DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, September 22, 2011

BFK 159. Suasana raya dah reda

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ini 24 Syawal 1432H. Rasa-rasanya kami dah tak menerima kunjungan tetamu “raya”.

Balang-balang biskut raya dah siap dicuci. Pinggan mangkok dah diparking kat dalam kabinet semula. Kapet pula dah digulung.

Biskut raya? Masih ada berbaki walaupun suasana raya dah mulai reda.

Kunjungan

Ramai juga tetamu yang datang berkunjung. Bulan raya katakan.

Kunjungan tetamu dari Meru kami sediakan nasi lemak. Sudah janjinya tiba waktu pagi.

Rakan-rakan dari taman ini pula kami hidangkan lontong, bihun goring dan nasi lemak. Datangnya lepas Maghrib.

Saudara-mara pula kunjungannya selalunya lama maka wife sediakan nasi tomato, nasi briyani dan mi rebus.

Rakan-rakan anak-anak ada juga datang berkunjung. Rakan-rakan sekolah dan juga rakan-rakan di universiti. Kunjungan mereka dislotkan agar seiring dengan waktu diatas.

Dah selesai puasa enam ke belum? Jika sudah….. well….. salam aidilfitri dan maaf zahir batin sekali lagi.

Surah A-li ‘Imran [ayat 15-19] yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;

(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Wahai Allah terimalah daripada kami akan solat kami, puasa kami dan permohonan kami. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India