DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, September 10, 2011

BSK 224. Dijajah, dinaungi atau dilindungi big daddy

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kekadang tu timbul juga perasaan marah pada Timbalan Presiden Pas yang menimbulkan isu Mat Indera.

Tetapi bila isu itu semakin galak dimainkan oleh media cetak dan elektronik arus perdana timbul pula rasa gelihati dan sedih.

Kita baca dulu dua laporan yang kami petik dari internet.

Laporan pertama:

Zainal Kling: Malaya tak pernah terjajah
Abdul Rahim Sabri Sep 9, 11 3:43pm

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan

Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

Bagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".

"British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam.

"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.

Laporan kedua:

Polis sebelum merdeka bukan pegawai British
Abdul Rahim Sabri Sep 9, 11 7:07pm

Majlis Profesor Negara (MPN) berkata pegawai kerajaan, termasuk polis dan tentera Melayu yang bertugas sebelum kemerdekaan, bukan pegawai British dan tidak boleh dikatakan berkhidmat untuk Ratu England.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN Profesor Dr Zainal Kling berkata, polis dan tentera British hanya merujuk kepada anggota pasukan itu yang dibawa masuk dari luar dan mempunyai kewarganegaraan Britain sahaja.

Katanya, ini ekoran status British yang masuk ke Tanah Melayu bukan sebagai penjajah tetapi sebagai penaung kepada negeri dan pemerintahan Raja Melayu yang kekal sehingga sekarang.

Polis "Jadi semua pegawai yang diambil pada zaman itu sampai sekarang adalah pegawai negeri Melayu yang dibayar gaji oleh negeri Melayu dan dikatakan pegawai negeri Melayu.

"Maka semua polis, tentera dan pemimpin politik kita, pada masa itu adalah pegawai negeri Melayu," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu, Zainal berpendapat pegawai polis yang berkhidmat di Johor termasuk ketika peristiwa Bukit Kepong adalah pegawai yang bekerja dengan kerajaan negeri itu.

Salah, amat serong, tidak betul

"Oleh kerana kuasa polis kita adalah kuasa persekutuan, kuasa pemerintah adalah (bawah) pesuruhjaya tinggi British pada masa itu, jadi nak menuduh mereka itu pegawai British dan wajib dibunuh maka itu satu tafsiran yang salah, amat serong dan tidak betul," katanya.

Zainal menjawab soalan pemberita berhubung sama ada pegawai polis yang berkhidmat untuk Ratu British sewaktu peristiwa Bukit Kepong yang berlangsung pada tahun 1950.

Isu sejarah peristiwa Bukit Kepong hangat diperkatakan susulan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor mendakwa pejuang yang terlibat menyerang "polis British" sebagai wira termasuk Mat Indera.

Zainal juga berkata, dakwaan menyatakan dua pemimpin awal Umno Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman sebagai pegawai British adalah salah kerana "mereka adalah pemimpin negara".

MPN merupakan majlis bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang ditubuhkan tahun lalu bagi memberi pandangan berhubung perkara berbangkit berkaitan sejarah.

Ia dianggotai kira-kira 1,600 profesor daripada pelbagai institut pengajian di seluruh negara.

Negara kita pernah menganjurkan Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

Negara-negara yang menganggotai gagasan Komanwel sahaja yang mengambil bahagian.

British seakan-akan berperanan sebagai big daddy dalam Komanwel.

Apa itu Komanwel? 

Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.
[Sumber:
Wikipedia]

Huhuhuhu. Menangis yob!

Anak-anak yang mengambil matapelajaran Sejarah dan mendapat A dalam  peperiksaan SPM dan STPM pun akan terkedu.

Gelihati dan sedih membaca kenyataan profesor dan Majlis Profesor Negara (MPN).

Be a gentleman professor! Don’ beat around the bush.

Tolak ketepi sahih atau tak sahih. Jika pada hakikatnya kita dijajah, maka katakanlah sahaja kita dijajah.

Kenyataan yang berpusing-pusing akan mengelirukan rakyat dan akan menjatuhkan kreditabiliti kamu-kamu semua sahaja.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahilah keatas kami khazanah rahmat-Mu. Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif. Wahai Tuhan kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah faham kami. Ya Allah keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman dan bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, wahai yang Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India