DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, September 01, 2011

BFK 155. Demi Masa

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ini 3 Syawal 1432H bersamaan 1 Sept 2011. Begitu cepat  masa berlalu.JamKami teringat kata-kata seorang ustaz, jika kita merasa masa itu berlalu dengan pantas sebenarnya kita tidak peka dengan keadaan sekeliling kita.

Kita tidak menghargai masa. Kita sibuk dengan perkara yang tidak sepatutnya kita menyibukkan diri kita.

Lebih kurang begitu le fahaman kami.

Jika difikirkan dengan teliti sememangnya manusia di masa sekarang banyak membuang masa.

Kita tidak ada perancangan atau jadual untuk memenuhi kehidupan harian kita.

Adakah benar begitu?

Ulama dahulu menyusun kehidupan mereka dengan teliti. Mereka ada jadual harian tersendiri dan mereka fokus dengannya.

Diantara solat fardu mereka ada wirid dan doa tertentu sebagai amalan.

Mereka memakmurkan malam dengan solat sunat dan membaca al-Quran.

Ada yang menghasilkan pulohan bahkan ratusan kitab-kitab yang digunapakai oleh umat Islam masa kini.

Begitulah amalan mereka sehingga dijemput oleh Allah Taala.

Orang dahulu hidup dalam barakah dan Allah Taala mengurniakan seolah-seolah mereka mempunyai masa yang tiada had.

[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[Surah Al-A’sr: ayat 1-3]

Orang sekarang hidup tanpa arah dan Allah Taala mentakdirkan seolah-olah mereka mempunyai masa yang begitu terhad. Huhuhu.

Dah hari ketiga ni, bila nak mula puasa sunat Syawal?

Soalan yang sebenar-benarnya kami tujukan kepada diri kami sendiri.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India