Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami ingin berkongsi cerita berkenaan dengan 2 ahli back alley kami.
Yang kami maksudkan ialah 2 ekor kucing yang kisahnya pernah kami paparkan di blog kami sedikit masa dahulu.
Well….. seekor telah mati dan seekor lagi sudah tidak kelihatan kelibatnya.
Survivor! Itulah nama yang kami berikan kepada yang diatas ini.
Si Capik! Nama yang seekor ini pula.
Kami ada menceritakan kisah Survivor yang pernah dikeroyok oleh sekumpulan anjing.
Ibunya sempat menyelamatkannya dari kumpulan tersebut tetapi keadaannya teruk, tetapi dia survive.
Pagi dua minggu lepas sekumpulan anjing telah menyelesaikan tugas yang terdahulu.
Kami ternampak Survivor terbaring dibelakang rumah jiran. Sudah kejang dengan lehernya terdapat kesan darah.
Jika dilihat dari kedudukan kepala, lehernya cedera kerana gigitan.
Tidak pasti samada kumpulan anjing yang sama terlibat.
Nak dekat waktu suboh hari tersebut kedengaran salakan anjing dan bunyi kucing di belakang rumah. Kedengaran kecoh juga.
Well….. Survivor tak survive kali ini.
Kami ada juga kisahkan mengenai Si Capik.
Kini sudah lama tidak kelihatan. Kali terakhir kami terlihat kelibatnya rasa-rasanya pertengahan puasa.
Itu pun di pintu pagar jiran, selang 3 rumah dari rumah kami. Minta-minta tuan rumah itu yang menjaganya sekarang ini.
Dua ekor ini yang membuat keluarga kami kerap menolak sliding window kat dapor. Untuk melihat karenah mereka.
Sekarang ini masih lagi menolak sliding window yang sama….. tapi tidak sekerap dahulu.
Memang bukan kucing belaan kami. Tetapi setiap hari kami sekeluarga terlihat kelibat kucing-kucing back alley tersebut.
Walaupun haiwan tetapi terasa juga bila ada yang hilang dari pandangan mata.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami menyerahkan urusan kami kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan