Bismillah.
Assalamualaikum.
Sudah masuk hari ke6 Syawal. Kami masih belum “beraya” di taman kami ini.
Insyaallah, malam esok baru kami akan memulakannya. Begitulah kebiasaan beraya kat taman perumahan kami ini. Berayanya malam, selalunya selepas solat Maghrib. Kebiasaan untuk orang-orang bekerjaya.
Tahun ini kami beraya di kampong wife. Tak jauh dari Seremban. Di Tanjong Sepat, Kuala Langat, Selangor.
Selepas solat aidilfitri kami memulakan expedisi ke kampong. Kami ke pusara bapa dan saudara terdekat wife sebaik sampai.
Tak banyak rumah yang kami ziarah.
Pertama kami ke rumah bapa saudara. Lebih mesra kami panggil Wak Abbas. Abang sulung arwah bapa mertua kami.
Selepas bersalaman dan bermaafan kami ke rumah ke2.
Bermaafan cara orang jawa yang senior atau mereka yang telah biasa dengan cara ini memakan masa sedikit.
Dimulakan dengan selawat dan doa baru memohon kemaafan.
Kami, “Wak, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.” Sebiji macam dalam kad raya. Hmmm…..
Rumah ke2, rumah anak sulong Wak Abbas.
Ke3 rumah adik ipar. Lama kat rumah adik ipar. Makan tengahari kat sana.
Separuh masa pertama selesai. Balik rumah ibu mertua, solat Zohor….. lelap seketika.
Petang kami ke Bukit Bangkong, rumah abang ipar. Selain dari biskut raya, ada nasi lemak dan ketupat. Ada sambal tumis sotong kecil yang dinamakan “cumi”. Nice.
Malam tidak ada program. Beraya bersama keluarga.
Raya ke2 kami balik Seremban. Perancangannya kami balik pada sebelah malam. Tapi disebabkan masalah teknikal kami pulang awal sedikit.
Rumah kampong, tandasnya kat luar. Petang raya pertama wife ada cerita kat anak-anak yang anak perempuan biras dia kena ganggu semasa kat tandas.
Budak tu terasa macam ada orang memeluk dia dengan kuat dari belakang. Dia terlihat sepasang tangan berbulu dan berkuku panjang yang memeluk dia. Apa lagi terjerit-jerit le budak tu. Tak pasti pula bila kejadian tu berlaku. Wallahualam.
Tu le penyebab yang kami pulang awal. Ada yang tertahan hajat. Ish ish ish. Penakut!
Petang raya ke2 kami ke Taman Muhibbah, Kajang, rumah mak cik. Ada disediakan karipap. Memang salah satu kegemaran family. Ada juga dihidangkan air nescafe special. Boleh tahan juga.
Nescafe yang dibancuh menggunakan ais krim soda dan dihidangkan dengan ais. Sejuk, sedap diminum.
Raya ke3 kami tunggu kedatangan kakak yang nak beraya kat Seremban. Nak datang bersama abah. Berkemungkinan kerana ada urusan lain yang lebih penting tak jadi ke Seremban. Sampai di Sg Buloh sahaja.
Raya ke4 kami berkunjung ke Meru. Rumah kenalan anak pertama dan ke3. Kami disambut dengan mesra oleh keluarga disana.
Selain biskut raya, disediakan mi kari dan juga pai tee. Sedap hidangan yang disediakan. Ada pencuci mulut juga….. fruit punch. Menyegarkan.
Memang ramah keluarga kat sana. Kami menghargainya. Terima kasih.
Well….. setakat itu sahaja (buat masa ini) jalan-jalan raya kami.
Insyaallah….. perancangannya nak mula puasa 6 esok, Isnin, 05 Sept 2011 ini. Jom join sekali. Lagi cepat lagi baik.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami pertunjuk yang lurus dalam segala urusan kami. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan