dengan sebenar-benar iman dan dikurniakan kita kemenangan dengan beroleh syurga dan dijauhi dari neraka. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan